Friday, April 22, 2011

Umrah - Siri 1


Program Jemputan Umrah di Astro Oasis... tak tahu mengapa, setiap kali siaran ini ke udara..air mata ni mencurah curah tak dapat dibendung. Betul kata orang tua-tua ... lebih-lebih lagi yang telah bergelar Haji dan Hajah. Kalau nak pergi kena pasang niat hari-hari... memang benar..itulah yang ummi lakukan.. setiap hari ummi berdoa ya Allah jemputlah aku ke rumah mu...

Tapi buat pedoman kita bersama, jangan berdoa minta di jemput sebagai tetamu.... kerana kalau di jemput kita akan menjadi "tetamu sahaja" tetapi berdoalah agar dijemput menjadi "tetamu istimewa" ..memang benar.. janji Allah itu benar..dan jika kau minta, aku pasti memakbulkan doa kalian. Terima kasih buat Prof Muhd Kamil Ibrahim kerana memberi tips yang terbaik ini. Memang benar-benar ummi rasa istimewa.

Apa yang dimaksudkan "istimewa"... banyak sangat... tak terkira... betapa baik Allah dengan kita tapi kita masih tak nampak... "Ya Allah janganlah kau jauhkan aku dari kasih sayang Mu ya Allah." Berilah aku kesudahan yang baik ya Allah

Istimewa yang pertama.....

Asalnya cerita umrah ni adalah cadangan "anjang" abg kepada abg aji... yang ingin menghantar abg aji buat umrah sebagai satu hadiah pada abg aji buat satu ujian Allah kepada abg aji. Dalam masa yang sama ini adalah Anugerah dari Allah melalui perantaranya iaitu Anjang. Setelah anjang mengusulkan kepada adik beradik yang lain utk berkongsi ganjaran ini dan dengan sedikit modal yang kami ada, kami pun cuba merealisasikan impian anjang.

*Buat Anjang jgn lupa janji Allah ya, kalau kita mudahkan urusan manusia didalam urusan yang baik-baik insyallah ganjaran yang anjang dapat sama seperti apa amalan yang kami lakukan. Hanya Allah yang mampu membalasnya. Begitu juga buat semua ahli keluarga yang lain yang terlibat sama. Sebagai manusia hina dan tak punya apa-apa kami tak mampu membalasnya.

Selepas menanti sekian lama dengan sabar...kadang-kadang teruji juga kesabaran kami, maka pada 17 Mac 2011 termakbulah impian kami selama ini. ...... bersambung

2 comments:

Hjh Noralenna Abbas said...

Dah mula dah travelog umrah...semoga kak aji dan abang aji mendapat umrah yang mabrur.Ceria nampaknya wajah kalian berdua.

ummi said...

seronok tak terkata...hingga ke hari ni...masih kompius ni mesia ke mekah..hehe... (ngada jek statement)