Thursday, May 21, 2009

Keputusan

"Keputusan" sering mengekori ke mana saja kita pergi..dari awal kejadian kita sampai le ke hujung nyawa..keputusan ni akan mengekori kita.

Contoh dari awal kejadian...

1. Napa period tak dtg lagi ye bulann ni... pergi klinik atau beli sendiri alat pemeriksaan hamil...keputusannya.. II (dua line) komperm ngandung.

2. Dah tahu ngandung..nak tahu lak yg kuar tu apa lak...tunggu lagi keputusan...

3. Pastu bila masuk alam persekolahan dari darjah 1 sampai ting 5 sampai ke universiti..tak abis2 tunggu keputusan...

4. Lepas pandai belajar nak keje plak.. g interview..lepas interview... apa lagi tunggu keputusan...

5. Dah dpt keje..duit dah byk ...nak kawin plak ...pun tak reti nak buat keputusan...
nak cari yg cam mana pun tak tahu.... last2 yg dok nagn kita ari ni (bagi yg dah kawin) tu le sebaik baik keputusan... yg kita buat

6. Bila dah kawin dari urusan nak balik raya, nak beli keta, nak beli rumah, nak buat apa2... semuanya nak kena buat
keputusan... dan tunggu keputusan... kelulusan bank le satu keputusan yang amat mendebarkan bagi urusan membeli harta karun ni.

7. Bila di hujung nyawa...kita masih menunggu keputusan...keputusan samada kita di syurga atau neraka...fikir-fikirkan

Sebenarnya entry ni nak ilangkan gelabah tunggu keputusan peperiksaan anakanda berdua.

Friday, May 15, 2009

Biar Abang Jadik Lilin...

Cerita Hari Ibu ni tak abis lagi....

Sambungannya......

Ari isnin yg lepas ummi singgah di blog rakan2.. ramai yg cerita dpt hadiah ni hadiah tu...pastu balik keje ummi pun cerita kat suami... seronok baca cerita kawan2 yg anak2 dia org pandai menghargai ummi mereka. Tujuan ummi cerita nak kasi kesedaran kat adik. Sebab adik ni kureng sket sentimental value dia..tak cam Naqib (abg dia).

Kejadian pada hari Ibu...

Yang paling prihatin sah sah abah dia...siap nak nak ajak umi g kedai emas nak ganti gelang kahwin ummi yg hilang..tapi kerana kami berada dalam keadaan yg mental calar ( rungsing sebab suami akan menjalani pemeriksaan (MRI) yang terakhir utk menentukan kestabilan kesihatan suami) maka ummi pujuk hati dan pujuk suami sebenarnya emas permata tidak penting buat masa ni. Hanya Kesihatan yang baik yg ummi harap dari Allah semoga suami ummi sihat seperti sedia kala...Dah sihat tok sah kata emas....nak bagi gunung pun ummi terima... hehe
Alhamdullilah Selasa lepas apa yg tebuku di mental calar kami terlerai jua apabila hasil MRI ...mendapati Abang dah sihat...Itulah hadiah yg paling berharga di Hari Ibu..walaupun dah terlepas..

Berbalik pada kisah anak2.. pagi tu ummi lihat semua seronok tido..ummi ke pasar tani, balik dari pasar Naqib dah siap mandi terus dapatkan ummi peluk cium ucap Selamat Hari Ibu... terharu rasanya. Tapi si mamat sorang ni (Adik) buat selamba dek jek...dalam hati ummi kata mamat ni memang brutal...tunggu punya tunggu punya tungguuu..ummi siap balik kg lagi celebrate ngan mak mertua sampai dah balik ke rumah pun mamat ni masih tak de perasaan. Pastu ummi tanya dek..tak de hati ke nak ucap selamat hari ibu..pada hal si abg dari pagi dah hin hin dek kau dah ke blom..kau dah ke blom..dia buat tak tahu..

Pastu dia dgn selamba dia boleh ckp ...alamak terlupa plak..sambil menyandau kat belakang (dlm keta) dia pun ckp...Selamat Hari Ibu mi... cam kawan2 jumpa kat kedai kopi..ummi pun jawab "mekasih"..sambil angkat tgn mcm pakcik2 kalau jumpa kengkawan kat kedai kopi. (adik adik...menangis air mata darah pun dia tetap ngan dunia dia)

Lama ummi ambil masa macamana nak dakwah kat adik ni... lalu esoknya ummi pun bagi la kisah2 tauladan mengenai kawan2 yg anak2 mereka sambut hari ibu buat ibu mereka. Tanpa rasa bersalah lagi berdosa dengan selamba dia ckp ..... Ni yg susah bila Hari Ibu ni "jatuh" pada hari cuti. Adik nak buat surprise nagan abah pun susah sebab ummi ada umah...... bederai tawa kami satu umah dengar si kenit ni sebut "jatuh" .... apa dia ingat hari Ibu ni cam hari raya ke....walau apa pun baru ummi tahu sebenarnya dia memang menghargai ummi sebagai ibu.... (uwaaa sedih)

Semalam suami pujuk lagi nak beli something ..ummi pun setuju dengar syarat yg sedang sedang saja.... Jeng jeng




Sayang Abang...ummi tanya abang nak apa-apa ..ummi plak belanja..dengan selamba cam anak dia... Abg jawab... Tak nak ..cukuplah abng jadik lilin utk ummi...... ehem ehem.. (ni lilin semayang ke lilin ari jadik huahuahua)

Sunday, May 10, 2009

Selamat Hari Ibu

Selamat Hari Ibu buat semua yang bergelar ibu. Teristimewa buat ibu mertua yang mengantikan tempat ibuku. Pagi tadi talipon mak " Mak, selamat hari Ibu... terima kasih mak...doa mak pada kami buat hidup kami sentiasa dipelihara Allah..." jawab mak " sama-sama" tapi ada getaran pada suara mak. Walaupun ibu telah lama meninggalkan ummi , Allah gantikan ummi dengan ibu mertua yg persis macam ibu ummi. (Walaupun ramai yg kata ummi kaki ampu ibu mertua tapi bagi ummi apa yg ummi lakukan semata mata kerana ummi sayangkan ibu mertua ummi....)

Seronok pagi ni ada beberapa sms yang buat ummi tersengih sumbing pagi ni...

Orang pertama yg hantar sms pada ummi ialah kakak ipar kesayangan ummi...

Kak Ti : Usik mengusik hari ibu...Woman at 20 mengancam .. At 30 macam2 AT 40 terancam At 50 Diancam At 60tak booleh nak cam... hua hua hua Selamat Hari Ibu kepada Ibu yang mengancam.

Reply : Maaf ye ibu yg mengancam ni baru balik pasar ...moga kita akan sama2 mengancam macam pelangi petang.. kalau sampai dah tak leh nak cam..herm apa lagi selamat malam sayang (hehe yg ni hanya u know i know..)

Kak Li lak... (ni kakak kandung ummi yg amat peka dengan keadaan semasa..segala hari dia hafal)

Kak Li : Slmt Hari Umi semoga menjadi umi yg soleha yg dpt mendidik anak2 dgn tabah dan sabar lebih2 lagi yg sorang tu (apa lagi si adik le)

Reply: pak kal tak de hari kakak tapi tak pe sebab kakak yg gantikkan mak sejak mak tak de (26 tahun yg lalu) ..selamat hari kak mak moga syurga yg ada di bawah tapak kaki kita akan jadi kekal hingga ke akhir nanti

Kak Aiza (opis mate masa kat bahagian Aktiviti Pelajar, HEP)
Selamat Hari Ibu buat semua ibu mithali

Reply : Buat akak jugak...

Selain dari menerima sms ada jugak yg ummi hantar buat kakak-kakak umi kak yah di kelantan dan kak long di KL ..tak lupa juga buat anjung walaupun dia bukan dari kaum ibu...

