Monday, January 24, 2011

Jemput-jemputan....

Minggu lepas adik adik usrah ummi yang soleha ni datang bertandang di rumah. Rupanya ada Opss Jemput-jemputan. Hari ni jemput-jemputan esok lusa dah halalan toyibah baru boleh sengol-sengolan dan cubit-cubitan... ya (ha.. tu la sapa suruh bagi tajuk jemput-jemputan)

Cuba teka yang mana satu....?

Buat adik-adik tersayang maaf atas kelewatan 'mengupload" cerita ni ya. Masa begitu pantas berlalu... pejam celik pejam celik dah seminggu masa berlalu. Bau nasi ayam kat tangan ni tak hilang lagi. ...

(jari jemari siapakah itu... manis sungguh cincin di jari..adakah yang empunya diri?)

Masa begitu pantas berlalu dari adik adik ni kecik lagi ummi kenal samapi dah nak makan nasik minyak dah...nak nak bakal pengantin tu... kompius ummi.. bukan sebelah pihak tau..dua dua belah pihak... sebab dua dua ummi kenal... masa mola mola belajar dulu ummi ingatkan adik darjah 6 sesat, kot kot ada lawatan sekolah sekolah kat MMU ni. Tup tup dah nak makan nasik minyak... komperm pengantin comel of the year... (betul tak ummi cakap omputih ni)


Inilah barisan kitaaaaaaaaaaaaaaa.......... alahai sedih ummi nengok gambar ni... dolu dolu penuhhh sofa ni sampai tak muat nak bariskan adik adik ummi ni.. sekarang makin lama main kurang..bila dah berkeluarga ni memang payah nak jumpa lagi macam ni kan... who next? angkat tangan!! (eh apasal yg hujung sana tu angkat tangan.. nak kena rotan ngan abj aji... bukan abg haji yeee...ehem ehem)

To whom it may concern... (sendiri mau ingat ya) andai ummi tidak dapat menghadirkan diri... buah tanganya pasti sampai juga. Posmen ummi kan ada.... Kalau kita tak dapat jumpa di hari bahagia.... lepas tu nanti sudi sudi lah ke Pdg Temu ya..


Cepat...cepat..amek gambar.. rapat rapat..amek berkat... bila rapat nanti berjangkit..kita tunggu pulak lepas ni ...Nextttt!!!
(mak cik kat tengah tu pun sibuk baju purple jugak...)

Indahnya pertemuan bila kita bertemu dan berpisah hanya kerana Allah kan dik...

Monday, January 17, 2011

Masihkah Kau Ingat?

Masihkah kau ingat? Pada zaman ummi kecik kecik dahulu susah nak dapat makan ayam. Kita orang dapat makan ayam kalau ada perayaan atau ada sedara mara yang jauh jauh datang bertandang ke rumah. Cuma "special event" jek dapat makan ayam. Pastu bukan senang nak dapat makan. Mula-mula kena kejar ayam tu sekampung dulu. Biasanya kalau esok nak makan ayam, petang tu ayam masuk reban dah kena kurung sebab tak nak tragedi kejar mengejar ayam ni menjadi lebih trajis.


Lepas tangkap ayam tu, arwah abahlah tukang sembelihnya. Dulu kat kampung kalau sesiapa nak sembelih ayam mesti cari arwah abah. Abah ada satu pisau khas untuk sembelih ayam, sorang pun tak boleh kacau pisau tu. Bila abah dah arwah..pisau tu pun dah arwah. Lepas di sembelih proses merebus ayam supaya bulu ayam senang di cabut. Kena pandai agak masa merebus ayam ni...kalau terlalu cepat annti bulu dia liat, susah nak cabut. Kalau masak sangat nanti dengan isi-isi tercabut. Masa kecik kecik dulu mengamuk - gamuk bila arwah mak suruh cabut bulu ayam. Nak -nak kalau hari perayaan , raya puasa atau raya haji. Bukan seekor dua.,.berekor ekor ..naik lelap mengemaskannya. Tapi sekarang bila jarang jumpa benda ni... sangat teruja bila balik kg mak mertua sembelih ayam. ... berebut-rebut dengan anak nak cabut bulu ayam ni. Best sangat...sungguh mengamit memori....

