Tuesday, February 14, 2012

Datang dan Pergi....

Suasana pejabat pagi ni menjadi riuh rendah ekoran kejadian kemalangan ngeri di pintu keluar tempat kerja kami sebentar tadi. Macam-macam versi cerita yang kami dengar. Status di FB pun tak henti henti. Aku masih lagi di sini.. masih termenung panjang memikirkan saat-saat kematian yang kian hampir. Sesekali jejari ni menekan papan kekunci untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini di FB.

Rupanya tanpa ku sedar, arwah juga salah seorang rakan FB ku. Pantas aku menaip.. "sedekahkan al-fatiha untuk beliau" dan ku poskan di status FB ku. Hingga kini fikiran aku masih berada di awang-awangan. Sibuk memikirkan sehari sebelum kejadian sejam sebelum kejadian, setengah jam sebelum kejadian dan hingga nyawa di hujung bibir...

Persoalan yang tiada henti henti di kotak fikiran ku ini.. bagaimana pagi tadi si si iteri menghantar suami ke tempat kerja di muka pintu. Setiap hari pasti perkataan yang sama akan di doakan. "Hati-hati ya bang.. bawak motor baik baik-baik.." bagaimana hancurnya hati ini, bila pagi tadi kita hantar suami dengan senyuman di muka pintu..tapi petang nanti kita hantar suami dengan tangisan yang tidak bertepi.

"Ya Allah aku yakin, setiap kesusahan yang engkau kirimkan pasti ada kemudahan. Kau mudahkan isterinya menghadapi dugaan ini. Peliharalah anak-anak yatim ini, Kau kasihani mereka ya Allah." tiba-tiba hati ku terdetik mengirim doa buat isterinya. Manalah tahu ketika itu pintu langit terbuka dan Allah menerima doaku ini.

Kepada teman-teman ku sekalian ambillah iktibar dari sebuah kematian. Peringatan untuk diri ini juga, Sesungguhnya kematian itu tidak dapat dilambat atau dicepatkan walaupun sesaat. Andai kematian itu tiba... adakah kita sudah bersedia.

No comments: