Monday, May 24, 2010

Khatam


Haahhh... selamat dah ummi khatamkan buku yang aina hadiahkan.

Seronok.. ringkas dan padat dengan kenangan. Terasa seperti kembali ke alam yang sama dengan penulis. Memang mengamit memori. Tahniah buat penulis Roza Roslan kerana selain dari mengajak ummi kembali ke alam persekolah, ummi juga dihidangkan dengan doa doa yang boleh diamalkan.

Hidup ini ibarat tanah yang gersang... bila kita dengar, baca dan lihat pekara pekara yang baik, dapat menyuburkan semula keimanan di dalam hati. Kalau terus dibiarkan gersang ia akan menjadi debu debu dosa yang sukar untuk dihilangkan. Sirami dan suburkan dengan hidangan yang baik baik insyallah hati kita akan subur semula... subur dengan keimanan.

Sekali lagi terima kasih buat adinda ku pooh... Aina Fazlina dan penulis Travelog Cinta Abadi.. Puan Roza kerana memberi inspirasi buat ummi membaiki kelemahan diri.

* Aina... abg aji bila nengok akak leka membaca .. dia siap pesan.. bykkan membaca dan teruskan menulis di blog sebab abg nengok byk lagi kelemahan pada struktur ayat ummi kat blog... "uwwwaaa .. blog tu bahasa suka suka la bang.."tapi tak pe ummi akan terus menulis di blog..mungkin Puan Roza juga sumber inspirasi ummi untuk ummi terus menulis lagi dan lagi dan lagi..hehe

10 comments:

~mIsS_p00h~ said...

Alhamdulillah... :)

Saya rasa macam ade c0nnecti0n jer dgn buku tu coz masa tau buku tu in pr0cess & tak kuar lagi dulu, dah terniat nak bagi kat akak~

Bila buku dah kuar, belek-belek kat mph, macam sesuai jer dengan dengan batch akak! Hehehe.. Saya sendiri pun tak baca lagi, akak dah khatam! ter0ristlah~ :D

Kak, tengkiu for always being there! I owe you much!~ Saya d0akan yang terbaik untuk akak sekeluarga (Abg. Bad, Akak, Naqib & Aqlan) & sm0ga semuanya berada dalam perlindunganNya selalu, InsyaAllah~

^_^ ~V terbalik!~

Anonymous said...

saya sokong kata-kata abg aji!

huha!!

ummi said...

buat adindaku ... doakan ye mana le tahu satu hari nanti ada yg berminat utk publishkan travelog ummisoleha hehe.....

Aina, ingat hidup ini indah.... jgn dipersiakan ye... disebalik keindahan ini terselit agenda syaitan yg tak pernah berkesudahan. Sama sama kita berdoa ye semoga kita tidak tewas di tangan syaitan laknatullah ini. Aminnnnnn

I always being there for u bcoz u always being there for me... ^_^ haha

ummi said...

amel...

bab batu api ronsen ni bagi kat dia eh...selalu sokong abg aji... @v@ (simbol apa pun akak tak tahu)

Anonymous said...

batu api ronsen.. ape tu???

saya rasa lebih seswai digelar larva berapi! cair & boleh mengalir untuk meluaskan sektor pemusnahannye.

Roza said...

Assalamualaikum ummi,

Terima kasih kerana sudi membaca catatan ringkas budak perempuan kampung..

Ianya di tulis dengan perasaan rindu. Rindu kampung halaman, setelah bertahun-tahun dia merantau di negara orang. Bila Allah menghantar dia pulang..rupa-rupanya kampung halaman yang dirinduinya telah hilang.

Namun, kenangan zaman kecilnya yang indah itu abadi. Ibarat cinta pandang pertama..

Semua yang dicintainya itu mulai hilang satu persatu..Hanya cinta Allah yang abadi.

ummi said...

ahlan wasahlan Puan Roza.. Terharu dan rendah diri rasanya bila seorang penulis buku dan isteri kepada seorg Prof yang terkenal dgn motivasi yang membina, sudi memberi komen di teratak ummi.

Puan, sesuatu yang harus kita bangga bila budak perempuan kampung telah berjaya membelah awan demi mencapai sebuah cita cita..

Harus juga kita ingat dunia ini hanya pinjaman, tiada yang kekal abadi... dunia ini hanya tempat kita bermain main... satu hari kita akan pulang jua..

terima kasih byk puan kerana sudi singgah... :)

Mr Sor said...

Salam Ummi,
Alang pun dah khatam catatan Pn Roza, memori yang mengusik jiwa.Terima kasih atas pinjaman, ya Ummi.

Hjh Noralenna Abbas said...

Ummi.
En.Sor tak pernah tulis komen. Alang terpakai...

ummi said...

ha tu la....nampak nama mr sor...terkojut!!! hehe.. bestkkan lang ... ummi berangan satu hari nanti terkuar lak buku... titipan rindu ummi... wahh!!