Cuba tengok gambar di sebelah. Bersih ummi kerjakannya. Kalau dah bersih tak payah salai untuk cabut bulu-bulu yang halus. Tapi kalau nak wangi, kena la salai , lagi sedap. Sabtu lepas kami balik kampung mak masak ayam untuk anak kesayangannya. Mak selalu bercakap dengan ayamnya.."kalau kau buat perangai..kau tahu nasib kau..kau tunggu anak bongsu aku balik, memang masuk dalam periuk le gamaknya. "Kalau mak masak ayam ummi selalu tanya mak.. "mak ni ayam yang banyak hal eh".. mak jawab " a ah.. dia syik rogol orang" Haaa!!! macam macam hal ayam ni.......

Ha ..Ha.. amek kau buat hal lagi!! Kan dah togel. Jangan main main dengan ibu mertuaku bukan manusia buat maksiat jek dia benci ayam buat dosa pun kena dengan mak. Ayam mak dengat cakap tau.. kalau mak kata jgn main jauh jauh dia tak main jauh-jauh. Selalu yang jadi mangsa dalam periuk kalau dia jenis tak reti bahasa, Contohnya yang kaki rogol ni ler... pantang kau buat tak baik depan mata dia ..memang jadi mangsa... ni le balasanya. Nasib baik manusia ada undang-undang kalu tak abis korang ibu mertuaku togelkan cam ayam ni.. haha. Ayam ..ayam....

Tapi anak anak sekarang tak merasa macamana yang kita rasa dulu dulu..sekarang semuanya dah ready..pergi pasar beli ayam siap dah potong potong. Kalau kamus bergamabr tak de gambar ayam, national georgrapic tak de cerita ayam..kesian anak-anak sekarang tak tahu camaner rupa ayam. silap-silap kita tanya ayam macamana ropanya..takut dia tunjuk gambar atuk KFC tu..sebab bila makan ayam jek nampak muka atok tu.... kesian..kesian... Alhamdullilah..aku ditemukan jodoh dengan abg aji.. sekurang-kurangnya apa yang aku lalui masa kecil dulu, dapat anak anak merasainya juga. ....

Wednesday, January 12, 2011

Mata Lebah @ Mata Lalat

Bila sawan menulis sudah sampai macam macam idea nak keluar. Susah betul kalau empunya blog ni kepala anginkan. Dalam apa jua bidang suka sangat mengaplikasikan kepala angin dalam segala tindak tanduk. Kelancangan mulut pulak susah hendak dikawal. Kalau di pendam merana badan kalau di luah seperti larva. Pepatah "di telan mati emak di luah mati bapak" seperti tidak relevan dengan kehidupan ummi. Kalau hendak di kemam lagi jauh sekali. Tapi ada juga isu isu tertentu yang terpaksa di kemam untuk menjaga hati banyak pihak.

Ceramah pagi tadi di IKIM memberi inspirasi untuk ummi menulis tentang tajuk di atas. Pada awalnya terfikir jugak mengapa isu Mata Lebah dan Mata Lalat ni disamakan dengan kehidupan kita. Akhirnya ilham datang ketika melewati kawasan perkuburan. Rasanya untuk mendapatkan idea yang banyak ketika menulis kita perlu berada di kawasan perkuburan agaknya.. (tersenyum sinis)


Mata lebah.. Jadilah kita seperti mata lebah, cuma melihat dan memilih yang baik-baik. Walaupun lalu di tempat pembuangan sampah atau tempat yang kotor dia tetap mencari yang baik dan cantik. Maka, janganlah kita cepat sangat memberi label. Cari dan kaji pasti ada kebaikan dalam setiap kejadian. Oleh kerana itu apa yang dihasilkan lebah adalah ubat segala penyakit kerana bijak memilih. Berfikir secara positif, mengambil tindakan secara positif maka hasilnya juga positif. (tapi ingat lebah kalau sengat bisa tau)


