Seorang suami yang penyayang .. sedang melalui hari-hari yang penuh getir apabila disahkan buah pinggangnya ada ketumbuhan. Berkat kesabaran, ketabahan dan keyakinan tinggi pada Allah diatas setiap ujian, akhirnya abang berjaya menjalani pembedahan mengeluarkan buah pinggang yang ada ketumbuhan di sebelah kiri. Syukur Alhamdullilah semuanya berjalan dgn lancar dan abang boleh keluar dari hospital setelah 4 hari menjalani pembedahan.
Allah itu Maha Penyayang ujian Nya tidak berhenti di situ, sekali lagi seperti di hempap dgn batu dada ini bila ujian makmal mendapati ketumbuhan pada buah pinggang berpunca dari ketumbuhan tyroid 5 tahun lepas. Saranan dari Patalogy, abang diminta untuk membuat satu lagi MRI untuk melihat sama ada sel2 kanser ada terdapat di paru-paru atau tidak. Doa kami " Ya Allah, berilah kami keputusan yg baik supaya dapat kami jalani hidup ini dgn tenang." Baik di mata manusia tidak sebaik pandangan Allah. Allah melihat dgn penuh kasih sayang.
Hasil ujian didapati sel2 kanser terdapat pada paru-paru suamiku . Doaku pada Allah " Ya Allah jika kau turunkan pada ku ujian yg tidak tertanggung bagiku, Kau bekalkan pada ku iman, ketenangan dan ketabahan. Hanya pada Mu aku berserah kerana Engkau lah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih dan Maha Penyayang." Pada awalnya suami agak kecewa dgn keputusan tetapi kami sempat muhasabah diri bahawa kehendak Allah itu lebih baik dari segalanya. Kami pasrah dan tetap meneruskan rawatan. Semoga usaha suami untuk menjalani rawatan ini diberikan kemudahan oleh Allah swt. Pada hari khamis ini 18/12/08 abang akan menjalani kemotraphynya yang pertama. Semoga setiap kesakitan abang Allah gantikan dgn kesihatan dan setiap kesusahn abang Allah gantikan dengan kesenangan. Jangan takut janji Allah. Abang, sesungguhnya janji Allah itu benar. Doakan ummi supaya menjadi sekental Siti Khadijah yg sama-sama berjuang dgn abang. Jauhkan ummi dari menjadi seperti isteri Ayub yang meninggalkan suami ketika suami menghadapi ujian yg getir ini.
Ingat bang betapa Allah memudahkan segala urusan kita dan memurahkan rezeki kita semasa dtgnya ujian ini. Ummi tak suka menilai kejadian ini sebagai musibah tetapi ummi pandangnya sebagai suatu Rahmah dari Allah yang Maha Esa. Cuba abg renung kembali dari saat abang dimasukkan ke hospital hingga ke hari ini , tiap-tiap hari ada saja tetamu yg dtg. Lihat pula bagaimana dimurahkan rezeki abg saat bag menjalani pembedahan adik-adik usrah mengadakan bacaan Yassin untuk keselamatan abg. Doa rakan-rakan yg tak putus-putus.. itulah kasih syg yang Allah berikan yg tidak dapat kita nilai dgn pandangan mata kasar. Maha Suci Engkau ya Allah.
Abang, selagi hayat di kandung badan kita sama-sama berjuang ye bang.. LAgi byk ujian yang kita tempuhi lagi dekat kita dgn Allah kan bang. Semoga setiap saat abg sentiasa berada di dalam pandangan rahmat Illahi.
Kepada semua yg byk memberi sokongan dan dorongan jutaan terima kasih kami ucapkan. Barulah saya kenal betapa pentingnya nilai persahabatan di saat seseorang itu menghadapi kesusahan. Betapa besar hikmah yang Allah tunjukkan di sebalik setiap kejadian. Semoga ukhwah yang terjalin berkekalan dari dunia hingga akhirat. Budi baik kalian hanya Allah yang berhak membalasnya dengan sebaik-baik balasan.
6 comments:
Allah tidak akan memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakanya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.
Hati, tenanglah.. iman dan takwamu diuji tatkala ini. Berlapang dadalah dengan setiap yang datang dariNya.
>:D<
Leka, Semoga Bad bertambah sihat. Leka bacalah blog KEHIDUPAN RINGKAS TETAPI SIGNIFIKAN, penulisnya seorang Prof Dr yang mengalami ujian yang sama sperti Leka.Semoga boleh membantu.
Nek Lang, terima kasih ye ... kekdg kita ingat kita yg susah..tapi ada lagi org yg lebih susah dari kita. Alhamdullilah leka pun pernah dihadiahkan buku TDMHE dari adik ex MMU. Seronok baca buku tu..
kak ina...
smoga kak ina sekeluarga tabah hadapi ujian ini..kami semua sntiasa akan menyokong kak ina sekuarga...
syg kak ina :)
Assalammualaikum kak, abg Bad..
Hak ALLAH SWT meliputi perkara yang telah ditetapkanya di Luh Mahfuz sebagaimana difirmankan ALLAH SWT;
"Apakah kamu tidak mengetahui bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa sahaja yang ada di langit dan di bumi, sesungguhnya itu terdapat dalam debuah kitab yakni (Luh Mahfuz). Sesungguhnya yang demikian itu amat mudah bagi Allah".
[Surah Al-Hajj : 70]
Imanilah Khalkullah (ciptaan ALLAH) dengan sentiasa mengingati bahawa ALLAH SWT adalah Pencipta kepada setiap sesuatu yang berada di langit dan di bumi. Sebagaimana kalam ALLAH SWT;
"Demikian itu ialah, ALLAH Tuhan kamu, tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, Pencipta segala sesuatu, maka sembahlah Dia, dan Dia adalah Pemelihara segala sesuatu". [An'am ayat 102]
Kemudian, berimanlah kamu dengan kehendak ALLAH SWT Masyiatullah. Hadirkan dengan sesuatu yang berlaku, samada ia menjadi kesukaan atau kebencian kita yang meliputi langit dan di bumi adalah hak mutlak ALLAH SWT. ALLAH SWT telah berfirman di dalam surah Yassin;
“Sesungguhnya perintahNya apabila Dia menghendakki sesuatu hanyalah berkata kepadanya jadilah maka terjadilah ia”
Lalu, sebagai pujukan buat diri yang lemah, imanilah dengan Ilmullah. Yakni ilmu ALLAH SWT itu meliputi segala yang berlaku di dalam alam maya ini. Tidak ada, bahkan keatas atau tersembunyi bagaimanapun sesuatu perlakuan itu tanpa ALLAH SWT mengetahui akannya. Usahlah kalian mendabik dada dengan sekelumit ilmu yang dimiliki. Tiadalah ia hanya daripada ALLAH SWT semata. Sebagimana firmannya;
"ALLAH mengetahui apa-apa yang ada di langit dan apa-apa yang di bumi dan Allah maha kuasa atas segala sesuatu"
Usahlah berasa dukacita akan kelemahan yang didatangkan ke atas diri-diri kita. Usah juga merasa kecewa andai usaha masih belum menampakkan hasil. Yakinilah akan firmanNYA ;”
123. (balasan Yang baik Yang dijanjikan oleh Allah itu) tidak akan didapati hanya Dengan angan-angan kamu semata-mata, dan tidak pula Dengan angan-angan ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani). sesiapa Yang melakukan kejahatan, ia akan dibalas Dengan kejahatan itu, dan ia pula tidak akan mendapat - selain dari Allah - seorang pun Yang akan melindunginya, dan tidak ada juga Yang dapat menolongnya.
Justeru, taqdir ALLAH SWT itu, walau mulanya nampak sebagai bencana, lebih penting, andai kita sabar dan menghadirkan redha, kurniaNYA lebih besar daripada jangkauan akal.
Wallahu’alam
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وبارك وسلم أجمعين، والحمد لله رب العالمين
Al-Haqir ila ALLAH AL-GHANIY:
Almukminun
http://almukminun.blogspot.com/
salam almukminun,
terima kasih atas peringatan. Doakan akak dilimpahkan kesabaran dan dimatikan dalam iman..semoga ukhwah yg terjalin bukan sahaja di dunia malah di akhirat jua...
Post a Comment