Monday, May 31, 2010

Kulit Babi

Alhamdullilah... Segala puji bagi Allah swt yang memudahkan urusan ummi mendidik anak ummi untuk menunaikan solat subuh pada waktu cuti sekolah. Kalau hari sekolah tidak menjadi masalah kerana nak tak nak mereka kena bangun awal pagi jugak. Tapi kalau kat kg...bila duduk dengan nenek..senang je nenek kejut suruh ke masjid. Mungkin speaker nenek lagi power dari ummi kot.

Hendak di jadikan cerita, adalah beberapa hari pada hujung minggu anak anak ni tertinggal solat subuh. Mungkin perasaan dendam untuk qadha tido hari sekolah agaknya. Sekali dua ummi ok lagi tapi esok bila dah kebiasaan susah jugak dibuatnya.

Ummi pun mengatur strategi...sasaran dia sudah tentu si adik sebab dia ni tak pakai penapis. Kalau ummi attack naqib dia pandai tepis sana tepis sini. Lalu pada suatu malam yang hening ummi pun mula menjalankan jarum serangan ummi pada adik... Saat kami bergolek golek anak beranak sebelum melelapkan mata... ummi pun cakap kat adik...

"dik ...esok ummi kejut bangun solat subuh adik bangun ye... kalau ummi kejut kejut adik buat tak tahu...adik tarik selimut lagi ...itu tandanya syaitan datang bawak selimut kulit babi dia selimutkan adik... tu yang adik rasa sedap jeh tido..tahu tahu dah pukul 8 pagi. Bila sedar adik mesti menyesal sebab tak solat subuh... itu lah yang adik akan lalui hari hari kalau adik tak bangun solat subuh."...... adik tanya.." ummi kenapa kita tak nampak syatian tu dtg bawak selimut eh.." sambil tersenyum ummi pun jawab... "kalau kita nampak dek ..aman dunia ni, semua org bangun solat subuh..... Dah tido esok ummi try kejut ye...ummi nak tgk sapa yg dengar ckp ummi"

Esoknya.... ahhhh gagal lagi... selamba jek adik bangun pagi tu dalam pukul 9:00 pagi sambil tersenyum dia boleh cakap lagi.....

" ummi..ummi..syukur alhamdullilah adik tak kena selimut ngan kulit babi...cuba ummi tgk si Naqib tu...bukan main selubung lagi... tu mak sedara dia (syaitan) dah selimutkan dia dgn kulit babi le tu...."

cam nak tercabut nyawa ummi dengar statement si kenit ni....siap syukur Alhamdullilah tu yg ummi tak tahan tuuuuu.....

ummi pun apa lagi ...dengan hangin nya ummi pun sekolahkan si adik ni... "amboi amboi cepat betul nampak salah org... eh dik kalau si Naqib kena selimut ngan kulit babi...adik tu lagi pulak tau... setan tu siap seret babi tu lagi pas tu dia suh babi tu peluk adik.... tu yang adik rasa panas jek... sedap jek... sebab syok sgt babi tu peluk....tu yg sedar sedar jek matahari dah tinggi... lagi najis tahu tak? "

Ha geram ummi..pastu dia boleh cakap lagi.. "abis tu kita org dua dua ni najis ke ummi...?" ha tahu pun lain kali esok esok ummi kejut bangun subuh bangunnnnn....

Alhamdullilah....kesan dari peristiwa ini... dua dua dah senang solat subuhhhhh... sebut jek kuli t babi di subuh subuh hari... terkocoh kocoh dua dua bangun...terima kasih ya Allah.. memudahkan urusan ummi mengejutkan anak anak utk solat subuh.

Moral of the story kepada sesiap yang susah sangat nak solat subuh ambil lah cerita ini sebagai iktibar...

Monday, May 24, 2010

Khatam


Haahhh... selamat dah ummi khatamkan buku yang aina hadiahkan.

Seronok.. ringkas dan padat dengan kenangan. Terasa seperti kembali ke alam yang sama dengan penulis. Memang mengamit memori. Tahniah buat penulis Roza Roslan kerana selain dari mengajak ummi kembali ke alam persekolah, ummi juga dihidangkan dengan doa doa yang boleh diamalkan.

