Tuesday, November 11, 2008

Hikmah sebalik Musibah

Keluhan bukan satu jalan penyelesaian. Sebaliknya setiap keluhan kita sulamkan dengan kesabaran pasti capai kejayaan. Kejayaan dalam hati amat bermakna dari kejayaan yg dilihat dgn mata.. itu lah sebabnya jika ditimpa musibah anggaplah ada hikmah disebaliknya. Pasti terungkai pelbagai rahsia... ( wah berfalsafah nampaknya)

Tak tertahan rasa hati ni nak berkongsi pengalaman dgn semua, tapi apa kan daya kerana kesuntukan masa tak mengizinkan utk mencoretkan sepatah dua kata di laman ini. Alhamdullilah akhirnya dgn izin yg Maha Kuasa tangan ini dapat bermain dgn papan kekunci utk utk mencoretkan sepatah dua kata utk tatapn semua.

Penghujung tahun ini ummi telah di duga dengan pelbagai dugaan dan cabaran. Alhamdullilah semua dugaan dtg berbekalkan kecekalan dan kayakinan pada Allah yang amat mendalam. Awal Ramadhan ummi di duga dgn penderitaan suami menghidap batu karang. Setelah menjalani beberapa rawatan suami kembali sihat seperti sediakala. Belum sempat menarik nafas lega dgn kesakitan kami sekali lagi diduga di awal syawal. Walapun raya ni kami sambut dengan kegembiraan, kegembiraan dapat membuat mak senyum di petang raya tetapi Allah tetap mengirimkan dugaan buat kami untuk meneruskan perjalanan hidup yg masih panjang ini. Insyallah.

Doa ummi pada Allah semoga setiap ujian yang di beri sertakan sekali dengan keimanan dan kecekalan hati pada mu Ya Tuhan. Sepanjang syawal kesihatan ummi agak terjejas, demam berhari2 tak kebah-kebah. Suami menjadi gelisah di tambah lagi dgn Muhamad Naqib yg turut tidak sihat bersama ummi. Selepas raya setiap kali ummi naik ke office bos suruh balik ambil MC. Bos suruh balik sehingga suara ummi kembali seperti sediakala. Tak tahu apa masalahnya suara ni tak nak keluar berhari-hari. Nak kata minum air batu tak jugak..yg penting Alhamdullilah sakit yg Allah beri diserta dgn pengampunan dosa dan dipulihkan dalam masa yg telah ditentukan.

Lebih kurang dlm 3 minggu reda dari penyakit ini. Kami mula gembira seperti sedia kala. Tapi masalahnya kita ni manusia bila ditimpa musibah kita ingat Allah, bila semuanya seperti biasa lupa pada yg Maha Kuasa. Pada suati hari pada 23/10/08 tak tahu kenapa pada hari tu kami gembira sgt. Sehingga malam itu terasa pelik ...gerak hati ini disuarakan kepada suami begitu juga suami yang measa pelik dgn keadaan hari itu. Tapi kami pun tak tahu apa...rupanya perasaan pelik ni terjawab apabila kami pulang dari Mydin dan kami ditimpa kemalangan. Rupan-rupanya ni la perasaan pelik yg kami rasa dari awal lagi. Kalau dilihat dari kereta ramai yg menangis mencari jawapan kami berada di mana. Terima kasih pada anjung yg dtg tak sampai 2 minit selepas ummi telepon, kebetulan kemalangan berlaku betul-betul di simpang 4 rumah kami. Terima kasih tidak terhingga juga kepada jiran-jiran tetangga yg prihatin, hampir kesemua keluar ke tempat kejadian untuk memberi bantuan. Kasihan juga melihat adik motor yg melambung tinggi dari kereta yang terbaring di tepi jalan. Segala puji bagi Allah yang mengheret kereta kami ke tepi tiang kalau tidak nescaya adik tu berada di bawah kereta kami. Ingat dek lain kali bawak motor berhati-hati, peka dengan lampu isyarat. Ummi pergi melawat adik tu di hospital.. semuanya ok cuma kakinya akan dibedah selepas demamnya kebah. Kakinya akan dimasukkan besi selepas ini.

Ummi rasa bersyukur juga dengan kejadian ni ummi dapat byk pengajaran daripada apa yang berlaku. Ummi ada pengalaman dengan kemalangan, berdepan dengan situasi yang mendebarkan, merungkaikan segala yang tersembunyi dan yang penting muhasabah diri ... baru kenal diri kita ini yang banyak lalai dgn Allah. Buat mak kami takut nak beritahu keadaan yang sebenar tapi terima kasih atas doa mak selama ni...Jutaan terima kasih kepada saudara mara dan handai taulan yang datang memberi semangat. Masa ni baru kita kenal erti sebuah persaudaraan dan persahabatan. Terima kasih yang tidak terkira pada kak li dan kak long yg balik semata-mata nak tgk dgn mata kepala sendiri keadaan kami. Kehadiran kalian menaikkan semangat kami dan merasa adanya org2 tersayang di sisi ketika kami dalam kesusahan.

2 comments:

aini mardhiyah said...

I'm still here to hear ur story mory morning glory..hehe

(nanti kita sembang panjang2 lagi ek, sampai AD akak buatkan kopi utk kita..haha)

ummi said...

no prob to share together gather ... de story mory de morning glory.. :)