Tuesday, July 26, 2011
Sentuhan Kalbu
Bila melihat mereka yang kecil pandai menggunakan akal yang dikurniakan Allah... bagai di ragut ragut perasaan ini untuk memadam entry entry yang menambahkan dendam di hati ni... Ya Allah ...aku mohon pada mu kau rahmati keluarga ku kau jauhkan aku dari pekara yang sia sia ini.
Semoga tindakan yang aku ambil ini...dapat memberi ketenangan kepada ku dan keluarga ku....
Malu bila anak yang aku lahirkan mampu mengenal mana yang baik dan mana buruk. Cukup cukup lah apa yang aku tulis 2 - 3 hari ni. Buruk-buruk pun abang aku sendiri.
Keputusan aku memadam entry hanya kerana Allah...dan wajah suci anak anak ini.
Ya Allah aku yakin janji mu benar...aku yakin balasan mu diatas setiap perbuatan itu benarrr....kau bantulah aku kau kuatkan iman ku...kau kumpulkan aku di akhirat nanti bersama sama orang orang yang berbahagia di sisi mu...
Sunday, July 24, 2011
Kurang ajar.... suka ati memutuskan silaturahimmmm
Bagi Umi, keluarga adalah segala-segalanya. Perselisihan dalam hubungan kekeluargaan memang tidak dapat dielakan. Sedangkan lidah lagi tergigit apalagi kita adik beradik. Begitu juga dengan anak-anak buah Umi. Umi sayangkan mereka seperti mana anak- anak Umi sendiri. Tidak pernah Umi membeza-bezakan antara mereka kerana pada merekalah tempat Umi menumpang kasih di hari tua nanti. (yg membezakan layanan mak cu... bila kau pun layan mak cu mcm orgg... so what u giv you get backkkk....)
"mak cu no matter how solehah ur blog is..."............. seronok bila ayat ni dikeluarkan oleh seorang anak saudara graduan dari Jepun dan masih bekerja di Jepun. Tapi dia bukan anak sedara lagi kot... sebab dia adik beradik dah hantar notis putuskan hubungan kekeluargaan ni secara official semalam.... rasanya biar ummi bahasakan dia sebagai pompan jepun itu lebih manis rasanya. kalau nak tahu ....teruskan membaca apa yang ummi maksudkan mereka putusakan hubungan kekeluargaan ini secara official.
kepada followers ummi yang selalu bertandang ke sini, terima kasih yang tidak terhingga dan maaf hari ini bahasa ummi tidak semanis sebelumnya. Blog ini tempat ummi mencurah segala apa yang terlintas di kotak fikiran ummi. Yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu dari diri ummi yang hina.
Entri ini bukan umum...memang ummi tujukan untuk dua beradik yg besau kepala ni... kalau kau baca Alhamdullilah....Manusia penuh ego. Hari ni ummi nak curahkan segalanya disini... supaya selepas ni tiada apa yang terpendam lagi. Andai aku mati pun selepas ni... lega rasa bila segala yang terpendam telah ku curahkan kat blog ni.
Kisah bermula.. suatu hari ketika kami anak beranak bergolek-golek nak tunggu mata terpejam, naqib minta ummi garukkan dia.. ummi pun ckp, masa kau kecik kau suruh garuk ummi garukkan...besok ummi dah tua umi sakit kaki, suruh kau urut...kau boleh urutkan... mcm mcm lagi lah yang umi compare masa dia kecik dan masa ummi tua nanti....
esokknya bila ilham datang mencurah-curah ummi pun tulis di FB dan di blog... entry yang ini ..
Bila anak menangis masa kecik kecik dalam buaian, mak bapak nyanyi untuk tidurkan
nanti bila mak bapak nangis... kau buat tak reti...kau perlekehkan
Bila anak demam... mak bapak pakat pakat amek cuti ....
nanti bila mak bapak demam.... anak sibuk ada meeting tk leh cuti
selebihnya....baca entry ummi tajuk Beza anak dengan mak bapak...
Tidak seperti dua graduan ni.... (agaknya dia rasa dia dah pandai benau lah..apa lah sama dengan taraf pemikiran aku kerani cabuk ni) terus melenting lenting... hantau mesej kat anak saudara yang seorang lagi...dan memutuskan hubungan kami secara officialy. (dia cakap org putih maklum le graduannnn) habis satu keluarga kami dibuangnya...apa ni? Asal kau terasa... kalau kau terasa betul le memang tu korang...
begini bunyi mesejnya...
ni yang adik pompan jepun tu hantar ... Oh yeah do tell dem, Mieza dat everone is officially out of my life, thank you very much...u wanted respect i've given it before... but not anymore..... bla bla have fun messing up with otha families just not mine...." ada lagi,dia dah dapat pengesahan kakak dia, " pompan jepun totally agreed... bla bla bla " bapak dia (abang ummi )tengah terlantar kat hospital tahu ke tak dia putuskan hubungan ni ...astaghfirullahalazhimmmm... senang budak budak sekarang memutuskan hubungan kekeluargaan. Dia ingat senang nak bina balik selepas ni....