Hidup ini ibarat tanah yang gersang... bila kita dengar, baca dan lihat pekara pekara yang baik, dapat menyuburkan semula keimanan di dalam hati. Kalau terus dibiarkan gersang ia akan menjadi debu debu dosa yang sukar untuk dihilangkan. Sirami dan suburkan dengan hidangan yang baik baik insyallah hati kita akan subur semula... subur dengan keimanan.

Sekali lagi terima kasih buat adinda ku pooh... Aina Fazlina dan penulis Travelog Cinta Abadi.. Puan Roza kerana memberi inspirasi buat ummi membaiki kelemahan diri.

* Aina... abg aji bila nengok akak leka membaca .. dia siap pesan.. bykkan membaca dan teruskan menulis di blog sebab abg nengok byk lagi kelemahan pada struktur ayat ummi kat blog... "uwwwaaa .. blog tu bahasa suka suka la bang.."tapi tak pe ummi akan terus menulis di blog..mungkin Puan Roza juga sumber inspirasi ummi untuk ummi terus menulis lagi dan lagi dan lagi..hehe

Friday, May 21, 2010

Aina Fazlina aka Santa Claus

Adik akak sorang ni memang minat membaca............... byk buku dia beli...pastu dalam masa yg sama akak dia pun jadik mangsanya... mangsa membaca buku. Kalau dikira hadiah buku yang aina bagi, kira boleh bukak khutub khanah le kat umah tu.... Nanti ummi buat satu sudut ya... "Sudut membaca De Pooh". Yang buat ummi terharu ... aina tulis kat buku tu Selamat Hari Guru... haha tu dulu.... sekarang cikgi laaa...

ummi terima hadiah ni petang semalam, aina pos laju tapi 2 hari baru sampai... pos laju dah tukar nama kot..pos perlahan... : ) (pandu cermat jiwa selamat)


ummi suka buku ni sebab cover dia cantikkk sangat. Bunga kegemaran ummi.

isinya pun menarik ....cuba tgk tajuknya...amboiiii kan

Buat adinda ku pooh terima kasih atas segalanya. Tidak terbalas rasanya kebaikan yang diberi. Seperti biasa statement tak hengat ummi..."hanya Allah yang mampu membalasnya. '

I likesssssssss... so sweeettt... ^_^.... (akak dah pandai wat v terbalik)

Tuesday, May 18, 2010

Air Mutlak


ahhh... keringnya tekak, napa la bukan main gatal tekak ni.. mungkin ada benda yg tersalah makan agaknya. Malas betul nak bangun ke dapur minum air. Sementara menunggu turn ngaji selepas aqib ummi nengok adik free..ummi pun panggi adik....

"dik......dikkkk.... meh sini jap" dgn muka selamba tembam dia, dia pun dtg. " Ye mi..." wahhh ada harapan nak suh dia amekkan air.."dik amekkan umi air nak, bukan main gatal tekak ni..." tah apa angin dia ari ni bukan main baik lagi, dia pun tanya.." ummi nak air apa? air bliszz ke twister?"..wah wah ni mesti dia ada harapan nak tumpang sekaki... ummi jrg kasi dia org minum air ni walaupun air ni ada dalam peti ais..sekali sekala tak pe.....

"tak yah susah susah dik...air mutlak dah lee..." dia pun kata "ok"

dgn terkedek kedek... dia pun dtg bawakkan segelas air...... "mekasih dikkkk" sejuk perut ummiiii....

"Gulppppp!!!... dek air apa ni dik... rasa tanah jek..pastu sejuk jek masuk dlm perut ni macam air tak masak ni"

"laaaaaa...ummi kata nak air mutlak...adik amek le air paip....."

"dik air suam pun air mutlak dik...dia tak de warna ngan rasa....."

