Wednesday, December 17, 2008

Abang


Seorang suami yang penyayang .. sedang melalui hari-hari yang penuh getir apabila disahkan buah pinggangnya ada ketumbuhan. Berkat kesabaran, ketabahan dan keyakinan tinggi pada Allah diatas setiap ujian, akhirnya abang berjaya menjalani pembedahan mengeluarkan buah pinggang yang ada ketumbuhan di sebelah kiri. Syukur Alhamdullilah semuanya berjalan dgn lancar dan abang boleh keluar dari hospital setelah 4 hari menjalani pembedahan.

Allah itu Maha Penyayang ujian Nya tidak berhenti di situ, sekali lagi seperti di hempap dgn batu dada ini bila ujian makmal mendapati ketumbuhan pada buah pinggang berpunca dari ketumbuhan tyroid 5 tahun lepas. Saranan dari Patalogy, abang diminta untuk membuat satu lagi MRI untuk melihat sama ada sel2 kanser ada terdapat di paru-paru atau tidak. Doa kami " Ya Allah, berilah kami keputusan yg baik supaya dapat kami jalani hidup ini dgn tenang." Baik di mata manusia tidak sebaik pandangan Allah. Allah melihat dgn penuh kasih sayang.

Hasil ujian didapati sel2 kanser terdapat pada paru-paru suamiku . Doaku pada Allah " Ya Allah jika kau turunkan pada ku ujian yg tidak tertanggung bagiku, Kau bekalkan pada ku iman, ketenangan dan ketabahan. Hanya pada Mu aku berserah kerana Engkau lah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih dan Maha Penyayang." Pada awalnya suami agak kecewa dgn keputusan tetapi kami sempat muhasabah diri bahawa kehendak Allah itu lebih baik dari segalanya. Kami pasrah dan tetap meneruskan rawatan. Semoga usaha suami untuk menjalani rawatan ini diberikan kemudahan oleh Allah swt. Pada hari khamis ini 18/12/08 abang akan menjalani kemotraphynya yang pertama. Semoga setiap kesakitan abang Allah gantikan dgn kesihatan dan setiap kesusahn abang Allah gantikan dengan kesenangan. Jangan takut janji Allah. Abang, sesungguhnya janji Allah itu benar. Doakan ummi supaya menjadi sekental Siti Khadijah yg sama-sama berjuang dgn abang. Jauhkan ummi dari menjadi seperti isteri Ayub yang meninggalkan suami ketika suami menghadapi ujian yg getir ini.

Ingat bang betapa Allah memudahkan segala urusan kita dan memurahkan rezeki kita semasa dtgnya ujian ini. Ummi tak suka menilai kejadian ini sebagai musibah tetapi ummi pandangnya sebagai suatu Rahmah dari Allah yang Maha Esa. Cuba abg renung kembali dari saat abang dimasukkan ke hospital hingga ke hari ini , tiap-tiap hari ada saja tetamu yg dtg. Lihat pula bagaimana dimurahkan rezeki abg saat bag menjalani pembedahan adik-adik usrah mengadakan bacaan Yassin untuk keselamatan abg. Doa rakan-rakan yg tak putus-putus.. itulah kasih syg yang Allah berikan yg tidak dapat kita nilai dgn pandangan mata kasar. Maha Suci Engkau ya Allah.

Abang, selagi hayat di kandung badan kita sama-sama berjuang ye bang.. LAgi byk ujian yang kita tempuhi lagi dekat kita dgn Allah kan bang. Semoga setiap saat abg sentiasa berada di dalam pandangan rahmat Illahi.

Kepada semua yg byk memberi sokongan dan dorongan jutaan terima kasih kami ucapkan. Barulah saya kenal betapa pentingnya nilai persahabatan di saat seseorang itu menghadapi kesusahan. Betapa besar hikmah yang Allah tunjukkan di sebalik setiap kejadian. Semoga ukhwah yang terjalin berkekalan dari dunia hingga akhirat. Budi baik kalian hanya Allah yang berhak membalasnya dengan sebaik-baik balasan.