Monday, March 24, 2014

Ada orang teropong.....

 

Assalamualaikum wrh.,

Gelihati hati ummi  layan karenah si debab... tak mustahil kawan ummi talipon dia kata asal umah ko macam ada ramai org... hahaha..layan dia sorang macam layan seribu orang..

Semalam masa kami nak pegi isi minyak motor... dalam perjalanan tu adik kata..

"ummi ada orang tu kan suka sangat teropong rumah tau.... lepas dia teropong dia letak surat dalam peti surat...."....kata adik



"sapa pulak yg tak de pekerjaan ni dek.." ummi mula gelisah sebab sehari sebelum adik cakap ni, ada seorang mak cik datang rumah... mak cik tu pesan ummi hati-hati ada orang suka mengendap ummi. Makcik tu kata orang tu selalu tak perasan yang makcik dengan suaminya selalu nampak pekerjaan orang tu...

Dalam hati ummi kata... kurang pekerjaan apa manusia dalam dunia ni. Tapi ummi senyum kat mak cik tu dan ummi kata terima kasih dan dalam hati ummi berdoa moga Allah pelihara ummi dan anak-anak di dunia dan di akhirat. Kalau niat dia mengendap tu suka-suka lantaklah...tapi jangan sampai memdaratkan kami udah ler...

sambung balik cerita adik....

"mana adik nampak dek..." tanya ummi

"tapi dia datang jarang-jarang... sesekali jek...umah kita pun pernah...dia teropong..pastu dia tekan apa apa entah kat tangan dia...pastu ada surat keluar kat mesin tu...." serius adik becerita...

hati ummi digeletek deras dengar cerita adik .... "apalah dol adik ni... tu orang peksa api ar...buat saspen jek..." ngomel ummi kat adik

ummi baru nak bajet cun. Konon macam Ergha Pazigha .... konon ramai ar paparazzi ngendap ummi... rupanya org cek api kuarkan bil hehe

potong stim tol adik ni... ummi dia lak perasan tahap maharaja....hahahahaha....

Thursday, March 20, 2014

Mulakan .....


 Assalamualaikum wrh.,


Mulakan...!!!
Apa yg ummi nak mulakan tu...hehe..
Mulai hari ni... setiap entry ummi, ummi nak mulakan dengan nama Allah dan memberi salam..

Astaghfirullahalazhimmmm..baru hari ni ummi terperasan setiap entry ummi main terjah jek tanpa nama Allah dan salam.... Tapi tak apakan... belum terlambat selagi nyawa di kandung badan. 

Kata Ustaz Kazim ...jangan bosan bertaubat, tapi bosanlah dengan perbuatan maksiat. Itulah nanti yang akan berlaku bila kita mati nanti.. kita akan menyesal yang tidak berkesudahan. Ummi selalu cakap kat anak-anak, ramai kata abah orang baik...ramai orang kata tempat abah di syurga..kita juga mengakuinya abang memang baik. InsyaAllah syurga balasannya.. tapi, kalau kita boleh dengar abah cakap... kita akan dengar abah ckp dengan Allah dia nak mintak balik ke dunia...kenapa?.. kerana dia nak tambah amalan dia.... kerana syurga itu bertingkat-tingkat... contohnya kita orang baik...org yg lakukan "amal maaruf nahi munkar" ..kita dah dapat syurga dah... tapi syurga kita tak sama dengan orang yg berbuat baik dan di tambah dengan amalan sunat....Begitu juga dengan mereka yang baik dan banyak amalan sunat, syurga mereka juga tak sama dengan golongan yg baik, banyak amlan sunatnya dan menghafal al-quran...


Kalau boleh... kita cuba sedaya upaya kita, kita usahakan hari ini lebih baik dari semalam, dan esok pula lebih baik dari hari ini. Mohon dijauhkan  Allah dari menjadi orang yg hari ni lebih teruk dari semalam dan esok yang lebih teruk dari hari ini.

Sebab tu ummi nak mulakan dengan yang baik-baik. Ummi nak mulakan dengan menyebut nama Allah dan memberi salam.. harapan ummi agar ummi dapat menyebut nama Allah ketika sakaratulmaut dan ummi di sambut dengan salam dari makhluk2 yang dilangit....InsyaAllah...

Jom kita mulakan.... kita tebarkan salam di muka bumi ini agar setiap insan yang kita temuai dikurniakan kesejahteraan dengan berkat memberi salam. Mulakan setiap pekerjaan dengan Bismillah...moga hidup kita dilimpahi rahmat dan keberkatan...

Mulakan dengan yang baik moga kesudahannya juga baik...aminnnnnnn

Wednesday, March 19, 2014

MH370... Kehilangan Bukti Kebesaran


Kehilangan tiada bayang
Puas di jejak tidak juga nampak bayang
Berhari-hari berjam jam jiwa kami goncang
Mencari terus mencari tidak kira malam dan siang

Duhai Allah Duhai Jabbar
Yang Kehendaknya tidak dapat diingakari
Jelas membuktikan betapa kerdilnya kami
Walau teknologi yg ada di dunia ini menggunung tinggi
Tanpa Kun Fayakun ... 
Kalau Allah kata tidak menjadi
Maka ia tetap takkan menjadi

Ya Malik Ya Mutakabbir
Yang Berkuasa dan yang memiliki Kebesaran
Hina rasa diri ini tidak mengkaji hebatnya sifat Mu Tuhan
Engkau jadikan kehilangan ini supaya kami mengaku hebatnya tuhan
Tapi kami tetap lalai dan lalai di dalam pelukan syaitan

Sedang segelintir mencari-cari redho tuhan
Yang separuh lagi sedang asyik masyuk dengan godaan syaiton
Bagaimana tuhan ingin permudahkan segala urusan
Bila yang halal dan haram kita campur adukkan...

Di sini sibuk mencari cari
Di sana sibuk menari nari
Tanpa kita sedar tanpa kita insafi
Kita semua sedang menuju mati...

Buat keluarga yang kehilangan orang yang dikasihi
Kehilangan yang masih kita nanti nanti...
Mari kita panjatkan setinggi tinggi pengharapan kepada Illahi...
Kita doa pada Ya Rabbi...
Andai sudah tiada mereka di bumi ..tunjukkan kami sedikit bukti
Biar tenang hati kami Ya Rabbi...
Kami janji...
kami redho dengan ketentuan ini...
Andai ada nyawa mereka di bumi ini...
Wahai Tuhan Ya Alim Ya Sami' Ya Basir 
Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui Yang Maha Mendengar dan Maha Melihat
Mudahkan misi mereka yang sedang mencari cari...

Sudah tertulis sejak azali 
setiap kejadian berpasang-pasang
Yang sihat lawannya sakit
Yang hidup lawannya mati..
Apa yang kami ada ..kami tak mampu miliki...
Nampak sangat kerdilnya kami
Sebiji kapal terbang pun gagal kami jejaki

Buka mata bukalah hati...
Allahu Akhbar Allahu Rabbi
Aku mohon aku minta duhai Kekasih hati...
Dalam berjuta manusia di dunia ini
Kau peluklah kami sayangi kami... 
Supaya biar apa dugaan menanti
biar apa ujian datang silih berganti..
tapi cinta dan sayang kami pada Mu ya Rabbi tidak pernah mati...

malu rasanya nak mengakui...Aku Cinta pada Mu.. Ya Rabbi