SMS yg adil lgi saksama buat kakak -kakak

Utk Kak LOng (KL)

Ummi : pak kal tak de hari kakak tapi tak pe sebab kakak yg gantikkan mak sejak mak tak de (26 tahun yg lalu) ..selamat hari kak mak moga syurga yg ada di bawah tapak kaki kita akan jadi kekal hingga ke akhir nanti

Kak Long reply: Ha tau tak pe..heheSemoga dimurahkan rezeki salam buat semua

Utk Kak Yah (Kelantan)

Ummi: pak kal tak de hari kakak tapi tak pe sebab kakak yg gantikkan mak sejak mak tak de (26 tahun yg lalu) ..selamat hari kak mak moga syurga yg ada di bawah tapak kaki kita akan jadi kekal hingga ke akhir nanti

Kak Yah reply : ( Sedih... sob sob ) kak mak pun kak mak lah janji kita jadi mak dan isteri yg terbaik dunia dan akhirat..Semoga jadi ibu yg terbaik macam mak kita Al fatiha buat mak... (Amin)..sob sob

Ha.. ni yg spesel sekali walaupun dia bukan dari kaum ibu tapi dia lah yang mengantikkan tempat ibu masa ummmi kehilangan ibu sejak 26 thun yang lepas..

Namanya Sorkapli Talib ..abang umi ..spesel utk Anjung (nama glamer)

Sms Ummi: pak kal tak de Hari Abang tapi tak pe sebab abang yg gantikkan mak sejak mak tak de (26 tahun yg lalu) ..selamat hari abang mak moga syurga yg ada di bawah tapak kaki kita akan jadi kekal hingga ke akhir nanti

Dgn pantas ummi terima talaipon dari anjung...

Ka.. (nama glamer ummi lak) ko sms apa ni..anjung tak paham ar..syurga apa ni..

Dgn selamba ummi jawab..kalau kau tak tahu baca sms ni suruh kak ti translate kan ( Kak ti..tu kakak ipar ku) kan ke kat kita semua ada syurga..bawah tapi kaki ummi ada syurga anak-anak..bawah tapak kaki anjung ada syurga kak ti... uish kau ni kurang tazkirah le....

Ha ha haaa...besau ketawa anjung walaupun dgn keadaan terpisat pisat baru bangun tido dapat sms melalot dari adik dia yg songeh ni...

Dah panjang ummi menulis... Selamat HariIbu buat semua dan semoga kita sabar dan tabah melayan kerenah anak-anak.. Buat adik adik atau anak anak yg membaca tulisan ummi syangilah ibu anda ..hargai mereka di hari istimewa walaupun dgn hadiah yg murah... kerana bagi mereka kasih sayang dan sikap prihatin anak anak tidak boleh dibandingkan dengan wang ringgit..

" Ya Allah kasihani kedua ibu bapaku seperti mana mereka mengasihani ku semasa kecil..AL Fatiha buat mak yang melahirkan ummi ke dunia ini... Moga mak tenang abadi di sana..."

Wednesday, April 29, 2009

Janji Allah Itu Benar

Assalamualaikum wrh..

Bukan mudah untuk memperolehi anugerah tersebut selagi kita tidak di uji oleh Allah. Perjalanan untuk kita menerima ujian Allah ini amat berat, tetapi dengan kesabaran kita pasti akan memang. Ummi selalu yakin orang yang sabar pasti menang. Di dalam surah Ar-Rad ayat 24 " (sambil mengucapkan), "Selamat sejahtera atasmu kerana kesabaranmu." Maka alangkah nikmatnya kesudahan itu."

Betapa sukar untuk kita bersabar menerima sesuatu dugaan yang Allah berikan pada kita. Sabar kita di nilai pada peringkat pertama kita menerima dugaan tersebut. Jangan setelah mengeluh, mencemuh, merepek...merapu baru kita nak bersabar..sayang tiada makna. Allah datangkan ujian itu bukan percuma setiap dugaan yang didatangkan dibekalkan dengan ganjaran yang tidak boleh dikira dgn calculator.

Kita sering mengeluh apa la dosa aku ni dugaan datang bertimpa-timpa.. dan handai taulan pulak menokok nambah pulak tu..patut la malang bertimpa timpa... byk dosa agaknya.. bukan ke menambah lagi beban pada org yg kena dugaan tu. Sepatutnya kita perlu sabarkan org sedang menghadapi dugaan tersebut. Seperti yang pernah ummi sebutkan dahulu nasihatkan yang baik insyallah dalam 10 perkataan mungkin 1 perkataan yang baik akan melekat di hati org yg mendengarnya.

Cuba lihat sahaja kehidupan nabi-nabi yang terdahulu, siti mariam, siti hajar dll byk sangat kah dosa mereka sampai di duga bertimpa-timpa. Tidak.. di situ lah Allah menguji iman mereka. Jadi janganlah kita membuat spekulasi yang bukan-bukan yang boleh menambahkan lagi beban mereka. Ingat hidup ini ibarat roda..ari ni kita di atas esok di bawah pula..dan di dalam kubur kita adalah sama cuma yang membezakan kita ialah KETAKWAAN kita pada Illahi.

Buat Ibuk Ida selamat menjalani pembedahan pada pagi ini. Semoga segala urusan ibu dimudahkan Allah swt. Hanya kepada Dia kita datang dan padanya jua kita dikembalikan. Tenang ya buk. MAti itu tiada ubatnya dan tidak boleh dicepatkan atau dilambatkan walau sesaat tetapi setiap penyakit pasti ada ubatnya cuma cepat dan lambat sahaja utk proses penyembuhan. Ina bangga melihat sifat tabah dan positif melawan penyakit ini. Doa ina sentiasa bersama ibuk ya.. berjuang terus berjuang ya buk. Setiap titik usaha ibuk ke arah penyembuhan dan mahu terus hidup akan dihitung dengan sebaik baik hitungan oleh Allah swt.

Ingatlah janji Allah itu benar...

Tuesday, April 21, 2009

Orang Tabah selalu Gagal....

Panggg.... aduh terasa seperti satu tamparan hebat mendengar ayat ni... Kisah bermula bila adik bawa balik keputusan ujian bulanan yg agak mengecewakan. Lantas ummi terpaksa mendera adik... no tv no game.... adik pasrah walapun pahit untuk menerima hukuman ummi.

Ummi suruh adik buat ayat dari 5 perkataan yang ummi berikan.

1. Hormat
2. Mulia
3. Tabah
4. Jujur
5. Bangga Diri

Tujuan ummi suruh adik bina ayat tersebut sebagai satu cara utk adik memupuk nilai-nilai murni dalam diri adik. Yang seronoknya ayat adik semua berbunyi begini

1. Orang tua sangat suka kepada kanak-kanak yg hormat pada org tua ( ok la)
2. Org yg mulia di sayangi semua orang (ok lagi)
3. Orang yg tabah selalu gagal ( grrrrrrr..... nak marah ke nak nangis ni )

Haa..nak marah tak samapi hati..memang jujur adik ni ...dia memang tak paham...tapi tak pe dek walau macamana susah pun ummi akan cuba didik adik sampai berjaya. Ummi akan buktikan Org Tabah selalu menang....

Friday, March 27, 2009

Hidup ini indah

Kita sering memandang rendah pada kemampuan seseorang dan merasa kita ni serba berkebolehan.... tetapi apa yang berlaku adalah disebaliknya...beri ruang mungkin ada kelebihan pada diri mereka yang kita tidak nampak ...... bagi yang empunya diri kalau rasa mampu teruskan perjuangan jgn memandang rendah dengan kemampuan diri sendiri...nikmati kelebihan anugerah Illahi pasti ketemui keindahan dalam hidup ini.

Apa yang ummi nak kongsikan di sini ... sgt relevan dengan apa yang berlaku di persekitaran ummi
. byk kisah2 yang boleh dikongsi tetapi ummi pendekkan saja jln ceritanya ye.. Dialog yang sering di gunakan...

1. Kategori memandang rendah pada kemampuan seseorang:
- Boleh ke si Ina bawak keta, kaki dia pendek jek... (jgn pandang org tak de mata...org cacat pun boleh bawak keta tau)
2. Ala dia anak org miskin mana le sekolah pandai..makan pun makanan tak berkhasiat, anak kita makan..makan yang terjamin zat-zatnya...dia org tak pergi tuition..kita hantar anak tuition mcm2 tempat. Cikgu yang mengajar tuition cikgu yg bravo2..penanda kertas peperiksaan, penjaga peperiksaan..tukang bocor kertas soalan..(tapi adik Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal telah membuktikan)
3. Org kampung cam tu kau ingat ada duit ke... (jgnnn..brapa ramai mak cik pakcik kat kg boleh pegi haji kita kat bandar ni gaji beribu2 tak bergerak lagi..depa pakai duit sawah padi ngan motong getah jek)
4. Ckp kat minah tu sebelum nak ajau org cermin diri dulu (jgnnnn...mak-mak kita dulu tak sekolah tinggi mana pun..berjaya mendidik kita menjadi insan yang berguna. tapi mak mak zaman sekarang ni sekolah tinggi - tinggi pun blom tentu dapat menghasilkan insan kamil...)
itulah indahnya kehidupan kita ni... Allah tidak suka pada org yang suka meyombong diri..yg sombong pasti terkena batang hidung sendiri.

Merendah Diri
Merendah diri ini sangat terpuji kerana sedar dengan kejadian Illahi. Tapi yg tak eloknya bila merendah diri mcm mengutuk diri sendiri. Jangan perkecilkan kemampuan diri...rasa boleh buat kita buat yg penting niat perlulah kerana Lillahitaala..jgn peduli apa org kata kerana setiap manusia dibekalkan dengan kesalahan kerana dah dijanjikan kehidupan kita sebagai manusia tidak sempurna...baiki kesilapan dan teruskan kehidupan.

Kepada semua yang sudi berkongsi cerita suka dan duka ummi ucapkan ribuan terima kasih kerana dalam masa yang sama dapat ummi muhasabah diri ummi disamping kita ingat meningati antara satu sama lain...dalam 100 patah perkataan yang baik sepatah atau dua pasti akan meninggalkan kesan dihati.

Satu yang perlu kita ingati ...mudahkan urusan mereka yang memerlukan pasti Allah akan memudahkan urusan kita nanti.

Bertemu dan berpisah Lillahitaala...

Friday, February 13, 2009

Lupa la plakkk...


Salam buat semua,

Lupa ummi nak update..kecik ati putera sulong ummi nanti, ari tu dia ada bawak balik borang.. siap suruh ummi teka borang apa... ummi pun merapu-rapu la meneka..sajek nak test... rupanya dia dicalonkan gk pengawas "musola" kalau ummi tak silap le...kiranya jawatan dia nanti kena baca doa masa perhimpunan..kena buat arrangement utk majlis2 agama la gitu katanya...kembang hati ummi. At least tak la dia rasa tensen nengok adik dia pakai baju pengawas..tapi yg buat ummi tensen napa la dah bulan 2 baru dilantik.. sesia baju putih kasut putih yg ummi dah beli..tapi nak buat camaner demi anak2.. lepas tahun baru cina ari tu..ummi pun bawak la aqib pergi carik persalinan pengawas buat putera sulong ummi tu....

Yg paling syok tu.... mcm tu punya macho anak bujang ummi, kena pakai baju warna pink..hehe ..ari pertama di kenakan baju tu tersipu2 malu... hehe yg best ari pertama aqib jadik pengawas dia terima satu pesanan yg agak ringkas tapi padat dari adinda tercinta dia...tapi script tu mcm ulangan lak rasanya... adik pesan " ha Qib dah jadi pengawas tu jgn plak kau berlagak..." hua hua hua bukan main nasihatkan org..dia sendiri berterabur... ada ke patut buku saman sampai dua .. tu tak berlagak namanya... si kenit ni memang selalu lupa daratan...