Tuesday, November 25, 2008
Naqib & Aqlan 41& 14
Di petang yg hening ni... tetiba perasaan rindu yg amat mendalam dtg menerpa ke kotak pemikiran ini. Rindu pada si bujang dua org umi, aqib ngan adik. Sejak cuti sekolah ni byk masa mereka habiskan di kampung menemani nenek. Demi menjaga hati ibu mertua tercinta ummi korbankan kasih ummi pada si bujang di musim cuti ini.
Setiap hari aku pasti akan menalipon mereka. Ada saja cerita yg memecahkan dada..mana tak pecah dibuatnya ari ni si abang pegi cc ngan sepupu esoknya si adik pecahkan telur ayam nenek..ayam di reban abis bertempiaran... esok tak tahu pulak apa lagi yg pecah. Yang hairannya nenek tak pulak tepon suruh collect bebudak ni. Paling syiok sekali bila ummi tepon si kenit mesti dia bagitahu ..."ummiii..ari ni nenek tak nak terima adin (sepupu dia) sebab nenek kata dia nakal" amboi dia ingat dia byk baik. Tapi adik ni memang ada baik ati sket walaupun rata-rata nampak dia mcm nakal.
Cerita pasal adik ni... bole tersenyum sorang-sorang dibuatnya. Masa dua minggu lagi nak cuti sekolah dia beritahu kedudukan nombor dlm kelas. Boleh ummi tak melenting bila dia bagitahu dia dapat no 41. Ermmmmmh... betapa sedihnya ummi saat itu sebab masa dia org exam ari tu bersengkang-sengkang mata ummi dok mengajar dan tolong mereka ni buat persiapan utk exam. Tetiba jek rasa mcm pengorbanan ummi ni tak terbalas langsung ... sian dia seminggu ummi mogok tak nak kawan dgn dia org..suruh jawab exam memain ..dah abis jawab tak nak semak...
Pada suatu hari tu walaupun hati ni tgh marah...tapi ummi tetap bawa dia org ni pegi jln-jln sampailah kami singgah di Mydin utk beli brg2 sekolah. Yg best skali bila ummi suruh cuba kasut sekolah putih...adik ckp elok2 dgn ummi..boleh tak beli kemudian sebab dia ada temuduga pengawas. APPPPA... ewah ewah terus ummi melenting... " eh dek..ummi ni bukan tak pernah jadik cikgu..belum ada dlm sejarah org dapat no 41/46 jadik pengawas tau... esok ckp cikgu ummi nak tepon cikgu..PAHAM" ummi dia kan singa (tapi dlm hati, sian anak ummi ...ok la ummi tunggu kata cikgu dulu, nanti baru ummi beli kasut yg dimaksudkan tu)
Esoknya cikgu tepon, ummi pun minta pengesahan seperti apa yg diluahkan oleh adik mlm semlm. Cikgu mengesahkan memang betul aqlan antara yang dicalonkan. Tapi kena duduk exam dulu... ummi pun soal belum pernah lagi ummi dengar org dapat no 41 dlm kelas dicalonkan jadi pengawas..tapi kata cikgu siapa pulak yg kata no dia 41... dia kata aqlan dapat no 14...HAAA..
biar betul cikgu 41 ngan 14 ni memang adik bradik. AKhirnya cikgu pum MENGKOMPERMKAN dia dpt no 14. Sian adik sesia dah kena boikot ngan ummi.
Si abg ni pulak sebijik abah dia..pendiam tak byk hal..tapi amatle sensitip. Menurun pak itam dia pun ada jugak..mana ummi duduk berbual kat situ dia menyelit ...(mcm kau kan jung). Selain peel abah dia peel pak tam dia pun byk yg dia amek.. syg kat ummi dia..menyelit dlm kain..mlm2 kalau terjaga mesti ada bawah ketiak ummi ..bygkan umur dah nak masuk 10 tahun masih menyelit lagi. Rajin memang boleh harap..suruh buat apa dia buat, tapi maslahnya pendendam ..nampak diam tapi bisa. Tapi yg ummi suka pada naqib selepas solat maghrib tak payah suruh pandai ambil yassin baca sendiri...semoga aqib sentiasa berada di dalam peliharaan Allah swt.
Dah pjg lebar ummi celoteh..insyallah lain kali kita sambung lagi ye..minta diri dulu..wassalam.
