Friday, May 16, 2008

Rindu

Assalamualaikum wrh.,

Rindu rasanya dah lama tak update blog ni. Sibuk dengan tugasan harian. Alhamdullilah umi sampai ke pejabat awal hari ni lagi pun tak de keje-keje penting yang perlu umi siapkan awal pagi. Hati terdetik untuk kongsi bersama dengan pelbagai peristiwa yang berlaku pada umi sejak kebelakangan ini yang dapat kita ambil iktibar dari apa yang umi nak ceritakan ni.

Kepada adik-adik umi tersayang yang sedang menghadapi peperiksaan mohonlah bantuan Allah jgn cepat berputus asa..berjuang terus berjuang. Sekiranya setelah berusaha berdoa dan bertawakal , kejayaan cemerlang bukan milik kita bersyukurlah dan ingat janji Allah itu benar. Setiap titik peluh kita dikira dengan teliti dan akan menerima balasan yang setimpal. Tidak berjaya hari ini tetapi kejayaan akan datang kemudian.

Kebelakangan ini umi banyak menerima berita sedih mengenai kehilangan insan tersayang terutama kak imi yang kehilangan bonda tersayang, kak lina (idola umi) sahabat-sahabat terdekat dan juga kehilangan byk nyawa pada tragedi taufan dan gempa bumi. Sesungguh tiada kata hikmah yang lebih baik untuk diucapkan melainkan dari Allah kita datang dan pada dia jualah tempat kita dikembalikan.

Buat suami tersayang... sakit perut yang dialami selama 2 bulan janglah dirisaukan. Ambil setiap pengajaran dari apa yang berlaku sekeliling kita. Satu cerita menarik yang umi ingin kongsi bersama ialah perjalanan cerita sakit perut suami umi ini... Pada satu hari apabila sakit perut suami berada pada tahap paling teruk abang2nya (along & anjang)memujuk suami umi ke hospital...kami pun dengan akur pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan..ALhamdullilah dr beritahu tiada apa yg serius cuma ada sedikit kuman. Suami dibekalkan dengan 2 - 3 jenis ubat untuk meredakan kesakitanya. Semasa di hospital kami menerima panggilan talipon, anjang pula yang dimasukkan ke hospital. Ya Allah sesuatu yang tidak terduga oleh akal fikiran kita kan ...org lain yang sakit orang lain yang masuk hospital.

Peristiwa kedua, kakak iparku ( kak pati) talipon dan minta aku bawa suami segera ke hospital (suamiku ni anak bongsu ramai yang sayang) kerana menurutnya, rakan sepejabat beliau mengalami sakit perut yang serupa dan didapati ada batu di dalam hempedu. Kami minta Dr. Leong teropong apa penyakit yang ada dalam badan suami( dr leong org yang paling byk berjasa dalam hidup kami - Tq doc) . Alhamdullilah tiada sebarang penyakit kronik yang dapat di kesan. Malangnya ari Isnin lepas kami terserempak dgn kak pati di Hospital Pantai. Dia disahkan terdapat batu dalam hempedunya. Ya Allah... terlintas di dalam fikiran ini kalau Allah mengkehendaki sesuatu tiada siapa yang dapat menghalangnya. Semoga kak Ti cepat sembuh dan syukur Alhamdulilah semuanya berjalan lancar.

Buat suami tersayang, jangan berputus asa selagi penyakit belum disembuhkan. Lagi lama kita menahan sakit ini lagi besar ganjarannya. Jangan takut janji Allah, bahagia hidup kita di dunia di akhirat. Semoga abang tenang menempuh dugaan Allah, umi sentiasa di sisi selagi hayat di kandung badan. Insyallah....

Friday, February 15, 2008

Janji Allah Itu Benar

Assalamualaikum wrh..

Bukan mudah untuk memperolehi anugerah tersebut selagi kita tidak di uji oleh Allah. Perjalanan untuk kita menerima ujian Allah ini amat berat, tetapi dengan kesabaran kita pasti akan memang. Ummi selalu yakin orang yang sabar pasti menang. Di dalam surah Ar-Rad ayat 24 " (sambil mengucapkan), "Selamat sejahtera atasmu kerana kesabaranmu." Maka alangkah nikmatnya kesudahan itu."

Betapa sukar untuk kita bersabar menerima sesuatu dugaan yang Allah berikan pada kita. Sabar kita di nilai pada peringkat pertama kita menerima dugaan tersebut. Jangan setelah mengeluh, mencemuh, merepek...merapu baru kita nak bersabar..sayang tiada makna. Allah datangkan ujian itu bukan percuma setiap dugaan yang didatangkan dibekalkan dengan ganjaran yang tidak boleh dikira dgn calculator.

Kita sering mengeluh apa la dosa aku ni dugaan datang bertimpa-timpa.. dan handai taulan pulak menokok nambah pulak tu..patut la malang bertimpa timpa... byk dosa agaknya.. bukan ke menambah lagi beban pada org yg kena dugaan tu. Sepatutnya kita perlu sabarkan org sedang menghadapi dugaan tersebut. Seperti yang pernah ummi sebutkan dahulu nasihatkan yang baik insyallah dalam 10 perkataan mungkin 1 perkataan yang baik akan melekat di hati org yg mendengarnya.

Cuba lihat sahaja kehidupan nabi-nabi yang terdahulu, siti mariam, siti hajar dll byk sangat kah dosa mereka sampai di duga bertimpa-timpa. Tidak.. di situ lah Allah menguji iman mereka. Jadi janganlah kita membuat spekulasi yang bukan-bukan yang boleh menambahkan lagi beban mereka. Ingat hidup ini ibarat roda..ari ni kita di atas esok di bawah pula..dan di dalam kubur kita adalah sama cuma yang membezakan kita ialah KETAKWAAN kita pada Illahi.

Buat Ibuk Ida selamat menjalani pembedahan pada pagi ini. Semoga segala urusan ibu dimudahkan Allah swt. Hanya kepada Dia kita datang dan padanya jua kita dikembalikan. Tenang ya buk. MAti itu tiada ubatnya dan tidak boleh dicepatkan atau dilambatkan walau sesaat tetapi setiap penyakit pasti ada ubatnya cuma cepat dan lambat sahaja utk proses penyembuhan. Ina bangga melihat sifat tabah dan positif melawan penyakit ini. Doa ina sentiasa bersama ibuk ya.. berjuang terus berjuang ya buk. Setiap titik usaha ibuk ke arah penyembuhan dan mahu terus hidup akan dihitung dengan sebaik baik hitungan oleh Allah swt.

Ingatlah janji Allah itu benar...

Thursday, January 24, 2008

Lelaki Belang

Assalamualaikum wrh.,

Adik.... anak ummi yang kedua yang paling banyak hal nya. Nama penuh dia Muhammad Aqil Aqlan bin Mohd Bakhtiar. Hari-hari ada aje cerita dia. Kalau nak dibukukan memang habis dakwat printer. cerita terkini yang menarik pasal adik ni.. dia cukup susah hati dengan fenomena dunia lebih lebih lagi dalam Malaysia ni.

Hari Selasa lepas sambil menikmati hidangan makan malam sambil menonton buletin utama, keluar pulak cerita adik Sharlini. Tiba-tiba dia berhenti makan dan mengeluh panjang.

Adik: Apalah nak jadi dunia ni kan ummi
Ummi : Nape dik
Adik: Nurin tak jumpa lagi dah Sharlini pulak yg hilang
Ummi: La..Nurin tu dah selamat di Syurga dek. Nurin kan dah jumpa.
Adik: haa...asal adik tak tahu. Jumpa kat mane?
Ummi: Org jahat tu masukkan dia dalam beg letak kat depan kedai
Adik: lepas tu lelaki belang tu dah kena tangkap
hua hua hua ..satu rumah ketawa cam nak giler
Abah: Lelaki belang tak der dik lelaki idung belang berlambak
Sebenarnya si kenit ni dia terlupa ayat "lelaki kucing" ...terus jadi "lelaki belang"

Itulah anak ummi yg bongsu ni yang akan cakap ikut suka ati tanpa ambil kira betul ke salah apa yg dia cakap

Wednesday, January 23, 2008

Berkat Kesabaran

Assalamualaikum warahmatullah....

Akhirnya merasa gak aku buat blog...bertitik dan berpeluh jugak ar..abang akhirnya impian ummi menjadi kenyataan jugak. Untuk merealisasikan impian abang pulak..khas untuk abang ..ummi_soleha dipersembahkan.

Rasanya banyak yang nak kena belajar ni tapi tak per...minggu ni ummi sibuk nanti bila line clear kita sambung lagi....

Moral of the story sabar itu indah dan manis bila kita dapat memilikinya.