Wednesday, July 28, 2010

Pelajaran kita hari ini ialah......

Tadi pagi, dalam perjalanan ke sekolah.. ummi bagi soalan cepu emas kat anak-anak.

Ummi: "Aqib, adik ingat nak jawab peksa kena baca doa. Dapat kertas terus baca bismillah. Minta tolong dengan Allah ya. Ingat masa kita dapat kertas peksa tu..syaitan bergayut kat keiling kertas peksa. Bila kita baca Bismillah lintang pukang dia lari...baru kita boleh jawab dengan senang. Berapa markah anak anak ummi dapat ummi tak kisah janji adik ngan Aqib dah berusaha."

Adik ngan Aqib diam seribu bahasa.

Ummi : "Ada berapa malaikat yang wajib kita ketahui?"

Adik: "50..eh salah salah 25"

Aqib: " Banyak ar 25...tu rasul ar Malaikat ada 10 jek"

Ummi : "Pandaiiiii"

Ummi pun sebut la nama sepuluh sepuluh malaikat tu sambil menyanyi.

" Jibril, Mikail, Munkar, Nakir, Ridhwan, Malik, Raqib, Atib, Izrail, Israfil semuanyaaa 10 malaikat kita hafal namanyaaaaa...la la la"

Ummi: " Malaikat Jibril apa tugasnya...."

sambil memberi klu... "Jibril tugasnya menyampaiii ........."

dengan pantas adik jawab " menyampai hadiah....."

Ummi : " menyampai hadiah apa dek oiii..pepagi ni.... Qib tolong jawab sket Qib"

Naqib: " Menyampai wahyuuuuu"

Ummi: "Pandaiii...Raqib, Atib?"

Adik: ...tak mahu kalah " menulis amalan..."

Ummi: " Pandaiiii.... Ridhwan Malik?"

Adik : " Jaga syurga dan neraka"

Ummi: " Pandai anak ummi laa... siapa jaga syurga siapa jaga neraka"

Adik: "Entahh..siapa mi?"

Ummi: " Ridhwan jaga syurga, Malik jaga neraka"

Adik: " Eh ye ke mi..... cikgu adik nama dia macam nama penjaga syurga tu ...tapi dia tak baik cam tuuu pun"

Ummi: "Astagfirullahalazhimmmm.... mana boleh ckp cam tu dekkkkk"

Adik: " Adik tak cakap adik tanya jek....."

Cisss! statement tetap nak lepaskan diri.....

Abah senyum jekkkk...sambil bawak keta

2 comments:

Hjh Noralenna Abbas said...

Nak ke sekolah pun ada pre test? Relaks lah ummi.

ummi said...

saje je lang..mengasah ilmu...
nanti jadi cam entry alang tu..
org suh sekolah tak nak sekolah
org tak suh sekolah nak sekolah lak..hehe