Tuesday, September 3, 2013

Kelaziman..

Pagi itu ummi bangun, bila ummi buka pintu.....


Subhanallah ada air setupperware terletak di atas almari kasut. Berderau darah ummi kerana kebiasaanya setiap pagi semasa buah hati sihat dia akan sediakan kami air masak setiap seorang.. 2 tupperware besar untuk ummi dan abah, tupperware kuning utk abah yg biru utk ummi dan 2 mug untuk anak-anak. 

Pagi itu bila ummi tanya isi rumah siapa yang letak air tu...semua jawab tak tahu. Akhirnya ummi buat andai sendiri, sebenarnya ada mesej yang hendak disampaikan oleh si buah hati. Walaupun dia dah tiada lagi..kelaziman ini perlu diteruskan. Bagi buah hati sebelum gosok gigi... baik amalkan minum air suam ni pagi pagi. Baik untuk kesihatan dan mencuci segala kekotoran yang ada di dalam badan.

Kalau sudah janji Illahi hidup lawanya mati...macamana kita jaga pun nak pergi tetap pergi. Aku yakin pada janji Mu ya Rabbi ... untuk menerima seribu kebaikan dari Mu, kami perlu diuji. Rasanya mahu saja ummi minum air tu, tapi bila lihat dlm air ada semut dan nyamuk.. atas nasihat semua orang..ambil air tu dan sapu muka mungkin itu pengubat rindu. 

Duhai buah hati, walaupun telah bercerai nyawa dan badan ... cinta kita tak pernah padam. Kata ustaz jangkasama terdekat mungkin susah nak lupakan tapi makin lama nanti makin jauh. Hari ni genap 93 hari belum sesaat kau tiada dalam hati. 

Hebatnya cinta Illahi, kalau ikutkan hati boleh mati nak hidup sendiri. Tapi rahmatNya menggunung tinggi dapat juga ummi gagahi hidup ini. Buah hati tidak seperti suami yang tak pedulikan isteri. Tanyalah sepelosok dunia setiap orang yang kami kenali... kami tidak pernah berenggang sepanjang hidup bergelar suami isteri. Kalau terpisah sementara terasa mati dunia ini.

Waktu kami berpisah cuma waktu pejabat dari pukul 8:30 pagi hingga 1 tengahari. Waktu makan kami makan sama-sama walaupun tak makan sekadar duduk duduk ummi pandang dia, dia pandang ummi pun jadi ler. Dari pukul 2 hingga pukul 5.30 kami berpisah semenatara... tapi selepas itu tak kan jumpa kami berjauhan.
Dari balik kerja buat kerja rumah sama-sama hingga lar nak lelapkan mata. Sampai rumah ummi sapu dia mop..umi siang ikan dia siang sayur..umi tumis dia kacaukan lauk.. umi basuh pinggan dia toskan ummi angkat baju dia sidaikan... duduk ummi duduklah dia, baring ummi baringlah dia. 
Nafas kami sama...minum kami bersama dan apa yg kami makan juga sama. Sebab itu apa yang ada di hati ummi dia boleh baca dan apa yang ada di hati si buah hati ummi boleh baca. Seringkali kami fikir benda yang sama dan lakukan benda yang sama. Contoh sekerang ni ummi terfikir nak makan di kedai A.. nanti masuk kereta si buah hati akan cakap Jom kita pegi makan kedai A. Biasanya ummi pendam apa yg ummi fiirkan sama dengan si buah hati fikirkan. Tapi Buah hati kalau apa yang difikirkan sama seperti yang ummi lakukan...mesti dia sibuk-sibuk tanya macamana ummi boleh baca abang punya hati.. hehe 

Saat Malaikat maut mencabut nyawanya terasa nyawa ummi pun terbang sama...  ummi rasa seperti ada sesuatu yang keluar dari badan ummi terbang bersama nyawa si buah hati. Agaknya kesedihan yang amat berat Allah tarikan sekali. Kalau tidak dengan rahmat dan kasih sayang Illahi tak mungkin ummi dapat berdiri seperti hari ini. Ummi yakin janji Allah itu pasti andai ummi redho senang keadaan buah hati kat negeri abadi... abang tunggu ya... ummi juga akan menyusul nanti...

8 comments:

Hjh Noralenna Abbas said...

Terima kasih ya Ummi kerana perkongsian kisah dan perasaan. Sayu alang membaca sambil menggambarkan keikraban ummi dengan si buah hati. Semoga ummi terus kuatkan semangat dan alang percaya ummi dan anak-anak BOLEH! Semoga roh si buah hati dilimpahi Rahmat dan diletakkanNya bersama-sama mereka yang beriman....Ameen.

ummi said...

terima kasih alang... dia memang memiliki hati yg murni sebab tu cinta dia cinta sejati...

Terima kasih Allah kerana meminjamkan ummi dengan lelaki sehebat ini

Umi Aida said...

sayu hati bila baca coretan ummi nie.. akak, saya selalu follow cite akak dlm blog nie..

w/p dlm sedeh.. akak tetap berlawak jenaka dlm FB, pandai akak sorokkan sedih..

ummi said...

aida... kalau ikut sedih nak jek akak baring sekali dgn buah hati dalam keranda... tapi sebelum keluar kat dunia kan kita dah sign perjanjian dgn Allah kita sanggup tempuh ini semua... yakin dan pasti janji Allah itu benar.. inshaa Allah kalau kita redho Allah himpunkan kita kemudian hari nanti dengan suasana yg lebih baik dari hari ini... kannn

nor said...

salam ummi

salam takziah. semoga Allah mencucuri roh allahyarham dan tenang disana.

saya sedih dan menangis baca pasal kehilangan ni. berat mata memandang berat lagi mata memikul.

satu cadangan..dengan google punya server sungguh tak tentu nowadays, bagus kalau ummi print blog bad dan binding macam buku ..buat kenangan utk anak cucu...
jgn harap la apa kat blog ni dapat di kekalkan. next few year banyak la perubahan pada server provider.

sekali lagi takziah. saya faham tiba tiba rasa hilang sebelah atau rasa blank...bila berlaku pemergian yang dikasihi.
saya kehilangan mak may 2013.

kuatkan semangat dankuat kan hati

wasalam

ummi said...

terima kasih nor..satu cadangan yang baik... ummi nak cari publisher..ada tak sesapa nak bukukan...hehe...

*Mawar Nafastari* said...

Akak.. sy boleh introducekan publisher... galeri ilmu.. diorg dh pun bantu saya.. ;)

Mawarnafastari

ummi said...

hehe...tak lah..saja mengusik..alar dek idea picisan je...hahaha ayat berterabur...cerita pun entah apa apa... sekadar meluah perasan di laman sendiri dek..kalaau ada publisher yg nak amek...takut depa lak yg nangis nak dok adjust cerita kasi hapening.... terima kasih ya dek....tapi kalau rezeki Allah...tak siapa mampu tolak kannn...