"Cikgu tak ajau pun air suam tu air mutlakk"

uwaaaaaaaaaaaaaa.......... "ploooppppp... (ummi buat buat terbaring cam pengsan....)"

gelabah adik...siap tarik tarik tgn ummi suruh bangun....
Abah dia kata memang kena le dua org ni... sama gatallll... mahu dihantuk kan dua dua baru jadi orangggg..... uwaaaaaaaaaa sambung sakit perut balik

Monday, May 17, 2010

Kata Kata Cikgu

Ummi cuma nak recall nama nama cikgu dan kata kata cikgu yang meninggalkan kesan di hati ummi... dari darjah 1.. hinnga Ting 6

Darjah 1 -6 (Sek Ren IJC)

Darjah 1
Pn Fatimah (Baik sgt... penuh keibuan sabar mendidik ummi yg buta huruf hingga pandai membaca)

Darjah 2
Ms Vimala (Garang..takut kalau dia masuk kelas, muka tak pernah senyum macam nak mkn org..dgr cerita sampai ni tak kawin lagi.. walapun grg kami tak pandai jugak sebab byk takut)

Darjah 3
Ms Lee (pun tak kawin jugak ..garang..tapi kami pandai gak wat matemetik . tgk mata dia jek dah kecut perut

Darjah 4
Pn Saripah (Baik cam mak mak...ajar BM, sayang cikguuu..kat mana cikgu agaknya sekarang ni)

Darjah 5 -
Mrs Wee (Baik... dia keturunan baba dan nyonya)
Kata-kata dia yg buat kami jaga kewanitaan kami..malu kami hingga ke hari ni ..dia kata jgn kasi lelaki terlanggar dada kita..kalau terlanggar nanti kita mengandung ...nanti perut besar malu keluarga.... Cikgu dulu dulu cakap beralas sampai ari ni berkesan di hati dan takut nak berlanggar dengan lelaki. Cuba zaman sekarang , terlalu byk pendedahan tentang seks...sebab tu generasi sekrg jadi cam ni

Puan Latifah
Garang tapi baik. Dia ajar BM. Dia yg ajar ummi bersajak & bercerita. Dia latih ummi hingga ummi berjaya naik pentas dan dpt hadiah. Garang nyer garang yg mendidik. Cermin mata besarnya jek kami dah takut..tu belom dia beliakkan matanya lagi.. kalau dia lempang panas pipi sampai sok pagi. Tgn dia besarrrrrrrr....

Darjah 6 - Puan Asiah/ Mrs Sim
Puan Asiah..cantik. Dia org kaya dan bergaya. Mulut bising pot pet pot pet kuat menceceh tapi tak pernah tgn naik kat murid muridnya. Dia sgt bergayaaa...

Mrs Sim garang ..ummi tak suka dia tapi apa pn ummi hormat sebagai guru nak jadi cerita masa ummi menjadi guru sandaran di Convent sekolah sendiri, dia jadi guru besar di situ. Masa daftar kerja, dia tanya kenal dia tak? sebab tak suka ummi jawab..tak perasan..hehe

Ting 1 - 5 (Sek Men IJC)

Ting 1 - Puan Zainon
Ting 2 - Puan Kalsom
Ting 3- Ustazah Kadariah (ustz ni dia ala ala cikgu bedah dlm adik manja hehe) & Puan Kalsom
Ting 4 - Pn Masturah Mohamed (Cikgu yg byk berjasa..semoga Allah pertemukan ummi dengannya di akhirat nanti utk ummi beritahu pada Allah dialah guru yang membimbing ummi sehingga ummi jadi ummi...Amin)
Ting 5 - Mrs Ong, Cikgu Md Deris aka Gikgu Gojiakkkk, Cikgu Ali, Puan Rokiah

Kata-kata Puan Rokiah yg tak leh lupa... Kalau kita belajar bersungguh sungguh, solat, berdoa dan bertawakal tapi kita tak pandai pandai jugak...tak pe Allah sayang kita, nanti kita hidup senang. Kalau kita tak nak belajar ..meniru ..berjaya cam mana pun tapi hiudp tak senang... Betul kata cikgu..dan kata kata cikgu tu menjadi kenyataan.

Kenangan dgn MRs Ong yg tak leh lupa ..dia jar matematik kat depan ummi melukis kartun kat belakang..tu yg pass maths masa spm hehe.... cikgu round cek buku... yg depan pas belakang yg belakang pas depan..

Ting 6... cikgunya tak ramai..tapi susah nak ingat..mungkin masa mengajar yg terlalu singkat.. yg betul betul ingat En Zul dan Cikgu Rasida..tapi ada 2 org guru yg mengajar sementara yg ummi ingat sgt jasa dia tapi kenapalah nama dia ummi tak boleh ingat.

En Zul ummi ingat sgt kerana ummi ada sejarah dgnnya. Semoga Allah memelihara kami dan apa yg ummi lakukan padanya adalah sesuatu yg Allah suka. Ummi dilantik sebagai Ketua Pengawas tetapi dilucutkan kerana keberanian ummi memlakukan sesuatu yg buat cikgu Zul marah. Ummi tak kisah janji Allah tak marah dan ummi tetap menghargai jasa cikgu. Cikgu mengajar ummi erti keberanian. Chewah...

Buat semua cikgu yang bertahta di hati...semoga kemenangan cikgu mendidik kami didunia memudahkan urusan cikgu di sana kelak. Semoga segala urusan cikgu dimudahkan oleh Allah kerana yg dihisab terlebih dahulu adalah golongan ulul albab (org yg berakal dan mencari ilmu) ... terima kasih cikgu kerana mendidik kami menjadi orang orang yg berakal...

Selamat Hari Guru

" Kami guru Malaysiaaaaaa...... berikrar dan berjanji" ... suatu masa dulu 19 tahun yg lepas ummi pernah menyanyikan lagu ni sebaris dengan guru tetap di Sek Keb Jln Datuk Palembang. Tapi tu duluuuuuuuu...(guru sandaran) sekarang nyanyi le lagu kami kerani sekolahhhhhhhhh..sekolah MMU..hehe

Cikguuuu..ilmu yang kau beri tidak dapat dibalas walau dengan segunung emas sekalipun.. dari buta huruf hingga celik IT.. dari bertatih hingga kau pandai berlari... dari keras ke lembut hati...Jasamu cikgu akan kami kenang hingga akhir hayat nanti. Bekerja la cikgu seikhlas hati biar senang hisab mu di hari kemudian nanti. Sekali kau bergelar cikgu kau akan tatang gelaran itu hingga kau pergi mengadap Illahi.

Setiap tahun bila sampai hari guru...anak anak pasti merengkek minta dibelikan hadiah untuk cikgu cikgu mereka. Mula-mulanya nak bagi guru kelas saja...dah sampai kat supermarket...segala cikgu super yang keluar. Cikgu ni baik cikgu tu baik... segala bagai cikgu yang baik la... sampai bila ummi geram ngan si adik ...ummi ckp tak de adik cabut bulu ketiak ummi ni g tanya kat tauke kedai tu... laku tak..hehe

Tapi mak mak ni mulut bising ati tak sampai.... walaupun harga tak seberapa janji anak anak seronok dan tahu menghargai jasa guru mereka...


macam hadiah kahwin..samapi kul 12 lebih ummi ngan abah menyiapkan hadiah ni... utk mu cikgu..

Kepada cikgu cikgu yang pernah dan sedang mengajar anak anak ummi jutaan terima kasih diucapkan pada cikgu. Hanya Allah saja yang dapat membalas jasa baik cikgu dengan sebaik baik balasan. Aminnnn....

Wednesday, May 12, 2010

Jom Masak....

Blog ni dia memang macam macam ada... ada citer sedih , suka, duka, memasak, makan dan lain lain. Apa jek yg terlintas di pikiran ummi akan ummi kongsikan buat semua. Kali ni ummi nak kongsi bab masak lak ye....(mak mertua ummi pun dah pandai..sekarang lepas masak mesti dia hias lauk tu..siap cakap lagi...ni mak cu ni karang macam macam kenaik..nak amek gambau le ...) hehe... suami terchinta sampai naik hangin, katanya...ummi selalu saiko mak...hahahaaa.... mak i lup uuuu...

Jom tgk apa ummi masak.....

Ni lauk masak asam ikan kerapu.... taruk terung dgn bendi...


