Tersenyum sendirian... mengingatkan sms yang di kirim malam tadi.... sms berbunyi begini
"Ahakz~patut akak bagi je tazkirah barang separagraph dua"... haha gelihati ni masih bagai di cuit cuit mengingatkan kata-kata itu.
Buat adik adik yang masih mencari jodoh... urusan jodoh kita serah pada Allah ya. Selalu akak ingatkan, janji Allah itu benar.
"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. ...." An-Nur: 26Buat adik adik yang masih mencari jodoh... urusan jodoh kita serah pada Allah ya. Selalu akak ingatkan, janji Allah itu benar.
Jangan dipersoal ayat ini kerana ia bukan kata kata pujanggan. Ia kata-kata dari Allah. Ramai yang persoal .."eh kenapa isteri dia jahat tapi suami dia baik...." begitu juga sebaliknya. Itu soalan-soalan normal yang disuarakan oleh kita yang melihat dengan mata kasar sahaja. Tapi setelah kita buat kaji selidik pasangan tersebut barulah kita akan mengiyakan.... "owh.. maka benarlah apa yang dijanjikan oleh Allah".
Urusan mencari jodoh ni perlu banyak kesabaran... ummi dulu pun cam ni jugak. Umur dah 25 masih belom nampak bayang siapa jodohnya. Dalam hati berkata-kata "tak laku ke aku ni... Bukan tak de rupa..(ehem!)"tapi ummi yakin dengan janji Allah. Tunggu je lah..dalam waktu yang sama, kita kena la jaga diri ni, sebab nak dapat yang baik bukan senang. Alhamdullilah doa ummi diterima Allah... Ummi selalu berdoa pada Allah jumpakan ummi dengan seorang lelaki yang baik , anak yang menghormati kedua ibu bapa... yang penting pegangan agamanya kuat.
Bukan senang senang kita nak terima seorang lelaki dalam hidup kita. Berkat kesabaran akhirnya Allah temukan ummi dengan abg aji. (hehe) Teringat lagi janji Allah...Jika engkau Sabar aku tambah nikmat ..jika kau kufur aku tarik nikmat. Setelah ditilik..dibelek belek... (hehe)..abg aji melepasi beberapa rintangan yang telah ummi gariskan. Antaranya ummi tgk solatnya, kejujuran hatinya dan yang penting bacaan Al-qurannya kerana menyedari ummi ni tak pandai baca quran. : )..
Buat adik adik tersayang .. bukan niat ummi nak kata abg aji tu baik..sebab ummi baik..tidak sama sekali.. :) banyak kekurangan kami berdua... tapi saja nak sharing is caring. Jodoh ajal maut semua di tangan Allah. Selagi kami dikurniakan segala kenikmatan selagi itu kami mohon pada Allah semoga di jadikan kami pasangan yang banyak bersyukur.
Kalau ikutkan hati..nak saja kami jadik seperti pantun ni...

Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman
Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan
Hinggap seekor di tengah laman
Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan
Tapi apa kan daya... belum dibuat dek orang..... mati kat hujung kuku.. mati kat hujung cangkok ada le... nak dikubur kat tapak tangan.... jasad ni lagi besar dari tangan plak.... Apa pun semoga jodoh yang Allah berikan ini adalah jodoh didunia dan di akhirattt... Amin
6 comments:
Siapalah jurufoto merpati dua sejoli ini? Naqib? Aqlan? Semoga bahagia selama-lamanya, ye abang aji dan kak aji.Ameen...
Syukran akak for the reminder! ^_^
Serahkan kembali segala urusan padaNya, kerana perancanganNya adalah Yang Terbaik untuk setiap hamba-hambaNya~ :)
P/s- Barang separagraph dua yer kak? ;) Bukan rakan sebaya, tapi Yang Dipertua lagi diHormati~ :D
alang..
majoriti Aqlan...
tu yg macam macam ghopa tu
Semoga perkahwinan berkekalan sepanjang hayat. Tapi nak berkubur kat tapak tangan tu, kira payah sikit lah. :-)
adinda ku pooh memang macam macam hal eh... nak separagraph dua... bergraph graph akak bagi....
panduan utk kita bersama ye dik..peringatan utk diri akak dan sume...
MTT.... tq sudi ziarah...
tu la ingat nak berkubur kat tapak tangan... tapi bila dah ukur baju di badan sendiri baru la ku sedar.... so pantun yg sesuai..
kalau tuan mudik ke hulu
petik kan saya bunga kemboja
kalau tuan mati dahulu..
tunggu saya di pintu syurga...
tu pun tak tentu lagi... buat abg ai tunggu lama benau dia tinggal kan kita (soalan kubur byk lagi nak jawab..)
Post a Comment