Tuesday, January 6, 2009

Pengawas ke Penganas ni...

Alam persekolahan kembali lagi..rutin harian kembali seperti sediakala...sibuk..sibuk..sibuk..hari hari skrip yg sama.." cepat dek..cepat qib..cepat dek ..cepat qib" anak-anak cukup bosan dengan skrip umi yg tak pernah2 berubah saban tahun. Kalau tak digunakan dialog ni..ermmm sampai ke sudah le dia org ni tak siap-siap. Cuma pada hari pertama sekolah jek rekod dia org baik sket..blom kejut dah bangun.. bukan semangat nak ke sekolah semangat nak pakai brg2 baru.

Tahun ni adik le org yg paling bersemangat skali sebab dia pakai baju yg berbeza dari abg dia. (nanti kalau nizam boleh pinjam kan kamera ummi ambil gmabar dia ye). Bukan main berlagak lagi ngan abg dia mana le si abg tak memendam rasa bila tgk adik pakai hensem2 siap dgn baju lengan pjg.. dgn vest..dgn tie. terpaksa ummi saiko aqib di subuh yg hening.. 'ala qib jadi pengawas ni tak penting ... yg penting aqib menonjol dlm kelas..masuk apa2 pertandingan.. target kena tinggi itu yg penting..(perghh lega rasa bila nampak aqib dapat terima kenyataan).

Setiap tahun ummi hantar dia org ni ke kelas masing2, walaupun aqib dah tahun 4 ummi tetap hantar dia ke kelas.. tiap2 tahun ummi pastikan aqib dan adik akan duduk di barisan hadapan. Ummi akan pastikan dia org ni tak ditempatkan di bahagian belakang kelas. Kenapa ummi lakukan begitu..sebab anak2 ummi tidak secerdik mana..tambahan dgn kenakalan mereka lagi jadi bila duduk di bahagian belakang peluang utk mereka bermain dan berkhayal adalah cerah.

Yg paling syok ari ni ... masa ummi ambil dia org dari sekolah tetiba YB (adik) mengeluh pjg. Fuh bosan tol jadi pengawas ni ..ingat senang, sakit jiwa adik... sampai 4 kelas nak jaga..waktu rehat lagi..pening pala adik..kalau baik-baik tak pe..ni sumer mcm hantu..amboi..( awak tu baik sgt ke)..ummi senyum jek..ummi pun tanya, napa dek ..kalau atak suka ummi jumpa cikgu kay minta tolong lucutkan jawatan ye..dgn pantas adik jawab...jgn jgn...adik boleh lagi..owhhhh konon2 cam YB ar mengeluh dgn masalah masyrakat setempat..moral of the story berlagakkkkk. Adik adik... tak brapa meter lagi nak sampai umah..dia berleter kan polis plak..adik rimas la pakai tali pinggang kat belakang ni... dah le panas..rimas ar adik bila le polis ni nak jadik kecik cam adik adik plak jadik polis...tak payah pakai tali pinggang ni... dlm hati ummi kata...sebbijk cam ummi dia..kuat komplen (nak wat camaner ..kuah nak tumpah kat ne..seb baik aqib mcm abah... sunyi sepi). Tu la ceritanya...

7 comments:

niksan said...

bidan taman! =))

p/s: br terjumpa blog akak~ :D

almukminun said...

Assalammualaikum kak, abg bad,

Hak ALLAH SWT meliputi perkara yang telah ditetapkanya di Luh Mahfuz sebagaimana difirmankan ALLAH SWT;

"Apakah kamu tidak mengetahui bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa sahaja yang ada di langit dan di bumi, sesungguhnya itu terdapat dalam debuah kitab yakni (Luh Mahfuz). Sesungguhnya yang demikian itu amat mudah bagi Allah".

[Surah Al-Hajj : 70]


Imanilah Khalkullah (ciptaan ALLAH) dengan sentiasa mengingati bahawa ALLAH SWT adalah Pencipta kepada setiap sesuatu yang berada di langit dan di bumi. Sebagaimana kalam ALLAH SWT;

"Demikian itu ialah, ALLAH Tuhan kamu, tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, Pencipta segala sesuatu, maka sembahlah Dia, dan Dia adalah Pemelihara segala sesuatu". [An'am ayat 102]

Kemudian, berimanlah kamu dengan kehendak ALLAH SWT Masyiatullah. Hadirkan dengan sesuatu yang berlaku, samada ia menjadi kesukaan atau kebencian kita yang meliputi langit dan di bumi adalah hak mutlak ALLAH SWT. ALLAH SWT telah berfirman di dalam surah Yassin;

“Sesungguhnya perintahNya apabila Dia menghendakki sesuatu hanyalah berkata kepadanya jadilah maka terjadilah ia”

Lalu, sebagai pujukan buat diri yang lemah, imanilah dengan Ilmullah. Yakni ilmu ALLAH SWT itu meliputi segala yang berlaku di dalam alam maya ini. Tidak ada, bahkan keatas atau tersembunyi bagaimanapun sesuatu perlakuan itu tanpa ALLAH SWT mengetahui akannya. Usahlah kalian mendabik dada dengan sekelumit ilmu yang dimiliki. Tiadalah ia hanya daripada ALLAH SWT semata. Sebagimana firmannya;

"ALLAH mengetahui apa-apa yang ada di langit dan apa-apa yang di bumi dan Allah maha kuasa atas segala sesuatu"

Usahlah berasa dukacita akan kelemahan yang didatangkan ke atas diri-diri kita. Usah juga merasa kecewa andai usaha masih belum menampakkan hasil. Yakinilah akan firmanNYA ;”

123. (balasan Yang baik Yang dijanjikan oleh Allah itu) tidak akan didapati hanya Dengan angan-angan kamu semata-mata, dan tidak pula Dengan angan-angan ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani). sesiapa Yang melakukan kejahatan, ia akan dibalas Dengan kejahatan itu, dan ia pula tidak akan mendapat - selain dari Allah - seorang pun Yang akan melindunginya, dan tidak ada juga Yang dapat menolongnya.

Justeru, taqdir ALLAH SWT itu, walau mulanya nampak sebagai bencana, lebih penting, anadai kita sabar dan menghadirkan redha, kurniaNYA lebih besar daripada jangkauan akal.

Wallahu’alam


وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وبارك وسلم أجمعين، والحمد لله رب العالمين

Al-Haqir ila ALLAH AL-GHANIY:

Almukminun

http://almukminun.blogspot.com/

~mIsS_p00h~ said...

Salam kak,

p0st la gambar diorg pakai baju baru! Esp. yg kene mengawas org tu! hehe...

Kak, sy mau dtg one st0p centre utk dgr kuliah ttg kehidupan! Bila siaran yer kak? :D

mish u a lot!!!

Nurul Aizam Zaini said...

salam...

huhu.. cekgu.. lama x jumpa.. doa supaya cekgu sentiasa sehat dan juga abg bad.. Amin!!!

mmg cerita si adik tu kompem buat sy x kering gusi ni haa ...

ummi said...

salam ain,

terima kasih melawat laman akak.. jgn la mention akak ni ehem ehem taman... nanti sapa la jaga OSC (one stop center) kalau akak asyik g kayuh masikal..hehe

ummi said...

salam adinda ku pooh...

selagi kita bernyawa selagi itulah kita belajar erti kehidupan... kalau adinda ku dtg ke osc utk mendengar kuliah... akan ku berikan kuliah yg lagi baik punyaaaa....hehe (aina ngan kak ina tak leh jumpa..rosak program)

ummi said...

salam aizam,

mekasih aizam..doa kalian buat akak jadi kuat... kalau adik tu la gayanya ada aje cerita..