Tuesday, November 11, 2008
Hikmah sebalik Musibah
Keluhan bukan satu jalan penyelesaian. Sebaliknya setiap keluhan kita sulamkan dengan kesabaran pasti capai kejayaan. Kejayaan dalam hati amat bermakna dari kejayaan yg dilihat dgn mata.. itu lah sebabnya jika ditimpa musibah anggaplah ada hikmah disebaliknya. Pasti terungkai pelbagai rahsia... ( wah berfalsafah nampaknya)
Tak tertahan rasa hati ni nak berkongsi pengalaman dgn semua, tapi apa kan daya kerana kesuntukan masa tak mengizinkan utk mencoretkan sepatah dua kata di laman ini. Alhamdullilah akhirnya dgn izin yg Maha Kuasa tangan ini dapat bermain dgn papan kekunci utk utk mencoretkan sepatah dua kata utk tatapn semua.
Penghujung tahun ini ummi telah di duga dengan pelbagai dugaan dan cabaran. Alhamdullilah semua dugaan dtg berbekalkan kecekalan dan kayakinan pada Allah yang amat mendalam. Awal Ramadhan ummi di duga dgn penderitaan suami menghidap batu karang. Setelah menjalani beberapa rawatan suami kembali sihat seperti sediakala. Belum sempat menarik nafas lega dgn kesakitan kami sekali lagi diduga di awal syawal. Walapun raya ni kami sambut dengan kegembiraan, kegembiraan dapat membuat mak senyum di petang raya tetapi Allah tetap mengirimkan dugaan buat kami untuk meneruskan perjalanan hidup yg masih panjang ini. Insyallah.
Doa ummi pada Allah semoga setiap ujian yang di beri sertakan sekali dengan keimanan dan kecekalan hati pada mu Ya Tuhan. Sepanjang syawal kesihatan ummi agak terjejas, demam berhari2 tak kebah-kebah. Suami menjadi gelisah di tambah lagi dgn Muhamad Naqib yg turut tidak sihat bersama ummi. Selepas raya setiap kali ummi naik ke office bos suruh balik ambil MC. Bos suruh balik sehingga suara ummi kembali seperti sediakala. Tak tahu apa masalahnya suara ni tak nak keluar berhari-hari. Nak kata minum air batu tak jugak..yg penting Alhamdullilah sakit yg Allah beri diserta dgn pengampunan dosa dan dipulihkan dalam masa yg telah ditentukan.
Lebih kurang dlm 3 minggu reda dari penyakit ini. Kami mula gembira seperti sedia kala. Tapi masalahnya kita ni manusia bila ditimpa musibah kita ingat Allah, bila semuanya seperti biasa lupa pada yg Maha Kuasa. Pada suati hari pada 23/10/08 tak tahu kenapa pada hari tu kami gembira sgt. Sehingga malam itu terasa pelik ...gerak hati ini disuarakan kepada suami begitu juga suami yang measa pelik dgn keadaan hari itu. Tapi kami pun tak tahu apa...rupanya perasaan pelik ni terjawab apabila kami pulang dari Mydin dan kami ditimpa kemalangan. Rupan-rupanya ni la perasaan pelik yg kami rasa dari awal lagi. Kalau dilihat dari kereta ramai yg menangis mencari jawapan kami berada di mana. Terima kasih pada anjung yg dtg tak sampai 2 minit selepas ummi telepon, kebetulan kemalangan berlaku betul-betul di simpang 4 rumah kami. Terima kasih tidak terhingga juga kepada jiran-jiran tetangga yg prihatin, hampir kesemua keluar ke tempat kejadian untuk memberi bantuan. Kasihan juga melihat adik motor yg melambung tinggi dari kereta yang terbaring di tepi jalan. Segala puji bagi Allah yang mengheret kereta kami ke tepi tiang kalau tidak nescaya adik tu berada di bawah kereta kami. Ingat dek lain kali bawak motor berhati-hati, peka dengan lampu isyarat. Ummi pergi melawat adik tu di hospital.. semuanya ok cuma kakinya akan dibedah selepas demamnya kebah. Kakinya akan dimasukkan besi selepas ini.
Ummi rasa bersyukur juga dengan kejadian ni ummi dapat byk pengajaran daripada apa yang berlaku. Ummi ada pengalaman dengan kemalangan, berdepan dengan situasi yang mendebarkan, merungkaikan segala yang tersembunyi dan yang penting muhasabah diri ... baru kenal diri kita ini yang banyak lalai dgn Allah. Buat mak kami takut nak beritahu keadaan yang sebenar tapi terima kasih atas doa mak selama ni...Jutaan terima kasih kepada saudara mara dan handai taulan yang datang memberi semangat. Masa ni baru kita kenal erti sebuah persaudaraan dan persahabatan. Terima kasih yang tidak terkira pada kak li dan kak long yg balik semata-mata nak tgk dgn mata kepala sendiri keadaan kami. Kehadiran kalian menaikkan semangat kami dan merasa adanya org2 tersayang di sisi ketika kami dalam kesusahan.

Subscribe to:
Posts (Atom)