Ni tak yah masak...beli dan potong, suamiku memang suka makan buah..buah nanas kata Aqlan


Eleh sebenarnya bukan mak jek suka layan karenah ummi...abg aji pun sama..selalu tolong hias makanan ni sebelum diambil gambarnya.... ni la muka chef yg selalu dgn ummi di dapur... kalau masak petang ..dua dua dgn baju kerja...kalau masak malam ...ni la rupa abg aji di dapur...hencem


Ni plak lauk ikan siakap (nak tulis serkap lak...puas pikir nama ikan ni) Siakap bukan tiga rasa tau...ni Siakap Macam macam rasa...... pedas, masam, masin,manis.....


Ni yang belum diandamkan



Selepas diandamkan....taraaaaa... hasil kreativiti suami..limau tu yg tak tahan tu
( abg aji kata sedapppppppp)


Balik keje tadi abg aji tanya nak masak tak.... kalau nak kita singgah pasar malam... bila mengenangkan rumah yg dah kemas..malas nak berminyak minyak... cadangnya kami nak beli ready made jek pastu .......

pastu ternampak ketam lak...... cadangan nak buat sup ketam ... kang tak de sayur lak..teringatkan lebihan sayur campur balance ikan siakap tiga rasa ari tu ada lagiiiii... ummi pun .....

taraaaaaaaaaaa....tom yam ketam


Dah nak sambung tgk piala thomas...nanti kita sambung lagi....

Alahhhh....Tgk muka dah tahu.....

Semalam ummi ngan abah EL sebab Naqib tak berapa sihat. Ari sebelumnya kami hap day. (Half Day). Si kenit plak (adik), time ni le dia nak ngamuk tak nak g sekolah. Mesti tak senang duduk tgk kita org cuti... sebenarnya si kenit ni dia ada JEA sikit ngan Naqib (jealous). Malas nak bising ummi pun cutikan le si kenit tu sekali.

Ummi lak kuat menyakat selalu keluarkan statement "anak kesayangan" utk Naqib kalau nak buat adik sakit ati. Bayangkan dgn berat badan dia yg melampau lampau tu ummi selalu jadi mangsa gusti si kenit... kalau dia duduk atas badan ummi...boleh nak terkeluar isi perut.... lagi ummi terjerit jerit lagi dia wat tak tahu...bila abah masuk campur baru aman dunia....... (tapi selalu dua dua kena marah)... Naqib tukang senyum

Petang semlm ...ummi ajak abah ke MYDIN try ayam radix (HPA). Tgh beratur ... adik bagitahu, ustazah dia tgh makan.... secara sengajanya ummi pun termengumpat ustazah dia.... "dik nanti ckp kat ustazah senyum senyum sikit.... ustazah tak leh masam nanti org kata berlagak".... amboi si kenit sikit punya marahhhh... "eh ummi ni berdosa cakap org cam tu...mana ummi tahu dia berlagak ke tak berlagakkkkk....." dengan rasa bersalah dan berlagak untuk buat adik marah ..hehe.. ummi pun cakap.." Alahhhh tgk muka dah tahu" hehe...dgn target mesti dia hangin punya. Sangkaan ummi memang tepat........

"Alahhhhhh...kalau tgk muka ummi pun org boleh tahu ummi siapa"............ ha melawan tokeh nampak.... Ummi pun tanya... (sambil senyum ngada ngada dan blink blink kan mata kat adik) "...kalau tgk ummi camaner?" dia jawab "Sekali tgk org dah tahu ummi ni kepala berangannnn........." hahahaaaaaa....mana ada kepala berangan..."salah salah...kepala berangin".... dush dush ... perghhhhh bagai di dush dush statment si kenit ni... " asal adik ckp ummi kepala beragin"...sebab tiba tiba jek ummi boleh naik angin..... org duduk diam diam pun kena marah..." wah wah wahhhhhhhhhh.... kalau ummi tak naik angin dah lama korang tak jadik org.... kalau tak de angin tak kan pokok bergoyang..." si kenit ngan ummi kan tak leh berdekat... tapi kalau duduk ke makan ke tido ke..mesti dalam kain ummi...

