Tuesday, November 23, 2010

Pekerjaan "Last Minit".. Hari bersama PTPTN

Pekerjaan last minit ni memang menganggu ketenteraman awam betul. Kalau kita marah nanti di repot ke pihak atasan. Mula la keluar segala macam cerita nenek moyang. Nak marah dah besar... nak cakap lebih-lebih kang lagi sakit hati. Nasib baik bos kami amat memahami situasi yang macam ni.

Setiap kali hari bersama PTPTN ada saja cerita yang sama ... cerita permintaan "last minit" ni. Macam tak ambil pengajaran langsung. Meh akak nak kongsi sedikit tips macamana nak elakkan kerja kerja permintaan last minit ni.

1. Peka ... peka dengan persekitaran kita. Takkan sampai nak gantung banner, nak bagi flyers nak buat iklan kat tv radio kat facebook baru nak peka. Kalau kita nampak kawan-kawan tgh sibuk buat itu buat ini...tanyaaaa!!!... Ni dah sebulan notis kita keluarkan tapi buat tak tahu... byk masa lagi..byk masa lagi... sampai dah hari PTPTN datang baru nak mengelabah, nak mengamuk, nak komplain... Tak payah nak marah marah nak naik angin buang masa jek. Ibarat menepuk air dalam dulang terpercik ke muka sendiri.

2. Bulletin Board .... Baca la bulletin Board hari hari . Lebih-lebih lagi bab bab PTPTN ni. Selalu-selalu la cek kat Bulletin Board. Facebook boleh lak cek hari-hari.

3. Cek List.. Buat cek list. Sediakan dokumen. Buat semakan. Tak paham tanya kat Admission. Bukan dah sampai kat Exam Hall baru nak suruh org cekkan. Tu yang terjadi org nak surat sem ni pergi bagi surat sem lepas.

4. Berhemah... Tolong jaga perasaan orang. Dah la nak semuanya last minit, pastu siap marah-marah lagi. Macamana org nak tolong. Bila kita mengaku kesilapan, berlemah lembut dan bertolak ansur senang nak berunding. Cair juga hati kami nak tolong. Tapi setakat ni walaupun kena sekolah tahap sekolah menengah, kami masih tolong lagi. Belom ada yang balik dengan tangan kosong

5. Beri Sebab yang munasabah .... Tolong bagi sebab atau alasan yang munasabah. Antara jawapan yang tak masuk akal yang kami terima...

Kisah 1
- Kenapa apply last minit?
* Saya accident ....
- kenapa tak minta tolong kawan
*kawan pun accident.... (seb baik kawan dia tak ramai..kalau ramai..memang pupus student kat sini)

Kisah 2
-Kenapa apply last minit
* saya baru baca bulletin semalam ( hari ahad)
-kan baik you baca besok... u tau tak bulletin dah keluar notis 1 bulan lepas
* tak tahu wooo... (kecik jek akak nengok budak ni)

Kisah 3
-Kenapa apply last minit
* saya jumaat sudah datang
- Bila?
* suwah petang, opis suwah tutup
(kan baik kalau datang sabtu..algi kukuh alasan)

Banyak lah lagi kisah kisah yang dashyat..memang dahsyat.. buat semua adik adik yang tersayang... tolong lah elakkan pekerjaan-pekerjaan last last minit ni. Tak berkat permohonan tu nanti. Jangan nanti disebabkan perbuatan kalian ni merosakkan amalam kami.


7 comments:

~mIsS_p00h~ said...

:)

Senyum selalu kak~

Teringat dulu cik tim tegur saya;
Kak, dah berzaman abes study pun tengok bulletin board lagi? Hehehe...

Nak cari tarikh sesuai hantar pr0p0sal agaknya!~ :P

ummi said...

aina pesan kak tim...walaupun dah kerja jgn lupa baca bulletin..kot kot ada citer kenaikan pangkat ke..kenaikan gaji ke... boleh hantar propossal cecepat...jgn last last minit...nanti masukkan nama dalam icems baru tahu... :)

aina pun kalau boleh baca lagi...baca ye..

kot kot la kuar berita persaraan madam sosc yg garang nih...hehe

Anonymous said...

"Ibarat menepuk air dalam dulang terpercik ke muka sendiri."

Berkias-kias cam Karam Singh Walia,
Wah! garangnya dia...

:D

p/s: rasanya kena hantar 'Alert' kat henpon @ emel diorang la kak.. Kalo tak datang jugak, boleh bg alasan "Anda tak peka(k), tp buta!"

haha!!

ummi said...

aik amel... tak kan baru tahu akak garang!.. satu malaya dah tahu mel... yg heran nya adik adik akak ni... walaupun kakaknya garang... tapi masih tetap setia carik akak ...hehe...ni singa bela tau..garang tapi jinak.. tak gitu pooh...

Fatimah said...

uhuk²~ terasa seperti nama sy di sebut² :P

depa tu bkn ape kak ina student² tu seme ske last minute sbb depa dok pgg peribahasa "save the best for last"

hehehehhe :P

ummi said...

cik tim...

"the best for u... the beast for us..."

betul tak kak tim akak cakap omputih ni....

seb baik dulu akak ada join usrah... kira tahap kessabaran leh maintain lagi..kalau tak dah lama kena kunyah depa ni...

ummi said...

kak tim... tu beast yg "beaty n the beast tau..."

bukan beast lain yaaa.... :)