semoga ikatan yang terjalin kekal abadi
Pagi tadi, ada lah seorang Hamba Allah ni ke Masjid besar negeri kita ni untuk proses pendaftaran kursus kahwin. Katanya, dari Jan - Feb tiada kekosongan, sudah penuh.. Mac sahaja yang ada kekosongan. Menurut pegawai yang bertugas ada satu hari nanti dalam bulan Feb, peserta kursus mencecah hingga 400 org dalam satu sessi.
Masa ummi pergi kursus motivasi kecemerlangan di dalam mendidik anak-anak baru-baru ini.. ustaz yang menyampaikan ceramah, telah melahirkan rasa kebimbangan terhadap kes penceraian yang semakin meningkat di negara kita ini. Kalau tidak silap ummi, dalam 1 jam 18 pasangan dilaporkan bercerai. Bukankah ini amat membimbangkan?
Mengapa pekara ini terjadi? Nak daftar kursus sampai tak cukup-cukup tempat.. tak kan lagi di beri kursus lagi tak betul jadi nya. Siapa yang patut kita tunding jari.. siapa lagi individu yg kita akan libatkan dalam lagu bangau oh bangau ni...
Jangan sesekali kita menyalahkan sana, menyalahkan sini.. daripada kita sibuk menyalahkan orang adalah lebih baik, kita baiki kelemahan diri.
Kalau dihantar kursus beratus kali, kalau diberi penceramah yang sehebat mana pun , atau sebaik-baik pakar motivasi, kalau kita tidak mahu berubah, tidak ada maknanya. Kita yang perlu merubah diri kita sendiri kerana di akhirat nanti kita akan dipersoalkan dengan apa yang kita lakukan. Nenek moyang, mak bapak kita dulu tak de pun pergi kursus yang macam-macam. Bahagia je hidup mereka hingga akhir hayat dan dikurniakan dengan anak semewah-mewahnya. Orang dulu-dulu boleh beranak 16 boleh beranak 20.. bahagia hidup mereka.
Mengapa ini terjadi? ... kerana kita sudah tidak ada jati diri. Pendirian kita sangat rapuh,
keputusan yang kita ambil juga gopohh... cepat nak kawin cepat juga nak cerai. Ini yang berlaku , jika sebuah perkahwinan itu tidak berlandaskan dengan iman dan islam. Walhal kita patut bersyukur dan berbahagia kerana lahirnya kita telah dibekalkan dgn syahadah dgn Islam... dan nikmat islam itu sendiri sudah cukup membuktikan kita ini insan-insan yang dipi;ih Allah. Bukankan kita bernasib baik kerana kita tidak dilahirkan sebagai seorang kafir.
Malangnya hari ini, hidup kita ini, susah nak menunjukkan yang kita ini sayangkan islam. Pergaulan sangat bebas. Zaman ini belum bernikah sudah boleh ke hulu ke hilir, belum bernikah sudah boleh raba sana sini, belum bernikan sudah boleh berdua-duaan seperti pasangan yang halal. Kadang-kadang kami yang dah kahwin ni pun malu melihat aksi kalian yang tiada batas. Duduk serumah sudah tidak menjadi masalah, pernahkah kalian dengar, bila berdua-duaan yang ketiga itu adalah syaiton.
Jika maruah habis digadai, apa yang tinggal. Lebih -lebih lagi kaum wanita. Permata yang Allah beri pada kita, andai kita serah sebelum nikah, di mana letaknya nilai kita. Itu yang berlaku bila bergaduh habis rahsia dalam kain kita diungkit-ungkitnya. Wahai anak anak gadis yang manis ciptaan Illahi, hargailah diri kamu. Jangan biarkan mereka menyentuh mu umpama barang tidak berharga di kedai RM2 tapi jadilah kamu barang berharga yang diletakan di pasaraya terkemuka dan di tag " see no touch " . Lagi tidak berduit lagi kita bercita-cita untuk memilikinya.
Cuba kita bezakan bila kita beli penyapu di kedai RM2 dan kita beli emas .. penyapu letaknya merata-rata, sedangkan emas, tempatnya sungguh terjaga. Tidak cukup jeriji besi, bermangga berkunci ditambah lagi dengan sekuriti. Bagaimana bila kita berjaya memilik barang-barang ini... penyapu bila rosak, kita campak sesuka hati, emas walaupun sudah putus kita tetap simpan dengan hati hati dan jika ada rezeki kita akan ganti dengan yang lebih baik lagi. Jadi wanita, anak-anak gadis di luar sana hargailah diri kita ini.
Ummi takut melihat generasi yang akan datang, termasuk kebimbangan ummi terhadap 2 putera ummi. Takut dikatakan pandai berkata-kata cuba lihat anak sendiri. Tapi jika ummi pendam di dalam hati, takut ummi di soal di akhirat nanti. Andai hari ini kita melakukan kesilapan ini, jangan bersedih hati. Mungkin tidak ada yang memberi teguran, kita lupa kita tidak sedar diri, tapi selepas ni nanti. kalau boleh kita baiki lagi peribadi. Setiap manusia melakukan kesalahan, tapi ingat Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Baiki diri, teguhkan peribadi maka terlahirlah jati diri yang tinggi.
Tanamkan azam, jauhi maksiat, kerana keseronokan ini bukan abadi. Agenda syaiton yang tidak henti-henti. Tinggalakn yang haram carilah yang halal, insyallah hidup ini tenang, Bila Allah sayang segala urusan akan menjadi senang. Sayangi Allah sayangi Rasullulah saw.. tidak ada yang jahat yang mudarat yang di suruh Allah, tidak ada yang sesat yang khianat yang ditinggalkan oleh Rasulullah..ikuti sunnah... insyallah
Bila berjaya menjaga hubungan kita dengan Allah, apa saja agenda syaiton tidak akan lot dengan kita. Maka terbinalah keluarga bahagia ... bila pasangan bahagia, melahirkan zuriat yang bahagia hidup kita akan bahagia. Tiada penceraian, tiada kekejaman dalam rumahtangga. Kursus yang kita hadiri cuma sehari dua, mana cukup untuk kita bekalkan untuk kehidupan kita. Apa yang kita lalui hari hari dalam hidup ini, kita pelajari dan kita baiki dari hari ke hari.
Ingatlah wahai saudara saudari.. hidup ini nafsu nafsi. Orang yang kuat bukan org yg dalam ilmunya dalam seni mmepertahankan diri, tapi orang yang kuat itu adalah orang yang berjaya melawan nafsu nafsi.
Jangan lupa ada mata-mata yang dok perati ..kerjanya mencatit tiap-tiap hari. Tidak sekelumit perbuatan pun yang tidak dia perhati... maka hati hati sebelum kita di jemput mati.....
No comments:
Post a Comment