Dari saat ke saat.. jam ke jam...bulan ke bulan..tahun ke tahun.. umur kalian semakin meningkat.. dari meniarap, merangkak, berjalan dan berlari kalian sentiasa dalam perhatian abah dan ummi... tapi kini kau dah bisa berjalan, berlari sendiri malahan kau juga semakin pandai berdikari.
Ingat pesanan ummi... semakin dewasa semakin matang maka semakin bijak kita membuat pilihan. Peringkat umur yang macam ni..adalah peringkat percubaan. Anak-anak ummi sedang mencari identiti.. nak jadi seperti itu dan nak jadi seperti ini. Ambillah peribadi rasullulah untuk dicontohi insyallah bukan sahaja berbahagia di atas bumi malahan di dalam perut bumi juga nanti.
Andai kau terpesona dengan perempuan, belum masanya lagi nak. Perjalanan kalian masih jauh. Simpan nafsu ini sebaik baik andai kau tahu janji Allah itu pasti. Jika inginkan seorang wanita yang baik budi pekerti dan tinggi jati diri, puncanya dari diri mu sendiri. Sudah janji Allah yang baik itu untuk yang baik, begitu juga yang sebaliknya. Ini semua permainan syaitan..jangan kau terpedaya kerana semua permainan ini sia sia penuh nafsu nafsi.
Pandai pandai memilih teman. Teman yang baik akan memimpin mu ke arah kebaikan. Awas juga dengan teman-teman yang suka mengambil kesempatan. Takut-takut terkena peluru fitnah yang tak mengenal musuh atau teman.Al quran dan sunnah jadikan panduan supaya tidak sesat hingga ke hujung jalan.Ummi abah jangan lupakan kerana kami mengajar kalian tentang kehidupan dari pengalaman. Jangan lapar dengan pujian kerana itu bukan bekalan. Keikhlasan dalam setiap pekerjaan pasti mendapat imbuhan.
Ummi abah mendidik kalian di dalam persekitaran yang penuh keharmonian dan keimanan. Kepercayann kami jangan dirosakkan takut umi hilang kepercayaan. Pantang ummi baik di depan belakang macam syaitan. Jadilah diri mu yang sebenar... yang tidak dicorakan dengan lakunan kepura-puraan.
Kenapa ummi tinggalkan pesan? ..... sebab ummi takut anak anak ummi tersesat jalannnnn.....
No comments:
Post a Comment