Thursday, August 6, 2009

H1N1

Ya Allah.... peliharalah kami dari jangkitan penyakit yang membahayakan ini..jauhkan kami Ya Allah jauhkan kami Ya Allah....

Hancur hati ni bila si kecil yg selama ni cot cet cot cet mulutnya.. tetiba rumah jadi sunyi sepi kerana si kecil tak mampu membuka mata... apatah lagi untuk berkata-kata. Si abang walapun baru setahun jagung tapi dah pandai memahami penderitaan yang ditanggung si adik. Saat adik hendak di bawa ke hospital menangis2 tidak membenarkan adik di bawa ke hospital... Masa tu hanya doa dan air mata saja yang mampu mengubat gelora dijiwa ummi dan abah... pak itam walaupun lemah kerana masih bertarung dengan demam dan selsema tetap digagahi juga untuk membawa adik ke Hospital Putra. Suami tidak henti henti berzikir di telinga adik memohon pada Allah supaya dijauhkan dari segala penyakit yg berbahaya. Alhamdullilah..setelah diperiksa adik cuma demam panas yang biasa... tapi dugaan kami tidak disitu saja selang sehari si abang pulak yg demam..aduh .. sebelum terlambat kami beri abg ubat adik dahulu... Alhamdullilah demam abg cepat reda..walapun demam datang berulang2 dan keadaan adik masih lemah...tapi kami bersyukur kerana suhu panas badan mereka kian menurun. Kini kedua-dua hero ummi dah sihat alhamdullilah...

tapi ummi.. ha ummi masih bertarung dengan batuk dan selsema. Punca yang ummi dapat bukan dari anak2 tapi dari Hospital Besar Melaka. Ya Allah mana la org sihat tak sakit dan org sakit tak mati kat GH Melaka ni... Ahad Lepas ummi bawa anak2 untuk mendapatkan pengesahan tentang demam si anak..ye la mintak dijauhkan tapi sebelum terlambat baik kami dapatkan rawatan...tapi apa yg kami dpt cuma kekecewaan. Pagi ni terus ummi telefon ke Pejabat Pengarah Hospital Besar Melaka. Pada awalnya ummi hendak disambungkan ke Bahagian aduan dan tah apa-apa tah Bahagian Lagi tapi dengan hanginnya ummi beritahu... saya mahu terus disambungkan ke Pejabat Pengarah. Bukan untuk tunjuk lagak tapi .. biar ummi yang jadi mangsa keadaan tapi bukan rakyat Melaka yang lain.

Alhamdullilah urusan ummi dimudahkan ...terus ke pej pengarah ..Aduan ummi ialah minta kerjasama dari pihak Hospital untuk percepatkan proses pendaftaran. 2 jam ummi menunggu sesuatu yg sia2... cuba bayangkan dari pukul 4 - 6 petang tak bergerak apa2 pun. Borang masih di meja pendaftaran. Apa salahnya pada kaunter pertama kami menerima borang setllekan pendaftaran..kemudia baru la ke kaunter cek darah..dan seterusnya giliran menunggu dr. Tapi apa yg berlaku .. dalam satu kabin yg kecil kami berhimpit2 (lebih kurang 50 -60 org)menunggu melakukan proses pendaftaran, mengepam darah, cek suhu dan menunggu giliran utk diperiksa oleh dr. Bertambah seronok virus H1N1 tu mengerjakan mangsa... akhirnya suami mengajak pulang kerana kami masih belum solat asar. Kata-kata Penantian satu penyiksaan memang benar kerana ...siksa ummi menangung batuk dan selsema ni...akibat dai penantian 2 jam untuk pendaftaran...

Harapan ummi semoga aduan yang ummi buat dapat memperbaiki lagi mutu perkhidmatan di Hospital Besar Melaka..supaya tidak ramai rakyat Melaka yg mati kerana H1N1....

Ya Allah Ya Tuhan kami sempena dengan keberkatan Nisfu Syaaban ini kami mohon Kau matikan kuman2 Jahat ini....Peliharalah kami Ya Allah.... peliharalah kami dari segala wabak penyakit yang merbahaya ini...Amin

No comments: