Sempena dengan hari baik bulan yang baik... doa ummi agar apa yang kita lakukan hari ni semua yang baik baik. Jika ada niat yang jahat cepat cepat padamkan... biarlah buku yang kita hulurkan hari ini dipenuhi dengan catatan yang baik-baik. Semoga sedap dipandang mata bila buku catatan kita cantik di nilai Allah.
Petang ni petang nisfu sya'aban. Sayu hati bila "diary" kita yang lama akan diambil dan ditukar dengan yang baru. Sedih kerana hari ni tidak sebaik dari semalam. dan hari esok tidak sebaik dari hari ni... Rasanya setiap tahun macam tu jeee...tak berubah-ubah. Ibarat macam anak hantar folio.... ada date line dan ada markah... yang cantik cikgu paparkan, yang buruk? Sendiri mahu ingat.
Lakukan apa yang termampu.....
Dari Usamah b Zaid ra berkata, “Aku bertanya, ya Rasulullah. Aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam bulan-bulan lain sepertimana engkau berpuasa dibulan Syaaban”. Rasulullah bersabda, “Ia adalah bulan yang manusia lalai terhadapnya, diantara Rejab dan Ramadan. Ia adalah bulan yang diangkat amalan-amalan kepada Tuhan sekelian alam, maka aku suka amalanku diangkat sedang aku berpuasa” (riwayat An-Nasaie).
Betapa Rasullulah amat menjaga buku amalannya. Suka buku amalannya di angkat ketika dia sedang berpuasa. Tidak malukah kita .. sekiranya buku kita diangkat ketika kita sedang berseronok seronok di dalam panggung wayang, di dalam pusat membeli belah... ketika sedang melakukan pekara pekara yang dibenci oleh Allah.... paling tidak pun duduk lah diatas sejadah .... menunggu masa buku amalan kita ditukarkan.
Hargailah masa yang kita ada... kerana sesaat itu amat berharga.... amat berharga bila malaikat maut datang tidak cepat atau lambat walau sesaat.
Peringatan ini adalah untuk ummi dan semua yang sudi singgah di teratak uumi. Yang baik dari Allah yang buruk dari ummi yang hina ini.

2 comments:
Terima kasih ummi kerana mengingatkann petang ini petang Nisfu Syaaban.
sama sama lang....
ingat mengingati... kalau ummi lupa, alang pulak ingatkan...
selamat hantar buku laporan lang .. :)
moga laporan tahun ni lebih baik dari yg lepas lepas...
Post a Comment