Thursday, March 31, 2011

Alhamdullilah.. Aku Rindu Pada Mu

Alhamdullilah berkat doa dari semua, adik beradik saudara mara, sahabat handai dan jiran tetangga serta mereka yang mengenali diri ini akhirnya saya telah selamat menyempurnakan umrah kami dengan sebaikya.

Pelbagai perasaan bercampur baur hingga sukar untuk di gambar. Insyallah diizinkan Allah ummi akak kongsi serba sedikit kisah kisah manis di sana untuk iktibar kita bersama. Sedikit buah tangan untuk tatapn semua.

Ketika sampai di bumi Mekah pada malam jumaat di sambut dengan hujan lebat dan bulan mengambnag penuh..cantik sangat suasana malam tu ..tapi masa kami nak ke masjidil haram hujan dah berhenti.....


Alhamdullilah selesai solat jumaat ..
dapat gak mersa solat jumaat di Mekah..dan sekali di Madinah..Alhamdullilah


Seminggu di Mekah kami ke Madinah... ni nak bertaolak ke Madinah lah ni...

Di Madinah byk tempat yang kami ziarah....

Tungguuuu... bila mood ummi smapai ummi cerita lagi ya....

Kepada yang belum pernah menjejakkan kaki lagi ke tanah suci ini pasang niat hari-hari, hari hari berdoa tanpa henti...minta Allah jemput kita sebagai tetamu istimewa...pasti kita rasai keistimewaanya... ingan janji Allah itu benar...

*Buat adik adik tersayang...akak tunggu janji kalian...
semoga kalian juga dapat menjejakan kaki di sini.....

Tuesday, March 15, 2011

Labaikallahumalabaik....


Mulut terkadang tak dapat dikunci terhambur kata kata kesat menyakitkan hati.. Mata terkadang lupa dilindung dengan iman..ternampak pekara yang menjelikkan hati ... hati tidak di salut dengan iman yang padu terus... berkata nista berulam umpatan segar... jemari yang lentik tidak disenamkan dengan patukan kata kata hikmat tetapi.. byk kata yang kasar lagi menyakitkan hati...

Sebagai manusia hina... ini adalah saya..yang tidak pernah serik melakukan dosa...


Dikesmpatan ini...dengan rasa hina saya memohon sejuta kemaafan pada semuaaaa... halalkan apa yang pernah saya termakan dan terminum... kalau ada hutang piutang yang masih tertunggak... sebagai manusia alpa..saya terlupa... boleh minta ya.... saya mohon sgt sgt...ampunkan segala dosa dan kesalahan saya ya.

Insyallah .. jika segala dimudahkan Allah saya dan suami akan mengerjakan Umrah pada 17/03/2011. Tolong doakan saya dan suami semoga segala urusan saya dimudahkan Allah dan memperolehi umrah yang mabrur.. Amin Aminn Yarabalaminnn.

Friday, March 11, 2011

Hantu Kak Limah kat Kedai Makan

Tengah sedap menikmati hidangan makan malam kat kedai.. tetiba datang satu keluarga duduk membelakangi ummi ngan Naqib. Naqib ni mulut dia memang ada emas.. susah nak bercakap..dia boleh bukak mulut untuk makan je... kalau makan insyallah...

Kalau nak bercakap pun susah ni kan pulak dia nak mengumpat orang.. tapi malam ni ..entah benda apa dah singgah kat molot dia.. tetiba dia cakap cam ni...

"asal lak hantu kak limah ni datang makan kat sini.. bukan ke antu kak limah balik ke rumahhh.." mak aii.. apasal ni. Ummi pun tanya "napa Qib"

"tu ar org kat meja sebelah .. nak pakai tudung pakai le betul betul.. depan bertutup, belakang cam rambut kak limah...."

(bygkan rambut org tu memang cam rambut kak limah ni....depan memang nampak cam org pakai tudung belakang..tu le rupa rambutnya)

si debab (adik) lorat ni kalau tak menyampuk.. bukan debab nama dia..