Anak-anak buah yang lain punya hangin.... terus tulis kat FB aku pasal ketidak puasan hati dia org... biarkan mereka luahkan, mungkin mereka tengah marah.... tapi itu yang korang mahu kan...seperti mesej adik pompan jepun ni tadi...(adik dia biar ummi gelarkan "lembut plastik" kalau tengok orang nya kita tak sangka ini perangainya...bukan main lemah lembut..) tapi kewarasan fikiran cetek... bila melenting buang sedara.... yang tulis aku, yang tak pasal pasal kau buang semua sedara mara pe kesss...
Allah tu Maha Agung Maha kaya...dia gerakkan tangan ni untuk baca komen pompan jepun kat entry ummi tu...
"ummi soleha" borak ngn kitorg? penah ke amik kisah? sapa yg pilih anak sedara? i dun need ur advice lar. ilmu kemanusiaan kurg? yelar duk dpn muka baik blakang kutuk. ckp agama pandai skit doesnt mean hav da rite nk judge org. yg boleh judge kitorg adik bradik is our parents & Allah. not ummi soleha or mimie or anyone. i dun think dis blog give us ilmu & i totally xkutuk agama sendiri..."
manis bahasa graduannnnn.... maklum le keje kat Jepunnn (eh Jepun ni ada tak group group usrah, kesian lah.. rasanya kena adakan ar.. dapat usrah dia org sesikit pun jadi le... bab bab dekat diri dgn Allah, bab aurat kee... bab cara bergaul dengan org tua)...rasanya dia tak paham bahasa melayu... tapi pelik baca entry aku. Memang le tak dapat faedah... cuba kau baca bahasa melayu dengan betul dalam entry aku ni...tentu tak banyak sikit kau dapat faedah... kau kata blog aku tak de pekdah..yg kau sahkan aku boleh ckp sikit tentang agama buat apa... tu lah... gunalah bahasa kebangsaan kita, bila org melayu cakap omputih... dia bukak pekong sendiri...melayu tetap melayu... tak kan melayu hilang di dunia dek nonnnn.... bila melayu byk ckp omputih dalm urusan kekeluargaan ... ish ... loya tekak teman
Kalau tulisan aku ni tak de kena mengena dengan korang, Apasal kau nak terasa kalau itu bukan kau. Kalau korang la... kalau apa yang aku tulis tak de kena mengena dengan kau..kau nak terasa ke? Lagi satu anak sedara lain semua ada dalam list FB aku yang kau tak de dalam list aku kau nak melenting dengan tulisan aku apasal. (aku pernah request nak add friends dia tak nak add...sebab aku kerani cabuk tak sama level ngan dia adik beradikkk....)
Lagi satu sebelum kau nak buang sedara bincang dengan mak bapak korang dulu. Kau buang kita org macam mana pun... bapak kau tetap abang kita oranggg... air di cincang takkan putus. Tapi esok kalau terjadi apa- apa kat bapak kau... kan ke kau nak nak cari sedara jugak...lebih-lebih lagi pak tam malaikat dalam keluarga kami. Jangan ingat bapak kau baru sakit cam tu, senang senang kau nak buang sedara. Kalau boleh sebelum buat keputusan yang bodoh... tolong fikir berbalik balik. Penat mak bapak antau belajar luar negara.
Lagi satu kau jangan kutuk anak buah aku yang lain eh....dia orang tak de kena mengena dalam hal ni... banyakan baca buku agama... jangan baca blog aku ni, kalau kau rasa tak de pengisian. Aku seperti biasa takkan berhenti menulis kerana inilah medan aku untuk berkongsi kebaikan dengan orang lain. kata pompan jepun ni lagi "yelar duk dpn muka baik blakang kutuk. ckp agama pandai skit doesnt mean hav da rite nk judge org." manis sungguh kata kata seorang budak pada orang tua....kata kata kau tu bagi perangsang kat aku untuk terus menulis. aku tak kuasa nak judge kau...byk keje lagi aku nak buat..nak kemas umah tak abis... kang rumah cam tongkang pecah malu orang tengokkkk...
Aku mohon dengan Allah, selepas ini Allah berilah aku lebih banyak ilham lagi untuk aku terus menerus ke arah untuk mengajak orang melakukan kebaikan. Bila orang -orang macam kau ni terasa dengan tulisan aku, aku bangga kerana tulisan aku ni berjaya mengetuk kota akal fikiran korang yang cerdik tu... jangan ingat korang dah cukup baik!!!!... kau tengking bapak kau depan adik beradik bapak kau kita org tak ckp apa pun..... kalau aku bukak salasilah taik korang kang sesia jek...
kalau kau kata "i dun think dis blog give us ilmu".... kau carilah blog lain yang boleh menasihati kau ke jalan yang lebih baik. Yang korang singgah kat blog ni buat apa.... ke sekadar nak jaga tepi kain orang.. lain kali masuk blog orang bagi salam yeee.... kalau dulu masih anak sedara ok lagi... ni korang sendiri yang putuskan... malu malu sikit ye nak masuk blog orang....
haaaa.... satu kepuasan bila tulisan aku korang baca.... belajar belajar le hormat orang tua dan saudara mara... jangan org yang tak berdosa pun jadi mangsaa....
“Tidak ada dosa yang lebih layak dipercepat hukumannya di dunia, dan apa yang dipersiapkan Allah baginya di akhirat daripada tindakan kezaliman dan memutuskan hubungan silaturrahim”.
(Hadith Riwayat Ibnu Majah dan Tarmizi)
Wednesday, July 20, 2011
Cekodok Hotdog.... Jemput minum
Meh akak kongsi satu resipi yang senang jek.... Cekodok Hotdog. Bahan-bahan seperti dalam gambar ya...
lagi sedap kalau kita cicah dengan mayonis ngan sos cili... makan masa panas panas yeeee.....kalau malam tadi kita masak sambal byk...pastu ada lebih..kita panskan sambal tu wat cicah... lagiiii..mak mentua lalu pun tak nampak...hehe
Tuesday, July 19, 2011
Udang Goreng Tepung
Tunggu punya tunggu punya tunggguuu resipi tak sampai sampai.... tiba tiba ilham datang .... ummi teringatkan tepung tempura... ummi pun suruh lah abg aji pegi cari bahan bahan tersebut......
(sebab perut kami dah bekeroncong... tak sempat nak make up make upkan hidangan ni)
Wednesday, July 13, 2011
Beza Anak dengan Mak Bapak (maaf andai bahasa ini nampak kasar...tapi itulah hakikat)
Bila anak menangis masa kecik kecik dalam buaian, mak bapak nyanyi untuk tidurkan
nanti bila mak bapak nangis... kau buat tak reti...kau perlekehkan
Bila anak demam... mak bapak pakat pakat amek cuti ....
nanti bila mak bapak demam.... anak sibuk ada meeting tk leh cuti
Bila anak nak duit beli barang sekolah... mak bapak korek tabung untuk tunaikan
nanti bila mak bapak tahu kau dah gaji.. tunggu kau bagi punnnnn beragan
Bila kau suruh mak bapak pegi sekolah amek buku laporan.. mereka beratur tunggu gilirann penuh kesabaran
nanti bila giliran mak bapak tunggu giliran kat klinik kerajaan kau boleh tunggu macamana mak bapak kau pernah lakukan
Bila anak mintak nak makan macam macam...mak bapak masak penuh kasih syg
nanti bila mak bapak mintak macam macam... anak naik berang
Bila kau gaduh ngan kengkawan..... mak bapak susah payah pegi leraikan
nanti bila mak bapak kena maki ngan misi kat klinik.. kau boleh tolong bela kan...
Bila kau sakit kat hospital, mak bapak tahan telinga kena maki ngan org atasan
nanti bila mak bapak kau sakit... dari jaga dia org baik kau jaga ati org atasan kann
Bila nak tido malam kau suruh mak bapak garuk ngan nyanyikan
nanti bila mak tak larat jalan, mak suruh kau urutt... kau boleh urutkan?
Bila kau berak kau muntah mak tak geli bersihkan
nanti bila mak tak leh jalan kau boleh cebok kannnn...
Bila permintaan kau mak tak dapat tunaikan .... muka kau masam tak boleh tahan
nanti bila permintaan mak bapak tak kau tunaikan... dia senyum penuh ketabahan
Sampai bila bila pun mak bapak akan berkorban untuk kebahagiaan kalian....
tapi nanti...... adakah kau juga mampu lakukan...sebuah pengorbanan
Jom renung-renungkan.... tgk muka mak bapak kita dapat pahala tau...
Wednesday, July 6, 2011
Hidup Tidak Selalunya Indah.....
Apa yang ummi nak kongsi sama-sama ialah sikap kita. Kita ni selalu lupa hidup ni tak selalunya indah. Oleh kerana itu, apa saja yang kita hendak lakukan kita kita kena fikir berbalik balik. Kalau kita hidup dalam landasan, insyallah mudah urusan kehidupan kita
Kalau ikutkan hati, byk pekara yang tidak berfaedah hendak kita lakukan. Beza orang yang dipandang Allah dengan yang tidak dipandang Allah. Kalau kita tidak mendapat hidayah, tindakan kita selalu menyusahkan diri sendiri. Kalau kita selalu mengharapakan kasih sayang Allah dalam tindak tanduk kita, kita pasti di pelihara Allah.
Kalau kita sering kecewa, tidak tenang, panas baran, hidup kucar kacir, jangan salahkan Allah. Suluh suluh diri kita ini. Apa yang Allah suruh kita tak lakukan, tapi bila kita susah, kita minta doa ..kita nak Allah tunaikan masa tu jugak... adilkah kita?
Pendek kata dalam hidup ni, buat yang Allah suruh tinggal yang Allah larang. Halal dan halam jangan dicampur adukan dalam kehidupan. Belajar hidup bersyukur.. jika pandai bersyukur kepada Allah, kita jugak akan pandai berterima kasih kepada manusia.