Tuesday, September 29, 2015

Balu... Anugerah Terindah dari Allah

  https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRs0TEbWkn8byE5azk07_4ojDt-X5qnfp1NzOaXnY9HiMb-PACt

Assalamualaikum wrh.,

Kalau diberi pilihan ...rasanya tiada siapa yang rela bergelar balu. Lebih-lebih lagi ketika usia perkahwinan masih mentah. Tapi siapa kita yang mampu menahan kehendak Allah.Kepada yang senasib seperti ummi, jangan rasa malu jangan rasa rendah diri dengan anugerah ini, sebaliknya bangun dan bangkit kerana golongan seperti kita disayangi oleh Rasulullah dan dipelihara Allah. 

Biar apa orang nak kata tentang kita, yang penting kita buat apa yang Allah suruh dan tinggal apa yang Allah larang. Cubaan dan dugaan ibarat makanan kita. Hari -hari ia datang dan pergi dalam pelbagai rupa dan bentuk tanpa henti henti. Satu je kita letak dalam hati, Allah janji ..Dia uji sebab Dia nak letak kita kat tempat yang lebih tinggi. Jangan takut jangan gentar Allah janji bila kau diuji mintalah pertolongan dari Sang Pencipta kerana sesuangguhnya pertolongan Dia sangat dekat dengan kita.

Buat kakak-kakak dan adik-adik yang ummi sayang,

Kepada yang baru bergelar balu, jagalah iddah sebaik mungkin.  Tidak Allah jadikan sesuatu hukum itu suka-suka. Tidak Allah jadikan sesuatu itu sia-sia. Merujuk sebuah hadith berkaitan iddah..yang diriwayatkan oleh al-Bukhari, daripada Ummu `Atiyyah r.a., katanya yang bermaksud: 
"Kami dilarang berkabung atas kematian seseorang melebihi tiga hari kecuali berkabung atas kematian suami selama empat bulan sepuluh hari.  Kami dilarang bercelak mata, dilarang memakai wangi-wangian dan memakai pakaian berwarna-warni... "

Subhanallah cantik sungguh aturan Allah, ketika kita tidak mengetahui sesuatu pekara, jika kita lakukan ianya tidak mendatangkan dosa. Tetapi jika kita tahu tapi kita langgar juga barulah jatuh hukumnya. Oleh kerana itu kita disyariatkan menuntut ilmu, kerana ilmu Allah itu sangat luas. 


Sedikit perkongsian dari ummi, semoga memberi manfaat buat kita bersama. Pada hari pertama suami pergi meninggalkan ummi, ummi janji dengan suami, abang jangan susah hati ummi janji ummi akan jadi kuat untuk tempuh hidup ini. Tuajan ummi adalah supaya rohnya tenang di sana kerana ummi pandai bawa diri. Ummi tidak tahu hukum iddah yang bagaimana. Ummi pakai tudung yang ada manik..esoknya ummi pakai tshirt berwarna merah  baju kegemaran suami. Niat ummi biar rohnya nampak ummi pakai baju kegemarannya.  Naif sungguh ummi ketika itu.

Memang benar, Allah itu sifatnya yang Maha Pengampun Maha Penyayang... Pada hari ummi pakai tudung yang bermanik dan baju berwarna-warni ummi ditegur oleh ibu saudara ummi, "jangan berhias nak kalau baru kematian suami..." Tidak terlintas di hati ummi untuk berhias apatah lagi utk dipertontonkan kepada lelaki lain pada waktu itu...cuma ummi nak tunjuk kat buah hati... ummi boleh hidup walaupun abang tinggalkan ummi.

Rupanya islam itu indah ...islam itu cantik... semasa dalam iddah kita dilarang berhias, memakai baju warna warni apatah lagi berwangi-wangi.Tempoh itu memang betul-betul membentuk peribadi kita menjadi balu yang sedang mentaati Allah secara tidak langsung mentaati suami. Walaupun dia dah pergi kita tetap menjaga diri. Setahun ummi berjubah dan bertudung hitam. Lama-kelamaan ditegur boss sendiri, "akak kan dah habis iddah takut orang keliru nanti ...." Walaupun dah 2 tahun buah hati pergi, ummi tetap selesa mengenakan pakaian tanpa warna-warni. 