Ummi tanya lagi...pastu kalau tgk muka abah........... (dgn abah memang dia tak berani...abah ckp sekali jek... semua bergerak kalau ummi ...ckp le juta juta kali.... haram tak bergerak kalau keretapi kat muzium melaka boleh bergerak dah lama gerak dengau ummi berleter....)..ha dek kalau abah lak ?.... "Abah? kalau tgk muka abah sume org tahu abah org alim.... perghhhh.... berdentam dentum pang pung pang pung..... (cam bunyi kilat ar)

Kalau abah dia sume yg baik baik.... kang nyanyi batu belah batu bertangkup kang ...baru tahu.So moral of the story..jgn suka buruk sangka dengan org... biar org buruk sangka dgn kita...sekurang kurangnya dapat jugak kita baiki kesilapan diri... buat abah..jgn eksyen ya... bila memandang helikopter kat langit...jgn lupa myvi kat bumi ye abahhhh....

ni ar muka budak yg banyak songeh ni....

Friday, May 7, 2010

Tanpa Mu Siapalah Aku....

Pada minggu ni rata-rata kita dihidangkan dengan cerita ibu. Ibu ...ibu...ibu.... di mana-mana kita lihat byk status yg berkait rapat dgn ibu ... macam macam ada, ibu engkaulah ratu hati ku... ibu kaulah matahariku.. macam macam ibu la... Tapiii...adakah di bulan ni saja kita meraikan ibu kita? Raikan hari ibu tidak salah, yang menjadi salah bila hari ibu itu kita raikan setahun sekali saja. Sedangkan ibu meraikan kita selagi nyawa di kandung badan, adakah kita sedar....?

Selalu kita dengar.. kalau masa bayi..bila anak anak meragam ..kita selalu dengar org kata ..alah masa kecik kecik jek susah jaga esok dah setahun dua dah besar sket, senang le jaga... sok setahun dua bila dia berlari jatuh..ibu ibu rungsing lagi.. ala sok dia dah besau sket dah senang tak payah jaga , dia dah pandai jaga diri sendiri... sok dah remaja ... ibu rungsing lagi... mana anak aku mlm mlm cam ni tak balik lagi.... alahh sok dah kawin baik le tu pandai le dia jaga diri... sok dah kawin.... mana anak-anak tak datang jenguk aku ni...mana anak anak tak suruh aku masakkan lauk kegemarannya lagi.... sampai la ke hari si mak nak mati (mahap kalau tulisan ummi ni menyinggung hati) masih rungsingkan si anak ni..... sedangkan si anak....

Alahhhh sibuk la... nak exam ni..byk lagi nak baca...byk keje ni ... standby lagi, overtime hujung minggu ni banyak tak amek rugi... kalau yg tinggal dekat dekat dgn mak.... ala dah mlm ar nak jengok mak esok esok jek ar... mcm-mcm pekara yg menjadi kekangan utk anak anak menziarahi si ibu tua yg ternanti nanti...kerana dunia yg penuh nikmat ni yg sibuk di cari.... wang ..wang..wang... carilah wang sampai mati kau tak kan ketemui..tetapi sekiranya kebahagiaan ibu dapat kau beri... ketenangan kau akan kecapi dari dunia hinggga akhir hayat nanti.

Jangan ingat mak beralah... kau tak ambil kisah... beralah mak tak bererti mak tak marah tetapi hatinya hancur remuk kau tikam kau simbah darah...tapi sudah namanya ibu ... sekalipun hatinya berdarah...kasih pada anak tak pernah berubah.... kalau kau cincang ummi sekalipun ummi tetap katakan kasih ibu pada anak tak pernah berubahhh...mcm mana dia marah pada kita... dalam hati tetap gelisah.

Buat yg sudi singgah di blog ummi... raikanlah ibu kita..tak perlu beli kek besar besar kalau kita tak mampu..tak payah bawak restoran2 besar tak payah bagi hadiah berjenama besar cukup sekadar kita talipon bertanya kabar bagi yg jauh ..yg dekat kalau mampu boleh bagi apa saja sekalipun sebuah istana kalau tak mampu buat cekodok sepiring makan dgn mak pun dah memadai ....

pernah seorang pemuda dtg berjumpa ummi (identiti perlu dirahsiakan hehe..)cam penceramah bebas lak ... kata kenapa hati dia tak tenang kenapa masalah dtg bertimpa timpa... ummi tanya dia... ada talipon mak..? ada tanya khabar mak... ?ada hati tak nak cari mak.... ?dia kata tak de ... ada rasa tak macam batu dok kat dada tu..... ha cuba talipon mak tanya khabar.... insyallah... bila mak lapang dada, mak suka Allah pun suka .....byk pekara Allah mudahkan.... Alhamdullilah... dia talipon mak dia...ummi lapang dada...moga Allah mudahkan segala urusannya... buat adik adik ingat ye... murka mak mengundang murka Allah..sayang mak .... senangla hidup kita dipelihara Allah

Ari ni dia menjadi ibu..hari esok kita pula... setiap pelakuan ada balasan... ingat ye sayangilah ibu kita ...kita tumpang rahimnya 9 bulan 9 hari... Kalau kita sayang ibu kita Allah akan sayang kita... bukti sudah banyak ...rasanya tak perlu ummi kisahkan satu persatu...

Mak... tanpamu siapalah aku... buat ibu mertua ku..terima kasih kerana menyayangi ku seperti anak sendiri.... inilah balasan Allah yang mengantikan ibu ku yang telah kembali pada Penciptanya 28 tahun yang lalu.... Al-Fatiha buat mak ....

Thursday, May 6, 2010

Air Tangan Mak cu buat anak-anak buah tersayang

Sian anak buah ummi ... kat FB dok kecoh nak makan masakan mak cu.... jauh jauh lak tu...camane mak cu nak masakan... semlm mak cu janji mak cu postkan kan...nah mak cu dah post... satu pakai post FB satu pakai post Blog.... hehe...selamat menjamu selera

Eh eh sebelum tu ucap terima kasih kat pak cu dulu sebab pak cu ni tulang belakang mak cu masa memasak...nengok tu ..ari ari tak sempat bukak baju keje lagi terus tolong mak cu masak kat dapur..... mekasih bang

Tarammmmmmmmmm...ni la makanan kegemaran sume kat umah mak cu.. yg anak anak buah mak cu pun suka...cekodokkk tapi yg ni spesel sket mak cu masuk kentang, bwg besar ngan pati ikan bilis...sedapppp kak (hehe saje jek kasi air liur kakak meleleh)



Nyum nyummmmmm

Kat atas: Ni sambal goreng ikan bilis...... jgn mkn minyak makan sambal jek.. : )
Kat bawah lak: Asparagus bersos tiram (suka ati jek ...)



Hidangan yg sederhana jek... mkn buah tu penting tau.....


Harap harap terubat le rindu korang nak makan masakan mak cu ...... nanti balik melaka mak cu masakan yeee...


Tuesday, May 4, 2010

Terima kasih buat mak aini

Telur Itik Masak Lemak Cili Api dgn Belimbing

Aini nanti balik tunjuk mak gambar ni tau.... cakap kat mak sejuta penghargaan dari akak buat mak yg bersusah payah datang dari Johor bawakkan buah tangan ni untuk akak.

Macam yang kita bincang ari tu... masak lemak cili api ngan belimbing.... sedapppppppppp.... ibu mertuaku yang masakkan... : )

Terima kasih sekali lagi yeee

Monday, May 3, 2010

Semoga berjaya

Buat semua adik adik yg mengenali kak ina .... good luck for ur final exam... moga Allah mudahkan segala urusan ... "Ya Allah kau mudahkan urusan adik adik ku... kau tenangkan hati mereka dan kau beri kelapangan kepada mereka supaya mudah mereka menjawab soalan peperiksaan. Kau balaslah kebaikan yang mereka beri kepadaku sekeluarga sebaik baik balasan... kau berkati kehidupan mereka... aminn"

Dari : Abg Bad, Kak Ina, Naqib & Aqlan