Thursday, February 13, 2014

Jom Jalan Jalan Tgk Apa Ummi Masak

Semalam naqib minta ummi masakkan mee sup untuk dia.. ummi kata jom kita beli kat kedai jer...naqib jawab takmo..tak sama.macam ummi masak... memanglah kalau kita beli lebih jimat dari kita buat...tapi apa yg penting kepuasan anak anak...air tgn ummi yang sedap katanya (eleh eleh kononnn)...walapun ummi masak cincai cincai.... tapi ummi masak dari hati ... lagi sau kalau  nak anak dengar ckp ummi...ummi kenalah rajin-rajin masak walaupun sekadar sambal telur kannn....semoga dapat memberi inspirasi pada teman2 semua nak masak apa balik keje nanti...semoga memberi manfaat ya....

meh tgk gambar 

Mee Sup Ummi



Ikan Keli Jinak-jinak Cili Padi...hehe


Mee Goreng Awek Mamak.... (mamak pun ada hati nak awek tau...)


 Ketam Goreng Cili si Dara Manis...


Sotong Goreng Tepung Mewah.... (mewah telur ngan tepungnya..huhu)


Jom kita masak dari hati masak dengan iman untuk anak-anak...supaya bila mereka makan makanan yang sihat...mereka dapat menuntut ilmu dan mengerjakan amal ibadat dengan baik...meh kita masak kerana Allah... Allah suka keluarga ceria dirahmati dan diredhoi... aminnnn

Wednesday, February 5, 2014

Adik Bocorkan Rahsia...

Suatu petang aqib ajak ummi ronda-ronda Melaka. Antara tempat yang kami lalu.. kami singgah sekolah rendah mereka...kami lalu jalan ke nursery tempat mereka tumpang sementara menunggu ummi balik dari pejabat zaman dia orang sekolah rendah dulu... seronok petang itu...

Semasa kami lalui laluan ke nursery, teringat ummi sebuah rumah ketika itu rumah tu masih dalam proses pembinaan. Terlalu marah dengan adik, abah tinggalkan adik kat rumah tu... syarat jek..nak takut takutkan adik. Kalau kat Sweden agaknya dah lama ummi ngan abah menghitung hari dalam penjara... 

Mana abahnya tak marah..setiap hari ada saja peralatan sekolah yang hilang. Kalau nak dikira stationery sekolah adik, kita orang boleh bukak cawangan Mydin ler kat Melaka ni. Jadi, abah nak kasi adik serik abah buat-buat nak tinggalkan adik kat rumah kosong tu. Alhamdulillah selepas kejadian tersebut adik tak buat hal lagi. 

Petang tu tiba-tiba adik bocorkan satu rahsia pada ummi. Pandai si debab simpan rahsia, hampir 3-4 tahun jugalah dia simpan rahsia ni. Meh ikuti cerita kartun adik ni...

"Ummi, adik ada satu rahsia tau..dah lama adik simpan. Adik takut abah marah... " kata adik

"Apa adik dah buat? Berani eh simpan rahsia lama-lama... katakan perbuatan tu salah adik tak takut berdosa kat ummi ngan abah.." bebel ummi

"Citer dia camni mi... masa adik darjah 4 adik dapat surat warning nak kena lucut jawatan sebagai pengawas tau...tapi adik sorok surat tu...takutttt!!!..." dia citer ngan muka selamba

dia sambung lagi.."ummi tahu adik pukul sorang budak ni...pastu dia terus semput tak boleh napas...adik kejekan dia betul-betul...pastu adik takut dia mati adik ngan kawan adik bawak dia g pejabat... takut adik kalau dia mati...adik ngan kawan adik 2 orang kena rotan...3 kali kat punggung...sakit tau...."

kus semangat...terpanjat ummi... tak sangka debab tak padan suara macam doremon...rupanya mampu pukul anak orang sampai semput..hehe..ummi nak marah pun tak jadi..tapi nak berlaku adil dan nak jadi ibu contoh... ummi nak keterangan lanjut dari adik...

"cer citer dek...apa yang buat adik marah nau tu...sampai lembik anak orang adik kejekan..." ummi tanya dengan serius..

"mana adik tak marah ummi...nama abah baik-baik Bakhtiar...dia ejek bakteria... sekali dua kali adik sabau ler...kan ummi cakap jangan bergaduh nanti jadi kes polis nanti kita kena masuk penjarakan. Tapi kali ni memang adik betul-betul hilang sabar..kalau sekali dia ejek tak apa...ni berkali-kali... ha apa lagi...orang makan nasi dia makan penumbuk ada ler...." adik jawab dengan konfiden tanda dia tak bersalah...

dalam hati ummi... tak pe dek, ummi tak marah...berani dia ejek abah adik...

ummi tanya adik lagi..."pastu kalau dah gengster sangat pukul anak orang sampai lembik asal lak papah dia hantar ke pejabat...asal adik tak sumbat jek kat dalam tandas ke kat store ker..biar mati anak orang...baru pailang... " ummi saja nak test iman adik...

pastu dia menjawab pulak tu... " uishhh..kesian pulak adik tengok..buat mati anak orang ..free jek adik masuk penjara...camaner..."

"ha!!! tahu pun ...ada otak pun... masa sebelum buat tu apasal tak pikir..." gertak ummi..tapi dalam hati bagai di geletek geletek ngan perangai si adik yang baik hati dan lurus ni...tapi sebab orang kutuk abah dia mana dia boleh sabar... sebab tu ummi tak marah sangat...

Tapi yang ummi heran...dia buat hal tu darjah 4, dapat surat warning lucut jawatan pengawas...tapi tahun seterusnya...darjah 5 ngan darjah 6 pun dia tetap pengawas lagi...entah apa dia ayat cikgu-cikgu dia agaknya....

adik...adik...sampai dah tingkatan 2 sekarang ni pun cikgu-cikgu masih layan dia macam  budak sekolah rendah...

baru-baru ni dia cakap ada cikgu lelaki minta no talipon ummi...dia kata boleh tak ummi...

ummi jawab selamba jek..." adik ckp kat cikgu tu..nak ummi tumbuk cikgu tu sampai lembik macam adik tumbuk kawan adik tu tak....hehe"

dia senyum sambil jeling ummi pastu dia ckp camni..." tu je ler modal ummi sampai bila2... elehhh"

adik adik... kau lah satu dalam seribu...hangus hati perut ummi


Tuesday, February 4, 2014

Sombong Itu Milik Allah...

Allah Ta’ala berfirman,


 وَلاَ تُصَعِّرْ خَدَّكَ لِلنَّاسِ وَلاَ تَمْشِ فِي اللأَرْضِ مَرَحاً إِنَّ اللهَ لاَ يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَجُوْرٍ  {18}


“Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.” (QS. Luqman:18)

Sombong itu pakaian Allah..tapi Allah tak pernah sombong dengan kita. Kita ni tak ada apa-apa, semua yang kita ada Allah yang punya... mengapa kita nak sombong. Sebesar biji sawi sombong yang ada dalam diri kita boleh menghumbankan diri kita ke dalam api neraka. 

Haritsah bin Wahb Al Khuzai’i berkata bahwa ia mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,


أَلَا أُخْبِرُكُمْ بِأَهْلِ النَّارِ قَالُوا بَلَى قَالَ كُلُّ عُتُلٍّ جَوَّاظٍ مُسْتَكْبِرٍ


“Maukah kamu aku beritahu tentang penduduk neraka? Mereka semua adalah orang-orang keras lagi kasar, tamak lagi rakus, dan takabbur(sombong).“ (HR. Bukhari no. 4918 dan Muslim no. 2853).
 
Ya Allah aku mohon pada Mu...himpunkan aku dengan orang yang baik-baik di dunia ini agar aku dapat berhimpun lagi dengan mereka di akhirat nanti. Kenapa ummi mohon dengan Allah himpunkan ummi dengan insan-insan mulia di dunia ini..? kerana orang baik-baik ini tidak sombong. Jiwa mereka penuh kasih sayang...jiwa mereka penuh kerendahan hati dgn Allah... kami bersahabat dengan berpesan-pesan kepada kebaikan ...kami bersahabat dengan penuh kesabaran..

Susah ummi susah mereka...susah mereka susah ummi juga. Alhamdulillah, Allah kurniakan ummi dengan ramai insan2 yang berhati mulia. Orang kata orang kaya , orang pandai, orang cantik semuanya sombong. Tapi ummi menafikan kerana kalau kita kaya yang beriman, cantik yang beriman orang pandai yang beriman... sombong itu bukan pakaian mereka. 

Buat apa kita nak sombong. Tiada apa pun milik kita yang kita boleh sombong di dunia ini. Jom kita senyum. Bila kita senyum muka kita manis ..... ahli syurga wajahnya manis manis...jom kita praktis dari sekarang...

Kita tanam dalam diri.... semua orang hebat dan kita nak jadi hebat macam mereka... semua orang ada kelebihan mereka yang tersendiri... Allah jadikan kelebihan pada setiap insan suapaya kita tak boleh nak kata kita lebih hebat dari mereka.... contoh kalau kita doktor..orang tu surirumahtangga... kita hebat sebagai doktor yang merawat pesakit...tapi surirumah lebaih hebat kerana mereka mampu melahirkan doktor dan insan-insan hebat yang lain dari dalam rumah kannnn... 

Kita mahir pegang pen..pegang komputer... kita mahir pegang cangkul tak... maka jangalah sombongg ehhhh




Tuesday, January 28, 2014

Mamat si Pembantu Kedai yang Beriman....

Semalam masa ummi singgah ke kedai membeli barang keperluan untuk memasak.. dah siap bayar semua..pembantu kedai tu pun tolong ummi angkat barang dan hantar ke kereta. Baik hati dia..sebab agak berat jugalah barang barang yang ummi beli.

Sebelum dia beredar, sempat dia berbual dengan ummi. Ummi panggil dia Amat.. seorang lelaki berbangsa India dari Bangladesh. Ummi senang berbual dengan dia kerana Amat ni baik dan berbudi bahasa.

Kata Amat.. "kak tadi ada serorang perempuan sama macam kakak.. suami dia baru meninggal.Sakit Jantung" katanya. Amat melahirkan rasa simpati dia yg amat sangat pada perempuan tersebut. Dia kata ummi masih bernasib baik kerana cuma ada 2 orang anak dan sudah besar-besar. Kata Amat... kakak yg baru kehilangan suami tadi anak-anaknya masih kecil. Ada yang berusia 3, 4 dan 5 tahun. Dia kata dia kesian sangat tengok perempuan itu.

Ummi cakap dengan Amat.."Mat, kalau Amat sebagai manusia rasa kasihan bagaimana pula Allah yang bersifat Maha Mengasihani. Allah itu Maha Penyayang Mat. Amat jangan risau Allah telah sediakan dia satu kehidupan yang lebih baik kerana dia sabar dan redho. Allah tahu perempuan itu kuat..Allah tahu anak-anak itu kuat sebab itu Allah beri anugerah itu pada mereka. Anak yatim ni sangat tinggi tempatnya di sisi Allah. Rasulullah juga sayang pada anak-anak yatim ...kata Rasulullah lagi...jarak aku dan anak yatim sangat dekat... mcm ni... sambil akak memberi kan isyarat jari... tanda terlalu dekat Rasulullah dengan anak yatim.

Apa yang kita ada semua pinjam saja Mat. Macam Mamat jugak... Mamat kerja sini...isteri dekat India besarkan anak... Mamat keluar bermusafir mencari rezeki kerana Allah juga sudah dapat banyak pahala. Isteri Mamat dekat sana pun kuat sebab boleh membesarkan anak-anak tanpa suami.

Dalam hidup kita jangan jauh dari Allah. Kita fikir kita ada suami kita selamat..kita ada suami kita kuat... jangan ada fikiran yang macam itu. Takut jatuh dosa kerana kebergantungan kita kepada manusia lebih kuat dari kita bergantung dengan Allah. Kita lupa sebenarnya Allah itulah sebaik baik penjaga bagi kita. 

Kata Amat tak semua orang boleh fikir macam itu.

Lepas tu Amat ajak ummi berbual lagi..."kak lagi satu saya mau tanya..kenapa melayu suka sangat pandang kita ini..(india bangla) macam teruk sangat...  saya pergi sembahyang masjid lagi dia mahu tanya saya islam ke bukan. Sudah nampak saya semayang lagi mau tanya saya islam ke bukan... itu hari ada aiduladha saya makan lumbu (lembu) pun dia orang tanya sama saya jugak...boleh makan lembu ke tak? Kalau saya islam mestilah boleh makan...saya pun tak paham la sama ini orang..bukan ke kita melayu ke india ke cina ke...kalau pegi masjid itu tanda kita islam bukan?"

Akak pujuk Amat...dalam masa yang sama akak nak kena cover juga sikap orang melayu kita ni... "Mat... bukan kata melayu saja...semua orang dalam dunia ini kalau dia tidak berilmu dia banyak tanya soalan yang tak masuk akal...sebagai seorang musafir... orang mcm mamat ni dipanggil musafir ya... sebab mencari rezeki di tempat orang... paghala bagi Mamat sangat byk... Mamat kena banyak sabar....sebab kita di tempat orang. Kalau Mamat rasa Mamat buat tu betul ...tak kacau orang Mamat teruskan kehidupan Mamat. Cari orang yang baik-baik. Jangan risau dalam Malaysia ni ramai orang yang baik-baik. Yang tak berapa baik, mereka jarang ke masjid... jangan cari kawan yang salah ya.."

Tambah Mamat lagi kadang-kadang dia sakit hati bila orang marah dia orang selalu panggil dia Bangla Bodoh.... bila marah saja dia orang mesti cakap bodoh punya Bangla...kata mamat lagi ... "Tapi kak saya selalu fikir...kita sembah tuhan yang sama kita ada nabi...kenapa kita mesti cakap macam ni..."..

"Mat... itulah beza orang yang dapat hidayah dengan tidak. Orang yang dapat hidayah apa yang dia cakap semua yang baik-baik. Sebab Allah nak bagi dia syurga... Syurga itu tempat yang baik... kalau mamat nak syurga kenalah jadi baik, sabar dan solat ya Mat....orang jahat buang jauh-jauh macam kita takut dengan neraka Allah ya Mat"... akak akhiri perbualan kat situ sebab hari pun dah nak maghrib...

seronok rasa hati bila... kat mana-mana pun kita boleh berbincang pasal kasih sayang Allah kebesaran Allah dan boleh berpesan pesan dengan kebaikan kerana Allah. Moga Allah merahmati perbualan ummi dangan Amat petang tadi. amat bersabar ya...biar di hina manusia jangan di hina Allah ehhh Mat...


Wednesday, December 18, 2013

Warkah Buat Abang

Hampir tujuh purnama kita terpisah badan dan nyawa.. tapi  serasa seperti baru sehari ditinggalkan pergi
Terima kasih abang kerana meninggalkan kata-kata semangat untuk ummi dan anak-anak meneruskan kehidupan ini.

Kata abang...ingat sayang, apa yang kita ada bukan milik kita...semua Allah yang punya. Pesan abang lagi, kalau sedih kehilangan sesuatu..sekali pun selipar kita terputus..jangan lupa ucap Inalillahiwainailaihirajiunnn... dari Allah kita datang pada Allah jua kita dikembalikan.

Tapi bukan mudahkan bang...kita bukan malaikat bukan juga nabi nabi mahupun rasul-rasul yang istimewa. Kita hanya insan biasa... rasa sedih rasa kehilangan rasa nak mempunya yang Allah punya tetap ada. Bila rindu itu datang...pada Allah jua ummi kembalikan semua perasaan. Orang kata ummi kuat orang kata ummi tabah...tapi yang kat dalam ni hanya Allah saja yang tahu...ummi mahu menjadi wanita contoh pada mereka yang senasib dengan ummi...ummi kan dah janji dengan abg ummi nak jadi sri kandi... nak jadi ketua bidadari terasa hina pula diri ini kerana amalam yang ada jauh panggang dari api...

Alhamdulillah setakat hari ini, tiada lagi air mata bertandang sepi setiap kali hati ini meronta ronta mahukan buah hati di sisi. Ummi telah janji dengan abang di sisi lahad...ummi redho dengan ketentuan ini. Ummi tak mahu mungkir janji padu mu Illahi kerana ummi yakin kesudahan yang baik pasti menanti.

Hidup ini perlu diteruskan ....anak-anak perlukan ummi ....ummi perlu jadi seorang abah dan juga ummi... ummi tabur kasih sayang tidak bertepi agar mereka tidak berasa sunyi. Alhamdulillah mereka juga kental mereka juga tabah menghadapi ujian ini..tidak pernah ummi dengar mereka berkeluh kesah...hati mereka pasrah tapi jauh disudut hati mereka ...ummi tahu mereka rindu dan perlukan abah.

Abang,

Sudah tertulis di Luh Mahfzuz sejak azali... inilah cerita hidup ummi di dunia yang fana ini. Bukan mudah membawa gelaran balu... dugaan datang bertalu-talu... fitnah datang silih berganti...tapi ummi tak pernah ambil peduli kerana selagi ummi tak buat apa yg Allah benci dan patuh apa yang Allah suruh, abang jangan susah hati.

Dalam ramai yang sayang ada juga yang benci. Yang benci ummi tu ummi rasa dia tak pernah lagi lalui situasi seperti ini. Andai terkena pada batang hidung sendiri baru mereka mengerti macam mana siksa ditinggalkan suami .... Tuduhan, caci maki mereka ummi telan umpama mimpi dalam mimpi.

Marah benar mereka bila ummi tulis kata-kata cinta kita... ada yang kata ummi gila ada yang kata ummi ni tak der otak...tapi tak apa...patutnya mereka datang tanya kenapa ummi jadi sedemikian rupa. Susah bang... susah ummi nak cerita. Tapi ummi ambil kisah Luqman dan anaknya...bila si ayah tarik unta anaknya duduk di atas unta... dikatanya... anak itu kurang ajar...bila anak tarik unta bapanya tunggang..dikatanya, bapaknya dungu tak de perasaan... pendek kata ...abaikan saja orang2 yang ada penyakit jiwa...carilah kawan-kawan yang membahagiakan kita di dunia.

Abang jangan risau...ummi dah lali ditinggalakan orang yang ummi kasihi... baru 11 tahun menikmati kasih sayang seorang ibu...Allah telah ambil dia kembali...dipinjam abah untuk membesarkan ummi...bila dah besar Allah ambil lagi.... sedang kita mengila-gila nak ada baby...Allah izinkan baby berada dalam rahim ummi... 3 bulan ummi kecapi bahagia ada baby...tapi Allah tarik kembali... selepas 6 tahun ummi di uji lagi dapat baby... tapi nasib yang sama berulang lagi...dia juga pergi mengadap Illahi...setelah 6 bulan baby kita pergi...Allah ambil suami ummi...buah hati ummi.... bukan kah itu dah cukup buat ummi lali dengan ujian Illahi.

Ummi yakin janji Allah itu pasti...pasti kita akan berkumpul satu hari nanti. Tempat yang lebih bahagia dari di sini. Abang ummi pasti ketenangan ummi kat sini hadiah buat abang di tempat yang kekal abadi. Ummi rasa ummilah orang yang paling bertuah di dunia ini... setiap kali Allah ambil orang yang ummi sayang...Allah pasti ganti dengan yg lebih baik. Nikmat Allah yang hebat yang tak terhingga pada ummi...bila Allah jodohkan abang dengan ummi.

Subhanallah cantik sungguh cinta kita... beruntung rasanya badan Allah kurniakan ummi seorang suami yang baik hati beriman dan suci hati budi. Kawan2 ummi kata tak de jumpa suami mithali zaman ni macam orang sebaik abang. Ummi dilayan betul-betul macam puteri. Kasih sayang abang melimpah ruah...abang selalu takut cinta abang berbelah bagi.      

Makan pakai ummi abang beri yang terbaik padahal abg bukan orang bergaji tinggi. Ummi tak pernah demand tinggi mintak abang benda benda yang tak mampu kita beli. Bagi ummi cukuplah kasih abang yang melimpah ruah buat ummi...ummmi dah rasa dunia ni milik ummi..

Bila cemburu abang menggunung tinggi...abang selalu curiga dengan ummi...sepotong ayat Quran yangummi bagi, rupanya sangat diterkesan dihati abang ya... ketika  abang syak macam macam pada ummi...ummi cuma kata...lelaki yang baik untuk perempuan yang baik...begitulah sebaliknya. Baru abang terdiamm..

Abang, baru2 ni adik2 mohon sharekan tentang cinta kita ni... mohon ummi nak share kisah cinta kita pada mereka, biar generasi ini bercinta berpandukan iman dan jati diri. Setakat ni untuk malam ni..jam pun dah pukul 1:30 pagi. Inilah kerja ummi setiap hari bang...mengadap FB

Semoga kita berjumpa nanti.......

Tuesday, September 17, 2013

12 Tahun Bawak Kereta...

sketsa budak 12 tahun bawak keta tunjuk hero kat taman...

balik keje minggu lepas...tgh kemas dapur..tetiba ummi punya luvly neiber (jiran) dtg umah...
terkocoh2 dia dtg...ummi ingat ni mesti ada kes besau..
sebab kita org memang "RELA" taman... hehe rela berkorban apa saja utk penghuni taman...

kak yoko masuk2 jek terus ckp cam ni... "ka meh kuar jap...kau nengok budak yg bawak kancil tu... akak marah2 panggil panggil dia buat tak reti dia main jalan jek...kan bahaya budak2 kecik tgh main basikal ni...."

ummi pun apa lagi sarung jek tudung... dalam hati iddah tak iddah..kang dah mati anak org kat taman ni...baru semua org nak menangis air mata darah...

dah berapa kali kita org nampak dia tunjuk hero bawak keta kat taman ni...

tgh sibuk kita org nak keluar...tiba2 keta dia pun lalu... semua org jerit2 dia buat dekkk jek dia jalan... panas hati mak cik...

kebetulan ada lar 2 - 3 org kawan2 dia kat situ...ummi pun panggil...

"eh nak ehhhh...meh jappp... " ummi panggil anak2 tu...

"korang tahu rumah dia kat maner?"...tanya ummi

"Tahu mak cik... nama dia bla bla bla...umah dia bla bla bla.....bapak dia bla bla bla..." jawab anak anak tu dengan hati yang jujur...

tgh bising bising..budak hero ni lalu naik basikal pulak...

wah!! pucuk di cita ulam mendatang....

dia sampai je depan umah ummi ...ummi pun panggil....

" eh nak...berenti jap... meh sini.... " apa lagi sinaran lazer dari mulut ummi ni tak sabar sabar ler nak fire budak tecik ni...

"kamu bawak keta ni ada lesen ke... kamu tau tak baru kejap polis lalu kat sini, tanya mak cik..nampak tak budak kecik bawak keta... kamu nak rasa ke tido dalam lokap... pernah dengau kat tv org nyanyi lagu 03 8000 8000... yg org boleh ngadu apa jek... ni dah ada org ngadu ler ni polis cari kamu.. tahu tak?..." ummi saja gertak dia...

pastu ummi sambung lagi..." besok korang yg buat perangai bawak keta tak de lesen...bapak korang yg jadi mangsa, tahu tak? kang bapak korang dok dalam penjara korang nak mak kamu rasa jadi janda nak besaukan anak..... cuba fikir sikit perasaan mak bapak kita... hari ni last mak cik tgk korang bawak keta... lepas ni kalau makcik nampak.... memang makcik bawak polis pegi jumpa mak bapak korang..." haaa...mak cik kalau dah lazer apa pun tak bley...

Alhamdulillah...samapi hari ni tak nampak lagi dia bawak keta...tak tahu ler kalau time akak pegi keje dia lalu....

sebenarnya bila budak ni bawak kereta...bukan tanggunjawab mak bapak dia saja yang nak tegur, kita juga memainkan peranan...

bagi ummi...anak-anak taman ummi macam anak ummi...ummi tak nak besok dah kena langgar dah menangis air mata darah baru nak menyesal... ummi tegur bukan ummi benci, ummi tegur tanda ummi syang!!!

Wednesday, September 4, 2013

Mengapa Aku Di Uji?....

ummi... kau hilang seorag suami kau rasa mati dunia ini....

semalam...

suami hilang isteri hilang 3 orang anak lagi...
kakak dan abang hilang adik...
adik hilang kakak dan abang

kau rasa kau sedih Allah ambil suami kau...
tapi ada orang, Allah ambil 4 orang sekali gus
orang yang mereka sayangi
masih lagi kau bertanya tanya kepada ya Rabbi..
kenapa engkau di uji kenapa engkau diuji...
cukup cukuplah lah kau tanya soalan dungu mcm ni...

kenapa nikmat Allah yang bertimbun timbun tidak kau syukuri...
kau bangun pagi nafas kau belum terhenti
itu tanda Allah setia menanti taubat kau
Allah nak dengar zikir kau lagi...

ummi... walau tiada suami...
kau pergi kerja tak jalan kaki..
kau anak beranak hidup senang hati...
mcm mcm benda kau boleh beli...
tapi kau masih lagi tanya
kenapa kau di uji kenapa kau di uji
tidak malukah kau pada diri sendiri

nikmat Allah bukan main kau kecapi
sedikit sangat yang tuhan uji kau dah mula soal Allah itu ini...
Kalau sesisi dunia kau nak miliki...
kau cari cermin kau cermilah diri...
sekecil kecil kuman pun kau tak mampu nak cari
inikan pula dunia kau nak miliki

bukankankah si buah hati sudah berpesan
semua yg hidup pasti akan mati
daripada Allah kita datang pada Allah jua kita kembali
buah hati pesan lagi...jadikan ia sebagai wirid utk kuatkan hati...
tapi kau buat tak reti...lagi lagi kau tanya kenapa kau di uji....

angan2 kau tinggi...
nak bertemu para nabi....
nak berkumpul bersama isteri isteri nabi...
nak jumpa wanita wanita sejati yang berada di syurga abadi...
tpi kalau inilah noralina yang sedia ada dan tidak berganti ganti
anggaplah ni sebagai mimpi...

duduk duduk hisablah diri
kau tanamlah cita cita nak ada jati diri yang tinggi
kau tekadkan azam nak berada di tempat yang tinggi nanti..
biar apa pun cabaran menanti
ingat !!! Alllah sentiasa ada di sisi..

tolong kau ubah setiap persepsi dlm diri
apa pun yang kau buat di dunia ni hanya untuk Mu ya Rabbi
sebab dah jadi depan mata sendiri... apa yang kita ada kita tak boleh miliki
cinta Allah cinta hakiki
carilah ia sebelum kita mati...
cinta Allah tak pernah rugi...
kita bahagia di sini kita lebih bahagia di sana nanti....

cukup cukup kau tanya kenapa kau di uji...
kau tukar ayat jadi mcm ni...
"Ya Allah jadikan aku sehebat bidadari
yg engkau telah janji... cantik peribadi ku disi...aku akan jadi ketua bidadari di sana nanti..."
jadikan lah aku orang yg bijak merebut peluang...
jangan jadikan aku orang menyesal bila dah mati nanti....