Pengisian selepas isyak sebelum solat tarawikh di surau ... seronok mendengar tazkirah ustaz. Sedikit perkongsian buat kita bersama..
Zikir ini asalnya, masa Allah menciptakan dunia ini.. disuruhnya malaikat memegang arasy ini. Para malaikat tidak sanggup kerana beratnya dunia ini. Lalu Allah menyuruh malaikat menyebut "Subhanallah".. apabila malaikat menyebut zikir tersebut arasy itu menjadi ringan. maka malaikat terus berzikir...subhanallah..subhanallah...tanpa henti
Kemudian apabila Allah menciptakan Nabi Adam as... Nabi Adam as memohon untuk bersin. Allah mengizinkannya. Sejurus selepas bersin terus terpacul perkataan "Alhamdulillah" dari mulut Nabi Adam. Lalu disambut oleh Allah dengan perkataan "Yarhamkullah"..Apabila malaikat mendengar perkataan itu maka dia pun menyambung zikirnya menjadi.."Subhanallah, Alhamdullilah..." hingga ke zaman nabi Ibrahim.
Pada zaman Nabi Ibrahim as pula ditunjukkan kebesaran Allah ke atas orang orang yang bersabar. Apabila Allah meminta Nabi Ibrahim as untuk menyembelih anaknya, syaiton tidak henti henti datang mengoda. Digodanya Siti Hajar dan Nabi Ismail. Malangnya usaha syaiton itu sia-sia. Saat ingin menyembelih Nabi Ismail pisau yang begitu tajam tidak berjaya menyembelih leher Nabi Ismail. Spontan terpacul perkataan "Allahu Akhbar" dari mulut Nabi Ibrahim as.
Malaikat yang mendengar zikir tersebut, terus menyambung ziriknya menjadi tasbih, tahmid dan takbir... "Subhanallah, Alhamdullilah, Allahu Akhbar.."..wallahualam

No comments:
Post a Comment