Thursday, May 15, 2014

Hari Mak Mak


https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRs0TEbWkn8byE5azk07_4ojDt-X5qnfp1NzOaXnY9HiMb-PACt

Assalamualaikum wrh.,

Rata-rata dalam dunia ni sibuk sambut Hari Ibu. Wassup ummi pulak..berdedai dedai..bertalu-talu  soalan orang hantar kat ummi minta pendapat mengenai sambutan hari ibu. Allah penat pula ummi nak berhujah. Hehe...tambahan lagi ummi ni daif lagi hina. 

Kalau nak picisan pendapat bolehlah, kalau nak tahu hukum, minta maaf jauh panggang dari api. Ummi tidak secerdik itu. Antara persoalannya.. apa pendapat ummi mengenai isu, kalau kita celebrate hari ibu boleh terpesong akidah. 

Masya Allah jika sampai ke situ hukumnya, lagilar ummi tak boleh nak jawab. Tapi sekadar nak minta pendapat ummi, bolehlah.Ummi selalu ambil jalan mudah..kalau benda yang kita buat tu benda yang baik, tanpa ada apa-apa niat selain hanya kerana Allah teruskan. Kalau kita buat dengan perasaan yang was-was..tingggalkan. Itu tanda nak dakyah orang senang,,,nak dakwah tu yang susah.

Kita orang tak sambut mothers day... kita orang sambut hari mak mak jek.. kita orang sambut pun bukan pada hari berkenaan...kita orang pegi hari keesokannya...hahahah..kan senang..janji kami menghargai kawan-kawan kami yg mak mak ni... ada kerjaya tapi mampu mengalas tanggungjawab sebagai mak yg power...tak yah pening-pening.

Anak-anak nak beri hadiah pun ummi kata tak payah...hadiah yang paling bermakna dalam hidup ummi, bila korang mampu jadi anak soleh... aminnnn.

Jom cuci mata... kak bedah outing ....

Yang paling seronok..memandangkan kami ni suka sangat selfie... bila nak gambar bertiga terpaksa minta pekerja restoran tu tolong klik klik kan... yg syokya bila dia nak klik..ternampak muka dia sendiri..dengan loghat negerinya..terus dia cakap mcm ni..." Ehh..ni gambar kito..."
hehehe berderai cik bedah semua ketawa....


Cantikkan .... pemandangan tu..cer teka kat mana..kat mesia ker..kat obersi ke ... kat mana?


 Cam seposen tak muka kita orang...yang penting cik bedah enjoy...kannnn

itulah hari mak mak kami... tunggukan hari kak nam kami pulak...


Friday, May 9, 2014

Ulang Tahun Perkahwinan Kami....

https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRs0TEbWkn8byE5azk07_4ojDt-X5qnfp1NzOaXnY9HiMb-PACt

Assalamualaikum wrh.,

Kalau abang masih ada.... tahun ni hari ulangtahun perkahwinan kita yang ke 16. Kalau abang ada...tentu ummi dapat macam-macam hadiah sebab esok juga hari ibu hehe...setiap tahun ada jek hadiah hari ibu abang bagi...sebab abang nak cakap terima kasih sebab jadi ummi pada anak-anak abang...tak pe kita kumpul kat dunia ni sebab ummi nak ambil hadiah ketua bidadari yang Allah janji...hehe insha Allah. Moga Allah pelihara ummi untuk jadi kuat dan tabahkan hati ummi nak jaga amanah abang ni... (2 debab amanah terindah...)


Tarikh hari ini juga pada tahun lepas...kita sambut di 2 hospital. Abang dibenarkan keluar dari Hospital Pantai pada tarikh tersebut dan dimasukkan pula ke Hospital Besar Melaka pada malam harinya.

Seronok rasa bila doktor benarkan abang pulang...walaupun soalan abang pada ummi buat hati ummi hancur. Teringat lagi kata-kata abang..."ummi.. kenapa doktor kasi balik.. abang rasa abg tak ok lagi ni...ke umi ada sorok sesuatu dari abang...". Sebenarnya abang dinasihat pulang kerana tiada apa-apa yang boleh dilakukan lagi ke atas abang.

