Susah benar untuk berdakwah kan. Berdakyah itu mudah. Ajar yang jahat itu mudah tapi ajar yang baik itu susah. Tak perlu kita pergi jauh..untuk berdakwah ,dalam keluarga sendiri pun payah. Sebab itu sebagai pendakwah kita perlu banyak ilmu. Banyak membaca dan banyak mendengar program-program ceramah. Jika jiwa seorang pendakwah itu kosong, bagaimana mungkin kita boleh melakukan kerja-kerja dakwah.
Baru-baru ini, selepas selesai solat maghrib berjemaah, semua orang bertungkus-lumus mengemas sejadah dan lain-lain. Ada seorang jek yang tidak bergerak-gerak. Kira cam boss lah.. perati jek apa orang lain buat. (ummi rasa korang pun tahu siapa yang dimaksudkan ni kannn...)Ummi hanya memerhati dan berfikir apakah ayat yang paling sesuai untuk ummi menjalankan kerja-kerja dakwah ni. Tiba-tiba terpacul ayat ni dari mulut ummi ni... "Dalam rumah ni .. ummi peratikan semua orang rajinnn bekerja..rajinnn kumpul pahala.. tapi ada soranggg jek yang payah sikit nak kumpul pahala ... penyakit malas dia sangat tinggi... tapi tak pe.. kepada yang rajin moga Allah kurniakan sebanyak-banyak pahala buat mereka kerana Anda buat Anda dapat..Selamat Beramal."
Tiba-tiba ada seorang hamba Allah ni melentinggg..."ha perli ler tu... ingat adik tak tahu ummi cakap siapa... " ... ish ish ish.."tak baik ada cakap cam tu.. ummi tak perli pun siapa-siapa.. kenapa ya..adik makan cili eh..owhh sebab tu adik terasa pedas." Hahahaaa..terasa rupanya.. terus muncung sedepa... dah kena perli baru le dia buat kerja...
Selepas itu dia pulangkan paku buah keras pulak dekat ummi.... Semasa enak menikmati makan malam.. semasa membongkokkan badan nak ambil lauk.. adik terkentut dengan tidak sengaja. Mungkin abdomen yang terhimpit mengeluarkan angin tanpa sengaja. Otot yang nak kontrol kentut tak sempat kemut barangkali.
Naqib punyalah marahh... sampai adik minta hulurkan lauk pun Naqib tak nak hulur. Katanya adik tak jaga adab makan. Selepas itu adik mintak ummi hulurkan pulak.. ummi pun menyakat dengan mengatakan tidak. Alasan yang sama macam Naqib.. adik tak jaga adab. Abah yang baik hati ni pun hulurkan lauk pada adikk... ni dialog adik yg buat kami percah perut, kenyang ketawa.
" Dalam rumah ni ada dua org yang busuk hati. Adik dengan abah jek yang baik hati. Yang 2 orang ni pendendam. anda buat anda dapat..sambung adik lagi..." hua hua hua... ingat ummi hangin kee? ummi pun buat buat macam terpinga-pinga.. kasik adik panas. "Sapa dik...sapa dik.. adik cakap sapa tu.." " Ha sapa makan cili dia lerr terasa pedas...." jawab adik.. hua hua hua... copy paste ayat nampak!!
Ummi sakat adik lagi..."Qib qib... kita makan lauk sayur kan Qib.. nasib baik kita tak makan cili kan Qib..." member muka merahhh...marah nampak!! Ummi kasik panas lagi..."Abah..abah makan cili ker...?".. abah angguk... yesszz yesszz... owhhh adik cakap abah lerr tu... Tu la dek.. lain kali banyakkan beramal... banyak membaca.. kalau adik pandai jawab..
UMMI MUSTI PILIH!!!!... haha
Selamat beramal..Anda Buat..Anda Dapat..
3 comments:
Salam akak~
Gambar diorang tu comel! Dulu kecik-kecik, sekarang dah macam dewasa! :D
Semoga akak sekeluarga berada dalam perlindunganNya selalu, InsyaAllah~ :)
P/s: Terima kasih entry serba ungu yang banyak tu!! Love you always sis~! ^_^
bukan dah mcm dewasa... dah dewasa dan bau macam... masa kecik kecik ummi mandikan wangi lagi..ni mandi sendiri... bukan main macam lagi...hehe
wat entry dulu nanti posmen hantar brg nya ya...
Comeinya... hehe.. ^^
Post a Comment