Maha pemurahnya Allah, Maha pengasihnya Allah, dia tahu ummi sedang merawat luka kat hati bila kehilangan suami, Dia izinkan ummi ke pusara si buah hati tiap-tiap hari, Hampir 70 hari ummi ziarah pusara si buat hati, tiap-tiap hari.... masuk ari yang ke 71 hari datang seorang Profesor dan isteri , kebetulan mantan boss ummi yang baik hati, datang kat rumah dan tegur ummi agar perbaiki lagi iddah ummi,. Katanya janganlah pergi ke pusara lagi, kerana menurut beliau orang dalam iddah ni, klunya mudah saja.... kita boleh keluar rumah jika sampai tahap kalau kita tak buat boleh mati.!!! nampak macam terlampau tegas tapi sebenarnya kalau kita ikut betul-betul bila habis iddah kita rasa kepuasan sendiri. 

Kita rasa luka hati kita Allah ubati, kita rasa dalam diri ada kekuatan sendiri , manusia di luar sana jangan ambil peduli... mereka cukup suka menghakimi tanpa ambil peduli kita ni yg empunya diri. Hidup seorang balu, janda...yang lebih manis digelar ibu tunggal...fitnah ni sahabat sejati. Bila kita tidak berdandan...di kata terlalu mengikut perasaan...bila kita jaga penampilan diri...dia kata kita tak sedar diri... nak cari laki lagi... usah di apik nista dan keji... bangkit dan bina jati diri...dekatkan diri kita dengan Illahi moga hidup kita tenang dan bahagia bukan saja kat dunia ni malah kat akhirat nanti. Jangan takut pada janji Allah... Allah dan janji dia akan jaga kita dia akan jaga anak-anak yatim kita sekali. Rezeki kita jangan khuatiri, belum ada cerita anak yatim tak makan bawak ke mati.

Soal jodoh pulak...jgn berani-berani jawab saya tak nak kawin lagi...jika ada yang bertanya pasal jodoh...jawab saja ...saya serah pada Allah ...kalau ia yang terbaik...minta Allah permudah, kalau saya mampu  menjadi ibu tunggal dan bakal ketua bidadari yang kuat dan tabah.... saya bersyukur pada Allah. Jangan terlepas cakap mengatakan tidak kerana...hidup kita yang dah lepas dan yang akan datang itu sudah ketentuan Allah.

Ada yang tanya ummi... kalau ada orang nak ummi, ummi nak kawin tak?.... ummi jawab... kalau yg datang tu raja... takkan ummi nak tolak mentah-mentah hahahahah...kan Allah janji bila Dia ambil yang kita sayang, Dia akan ganti yang lebih baik.... hehehe...(masalahnya ada ke raja yang nak datang....) setakat hari ni...ummi masih gagah jalan sendiri.... ummi selesa besarkan debab-debab ummi.... tapi kalau sesapa ada hati... apa salahnya, syaratnya kena lah ada kapal kat laut gedung kat darat...ha mampuuuuuu hehe....



tak seram tgk bonzer ummi kiri kanan...
tok sah kata orang nak kenyit mata ngan ummi... 
ummi nak kenyit mata ngan org pun tak lepas... hehehehe

Buat para balu yang ummi sayangi yang ummi sanjung tinggi...jaga diri hiasi peribadi... bina jati diri... kita kan bakal ketua bidadari.... soooo takmo susah susah hati.... terima saja ujian yang Allah beri dengan senang hati...sangka baik dengan Allah..insha Allah semua yang kita dapat yang baik-baik belaka... jadi baik Allah akan kirimkan insan yang baik baik sekeliling kita.... 

No comments: