Friday, May 9, 2014

Ulang Tahun Perkahwinan Kami....

https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRs0TEbWkn8byE5azk07_4ojDt-X5qnfp1NzOaXnY9HiMb-PACt

Assalamualaikum wrh.,

Kalau abang masih ada.... tahun ni hari ulangtahun perkahwinan kita yang ke 16. Kalau abang ada...tentu ummi dapat macam-macam hadiah sebab esok juga hari ibu hehe...setiap tahun ada jek hadiah hari ibu abang bagi...sebab abang nak cakap terima kasih sebab jadi ummi pada anak-anak abang...tak pe kita kumpul kat dunia ni sebab ummi nak ambil hadiah ketua bidadari yang Allah janji...hehe insha Allah. Moga Allah pelihara ummi untuk jadi kuat dan tabahkan hati ummi nak jaga amanah abang ni... (2 debab amanah terindah...)


Tarikh hari ini juga pada tahun lepas...kita sambut di 2 hospital. Abang dibenarkan keluar dari Hospital Pantai pada tarikh tersebut dan dimasukkan pula ke Hospital Besar Melaka pada malam harinya.

Seronok rasa bila doktor benarkan abang pulang...walaupun soalan abang pada ummi buat hati ummi hancur. Teringat lagi kata-kata abang..."ummi.. kenapa doktor kasi balik.. abang rasa abg tak ok lagi ni...ke umi ada sorok sesuatu dari abang...". Sebenarnya abang dinasihat pulang kerana tiada apa-apa yang boleh dilakukan lagi ke atas abang.

Hancur luluh hati ini hanya tuhan yang tahu. Ya bang..ummi sorok sesuatu dari abang.. ummi tahu abang akan pergi meninggalkan ummi tapi ummi selalu berdoa dan berharap ada satu keajaiban dari Allah.. mana tahu abang boleh sembuh seperti sediakala. Ujian MRI yang dilakukan jelas menunjukkan kanser yang ada dalam badan abang telah merebak ke seluruh badan.

Puas ummi dan doktor berpakat...tak mahu abang hilang semangat..  kami beri keyakinan dalam masa yang sama kami beri kata-kata motivasi buat abang bersedia menghadapai sebarang kemungkinan yang kita semua takuti. Ummi ingat lagi abang dakap ummi abang peluk ummi di katil hospital... abang kata abang redho kat ummi abang sayang ummi dan abang akan pergi tinggalkan ummi. 

Tapi bagai di kunci mulut abang dan mulut ummi... abang tahu abang akan pergi...ummi juga tahu abang nak pergi... kami diam seribu bahasa cuma hati kami yang banyak berbicara bersam-sama. Setiap kali abang kata..abang ada benda nak cakap...tapi abang tidak teruskan bicara...setiap kali itu juga ummi tahu apa abang nak kata. 

Sudah dikatakan tiada siapa boleh buka rahsia matinya bila... maka hanya bila mata bertentang mata... hati kita sering berbicara. Malam 09/05... satu malam yang tidak dapat ummi lupa sampai bila-bila. 16 tahun lalu...malam 09/05 adalah malam yang paling membahagiakan apabila cinta kita disatukan. tetapi malam 09/05 tahun lepas adalah satu malam yang juga tak akan ummi lupakan sampai bila bila. 

Ketika keluar dari hospital pantai, kami di hantar oleh ramai kakitangan hospital pantai yang berhati mulia. Ramai yang hantar dan ramai yang menunggu juga ...Jambangan bunga besar dari mambang2 utk ucapan selamat ulangtahun perkahwinan di muka pintu Hospital Pantai cukup mengharu kan. Tidak sangka air mata ummi berjurai-jurai ketika memandu bawa abang pulang ke rumah pada hari tu.

Ku sangka panas hingga petang, rupanya hujan ditengahari. Hanya sejam dua je abang dapat balik rumah. Daripada abang sampai rumah kita tidak berhenti-henti tetamu yang datang. Maghrib itu penuh tetamu di rumah kita, Bacaan yassin dari teman-teman surau memenuhi ruang rumah..bertambah sayu hati melihat kebaikan insan-insan yang dikirim Allah kepada keluarga kami.

Sakit abang betambah teruk... abang mengerang-ngerang kesakitan. Semua orang buntu..atas nasihat keluarga abang dan keluarga ummi, mereka minta abang di hantar ke hospital besar. Saat itu abang genggam tangan ummi..abang merayu tak nak pergi...abang kata.."ummi abang tak nak pergi sebab nanti kita pergi naik kereta, balik nanti abang naik van jenazah..." subhanallah... tak tahu dari mana datang kekuatan..tiada setitik air mata ummi tumpah.

Ummi peluk abang ummi pujuk abang.. "Sysshhh...jangan cakap macam tu bang, tiada siapa yang tahu matinya bila, selagi ada nyawa selagi itu kita berjuang.. Berjuang untuk sihat berjuang  untuk nak baik kerana Allah juga di kira Fisabilillah sayang. Ummi sentiasa di sisi abang.. kita harung sama-sama...supaya kita jumpa Allah nanti sebagai orang yg sedang berjuang bukan orang yang berputus asa..."

Malam itu sehingga jam 3 pagi baru urusan dimasukkan abag ke dalam wad selesai. Selepas diberi mofin keadaan abang agak stabil. Abang dapat melelapkan mata sekejap. Ummi, kak pati dan naqib bermalam di hospital. 

7 hari abang di hospital besar Melaka... Kami dilayan dengan baik oleh pihak hospital. Abang nak makan macam-macam. Abg mintak ummi masakkan masak asam. Masa abang sihat, setiap kali abang makan masak asam ummi, abang mesti cakap tak de siapa boleh challenge masak asam ummi. Pada hari itu, ummi masak dan berdoa bersungguh-sungguh pada Allah...andai kata ini masak asam terakhir aku buat suami, Ya Allah Kau izinkan masak asam ini adalah masak asam yang paling sedap di dunia ini aku nak hidang untuk suami. Berselera abang makan.

Tapi perubahan diri abang sangat ketara... kesihatan abang makin hari makin merosot. Badan abang makin hari makin kurus. Apa yang ummi baca tentang tanda-tanda kematian semua jelas diperlihatkan Allah. Abang mengidam nak makan kari kepala ikan juga ummi sempat masakan. abang kata abang nampak mak cau ngan pek tam datang tapi tak masuk rumah..sebenarnya kedua2 mak saudara dan bapa saudara abang dah lama meninggal... bila CD mengaji berhenti abang suruh ummi pasang cepat..abang kata, "ummi buka ngaji cepat, rimas abang syaitan ni..bukan main gamai..." tanda-tanda itu semua buat ummi kuat semangat. Tiap-tiap hari ummi pujuk hati... Allah dah nak ambil suami ummi...

Tiada kederat abang nak jalan, tapi abang gagahi juga nak  siapakan juadah berbuka untuk ummi sekalipun menghidangkan air suam dan kurma. Bila ummi marah tak kasi abang bangun..abang kata: "ummi bagilah peluang abang buat pahala sekalipun sudah berada di hujung nyawa. .."

Banyak perangai  abang yang pelik-pelik. Lagi 5 hari abang nak pergi...abang suruh ummi jumpa doktor..suruh tanya abang boleh hidup berapa lama. Ummi tahu abang nak ummi tahu abang dah nak pergi. Tapi mulut abang Allah kunci. Abang dah nampak malaikat datang berkali-kali... ada suatu hari abang kejut ummi pukul 3 pagi... abang nak cerita abang jumpa siapa tadi...tapi mulut abang Allah kunci. 

Allah sayang ummi, abang..Allah dah beritahu ummi..ummi kau akan ditinggal pergi.. ummi dah bersedia sayang..sebab ummi tahu dalam dunia ini tiada yang abadi. Tiada satu pun milik ummi. Ummi ckp dekat abang.."abang tak payah tanya doktor..doktor sendiri pun tak tahu ajal dia bila. Kalau doktor kata ohh encik dah nak mati...kita pun putus asa..tapi rupanya umur kita panjang lagi...atau doktor kata..encik boleh hidup lagi ni...semua ok..top top kejap lagi mati... ha tak yah susah-susah tanya doktor ya bang...yang penting kita bersedia je menghadapIllahi. Semua orang akan pergi semua orang akan mati...ummi pun akan mati juga... dah tak yah susah hati..." ummi peluk abang lagi sebab ummi tahu apa yang tersirat kat hati abang...

Hari ini...hari ulangtahun perkahwinan kita bang... doakan ummi kuat dan tabah membesarkan anak-anak abang. Ummi dan anak-anak akan teruskan segala kebaikan yang abang ajarkan dan abang tinggalkan. Tenanglah abang disana sebab hari tu kita dah janji...ummi redho dengan ketentuan ini...abang rehat dari dunia yang fana ini...dunia ni tempat persinggahan dunia ni penuh permainan...ummi nak besarkan anak-anak... ummi juga akak menyusul abang nanti....


5 comments:

Hjh Noralenna Abbas said...

Sedih nukilan ummi, Al Fatihah buat arwah, semoga roh arwah tenang di sana. Aamiin.

ummi said...

picisan idea jek alang... tetiba lak tersentimentol pepetang ni...

Unknown said...

Al - Fatihah buat arwah dan untuk Nor kami doakan semoga Nor tabah menghadapi segala dugaan dalam hidup. Kami akan sentiasa berada disisi Nor.

Unknown said...

Al - Fatihah untuk arwah. Dan untuk sahabat kami Nor, semoga terus tabah menghadapi segala cabaran dalam hidup dan berjaya melaksanakan amanah yang ditinggalkan. Kami akan sentiasa berada disisi, in syaa Allah.

ummi said...

Wahhhh....teruja bila terlihat azlena memberi sepatah dua kata di ruangan ummi....

Terima kasih ena... Doakan ummi setabah ena. ..sekuat dan sekental ena. Orang yg berjiwa besar.... Seronok dan bersyukut pada Allah dikurnian trman sehebat ena.... : )