Assalamualaikum wrh,
Tika mata sukar di lelapkan... di luar si abah dgn anak sibuk berperang dgn PSnya... ummi pun apa lagi...melayar bahtera ke alam ciber yg dipenuhi dgn pelbagai rencah kehidupan. Terkadang bahtera ini singgah di dunia yg fana... lupa diri dbuatnya..hati yang bersih menjadi kotor... terasa kering hati ini.... tersentap di dalam hati..astaghfirulllah..kalau dunia yg ku cari maka dunia la yg aku dapat.... lalu aku berhijrah ke laman adik2 yg sentiasa bersama aku di waktu aku susah dan senang... yg banyak mengingatkan aku bahawa kehidupan di dunia hanya pinjaman semata... di laman ini terhidang keindahan taman taman syurga...di saat hati ku kering ibarat tanah yg gersang ku singgah di laman ini utk kubasahi dgn iman sekiranya mendapat keizinan dari Yang Maha Kuasa. Alhamdullilah... sejuk hati ini apabila terbaca beberapa artikel yang dapat mengembalikan aku kepadaNya. Terima kasih empunya blog yang bermurah hati berpesan pesan sesama kita. Antara laman yg kulawati.... dari laman adindaku pooh ..singgah sebentar ke laman Prof ringkas tapi signifikan... lewat pulan laman saiful islam.... walaupun tidak sempat singgah ke bebrapa laman yg lain...tapi aku bersyukur kerana Allah mengerakkan hati dan jari jemari ini untuk singgah di laman laman syurga utk ku teguk airnya supaya hati yang kontong kembali basah dengan imanNya.
Sesungguhnya yang baik itu dari Yang Maha Esa tapi yang buruk itu dari diri kita sendiri....
Monday, December 28, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment