Wednesday, August 4, 2010

Kehadiranmu Di Nantikan

Ahlan wa sahlan.... Ya Ramdhan

Pejam celik pejam celik Ramadhan datang lagi... Tak tentu rasa dibuatnya, berdebar, gembira, sedih, suka dan duka semua bercampur baur. Ya Allah.... dapatkah aku bertemu dengan Ramadhanmu pada tahun ini? Andai pun dapat adakah ini ramadhan terakhir buatku. Kiranya ini ramadhan yang terakhir dapatkan aku raikan ia dengan sebaik baiknya?

Agenda di bulan ramadhan amat berbeza dengan agenda harian kita selama 11 bulan. Hari-hari yang kita lalui dalam bulan ramadhan tidak sama dengan hari hari biasa. Sungguh istimewa bulan ini. Kalau hari-hari biasa..mampukah kita membuka mata jam 4:00 pagi menyiapakn sarapan pagi? Hari-hari biassa selepas isyak mampukah kita melakukan solat sunat sebanyak 23 rakaat? Hari biasa apabila pulang dari kerja kita hanya mampu masak lauk sejenis dua... tetapi pada bulan yang mulia ini kita mampu menyediakan juadah yang berbeza pada hari biasa. Sungguh indah Ramadhan Mu ya Allah.

Alhamdullilah, penerimaan 2 anakanda untuk ramadan kali ini berbeza dengan Ramadan yang lepas. Abang dan adik tidak sabar sabar menanti kedatangan Ramadhan. Tidak jemu menghitung hari, tidak sabar untuk bertarawikh dan tidak sabar utuk bersahur.... Kalau dulu bila sebut "nanti puasa ye nak"... pasti ada rungutan kecil dari mereka, mungkin masa itu mereka belum faham nikmat orang-orang yang berpuasa. Alhamdullilah tahun ini sebelum ramadhan ummi sempat melatih mereka untuk melakukan puasa sunat, syukur pada Allah mereka lalui dengan tabah. Walaupun ada sedikit rungutan kecil dari si Debab (adik).

Buat semua yang mengenali ummi dan keluarga, sepuluh jari kami susun memohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang silaturahim yang terjalin, sebagai manusia biasa kita tidak lepas dari melakukan kesalahan. Lidah yang tajam ni sesuka hati menutur kata..perbuatan yang terkadang enak dimata kita tapi bisa dimata mereka, yang termakan atau terminum minta dihalalkan walau setitis dua, andai ada hutang yang belum dilunaskan, kalau ummi terlupa jangan lupa ingatkan ingatkan ya..

Marilah sama-sama kita mempersiapkan diri untuk ramadhan ini supaya ramadhan kali ini lebih baik dari yang lepas. Peringatan untuk diri ummi, kalau dulu tidak sempat ummi beristighfar sebanyak 10 kali setiap waktu solat, harap ramadhan ini ummi dapat melakukannya walaupun sekali pada setiap waktu solat. Ummi amat mengimpikan kalau dapat berqiamulail sambil menunggu nasi masak waktu bersahur. Kalau dahulu ummi tidak dapat lakukannya harap harap kali ini dapatlah ummi lakukannya walau sekali.

Ya Allah sempena dengan bulan Mu yang penuh maghfirah, barakah dan rahmah... kau limpahi kami dengan kasih sayang mu supaya kami tidak menjadi orang orang yang rugi... Ya Allah aku takut andai ini Ramadhan yang terakhir buatku......

2 comments:

~mIsS_p00h~ said...

Akak~

Syukran jazilan kuliah ttg kehidupan di bulan Ramadhan~ :)

Wrend0o0o0o~~~ 8->
Take care ye kak! ^_^

ummi said...

hahahaa...

kata nak buah tangan....

semoga bahagia di ramadhan ni ye dik..dan bahagia di hari raya nantiii.. ^_^

aachoooommm... eh tetiba jek nak bersin gatal

take care ye dikk... wRendooOooO jugak