Friday, May 16, 2008

Rindu

Assalamualaikum wrh.,

Rindu rasanya dah lama tak update blog ni. Sibuk dengan tugasan harian. Alhamdullilah umi sampai ke pejabat awal hari ni lagi pun tak de keje-keje penting yang perlu umi siapkan awal pagi. Hati terdetik untuk kongsi bersama dengan pelbagai peristiwa yang berlaku pada umi sejak kebelakangan ini yang dapat kita ambil iktibar dari apa yang umi nak ceritakan ni.

Kepada adik-adik umi tersayang yang sedang menghadapi peperiksaan mohonlah bantuan Allah jgn cepat berputus asa..berjuang terus berjuang. Sekiranya setelah berusaha berdoa dan bertawakal , kejayaan cemerlang bukan milik kita bersyukurlah dan ingat janji Allah itu benar. Setiap titik peluh kita dikira dengan teliti dan akan menerima balasan yang setimpal. Tidak berjaya hari ini tetapi kejayaan akan datang kemudian.

Kebelakangan ini umi banyak menerima berita sedih mengenai kehilangan insan tersayang terutama kak imi yang kehilangan bonda tersayang, kak lina (idola umi) sahabat-sahabat terdekat dan juga kehilangan byk nyawa pada tragedi taufan dan gempa bumi. Sesungguh tiada kata hikmah yang lebih baik untuk diucapkan melainkan dari Allah kita datang dan pada dia jualah tempat kita dikembalikan.

Buat suami tersayang... sakit perut yang dialami selama 2 bulan janglah dirisaukan. Ambil setiap pengajaran dari apa yang berlaku sekeliling kita. Satu cerita menarik yang umi ingin kongsi bersama ialah perjalanan cerita sakit perut suami umi ini... Pada satu hari apabila sakit perut suami berada pada tahap paling teruk abang2nya (along & anjang)memujuk suami umi ke hospital...kami pun dengan akur pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan..ALhamdullilah dr beritahu tiada apa yg serius cuma ada sedikit kuman. Suami dibekalkan dengan 2 - 3 jenis ubat untuk meredakan kesakitanya. Semasa di hospital kami menerima panggilan talipon, anjang pula yang dimasukkan ke hospital. Ya Allah sesuatu yang tidak terduga oleh akal fikiran kita kan ...org lain yang sakit orang lain yang masuk hospital.

Peristiwa kedua, kakak iparku ( kak pati) talipon dan minta aku bawa suami segera ke hospital (suamiku ni anak bongsu ramai yang sayang) kerana menurutnya, rakan sepejabat beliau mengalami sakit perut yang serupa dan didapati ada batu di dalam hempedu. Kami minta Dr. Leong teropong apa penyakit yang ada dalam badan suami( dr leong org yang paling byk berjasa dalam hidup kami - Tq doc) . Alhamdullilah tiada sebarang penyakit kronik yang dapat di kesan. Malangnya ari Isnin lepas kami terserempak dgn kak pati di Hospital Pantai. Dia disahkan terdapat batu dalam hempedunya. Ya Allah... terlintas di dalam fikiran ini kalau Allah mengkehendaki sesuatu tiada siapa yang dapat menghalangnya. Semoga kak Ti cepat sembuh dan syukur Alhamdulilah semuanya berjalan lancar.

Buat suami tersayang, jangan berputus asa selagi penyakit belum disembuhkan. Lagi lama kita menahan sakit ini lagi besar ganjarannya. Jangan takut janji Allah, bahagia hidup kita di dunia di akhirat. Semoga abang tenang menempuh dugaan Allah, umi sentiasa di sisi selagi hayat di kandung badan. Insyallah....

No comments: