Tuesday, June 9, 2009

Kenduri Kesyukuran (part 2)

Assalamualaikum wrh buat semua,

Maaf atas kelewatan menyambung cerita ummi. Drama minggu ini pun tak ambil masa yg lama mcm ni...hehe. Masa begitu mencemburui ummi..minggu lepas ummi sibuk dengan pendaftaran pelajar baru. Huru-hara tu normal semasa hari pendaftaran.

Moh sambung nengok gambar masa kenduri hari tu ..... layanzzzz

Kuih talam yg enak lagi istimewa dari kak li & anak buah kesayangan JAJOT..
Semua kata kuih ni sedap JOT



Kuih dari pak imam dan keluarga.. kak jah kata "nah mak awak kasi ..hehe"



Malam masak-masak..sian semua.. JASA KALIAN TETAP DALAM INGATAN


Majlis pun bermula ..di mulai dengan majlis Khatam Quran

Oleh kerana banglow ummi ni besar sgt..terpaksa la separuh dok kat luar


Ramai yg cemburu dengan keakraban kami di Jalan J4.. jgn la cemburu ..tengok gambar ni ummi yakin semua boleh nilai bagaimana sikap kekeluargaaan yg terjalin antara kami... prinsip kami bila kenduri di rumah siapa siapa pun ialah..rumah mu rumah ku jua...sebab tu la tak de jiran ummi yg sempat pakai baju manik manik pada hari itu...Moga Allah memelihara hubungan kami ini dari dunia sampai akhirat. JASA MU DI KENANG.....

Sebenarnya ramai lagi yg tak de dalam gambar..yg ada : kak no, wati, ina, midah..yg tak de kak jah, tini, salwa, dayah ngan lin...inilah ahli mesyuarat tingkap jalan J4.

kalau nengok khemah cam org kawin kan... sebenarnya perancangan Allah adalah sebaik-baiknya. ummi terlupa nak cancel khemah polis sebab dah dapat khemah lain ..tapi terpaksa pasang gak sebab polis dah dtg..rupa2 memng org yg dtg memang memerlukan 2 biji khemah..yakinla perancang Allah lebih baik dari manusia.

nengok kak li ngan kak yah siap cekak cekak leher nak tunjuk sapa power..



ummi ngan kak ti terpaksa tenangkan kak yah... sabau kak yah sabau..kak yah tetap power rangers (kak ti tetap maintain..)



kak li selepas penat belasah kak yah..g landing kat kak long..kot ye pun kak li cari le dahan yg kuat sket..sian kak long, naik gohel bahu dia...


ni pulak gambar bibik bibik saya yg banyak membantu saya....aduh gedik gedik gitu bibik bibik ku (jgn marah nanti kena jual) sian anak2 buah ku sampai lenguh2 tgn..nanti mak cu ganti ngan tangan lembu ke kambing ke yeee... kau la harapan ku..kalau tidak matilah aku... JASA MU DI KENANG YE..nanti korang kawin mak cu tolong ye..

ada lagi hadiah... dari Aina ( ni buah hati ku yg mcm santa klos..tiap kali dtg mesti bawak hadiah..moga Allah murahkan rezeki Aina dan dipercepatkan jodoh..Amin)



dari Alang ngan Angah...


dari kak longggggggggggggg...............bunga goyang goyang




kepada dermawan dermawan yg tak dapat ummi masukkan gambar kerana tak sempat ambil gambar hanya Allah saja yg dapat membalas budi baik kalian. Antaranya
1. Kak Yah - Beras Siam, timun baby, sambal belacan, ikan masin dan ehem ehem..u know i know ok...
2. Anjung ngan rojak petis..sedap abg tapa masak ramai yg puji..ngan pulut kunyit utk majlis khatam Quran
3. Kak Ina ngan abg AM - Telur pindang..perghh best ngan buah tembikai
4. Aini dan keluarga..kuih apam warna warni (ckp kat mak mekasih ye adik ku sayang)
5. Kak Pati - Pati Sunquick
6. Kak Pah J2 - mcm kuih raya ngan alat-alat memasak
7. Ina - Agar2
8. Wati- kek pisang
9. Salwa - buah limau sunkist
10. Lin - buah mangga utk buat paceri

Mana yg ummi tercicir maafkan ummi sesungguhnya ummi ni adalah insan biasa CPU ni dah lost memory... memories (byk sgt yg lupa)

Yang menghulurkan sumbanagn wang tak dapat la saya sebut satu persatu...nanti perompak senyum...terima kasih buat semua ...seperti yg selalu saya sebut-sebut hanya Allah sahaja yang berhak membalas jasa baik kalian.

Saya tutup majlis ni ...chewah.. saya sudahi dengan pantun yg evergreen ni.

Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji diatas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi pekerti kalian akan ku bawa sampai ke mati..

Wassalam (kami sehari selepas kenduri..bateri dan low)




4 comments:

~mIsS_p00h~ said...

akaaaakkkkkk~

sy x sampai aura lagi nk update kesah "penganten bawu" d melaka aritu! ;;)

:wink:wink:wink:

klau x, mesti dh leh masuk kat part 2 ni kan huhu~

Hjh Noralenna Abbas said...

Akhirnya dapat baca part 2 yang ditunggu-tunggu. Patutlah, panjang episode penghargaan. Bad dah mula kerja? Selamat bertugas Bad.

aini mardhiyah said...

alamak..kesan b'hijrah yg x sudah ni bg effect sampai lambat nak update dgn akak ummi ni.

jaga kesihatan akak, abg bad, abg n adik elok2 ye..

p's: menghitung hari utk housewarming..

ummi said...

aini mardhiyah...selamat berhijrah..kita kan perlu sentiasa berHIJRAH..

apa jua pun adik akak ni kan tetap maintain.. :)