Hancur luluh hati ini hanya tuhan yang tahu. Ya bang..ummi sorok sesuatu dari abang.. ummi tahu abang akan pergi meninggalkan ummi tapi ummi selalu berdoa dan berharap ada satu keajaiban dari Allah.. mana tahu abang boleh sembuh seperti sediakala. Ujian MRI yang dilakukan jelas menunjukkan kanser yang ada dalam badan abang telah merebak ke seluruh badan.

Puas ummi dan doktor berpakat...tak mahu abang hilang semangat..  kami beri keyakinan dalam masa yang sama kami beri kata-kata motivasi buat abang bersedia menghadapai sebarang kemungkinan yang kita semua takuti. Ummi ingat lagi abang dakap ummi abang peluk ummi di katil hospital... abang kata abang redho kat ummi abang sayang ummi dan abang akan pergi tinggalkan ummi. 

Tapi bagai di kunci mulut abang dan mulut ummi... abang tahu abang akan pergi...ummi juga tahu abang nak pergi... kami diam seribu bahasa cuma hati kami yang banyak berbicara bersam-sama. Setiap kali abang kata..abang ada benda nak cakap...tapi abang tidak teruskan bicara...setiap kali itu juga ummi tahu apa abang nak kata. 

Sudah dikatakan tiada siapa boleh buka rahsia matinya bila... maka hanya bila mata bertentang mata... hati kita sering berbicara. Malam 09/05... satu malam yang tidak dapat ummi lupa sampai bila-bila. 16 tahun lalu...malam 09/05 adalah malam yang paling membahagiakan apabila cinta kita disatukan. tetapi malam 09/05 tahun lepas adalah satu malam yang juga tak akan ummi lupakan sampai bila bila. 

Ketika keluar dari hospital pantai, kami di hantar oleh ramai kakitangan hospital pantai yang berhati mulia. Ramai yang hantar dan ramai yang menunggu juga ...Jambangan bunga besar dari mambang2 utk ucapan selamat ulangtahun perkahwinan di muka pintu Hospital Pantai cukup mengharu kan. Tidak sangka air mata ummi berjurai-jurai ketika memandu bawa abang pulang ke rumah pada hari tu.

Ku sangka panas hingga petang, rupanya hujan ditengahari. Hanya sejam dua je abang dapat balik rumah. Daripada abang sampai rumah kita tidak berhenti-henti tetamu yang datang. Maghrib itu penuh tetamu di rumah kita, Bacaan yassin dari teman-teman surau memenuhi ruang rumah..bertambah sayu hati melihat kebaikan insan-insan yang dikirim Allah kepada keluarga kami.

Sakit abang betambah teruk... abang mengerang-ngerang kesakitan. Semua orang buntu..atas nasihat keluarga abang dan keluarga ummi, mereka minta abang di hantar ke hospital besar. Saat itu abang genggam tangan ummi..abang merayu tak nak pergi...abang kata.."ummi abang tak nak pergi sebab nanti kita pergi naik kereta, balik nanti abang naik van jenazah..." subhanallah... tak tahu dari mana datang kekuatan..tiada setitik air mata ummi tumpah.

Ummi peluk abang ummi pujuk abang.. "Sysshhh...jangan cakap macam tu bang, tiada siapa yang tahu matinya bila, selagi ada nyawa selagi itu kita berjuang.. Berjuang untuk sihat berjuang  untuk nak baik kerana Allah juga di kira Fisabilillah sayang. Ummi sentiasa di sisi abang.. kita harung sama-sama...supaya kita jumpa Allah nanti sebagai orang yg sedang berjuang bukan orang yang berputus asa..."

Malam itu sehingga jam 3 pagi baru urusan dimasukkan abag ke dalam wad selesai. Selepas diberi mofin keadaan abang agak stabil. Abang dapat melelapkan mata sekejap. Ummi, kak pati dan naqib bermalam di hospital. 

