Tuesday, September 27, 2011

Hidup Mak Di Sulam Derita.

"Makkkk...kenapa mak panggil dia mem kus kus..."
suasana sunyi seketika... "tak de apalah... nanti bila dah besar adik akan faham"...jawab mak sambil tersenyum.

Itulah arwah mak, seorang wanita tabah yang tak suka bercerita hal orang. Hidup dia hanya memikirkan bagaimana nak membesarkan anak anak dengan penuh kasih sayang. Baiknya mak tak siapa boleh ikut. Mak tak reti duduk berlonggok-longgok bercerita hal orang. Kerja rumah mak tak pernah selesai. Dari awal 5:00 pagi mak buka mata hinggalah ke tengah malam apabila anak-anak dah lelap mata, baru mak berehat.

Setiap hari rutin mak, mak lalui dengan tabah. Mak suka tengok adik cantik. Petang-petang mak dan adik duduk di tengah rumah tepi tingkap.. mak jahit baju adik. Adik kena duduk sebelah mak sebab bila nak cucuk jarum mata mak tak nampak. Nanti mak ikat rambut adik cantik cantik..pakai reben pakai bulu bulu ayam. Masa mak ada semua orang suka tengok adik, kalau adik pergi mengaji ramai budak lelaki kacau...tapi mak pesan arwah abang jaga adik. Siapa saja yang kacau adik, arwah abang akan pukul hingga tiada siapa berani kacau adik.

Bila tiba hari raya, fikiran mak berserabut memikirkan mana nak cari duit untuk mengembirakan hati anak-anak. Mak sanggup gadai kain batik semata-mata nak tengok balang kuih mak penuh untuk anak-anak supaya anak-anaknya tak meminta sedakah rumah org... mak sanggup ikat perut mak untuk beli baju untuk kami seramai 8 orang ni. Gaji abah sebagai polis berpangkat rendah manalah cukup untuk 8 orang anak yang semuanya sedang membesar.

Anak-anak mak ada macam-macam perangai.. ada yang baik hati dan memahami perassan mak tak kurang juga yang menyakiti hati mak. Walaupun adik hanya mampu membesar dengan mak selama 11 tahun .. tempoh yang sedikit itu pun adik dapat melihat betapa derita mak menaggung peel anak anak nya yang "berpenyakit"ni....

Adik selalu nengok mak pengsan bila menghadapi tekanan yang tidak tertanggung oleh mak. Pernah kami tercari-cari mana mak semasa majlis perkahwinan kakak...rupanya mak pengsan di bawah rumah ...kerana apa? Kerana tertekan dengan perangai anak-anak yang macam ni. Anak-anak yang "sakit" inilah yang banyak mencekik air mata mak. Aku bersyukur pada tuhan, hari ini, tak payah tunggu mati balasan tuhan sedang mereka nikmati.

Kesian mak.. mak pernah dituduh keturunan tak baik, mak di tuduh macam-macam kalau yang menuduh tu orang tak apa lagi.. tapi ni yang terlibat dengan darah daging mak. Tapi mak baik, mak tak pernah berdendam. Mak sayang anak-anak dan cucu-cucunya melebihi segala apa yang ada di dunia.

Mak seoranag wanita yang cukup taat pada suami. Makan pakai abah memang terjaga. Walaupun bukan orang berada, makan minum kami mak jaga dengan baik. Dari minum pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam tak pernah tiada hidangan. Walaupun hanya dengan pisang nangka rebus mak tetap sediakan sarapan.

Kesian mak... Allah lebih sayangkan mak.... kalau orang "biasa biasa" mungkin tak tertanggung penderitaan mcm mak... sifat sabar mak, tidak terwarisi oleh kami. Tapi dalam ramai-ramai nampak kak teh yg banyak mewarisi sifat mak. Sebab tu kak teh selalu di buli adik beradik yg macam hantu ni. Adik sayang kak teh, selagi ada umur adik, adik akan bela nasib kak teh ya.. sebab kak teh penganti mak, kak teh pun sayang adik macam mak sayang adik.

"dik jom ikut mak pergi melaka, kita beli barang sekolah..adik kan nak peksa penilaian tak lama lagi."... (ish asal mak baik hati ari ni nak bawak adik jalan-jalan ni) rupa-rupanya itulah tanda mak nak tinggal adik selama-lamanya. Semasa menunggu bas, kami ternampak ada seorang mak cik bersama seorang cucunya. Makcik ni nak hantar cucunya balik ke asrama.