Mata Lalat.. mata seperti ini cuma melihat yang buruk dan busuk sahaja. Yang baik dan wangi adalah musuh utamanya. Bangkai dan tempat tempat kotor adalah tempat tinggal yang sungguh selesa bagi mereka. Cuba fikirkan, lebah kalau hinggap pada bunga menghasilkan madu. Lalat kalau hinggap pada makanan ... dia tinggalakn najis ataupun pun lebih sinonim kita sebut "kentut lalat". Bila termakan makanan yang dihinggapi lalat kitaboleh sakit. Ini yang dikatakan bila suka melihat sesuatu yang negatif tindakan kita juga negatif dan hasil yang kita dapat juga negatif. (Lalat mana ada gigit orang tapi kalau dia dah jadi langau.. sakit telinga ni... ngenggg ngeenggg)

P/s susah betul nak jadi cam mata lebah ni kalau sampah sarap penuh kat depan mata. Jom kita usaha jadi bunga... tak nak lah jadi sampah...

Tuesday, January 11, 2011

Hensem ummi...

Tadi dok selongkar file lelama terjumpa gambar buah hati ummi. Si hensem ummi.


sekarang dia dua dua dah XXL... bila le nak hensem cam ni ya nak
apa pun belajar rajin rajin... nantikan keluaran akan datang cerita Aqlan buka sekolah...

Anak sapo ni ehhhh....!!!

Monday, January 3, 2011

Hari Jadi Buah Hati Dinda

02/01/2011 Hari jadi Darling. Tiada yang istimewa selain dapat menyambut hari jadi abang dengan bonda tercinta.

Abang engkau 1 dalam 1000
Tiada suami sebaik kamu dihatiku
Beban aku sebagai ibu takkan berjaya tanpa mu
Semoga cinta dan iman kita subur selalu....
tiada madah seistimewa.. I Luv U.... buat mu


Hidangan istimewa dari mak. Walaupun setengah jam jek ummi pakat dengan mak, mak sempat sediakan Puteri Mandi ni. Memang benar..Kasih Ibu membawa ke Syurga....





Kek Hari jadi abang dari ummi...cantik kan. Rezeki abang murah tahun ni ada 2 biji kek. Satu dari ummi satu lagi dari kak li n family. Mulanya ingat nak sambut anak beranak jek.. tapi macam tak happening. Ummi telefon mak cecepat cakap nak potong kek dengan mak. Mak plak dah pukul canang. Mak suruh pak itam ngan anjang datang. Katanya nak buat beday "Adik". Abang aji pada ummi tapi "Adik" pada keluarga abg aji..hehe



Ni kek dari kak li pulak.
Datang malam malam wat seperize . Anak beranak lak tu.. ha hidangan yang dihidangkan pun seperize le jugak ya.. Air teh, karipap ngan kek jek.....
kek kak li ngan kek ummi sama, cam janji jek..Dah namanya sepusat sepusing..
Apa pun terima kasih kak li, abg rahmat, jaja n apai...


Seperize Party. Berminyak minyak muka... tengah goreng karipap.Semoga jodoh yang dikurniakan ini kita jaga sebaiknya. Tiada apa yag ummi impikan selain kebahagiaan kita di dunia dan akhirat. Kesabarang yang tinggi penting untuk sebuah kebahagiaan kan bang. Sabar dengan ujian Allah..penyakit, kekayaan, kebahagiaan dan anak anak semuanya ujian yang sangat hebat bagi kita. Semoga sabar dan tabah menghadapi ujian ini. Cuma satu yg perlu kita ingat..Tiada yang kekal dalam dunia ini.Semuanya pinjaman...

Selamat Hari Lahir Abang.dari Ummi,
Muhamad Naqib Naqiuddin & Muhammad Aqil Aqlan