7 hari abang di hospital besar Melaka... Kami dilayan dengan baik oleh pihak hospital. Abang nak makan macam-macam. Abg mintak ummi masakkan masak asam. Masa abang sihat, setiap kali abang makan masak asam ummi, abang mesti cakap tak de siapa boleh challenge masak asam ummi. Pada hari itu, ummi masak dan berdoa bersungguh-sungguh pada Allah...andai kata ini masak asam terakhir aku buat suami, Ya Allah Kau izinkan masak asam ini adalah masak asam yang paling sedap di dunia ini aku nak hidang untuk suami. Berselera abang makan.

Tapi perubahan diri abang sangat ketara... kesihatan abang makin hari makin merosot. Badan abang makin hari makin kurus. Apa yang ummi baca tentang tanda-tanda kematian semua jelas diperlihatkan Allah. Abang mengidam nak makan kari kepala ikan juga ummi sempat masakan. abang kata abang nampak mak cau ngan pek tam datang tapi tak masuk rumah..sebenarnya kedua2 mak saudara dan bapa saudara abang dah lama meninggal... bila CD mengaji berhenti abang suruh ummi pasang cepat..abang kata, "ummi buka ngaji cepat, rimas abang syaitan ni..bukan main gamai..." tanda-tanda itu semua buat ummi kuat semangat. Tiap-tiap hari ummi pujuk hati... Allah dah nak ambil suami ummi...

Tiada kederat abang nak jalan, tapi abang gagahi juga nak  siapakan juadah berbuka untuk ummi sekalipun menghidangkan air suam dan kurma. Bila ummi marah tak kasi abang bangun..abang kata: "ummi bagilah peluang abang buat pahala sekalipun sudah berada di hujung nyawa. .."

Banyak perangai  abang yang pelik-pelik. Lagi 5 hari abang nak pergi...abang suruh ummi jumpa doktor..suruh tanya abang boleh hidup berapa lama. Ummi tahu abang nak ummi tahu abang dah nak pergi. Tapi mulut abang Allah kunci. Abang dah nampak malaikat datang berkali-kali... ada suatu hari abang kejut ummi pukul 3 pagi... abang nak cerita abang jumpa siapa tadi...tapi mulut abang Allah kunci. 

Allah sayang ummi, abang..Allah dah beritahu ummi..ummi kau akan ditinggal pergi.. ummi dah bersedia sayang..sebab ummi tahu dalam dunia ini tiada yang abadi. Tiada satu pun milik ummi. Ummi ckp dekat abang.."abang tak payah tanya doktor..doktor sendiri pun tak tahu ajal dia bila. Kalau doktor kata ohh encik dah nak mati...kita pun putus asa..tapi rupanya umur kita panjang lagi...atau doktor kata..encik boleh hidup lagi ni...semua ok..top top kejap lagi mati... ha tak yah susah-susah tanya doktor ya bang...yang penting kita bersedia je menghadapIllahi. Semua orang akan pergi semua orang akan mati...ummi pun akan mati juga... dah tak yah susah hati..." ummi peluk abang lagi sebab ummi tahu apa yang tersirat kat hati abang...

Hari ini...hari ulangtahun perkahwinan kita bang... doakan ummi kuat dan tabah membesarkan anak-anak abang. Ummi dan anak-anak akan teruskan segala kebaikan yang abang ajarkan dan abang tinggalkan. Tenanglah abang disana sebab hari tu kita dah janji...ummi redho dengan ketentuan ini...abang rehat dari dunia yang fana ini...dunia ni tempat persinggahan dunia ni penuh permainan...ummi nak besarkan anak-anak... ummi juga akak menyusul abang nanti....


Thursday, May 8, 2014

Belahan Jiwa...

https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRs0TEbWkn8byE5azk07_4ojDt-X5qnfp1NzOaXnY9HiMb-PACt 
 Assalamualaikum wrh.,



 Ni lah buah hati belahan jiwa ummi..seb baik 2 orang. Bolehlah ummi belah 2 bagi  sorang sebelah.

Tiada harta yang lebih hebat yang suami ummi tiggalkan melainkan zuriat dia yang encem-encem ni. 2 Debab abah, buah hati ummi. Kalau tgh baik... kuku kikik kuku kikik kami tiga beranak... tapi kalau ummi tgh hangin... la-nina pun tak kencang mcm ummi punyi peluru tabur....

Alhamdulillah, terima kasih ya Allah, kurniakan ummi hadiah terindah...hadiah yang paling hebat... anak yatim yang baik dan senang berunding ni. Kami dah terbiasa sejak abah dia ada dulu, nak buat apa kami buat berjemaah. Hingga kini pun kami dah terbiasa. Ummi masak adik tolong kupas bawang, aqib tolong basuh pinggan dah siap masak dua-dua tolong hidang lauk ...dah siap makan mereka tolong kemas adik tolong mop aqib basuh pinggan. 

Ummi selalu pesan, dulu abah ada, ummi tak beban sangat sebab abah rajin..semua benda abah buat dengan ummi, sekarang abah dah tak der...korang tak bolehlah buat ummi macam amah...nanti ummi boleh hidup seribu tahun ..tapi bila penat sorang-sorang ummi boleh hidup sehari je. Ummi lagi suka, lagi cepat mati lagi cepat ummi jumpa abah... hehe adik paling takut ummi gertak macam ni...nanti tiba-tiba dia sakit kepala.

Ramai orang tanya, anak-anak macamana? dia sedih lagi tak...dia ok tak ..dia boleh terima tak...

Alhamdulillah, anak-anak ummi senang berunding, mungkin berkat abahnya seorang anak yang taat pada emaknya. Ummi mohon juga dengan Allah jadikanlah anak-anak ummi anak yg soleh anak yang baik macam abah dia. Setakat hari ini dikurniakan Allah, Alhamdulillah mereka anak yang baik. Nakal tu biasa sebab semua orang pernah melalui saat-saat remaja mcm ni. Cuma ummi perlu pandai main tarik tali dengan mereka. 

Ada juga orang yang kata, bagus anak-anak ummi...tabah je. Alhamdulillah di luar nampak tabah, tapi sesekali bila rindu itu datang menerpa kecundang juga. Sesekali mengalir juga air mata macho mereka. Ummi lar tisu basah yang sentiasa setia dan berada disisi untuk mengeringkannya. Cewahh... tapi ummi belum nampak lagi dia orang menangis depan ummi...mungkin mereka nak tunjuk mereka kuat, mereka boleh jaga ummi. Cuma ada sekali adik cerita, tiba-tiba air mata dia mengalir sebab teringat abah.

Ummi cakap dekat adik, adik tak boleh sedih ..adik kena kuat, nanti abah pun sedih kat sana, kalau kita tenang kat sini, kita redho kita tempuh hidup ini walau pelbagai rintangan dan dugaan..abah pasti tenang kat sana. Bangga abah tengok kita hidup bahagia mcm ni. Adik ngan aqib 14-15 tahun Allah pinjamkan abah..Rasulullah saw..dalam perut lagi dah tak der abah.. sebab tu Rasulullah sayang anak yatim. Anak yatim adalah anugerah terindah dari Allah buat aqib dengan adik.Ummi dulu lagi lar pulak..umur 11 tahun Allah dah ambil mak ummi. Sedih, memang sedih tapi ummi yakin Allah akan ganti balik apa yang Allah ambil, Allah akan ganti yang lebih istimewa kat "sana" nanti. Ummi pasti dapat jumpa mak ummi. Lagi satu ummi terlepas dosa derhaka pada emak.. sebab lagi lama mak kita hidup dengan kita, dalam tak sengaja kita banyak melukakan hati mak kita kan. Maka berlapang dadalah dengan apa jek Allah beri pada kita.

Aqib ni serius sikit. Ciri-ciri sebagai ketua keluarga memang tebal dalam diri aqib. Orangnya serius tak banyak cakap sebijik macam abahnya. Orang pun tak berani bergurau yang merapu-rapu dengan Aqib. Tapi kesian adik, Selalu jadi mangsa orang menyakat tentang status ummi. Mana-mana pegi orang suka permainkan adik dengan soalan  nak kawinkan ummi dia. Kesian adik. Sebenarnya dia tertekan. Dia sayang ummi seluruh jiwa raga dia.

Ummi cakap kat adik, mulut manusia jangan dilayan. Orang mengata ummi, orang nak ejek-ejek ummi kawin adik cakap Alhamdulillah. Bukan setakat kawan2..orang2 dewasa pun rajin sakat adik dengan persoalan yang macam ni. Ummi pesan adik, lain kali kalau ada orang kata nak jalankan ummi ke..nak kawinkan ummi dengan orang ni ke orang tu ke...adik jawab mcm ni..." mak saya kata... bini pakcik nak bermadu ngan mak saya tak... kang malam mak saya datang rumah pakcik...." ha baru dia tahu esok langit dia tinggi rendah.

Tak payah lar orang-orang kat luar sana sibuk-sibuk nak risau pasal jodoh ummi. Anak-anak ummi punya pemikiran lebih baik dari dia orang ni... kata mereka, anak2 bertuah ummi..."jodoh ajal maut di tangan tuhan, tak payah lar nak susah2 nak penat-penatkan otak nak fikir siapa jodoh ummi kita orang. Doa kami...andai kata hidup sebagai balu itu buat ummi kuat membesarkan kami..ya allah bantulah ummi...andai kata, ummi berkahwin itu lebih baik utk mengelak fitnah dan boleh bantu ummi dalam urusan agama dan keluarga..Ya Allah permudahkan...aminn"

Inilah buah hati ummi...belahan jiwa ummi.. teman ketawa teman menangis teman ketika sepi teman ketika berjimba....walapun usia mereka masih mentah, tapi pemikiran mereka sangat matang. Kadang-kadang bila ummi tersasar mereka tegur. Yang seronok mereka tak tegur direct, selalu kena perli jek... contoh, ummi suka sangat ambil gambar dan pos kat wassup...nanti aqib cakap mcm ni...dek orang2 dulu2 nak makan baca doa dulu..orang sekarang nak makan buka kamera tau... ceittt... saja nak kena jeling dengan ummi

ni jam kalau berjalan, penampilan ummi dia orang yang jaga. Sebab mereka ni remaja, abis ummi dia jugak dia remajakan. Dia tak kasi ummi keluar selebet-selebet... dia kata nanti kalau ummi pakai selekeh nanti orang kata, kita orang tak pandai jaga ummi.... ALhamdulillah...macamana abah dia jaga ummi, mamcamana abah dia manjakan ummi... macam tu juga dia rang jaga ummi

Terima kasih ya Allah...terima kaish atas hadiah terindah ini....


Monday, May 5, 2014

Mambang...


https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRs0TEbWkn8byE5azk07_4ojDt-X5qnfp1NzOaXnY9HiMb-PACt

Assalamualaikum wrh.,

Dah lama ummi biarkan blog ni kesepian.  Sejak dua menjak ni memang ummi sibuk sikit. Ada saja programnya. 

Baru-baru ni ummi sibuk dangan rakan-rakan mambang ummi. Ummi ada banyak group... ada group mambang ada diva ada primadona ada cik bedah...ada group gojiak pun ada... nama group semua masuk air..tapi hubungan kami sangat baik. 

Ummi tak kaya harta tapi ummi kaya dengan kawan-kawan . Mereka semua baik hati, mereka membuktikan hubungan kami bukan sekadar teman ketawa teman bermain tapi teman ketika susah dan senang. Ummi selalu peringatkan kepada mereka...mohonlah pada Allah moga hubungan kita bukan sahaja di dunia malahan di akhirat juga... 

Jom ummi cerita pasal mambang...

