Tuesday, August 2, 2011

Buat apa ummi tulis bloggg....

Hari tu Naqib ada tuisyen...selalu 6:30pm dah habis... ni dah dekat pukul 7:00pm Naqib tak keluar keluar lagi. " Mana lak anak ummi ni.. kena marah ke. keje tak siap ke..." pelbagai soalan bermain di benak ummi.

Tepat 7:05pm Naqib keluar dengan muka masam mencuka... ummi biarkan Naqib seketika, agak agak kemuraman dia semakin reda .. ummi pun cuba mengorek-ngorek apakah rahsianya sampai begitu mencuka mukanya.

"Qib, napa nak... muka masam macam cuka"..

Sambil menarik nafas... naqib pun bersuara...

"Aqib tak suka la... bila ada motivasi jek.. cikgu suruh "bayangkan" kalau awak balik ni mak ayah awak dah tak de... Aqib tak suka lah.. bukan ke apa yang kita cakap itu satu doa... kalau sekali tak apa kalau dah berkali-kali..." rungut Naqib

Ummi cuba terangkan pada Naqib dengan cara yang penuh berhemah..supaya Naqib jelas dengan apa yang penceramah itu katakan dan Naqib tidak cepat melatah menunding jari menyalahkan orang.

"Qib, jangan cepat tak suka dengan apa yang orang kata "nak"... jangan nilai siapa yang berkata-kata tapi ambillah apa yang dia kata. Tak ada yang salah pun dalam ayat penceramah tadi.. dia suruh Aqib "bayangkan"..dia tak kata pun..balik ni mak awak mati kan... kenapa merka berkata begitu?..sebagai manusia kita selalu tak menghargai apa yang ada depan mata kita... contoh mak bapak kita lah.. masa dia hidup kita tak heran nak jenguk ke nak balas budi dia ke..esok dah tak de..baru nak menyesal..baru nak teringat ingat mak bapak kita... sayang seribu kali sayang.. dah tak de maknanya..."

Kerut di wajah Naqib kian longgar..seperti memberi ruang pada ummi untuk menambah lagi...

"Lagi satu Qib cikgu atau penceramah.. ada daulatnya. Ilmu yang keluar dari mulut mereka ibarat permata. Hargai kata kata mereka kalau kita nak berjaya. ...." tambah ummi.

"Berdosa ke ummi kalau kita tak suka dengan kata-kata macam tu" tanya Naqib.

"Tak lah..Aqib belum faham, tak apa ..tak jadi dosa..tapi kalau Aqib perlekehkan, atau permainkan apa pun kata-kata nasihat, itu berdosa. Kalau kita tak boleh terima nasihat atau teguran , itu tandanya kita ego dan tak reti berterima kasih dengan manusia. Kalau dengan manusia kita tak tahu berterima kasih, macamana kita nak bersyukur dengan Allah.." sambung ummi lagi.

"Ummi ni kannn...."..terhenti di situ kata-kata Naqib. Apa agaknya yang di fikirkan...

Tiba-tiba jantung ummi berdegup kencang...apa agaknya yang akan terhambur dari mulut anak bujang ummi ni. Naqib ni susah nak bersuara... kalau dia dah berkata-kata...

"ha.. sambung la Aqib nak cakap apa... ayat tergantung tu..." kata ummi

"ummi ni kan Aqib tengok ada potensi jadi pakar motivasi... tapi kenapa ummi tak jadi cam tu"

perghhhhh.... berpinar otak ummi bagai disambar halilintar.... tiba-tiba si adik ni pun sibuk nak menyampuk...dia pun nak meyumbang sepatah dua kata jugak.... sila dek silaaaa...

"entah ummi ni... kang balik balik tulis blog... orang bukan paham... kang ummi tulis lain dia baca lain dah jadik gaduh... ummi panggil orang ramai-ramai bagi ceramahh...baru jelas..baru orang pahammm..."

mak oi aiii...pandainya berkata-kata mamat dua orang ni... inilah yang dikatakan "diam-diam ubi tapi berisi"...

sambil berseloroh ummi layan pesoalan yang bermain di benak anak-anak ni...

"Qib ummi tak sekolah tinggi... tak masuk universiti mana lah layak ummi jadi pakar motivasi. Ummi bercakap pasal kehidupan jek..apa yang kita lalui hari-hari ni juga adalah pelajaran. Pelajaran yang kita dapat itulah yang membina pengalaman. Jadi ummi bercakap hanya melalui pengalaman.... pengalaman adalah guru yang terbaik bagi kita.. sebab tu orang tua tua selalu berpesan "yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikkan sepadan"..

"yang adik pulak...amboi amboi... ada ke orang nak dengar ceramah ummi ni dek... cuba le adik kompolkan orang.... nanti ummi bagi ceramah (ummi ngan abg aji... tersenyum lebar)... dek, blog tu tempat ummi mencurah rasa....rasa suka, duka, geram... dan berkongsi apa saja. Yang sudi singgah dan baca terima kasih ummi ucapkan. Lagi pun blog ummi bukan ada apa pun.. tak yah la adik risau yeee... yang banyak pun cerita kita anak-beranak... kalau ummi dah tak de esok...tapi tulisan ummi masih ada untuk korang buat kenangan dan juga panduan.... "

..... keadaan sunyi seketika.....

1 comment:

Jery Mszi said...

salam, tul tu kak tak masuk universiti bukan bermakna kita tak ada ilmu untuk dimanfaatkan, tapi berdasarkan perkara dan pengalaman yang kita lalui boleh mengajar kita erti kehidupan sebenarnya ....