"Ya Allah Qib.. Ustazah kata.. tak baik mengumpat orang, kau nak g mintak mahap kat dia ke.. kalau dia tak mahapkan..tak ke sesia hidup ko kat padang masyar nanti"

mak aiihhh... yang bercakap ni... mengalahkan ostad.

yang si Naqib ni muka tetap selamba.. dia memang tak berkenan kalau benda benda yg tak senonoh cam ni... yg orang tu pun satu... ko dah pakai tudung kau sorokkan le rambut ko kat dalam tudung..ni depan bagus litup..belakang..rambut mengerbang ngerbang... memang sebijik rambut kak limah.. mana org tak nak mengata

to be fair to each other.. adik n Naqib (ha cakap omputih lagi)

ummi pun nasihat cam ni...

"betul kata adik.. tak baik ngumpat orang..nanti penat nak carik kat padang masyar nanti....."

ummi tambah perisa lagi "aqib pegi kat mak cik tu aqib cakap kat mak cik tu...tadi saya ada terngumpat mak cik.. saya mintak mahap bebyak... ce citer ce citer.. napa mak cik kuarkan rambut cam kak limah ni....."

"ok dek... kalau setuju angkat tangan cam usop...: (sambil ummi melambai lambaikan tgn mcm usop..dlm citer antu kak limah tu..hehe)

Ni le Usop...Cer citer cer citer... atee...

Thursday, March 3, 2011

Tanyalah Ustajah

Kalau ada orang nak tumpang keta ummi... kalau dia orang dengar ummi dengan aqlan (debab) berbual mesti dia orang ingat... cam ustaz ngan ustazah tgh berbual. Topik mesti bab bab agama. Tapi soalan yang Aqlan bagi... ummi rasa pelajar yg balik dari Mesir pun sakit kepala nak jawab. Malam kelmarin satu topik hangat yang kami bincangkan 2 beranak sambil disaksikan 2 penonton yang tetap sopan forever. (abah ngan Naqib..)

"Ummi kalau adik dapat dakwah kan org kapir, (kawan dia yg ari tu tuh..) adik dapat pahala tak?"

ummi pun jawab ala ala ustazah yg terkenal kat tv tuh..anda buat anda dpt...

"dapat dek..... dari sekecil kecil pahala sampai la sebesar besarnya..pahala dia berjalan selagi org tu dalam islam dan beramal..."

adik tanya lagi.."kalau dia buat dosa"

"kalau dia buat dosa adik tak tanggung..sebab tanggungjawab adik dah lepas, dan Allah tu Maha penyayang..buat baik jek Allah bagi pahala..kalau dia buat jahat adik tak dosa..sebab adik dah berdakwah"

adik tanya dan tanya lagi " kalau dalam 2 bulan ni dia masuk islam adik dapat pahala ler..."

Dalam ati... pendakwah kat mesia ni sakit kepala nak dakwahkan org..tak kan le baru ari ni adik berdakwah lagi 2 bulan dia masuk islam dek oiiiii..superb betul (tapi mana kita tahukan)

Ummi pun jawab soalan adik sambil tersenyum gaya seorang ustazah yg tersohor di maya ini..."ya dek... pahala melimpah ruah adik dapat.... "

tapi muka adik agak kelat..."susah la mi... bila adik ckp dia mcm mengejek ngejek jek"

"tak pe..adik teruskan jugak jgn putus asa ye." Ummi test adik lagi "mcm mana adik dakwah dgn dia..adik cakap apa?"

"adik kata... kau nak tahu kalau orang islam.. macamana dia terseksa dalam neraka..lambat lambat dia rasa jugak masuk syurga... tapi kalau kau tu kapir..kau akan terseksa sepanjang masa..kulitkau kena koya, kena bakar..nanti koyak lagi bakar lagi...sampai bila bila... baik kau fikir fikirkan"

dalam hati...Ya Allah... tercabar dengan keberanian anak aku ni... lurus hatinya..yang kita ni ada le beralas alas... dan tak pernah pun buat cam tu kat kawan kawan yang bukan islam.

Mula ingat nak sound... "dek jangannnn.. nanti bapak dia cari..." (itu agenda syaitan sebenarnya).... ummi teringat balik statement ummi pada adik ari tu...selagi berjuang atas nama islam kita kena berani....Takbirrrr!!!!

Itulah ceritanya.

Kalau kat tv siarana Tanyalah Ustazah ni tengah tengah malam je... tapi program Tanyalah Ustajah ( ustajah dia ummi & adik audience) ... sepanjang masa
Bila mata tutup jek...baru mulut pun tutup....

Adik adik...semoga satu hari nanti adik jadi seorang Pendakwah yang terkenal ya...Amin