Mambang ni kawan-kawan kerja ummi kat MMU . Hubungan kami bukan baru sehari dua..hubungan yang terjalin sudah berbelas tahun. Jatuh bangun sendu tawa sentiasa bersama. Ketika ummi menghadapi saat-saat getir setiap hari mereka bersama ummi. Bila ummi kuat mereka lepaskan ummi perlahan-lahan. Jangan mereka tahu ummi tgh susah...ummi tak sihat ke begitu juga anak-anak ummi...cepat mereka sampai. Yang satu specialnya tentang kami... kami semua "masuk air"...kalau berjumpa macam tongkang pecah. Kalau cakap 100 ...1 jek serius. Tapi untuk makluman semua, walaupun kami kuat main majoriti ahli kumpulan kami pekerja cemerlang MMU cewahhh... sebab tu ummi kata mereka ini memang istimewa..sebab tu nama kami mambang



Meh ummi kenalkan..pakai nama pentas ehh ..
dari kiri.. mambang merah..tgh mambang suci (suci lar sangat).. sebelah nya mambang biru (yg ni lagi dedau)...belakang sekali ummi, dia org panggil mambang pelangi...sebelah ummi mambang hijau... ada beberapa mambang lagi yang tiada dalam gambar sebab dia org tak masuk air sgt mcm yg ada dalam gambar ni....hehe



kami ni pantang jumpa kamera... selfie..selfie..selfie.. mcm2 gaya ada... yg tudung oren tu dulu...masa anak dara kalau selfie boleh kering air laut...
asal selfie jek muncung..asal muncung jek selfie...apa org kata "duck face"
tapi sejak dah kawin ni byk dia dah hensap...hahahaha
Yang tudung biru tu dia sedara chali chaplin... dalam apa hal..semua laju...orang belum bangun dia dah kejut kita orang kat wassup group..kul 4.30 pagi dah suruh kita orang bangun ler solat ler..buat sarapan ler... kalau cuti..orang baru sarapan dia dah siap masak lauk tengahari... 


Kami ni otai otai MMU. Boleh jadi apa jek... Ajak bersukan boleh, buat kebajikan boleh..kerja kerja keagamaan boleh..apa saja boleh..kerana darah MMU mengalir deras dalam jiwa kami. Tahun ni pasukan Netball Mambang MMU jadi Johan untuk Sukan Masiswa.. lawan universiti universiti swasta satu Malaysia tu... huhuhu kami juara... yess..hidup Mambang!!



Dalam ramai-ramai mambang yg ni sorang yang paling mengada dengan ummi. Tak boleh salah ..mengada ngada taik kuda ... kalau gi kursus ke gi mana ker..kita orang mesti satu bilik sebab level masuk air kita orang tahap kritikal... kalau jumpa dua-dua selfie tak ingat boleh kering bateri henpon. Nama dia shimah..ummi bagi dia nama pentas amah... kalau ummi naik angin..ummi panggil dia amah porengek. Ummi rasa dia sayang ummi samapi nak gila kot... betul tak amah...
(seb baik ko tak leh komen mcm FB...hahahah ummi ketawa cam sarip dol)


Yang ini mambang ijau... yang paling kuat buat lawak...
Apa jek watak dalam citer P Ramlee kasikan dia... orangnya kecik jiwa dia besar...
Kalau kita susah...dia orang pertama yang sampai dulu...
Ummi selalu terharu tgk kebaikan dia..dia baik pada semua orang...tak pilih bulu...
tapi kalau dia garang ummi takut sangat.... rasa nak masuk dalam guni tu jek... 
tgk dia punya kuat...karung baju dia boleh angkat sorang
Yang belakang tu shi.... orang besar (pangkat besar dari kakak2 ni)..tapi suka kawan dgn kakak2 yang kecik2 ni ... Shi ni kalau masuk air dia dah sampai.... boleh lemas ar jugak kita orang...huhu.Shi ni rajin untung siapa dapat...single and available tak tahu plak..shi cer komen sikit.. (hahaha korang tak leh komen sesuka hati..ini blog..Ahmad Albab punya kakak angkat yang punya...hahaha)


Inilah yang ummi nak tunjuk kenapa ummi sibuk sejak dua menjak ni... kami mambang2 sibuk sebab ada Annual Dinner Kelab Mesra MMU...sampai kol 12 malam kami bekerja... menyanyi..mengaruk...tapi semuanya masih dalam batas batas yang diredhoi Allah...

Hidup mambang!!!! hehe