Thursday, April 7, 2011

Hati Mak Kau Tusuk Sembilu.....

Hampir tembus dinding batu bata hospital di tenung dek Sham. Tak tahu apa yang dikira, tak tahu apa yang di hisab. Bila nasi dah jadi bubur kira-kira dah tak de makna. Masa mak kau bernyawa.. masa dadanya bergelombang tenang... tak pulak kau berkira kira ... kini nyawanya telah diambil... gelombang di dadanya sudah hilang baru kau nak buka mata... sesia... sesia saja perkiraan kau tu.

Dulu masa hayatnya ada.. kau ajak bini kau berkira kira juga... jom kita kira nak balik tengok mak tak... berapa nak bagi mak... macamana sakit mak...argghhh argghh arggghhh... bini kita sah sah tak berapa suka mak kita sebab bukan darah daging dia....

Ustaz kata sekalipun mak kita disumpah jadi babi kita kena jaga juga hingga dia hujung nyawa... ni tidak mak kita masih sempurna rupa... masih mampu tersenyum manis untuk anak.. semata mata nak tagih simpati tapi apa yang kau beri.... tak rasa rindu ke di hati kau tak tengok muka mak berhari hari...

Wajah mak tenang mengendong kau dalam kandungan, tersenyum riang saat melahirkan kau ke dunia yang gersang... dibasahi dengan kasih sayang supaya kau hidup subur dan tenang... dibajai dengan segala kesenangan sekali pun setiap saat hempedu ditelan demi memberi kebahagiaan .... kau tak ingat macamana mak tak tido malam... saat bumbung bocor takut kau disimbahi hujan... macamana mak mengais ngais mencari wang saku utk kau ke sekolah....walaupun kita miskin tak de lagi antara kita yang mati kelaparan ...

"kenapa dahi mak nampak garis garis kerut...."
"makkkkk..... makkkkk.... bukalah mata......"

tiba tiba suara acik... mengejutkan aku dari lamunan....

"tak guna kau tenun tembok tu angah.... bukan tembok tu boleh hidupkan mak balik... hati mak pedih kau tusuk dengan sembilu... air mata mak kau perah dengan lagak kau tu... jijik ke kau nak naik umah tempat kau bergolek gelantang untuk membesar dulu... "

"aku tak suka perangai mak... mak selalu meminta minta... tu aku malas nak layan" masih dengan ego aku...

"eh ngah..." acik mula meninggi suara..." mak minta sebab kau tak bagi... kalau kau letak dunia kat pangku mak pun kau takkan dapat balas jasa mak melahirkan kau kat dunia ni.... ingat dunia kau tu dah cukup besar.... tak de mak, kau pun tak de la kat dunia ni... kau tak jumpa bini kau macam puteri pucuk kelompang tu.... bila susah pandai pulak kau cari org tua kutuk ni....."

berdesing telinga ku dengar kata kata acik. Nasib baik mak ada anak seperti acik...sekolah tak pandai..duit pun tak berapa banyak... tapi acik selalu ada di sisi mak... patut acik cukup tenang menghadapi situasi ni. (..kau tak tahu wajah tenang acik tu kurniaan dari Allah bagi mereka mereka yang menyanyangi ibu mereka)

Tiba tiba wajah Sofea isteri ku menerpa ke kotak pemikiran kuu... perempuan ni yang aku agung-agungkan.. cakap perempuan ni yang selalu aku pakai.... kenapa aku kalah dengan perempuan ni .... (wahai isteri isteri jika kau tahu kuasa ibu mertua mu..pasti kau akan melutut di kaki ibu mertua mu untuk mencari redha Allah dan redha suami... kau tahu tak, selepas berkahwin taat pada ibu mertua mu melebihi taat kau pada ibu mu sendiri... kalau ibu mertuamu menyuruh anaknya menceraikan kamu... kalau anak itu tidak menceraikan kau..anak itu boleh dikira derhaka....) para isteri selalu terlupa... kau memainkan peranan penting dalam kebahagiaan rumahtangga...

"Maaf Encik.... kami perlu menguruskan mayat ni...." lamunan ku terhenti.

kenapa mak terbujur kaku ni.... mak walau tubuh kau kaku... kenapa wajahmu sayu.... kenapa mengalir air mata sendu pada wajah kaku mu.... owhhh...cukup berat derita mak tanggung...

makkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!!!!!!!!.................

2 comments:

Hjh Noralenna Abbas said...

Ummi,
Selamat berblog semula..terima kasih atas ingatan..bling, bling you...Ini apa kes? Macam sandiwara radio (atau sandiwara hidup)bunyinya.

ummi said...

Alang,
haha... ilham datang tanpa di undang... sekadar renungan buat semua,yang baik itu dari Allah yang buruk itu dari kita sendiri..... kan dah dekat hari ibu ni.....