"Adik, nanti jawab peksa elok-elok ya, kalau adik pandai boleh mak hantar masuk asrama. Kalau mak tak de pun pandai-pandai adik bawk diri ya, untung sabut timbul, untung batu tengggelam.." rupa-rupanya itulah kata kata hikmah yang mak tinggalkan hingga hari ni masih terngiang-ngiang di telinga adik. Kata-kata itulah yang adik pakai untung menumpang di bumi Allah ini.

Masa hari peperiksaan..mak jaga adik elok-elok supaya adik dapat jawap dengan tenang. Adik pun bukan pandai sangat... tapi dengan berkat doa mak adik berjaya menjawab soalan pepriksaan dengan baik. Tidak lama selepas itu, tibalah harinya keputusan peperiksaan diumumkan. Zaman dulu tidak seperti sekarang, mak bapak penuh di dewan sekolah. Yeayyy... adik lulus semua.. mungkin hari tu hari adik..macam macam kejayaan adik nak beritahu mak... adik lulus penilaian (agak baik jugak lah keputusan adik) adik terpilih untuk persembahan tarian, ari tu adik terpilih untuk pertandingan sajak dan adik menang ...macam macam adik nak cerita dengan mak...

Sampai rumah jek...campak begg...adik terus lari cari mak.."Makkkk.... makkkk...makkkkkk" setiap ruang adik cari..tapi mak tak de... adik lari keluar rumahhh... "makkkk...Makkkk..." adik cari dekat mengkewan (dulu bilik air di luar rumah org panggil mengkewan) ... ish mana mak ni.... kenapa baju berlambak lambak dalam bilik air ni... ada baju dalam besin ada baju atas lantai... dengan sabun dangan berus yang berlambak-lambak atas simen... "argghhh kenapa hati adik tak sedap ni.." adik lari mencari jiran sebelah....

"kak niii...kak niii... kak ni nampak mak kita tak?"... "mak adik baru orang bawak pegi hospital.. mak pengsan dalam bilik airrrr"..... "tak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!....." mak tak sakittttttttttt... mak sihat pagi tadi... mak ngan kak teh baru buat gula ketuk suruh adik jual kat sekolahhhh..... cakap la betul betul kak ani...mana makk!!" air mata tak dapat ditahan tahan..Ya Allah kau sihatkan mak.. ya Allah adik nak makkkkkkk!!! .. mak siapa nak dengar berita gembira adik niiii.....

Kak ani peluk adik... kak ani suruh bersiap-siap nanti dia org bawak adik pergi hospital. Adik tak nak bersiap-siap, dengan baju sekolah adik pergi hospital. Dalam perjalanan adik rasakan Ujung Pasir dengan Bukit Baru macam melaka pergi kelantan... "mak adik dtg nihhh...adik nak mak senyum atas katil tunggu adik.. adik nak mak ketawa dengar berita gembira yang adik bawkkkk... " sampai saja di hospital jantung adik semakin berdebar-debar..

prangggggg!!!!!!... berkecai hati adik... bila adik nengok mak kaku di atas katil... badan mak ada wayar... mata mak terpejam rapattt.... mak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!... napa mak buat adik macam niiiii......... makkkkkkkkkk..............!!! ku buang segala ceita gembira tu jauh jauhh... ku hanyutkan semua kemenangan yg aku dapat dalam pertandingann... semua itu tiada makna lagiiii.......

Tiga hari mak di hospital terbujur kaku... tiada sebarang respon mak beri..cuma yang adik ingat.. pak ngah pesan sebut sesuatu..hantar kalimah ke telinga mak, mak boleh dengar kata pak ngah. Adik buat..adik pergi kat telinga mak... "mak, adik lulus penilaian, adik menang sajak..adik masuk persembahan .. mak bangun la.. tengok adik.. mak adik sayang mak sangattttt.. cepat la baik boleh balik.. " ..adik nampak badan mak bergerak... tapi..selepas tu mak senyap balikkkk....

Teringat adik... masa adik carik mak... adik ternampak baju kat dalam bilik air... kata kak cik itu le baju mem kus kus... baju dia laki bini dia hantar suruh mak basuh. Mak tak pernah merungut, agaknya sebab mak tak meungut mak tak bising..mak simpan dalam hati, tu yang darah tinggi mak naik hingga saluran darah mak pecah. Sejak dari hari tu hingga ke hari ni... adik memang tak suka dengan mem kus kus nih. Perasaan benci adik tu tak boleh dibuang, adik memang tak suka dia... sampai anka-anak dia pun adik tak suka. Kalau dia nampak adik suka pun, tu adik buat buat je.

Masa tu adik kecil lagi, adik tak tahu apa apa..kata kak cik mak banyak makan hati dengan mem kus kus ni. " kau tahu dek, masa anak dia kecik mak suap biskut marie, dia marah mak..sebab anak dia makan biskut mahal.. putih mata mak" dia jaga pemakanan anak-anak .. biar anak dia pandai..tapi sekarang kau tengok dik, macam mana Allah balas.... " Betul kata kak cik, sekarang ni apa yang kau lalui kau rasakan. Macamana kau buat mak adik, kau rasakan sekarang sakit tak hati kau..merana tak hidup kau. Kalau kau insaf hantarlah fatiha buat arwah mak mertua kau ngan bapak mertua kau.

"Assalamualaikum cik kak...wah jauhnya termenungg.." tersentak aku dari lamunan....
"apa yang kau menungkan tu".. tanya imah rakan sepejabatku.
"tak de apa apa lah..cuma aku heran dengan sikap manusia sekarang ni.. yang jahat ,kita agung agungkan, yang baik dia hentam sesuka hati..." rungutku membuatkan imah terdiam.
"Cer citer cer citer .." sambung imah yang tidak putus putus nak korek cerita.
" panjang ceritanya imah... kalau nak cerita 10 hari 10 malam pun tak habis.."
"Alarr kau pendekkan larrr..." kata imah

" ceritanya macam ni..kau tahu kan, aku ni suka sangat menulis kat blog aku.. apa yang terlintas kat kepala ni aku tulis kat blog. Bukan apa nanti bila dah tua tua sok atau bila anak anak dah besar boleh jugak dia baca coretan aku nih. Moga yang baik dia jadikan tauladan yang buruk dia jadikan sempadan. "....

"paling buat aku bangga bila adik adik yg selalu ber "usrah" dengan aku, suka sangat menjengah kat blog aku.. aku cuba sedaya upaya memberi yang terbaik untuk kami kongsi bersama. Aku ni bukannya orang bijak pandai, tulisan aku pun merapu-rapu selalu kena tegur dengan cik abang. Cik abang aku tu kira cam auditor aku la... tapi aku rasa lebih kepada "komentor" kerana kalau aku letak yang merapu pasti kena komen."

"apa masalahnya pulak dengan blog kau..." celah imah lagi.

" tak de lah... kalau boleh bacalah coretan aku tu dengan hati, ni tak meraka baca dengan kaki. Ilmu yang baik kalau di baca dengan kaki.. memang level kau kat tapak kaki aku lar.."

Tersentak imah dengan pengakuan aku tu. "Amboi makcik kasarnya bahasa.."

"tak tak... tu "ter" jek.. hehe" sambil tersenyum manja aku menjeling imah

"Itu baru sikit imah... kalau kau duduk kat tempat kak teh aku lagi kesian. Dalam keluarga, kak teh ni memang yang paling baik. Sebab dia baik la orang suka hati pijak kepala dia. Dalam keluarga walaupun aku yang paling bongsu tapi aku lah yang paling kurang ajar kalau ada orang buat adik beradik aku. Aku tak nak peristiwa orang buat mak aku melarat-larat sampai ke kakak aku pulak"

"Aku heran la kenapa orang suka sangat baca jahat orang. Diri sendiri tu bukan main jahat tak nak pulak dibaca. Kalau aku suruh buat baik ,taat mak bapak melenting-lenting. Kata aku malaikat maut lah, orang paling kurang ajar dalam dunia lah. Agaknya dia orang nak aku tulis, tips macamana nak bersekedudukan lelaki dengan perempuan, bagaimana untuk kurang ajar kepada orang tua, Bagaimana kita ingin merasa keseronokan melakukan pekara-pekara yang haram..contoh berenang bersama-sama antara lelaki perempuan yang bukan muhrim.. atau tips macamana kita nak jadi seorang isteri yang jahat.... itulah agenda syaitan. Tak suka orang mengajak kepada kebaikan . Sebab itulah Rasullah diberi kedudukan yang paling Agung kan.. bukan senang nak berdakwah. Kita nak berdakwah dalam keluarga pun babas. Zaman sekarang salah cakap je orang boleh buang sedara tau. Itulah nilai murni yang dia orang dapat hasil dari perbuatan maksiat kepada Allah. "

Melopong mulut imah mendengar bebelan aku.

"Kau ni sesekali bercakap macam ustazah lar... " sambung imah

"wah! kalau nak tunggu ustaz ustazah jek yang bercakap bab-bab agama, berleluasa ler maksiat dalam dunia ni. Kita jugak bertanggungjawab untuk menegur perkara-pekara yang tidak disukai Allah. Sebab tu lah yang jahat bertambah jahat. Contoh kalau ada orang datang rumah kita, kita dah asing-asingkan bilik antara lelaki dan perempuan, tapi dia buat suka hati mak dia tidur sebilik... kita halau dia keluar. Mana dia letak maruah dia. Dah tak reti hormat orang tua. Jadi kita perlu mainkan peranan. Kalau dia nak menipu mak bapak dia silakan, tapi bukan dengan kita. Ni depan mak bapak, berlakun lembut... bersopan santun ..jangan kau ingat Allah tu bodoh, jangan kau ingat Allah tu tido. Orang kau boleh perbodoh-bodohkan. "

"mak aih... kau ni macam nak melepaskan sesuatu je. Tetelan air liur aku dengar khutbah kau. Nak kata khutbah Jumaat ni baru hari Rabu. Adehh!! apa yang kau kata tu sikit sikit terkena kat batang hidung aku. " imah menyampuk di tengah tengah ceramah aku.

"kita fikir macam ni imah, kita ni cuma menumpang di bumi Allah. Kita esok lusa akan balik. Nak buat seesuatu ingat Allah. Katakan dalam kau sihat siHat maki orang sana maki orang sini tiba-tiba Allah sentap nikmat. Tu nasib baik dia sentap nikmat, kalau dia sentap nyawa. Tak ke mati yang sia-sia. Mati yang dibenci Allah, di benci manusia. Tak ke sia-sia dah lah di dunia tAk bahagia, kat alam kubur terseksa...di akhirat nanti jadi orang yang menderita tiada berkesudahan. Orang sakit adalah orang yang paling disayangi Allah. Sakit itu adalah kifarah. Jadi gunakan anugerah Allah itu dengan sebaik-baiknya. Kalau ada hutang amalan dalam dunia ni, kita ganti selagi ada nafas yang tersisa. Jalinkan ukhwah dengan keluarga supaya ramai yang mendoakan kesejahteraan kita. Ini kalau dah sakit menderita, buat kebencian orang , apa yang kita dapat. .."

"kau cerita ni macam kau pernah lalui semua ni... ada kena-mengena engan kau ke?" tanya imah.

"sebab terkena dengan akulah aku cerita ni. Bukan pernah...tapi tengah lalui sekarang ni. Belajar setinggi gunung kalau tidak di seiringkan dengan ilmu akhirat. tak de gunanya. Bila tiada agama tu yang tak reti hormat orang tak reti menghormati agama. Bukankah memutuskan silaturahim itu di benci agama. "

"Owwwwhhh..tu yang kau termenung jauh nau sampai perancis tadi tu" kata imah

"Ya lah aku teringat kat mak kat kak teh.. kesian mereka.. bagaimana hidup mak dianyam derita oleh mereka ni. Tapi aku puas, belum aku tutup mata Allah dah tunjuk balasannya di depan mata . Tapi kejadian ni bukan buta-buta Allah beri pada kita, tapi di suruh ambil pengajarannya."

"eh kenapa pulak dengan kak teh...." imah mencelah..

"dah lah imah...hari dah petang, anak aku dah tunggu kat sekolah, nanti bila senang aku sambung lagi..."

~bersambung~

4 comments:

LS said...

Aiseyyy! Bersambung. Ini mcm boleh bikin drama.

ummi said...

sanbunganya lagi bestt.... sediakan tisu ehhhh..... bukan setakat drama..cerekarama pun boleh

Hjh Noralenna Abbas said...

Buat suspen aje....kalau cerekarama, Slot apa, ya ummi? Jangan ambil waktu orang nak solat dah, ye!

ummi said...

sasapen ke... hehe

tak..tak.. ummi tak pernah ajak kepada kemungkaran, slot ditayangkan jam 10:00mlm. Waktu sesuwai untuk berdakwah.. cam forum perdaha, halaqah, tanyalah ustaz.. hehe

slot songket..sebab samarinda dah ada kan...