Monday, September 22, 2008

Kenangan Terindah di Hari Raya

Punya la seronok bila mengenangkan hari raya yang bakal menjelma lagi.. kalau nak dicerita tak cukup kaki dan tangan ni untuk menaip. Lebih-lebih lagi dalam keluarga besar seperti kami. Lebih meriah lagi bila ummi yang sedia ada adik bradik seramai 8 orang ditambah lagi dgn keluarga suami seramai 8 org...ha betapa meriahnya hari raya.

Tapi setiap kali hari raya mesti pening kepala pk nak raya kat mana..akhirnya kami buat keputusan muktamad yg mana setiap kali petang raya ummi berada di rumah keluarga ummi (ujung pasir) suami berada di kampung bersama mak mertua (tg bidara)..nasib baik kami ni satu negeri... so malam raya kami berjumpa semula ..esok pagi subuh subuh hari kami balik kg dahulu...selepas solat raya kami balik ke ujung pasir dan petang hari balik
"menqada" tydo di rumah kami...
Kali ni ummi nak cerita pengalaman berhari raya di zaman anak dara lepas tu nanti ummi cerita pengalaman berhari raya sebagai isteri dan ibu.

Kenangan beraya bersama keluarga ketika ummi masih anak dara masih segar dalam ingatan. Seronok bila masa tu kakak kakak ku yang suri rumahtangga ni akan balik awal dari suami suami mereka untuk balik beraya bersama ku di kg. Kak Li akan sampai dulu dari kak yah...bila dah cukup korum sah sah terbalik umah. Lagi 2 - 3 hari nak raya kami dah tak tydo malam lagi...bukan "qiam" tapi jahit langsir, jahit baju, buat kuih dan mcm2 lagi sampai pengsan di hari raya pertama. Setipa tahun ummi tak tido di malam raya sehingga la semua balik solat raya..baru la aku pengsan dari pagi sampai petang. Saper sedara mara yang dtg pada pagi raya tu memang kem salam je la, memang tak boleh dibukak biji mata ni.
Bila cerita bab raya dan pose ni ... teringat kat anjung yg baik hati ni...hanya Allah saja yang dapat membalas budi anjung. Tak terbalas rasanya budi anjung walau dicincang badan ni sehancur hancurnya ummi tetap katakan budi anjung takkan dapat di balas. Tapi anjung ni tak berjalan keseorangan ada beregu beregu dia juga yang banyak menabur budi pada ummi yang muka welfare ni... tak lain tak bukan kak li ngan kak yah. Kak li dari start pose sampai hujung pose tiap-tiap hari dia kejutkan kami bangun sahur.. semoga hari hari kak li dibalas dgn kerberkatan Illahi.

Ni nak citer bab adik bradik pompan ummi ..ha yg belah kiri tepi skali..tu le kak li yg penuh sifat keibuan, adik dia yg sorang ni tak pernah pk pasal baju.... dari kecik sampai ke tua semua kak li buatkan .. kak li ni tailor yg terkenal kami selalu gelar dia .. "balik kg cam balik india..." hehe (u know i know k) Sayang kak li... doa kau yg buat org berada pada tahap ni.. Kak Li kakak yg tak pernah miss balik kg masa raya.. Seb baik ada kak li yg meriahkan rumah tua kami...mekasih kak li. Pastu kami tak pernah pk baju nak pakai pagi raya..tiap tiap tahun kak li yg pk ..dah tak larat nak cakap malu lagi...tapi kak li tetap dgn pendirian dia yg penuh keibuan menggantikan tempat mak walapun adik dia ni dah beranak pinak. Sebab tu adik dia ngada2...tak sedar diri..hehe.

Sebelah kak Li tu kak long.. Kak Long ni agak pemalu. Cuba tgk senyum dia manis jek kan. Kak Long ni dia jenis kalau ada apa semua nak bagi kat adik dia yg sowang ni... tudung yg ummi pakai tu pun kak long yg bagi walaupun itu tudung kesayangan kak long... Ummi selalu kenakan kak long cakap nak talipon talipon sampai kesudah tak talipon..jgn hangin ye kak long walau apa pun "org" tetap sayang kak long.

Kak yah plak bila balik kg ada jek buah tangan yg dah tak tertangan tangan rasanya dari luaran sampai dalaman dibelinya. Betapa sayu hatinya bila kak yah pergi menunaikan umrah hari tu. Semoga Allah saja yang membalas kebaikan kalian di mana dalam setiap solat doa ku tak pernah lekang untuk kita sama-sama dipertemukan ditempat yang berbahagia dia akhirat kelak. Kak yah ni paling best dikenakan sbab lurus cam pembarisss...huahuahua.

Kenangan anak dara yang paling tak dapat dilupakan hingga akhir hayat ialah hehe...beraya bersama tunang tersayang. Punya le manis kenangan tu...tak dapat digambarkan bila mak mertua hantar lauk pauk dipetang pose dan petang raya. Tunang pulak hantar juadah tersebut dgn baju melayu yg aduh manisnya hingga hari ni masih terpandang pandang..tapi kalau tgh hangin hilang manis manis..tu hehe(jgn marah bang).

Bila dah jadi suami isteri serabut sket beraya ni sebab nak kena jaga byk hati..akhirnya kami berdua yg makan hati..hehe tapi raya tetap raya..diam tak diam dah 11 tahun kami beraya bersama. Ingat lagi tahun pertama beraya sebagai suami isteri ummi di layan mcm puteri hehe oleh keluarga kedua belah pihak...maklum masa tu menunggu hari utk anak pertama ummi.. Muhammad Naqib Naqiuddin. Seronok sgt masa tu... lebih menyeronokkan lagi lagi bila beraya bergelar ummi... utk 2 hero tu Muhamad Naqib Naqiuddin dan Muhammad Aqil Aqlan.. Walaupun ada masa kami diduga tapi kami bersyukur dapat anak-anak yg baik mcm mereka berdua. Alhamdulllilah anak-anak ummi anak-anak yg baik, tak kisah la ummi beli baju raya kat mana pun ..walaupun pasaraya tu namanya Khelass anak ummi pakai baju tu tetap nampak kelasss... Doa ummi semoga kalian dipelihara Allah dari dunia sampai akhirat.


Anak bujang ummi yg sulong Muhammad Naqib Naqiuddin








Ni yg bongsu tak lain tak bukan.. Muhamad Aqil Aqlan


Rasanya cukup la setakat tu dulu. Salam Hari Raya buat semua minta dihalalkan makan dan minum. Maafkan segala kesilapan samada disengajakan atau tidak sebagai manusia biasa kita tak lari dari melakukan kesilapan kepada yang pulang beraya berhati-hati di jalanraya dan ingatlah orang yang tersayang.