Friday, August 30, 2013

Pergi Tak Kembali

sambungan...
Ketika giliran ummi untuk mengucup jenazah, tiba-tiba... seluruh tubuh menjadi longlai... tak mampu nak mengerakkan badan ni.. Alhamdulillah.. ketika itu kakak-kakak dan abang ummi berada di sisi... merekalah penguat semangat ummi... bila ummi dengar mereka kata.."jangan macam ni nanti sedih arwah tgk..." terus kekuatan itu datang....

akak peluk akak kucup dahinya berkali-kali.... akak pandang wajahnya, akak katakan padanya... "pergilah abang ummi redho..."... ya Allah seperti kilat petir sambung menyambung di dada ini bila lihat keranda di usung keluar dari rumah kami. Sekali keranda di usung..dia tak mungkin berundur lagi. Itulah tanda dia akan pergi selama-lamanya meninggalakan kami. 

Semasa along, abang si buah hati..minta orang ramai memaafkan segala dosa si buah hati...apa yang dia termakan terminum minta halalkan dan lebih disagat-sagat hati ini..bila along sebut andai si mati ada menninggalakn hutang bolehlah tuntut dengan kami atau pun balu beliau. Perkataan balu itu terus membuatkan kaki ni seperti tidak mampu memijak bumi. 

Sekali lagi ummi pujuk hati... duhai ummi kuatkan hati tabahkan hati urusan jenazah ini belum selesai lagi. Selepas van melepasi taman ummi katakan pada si buah hati... kini semua tiada lagi..jasad abang tak kan balik rumah kita lagi... selepas jenazah disolatkan kami terus ke tanah perkuburan.

Alhamdulillah segalanya berjalan dengan cantik dan teratur ..saat buah hati menghembuskan nafasnya 2.30pm, dalam 6.30 petang segala urusan selesai dan kami sudah berada di tanah perkuburan. Sebelum buah hati di masukkan ke dalam liang.. ummi dakap si buah hti sekali lagi... ummi kata padanya... "bukan niat ummi nak halau abang cepat-cepat tapi ummi yakin tempat abang di sana lebih baik dari kat sini. Abang pergi dulu nanti ummi juga akan menyusul... izinkan ummi membesarkan anak-anak  inshaa Allah...pergilah bang ummi redho..." Subhanallah..sampai ke hari ini ummi masih terbayang dia tersenyum manis tanda dia dah nampak tempat yang abadi ....

ummi tahu buah hati senang hati bila lihat ummi dan anak-anak tabah dengan dugaan ini...tapi bang dalam hati ni... Allahu Rabbi... pada mu Ya Allah aku pulangkan segala kesedihan ini. Selepas talkin dibaca maka urusan dan tanggunjawab ummi selesai, hanya pada mu Illahi aku serahkan kerana aku telah cuba lakukan yang terbaik buat si buah hati. Kami pun pulang meninggalkan si buah hati bersemadi dengan alam barunya..
.... bila nampak jek rumah kami.... Allahu Akhbar... rasanya macam nak saja ummi tinggalkan dunia ni. Inilah rumah yang kami susah senang bersama...menagis ketawa bersama...bergurau senda dan tak pernah berenggang dari dulu hinggalah hari yang bersejarah ini. Sesiapa yang mengenali ummi dan buah hati kami memang macam belangkas... kat mana ada ummi kat situ ada buah hati...kat mana ada buah hati kat situ ada ummi.

Tengok ampaian kain teringat kami sidai baju sama-sama...tengok motor teringat kami naik motor sama-sama..satu tempat duduk kami duduk berdua...tgk kereta ternampak buah hati kat dalam kereta... ya Allah kenapa wajah dia ada di mana-mana.

Kakak ummi dan handai taulan yang lain tenangkan ummi. Masa tu ummi tak tahu apa...pengsan ke setengah nyawa ke.. hidup ke tidak ke..ummi malas nak fikir apa-apa...ummi pejamkan mata..matikan hati...lagipun mungkin kerana kepenatan..Allah matikan ummi sementara. 

Malam tu ummi tidur tanpa fikir apa-apa..Alhamdulillah Allah matikan ummi yang sementara untuk Allah kuatkan ummi lagi keesokan paginya.

Pagi itu ummi bangun, bila ummi buka pintu.....

bersambungggg....

No comments: