Monday, January 23, 2012

Pantas masa berlalu....

Ya Allah sungguh pantas masa berlalu...sedar tak sedar dah lama blog ni ummi tinggalkan berhabuk... punyalah sibukkkkk... baru malam ni ummi perasan 2012 belum ada satu entry pun lagi....

azam ummi sebelum januari berlalu pergi...ummi tetap nak tinggalkan satu entry...

apa yang ummi sibukkan sgt tu meh ummi kongsikan sikit..

1. Buka sekolah.... hantar anak sekolah, tapi bertambah sibuk lagi bila si abang masuk asrama. Mulanya ditawarkan ke Rancangan Khas di Sek Tinggi Melaka berserta asrama, ummi dah tolak tawaran ke asrama memandangkan sekolah dan rumah hanya 10 minit sahaja. Tetapi kita merancang hanya Allah menentukan..lain yang kita rancang lain jadinya. Masa hari pendaftaran, pihak sekolah membuat pengumuman ini adalah tahun pertama sekolah itu mengadakan program hafazan dan taranum. Syarat untuk menyertai program ini perlu menginap di asrama. Nak tak nak... ummi dan abah terpaksa akur meletakkan Naqib di asrama. Walaupun berat hati ni ... maklum ler kalau anak 20 org tak pe lagi..ni 2 org jek... dah masuk asrama sorang tinggal la si adik terkontang kanting.

2. BB1M.. dekat 2 minggu sibuk dengan pengagihan vaucar buku RM200.00 untuk pelajar pelajar universiti. Macam-macam ragam ada. Ni tgh sibuk nak kira vaucar yang dah kutip. tgh buat balancing. Nasib baik cuti tahun baru cina..kalau tak kom[erm termuntah-muntah nengok vaucar ni.. vaucar student dah di agihakan vaucar ummi RM500 tak dapat lagi pun... tapi laykakah?....

3. Mcm mcm ada di bulan Januari ni... ada org kawin, ada org tunang, ada org meninggal...pendek kata mcm mcm adaaaaaa....

tapi kenangan paling manis..hantar bujang masuk asrama..... tu dulu eh..nanti ummi upload gambar