Mulakan...!!!
Apa yg ummi nak mulakan tu...hehe..
Mulai hari ni... setiap entry ummi, ummi nak mulakan dengan nama Allah dan memberi salam..
Astaghfirullahalazhimmmm..baru hari ni ummi terperasan setiap entry ummi main terjah jek tanpa nama Allah dan salam.... Tapi tak apakan... belum terlambat selagi nyawa di kandung badan.
Kata Ustaz Kazim ...jangan bosan bertaubat, tapi bosanlah dengan perbuatan maksiat. Itulah nanti yang akan berlaku bila kita mati nanti.. kita akan menyesal yang tidak berkesudahan. Ummi selalu cakap kat anak-anak, ramai kata abah orang baik...ramai orang kata tempat abah di syurga..kita juga mengakuinya abang memang baik. InsyaAllah syurga balasannya.. tapi, kalau kita boleh dengar abah cakap... kita akan dengar abah ckp dengan Allah dia nak mintak balik ke dunia...kenapa?.. kerana dia nak tambah amalan dia.... kerana syurga itu bertingkat-tingkat... contohnya kita orang baik...org yg lakukan "amal maaruf nahi munkar" ..kita dah dapat syurga dah... tapi syurga kita tak sama dengan orang yg berbuat baik dan di tambah dengan amalan sunat....Begitu juga dengan mereka yang baik dan banyak amalan sunat, syurga mereka juga tak sama dengan golongan yg baik, banyak amlan sunatnya dan menghafal al-quran...
Kalau boleh... kita cuba sedaya upaya kita, kita usahakan hari ini lebih baik dari semalam, dan esok pula lebih baik dari hari ini. Mohon dijauhkan Allah dari menjadi orang yg hari ni lebih teruk dari semalam dan esok yang lebih teruk dari hari ini.
Sebab tu ummi nak mulakan dengan yang baik-baik. Ummi nak mulakan dengan menyebut nama Allah dan memberi salam.. harapan ummi agar ummi dapat menyebut nama Allah ketika sakaratulmaut dan ummi di sambut dengan salam dari makhluk2 yang dilangit....InsyaAllah...
Jom kita mulakan.... kita tebarkan salam di muka bumi ini agar setiap insan yang kita temuai dikurniakan kesejahteraan dengan berkat memberi salam. Mulakan setiap pekerjaan dengan Bismillah...moga hidup kita dilimpahi rahmat dan keberkatan...
Mulakan dengan yang baik moga kesudahannya juga baik...aminnnnnnn
No comments:
Post a Comment