Semalam masa ummi singgah ke kedai membeli barang keperluan untuk memasak.. dah siap bayar semua..pembantu kedai tu pun tolong ummi angkat barang dan hantar ke kereta. Baik hati dia..sebab agak berat jugalah barang barang yang ummi beli.
Sebelum dia beredar, sempat dia berbual dengan ummi. Ummi panggil dia Amat.. seorang lelaki berbangsa India dari Bangladesh. Ummi senang berbual dengan dia kerana Amat ni baik dan berbudi bahasa.
Kata Amat.. "kak tadi ada serorang perempuan sama macam kakak.. suami dia baru meninggal.Sakit Jantung" katanya. Amat melahirkan rasa simpati dia yg amat sangat pada perempuan tersebut. Dia kata ummi masih bernasib baik kerana cuma ada 2 orang anak dan sudah besar-besar. Kata Amat... kakak yg baru kehilangan suami tadi anak-anaknya masih kecil. Ada yang berusia 3, 4 dan 5 tahun. Dia kata dia kesian sangat tengok perempuan itu.
Ummi cakap dengan Amat.."Mat, kalau Amat sebagai manusia rasa kasihan bagaimana pula Allah yang bersifat Maha Mengasihani. Allah itu Maha Penyayang Mat. Amat jangan risau Allah telah sediakan dia satu kehidupan yang lebih baik kerana dia sabar dan redho. Allah tahu perempuan itu kuat..Allah tahu anak-anak itu kuat sebab itu Allah beri anugerah itu pada mereka. Anak yatim ni sangat tinggi tempatnya di sisi Allah. Rasulullah juga sayang pada anak-anak yatim ...kata Rasulullah lagi...jarak aku dan anak yatim sangat dekat... mcm ni... sambil akak memberi kan isyarat jari... tanda terlalu dekat Rasulullah dengan anak yatim.
Apa yang kita ada semua pinjam saja Mat. Macam Mamat jugak... Mamat kerja sini...isteri dekat India besarkan anak... Mamat keluar bermusafir mencari rezeki kerana Allah juga sudah dapat banyak pahala. Isteri Mamat dekat sana pun kuat sebab boleh membesarkan anak-anak tanpa suami.
Dalam hidup kita jangan jauh dari Allah. Kita fikir kita ada suami kita selamat..kita ada suami kita kuat... jangan ada fikiran yang macam itu. Takut jatuh dosa kerana kebergantungan kita kepada manusia lebih kuat dari kita bergantung dengan Allah. Kita lupa sebenarnya Allah itulah sebaik baik penjaga bagi kita.
Kata Amat tak semua orang boleh fikir macam itu.
Lepas tu Amat ajak ummi berbual lagi..."kak lagi satu saya mau tanya..kenapa melayu suka sangat pandang kita ini..(india bangla) macam teruk sangat... saya pergi sembahyang masjid lagi dia mahu tanya saya islam ke bukan. Sudah nampak saya semayang lagi mau tanya saya islam ke bukan... itu hari ada aiduladha saya makan lumbu (lembu) pun dia orang tanya sama saya jugak...boleh makan lembu ke tak? Kalau saya islam mestilah boleh makan...saya pun tak paham la sama ini orang..bukan ke kita melayu ke india ke cina ke...kalau pegi masjid itu tanda kita islam bukan?"
Akak pujuk Amat...dalam masa yang sama akak nak kena cover juga sikap orang melayu kita ni... "Mat... bukan kata melayu saja...semua orang dalam dunia ini kalau dia tidak berilmu dia banyak tanya soalan yang tak masuk akal...sebagai seorang musafir... orang mcm mamat ni dipanggil musafir ya... sebab mencari rezeki di tempat orang... paghala bagi Mamat sangat byk... Mamat kena banyak sabar....sebab kita di tempat orang. Kalau Mamat rasa Mamat buat tu betul ...tak kacau orang Mamat teruskan kehidupan Mamat. Cari orang yang baik-baik. Jangan risau dalam Malaysia ni ramai orang yang baik-baik. Yang tak berapa baik, mereka jarang ke masjid... jangan cari kawan yang salah ya.."
Tambah Mamat lagi kadang-kadang dia sakit hati bila orang marah dia orang selalu panggil dia Bangla Bodoh.... bila marah saja dia orang mesti cakap bodoh punya Bangla...kata mamat lagi ... "Tapi kak saya selalu fikir...kita sembah tuhan yang sama kita ada nabi...kenapa kita mesti cakap macam ni..."..
"Mat... itulah beza orang yang dapat hidayah dengan tidak. Orang yang dapat hidayah apa yang dia cakap semua yang baik-baik. Sebab Allah nak bagi dia syurga... Syurga itu tempat yang baik... kalau mamat nak syurga kenalah jadi baik, sabar dan solat ya Mat....orang jahat buang jauh-jauh macam kita takut dengan neraka Allah ya Mat"... akak akhiri perbualan kat situ sebab hari pun dah nak maghrib...
seronok rasa hati bila... kat mana-mana pun kita boleh berbincang pasal kasih sayang Allah kebesaran Allah dan boleh berpesan pesan dengan kebaikan kerana Allah. Moga Allah merahmati perbualan ummi dangan Amat petang tadi. amat bersabar ya...biar di hina manusia jangan di hina Allah ehhh Mat...