Wednesday, August 28, 2013

Sepi...


Telah lama ummi tinggalkan blog ini sepi dia telah pergi bersama si buah hati... mulanya mahu saja ummi kuburkan blog ini...tetapi bila teringat balik...blog ini bukan dari ummi sendiri ..tapi dari si buah hati... dia yg create blog ni utk ummi...dia pesan jadikan blog ini sebagai madrasah untuk mendidik hati...

inshaa Allah akan ummi update dari ke hari. Buat permulaannya setelah ummi menyepi ni ummi byk nak cerita pasal si buah hati. Semoga entri itu nanti dapat kita persiapkan diri untuk mengadap Illahi. 

andai masa hidupnya ummi gelar dia abg aji.. kini ummi senang hati bila ummi mengelarnya buah hati...belum tergamak menggunakan gelaran "arwah suami" kerana jasadnya saja yang mati...tetapi rohnya masih hidup dalam hati ummi. 

Terkedu hati ni bila terbaca ayat ni... "Wanita sejati dambaan suami, Ummi soleha tunggak keluarga bahagia..." kata-kata ni datang dari si buah hati sendiri... dan menjadi azimat untuk ummi meneruskan kehidupan ini. 

Tanggal 01 June 2013 jam 2.29 petang... terasa jantung ummi berhenti... terasa seperti tak mahu meneruskan kehidupan ini... tetapi bila lihat wajah anak-anak yg masih memerlukan seorang ummi... ummi bangkit ummi gagahi diri ini  dan ummi redho dengan segala ketentuan Illahi. 

Dia pergi menghadap Illahi dalam keadaan tenang dan suci ... di hadapan mak, kakak dihadapan anak2, adik beradik dan rakan-rakan lebih-lebih lagi ummi. Allah kirim insan mulia... Dr. Shahrin dan isteri..mantan bos akak yang berpekerti tinggi untuk membantu memudahkan urusan si buah hati kembali kepada Illahi.

Tangan kami di genggam erat ketika sakaratul maut makin dekat. Tangan anak-anak di genggam kuat.. tanda kasih sayang yg sungguh rapat. Kasih sayang Allah tidak bertepi ketika maut sejengkal lagi...ummi minta pada Illahi..aku terima saja apa yang Engkau duga apa yang Engkau uji ya Illahi..aku pinta pinjamkan sedetik dua nafas suami supaya anak-anak dapat berjumpa abahnya dan tiada rasa ralat di hati kami. 

Kasih sayang Allah itu Maha luas..rahmatnya menggunung tinggi...  Alhamdulillah... Allah kumpulkan kami ketika hembusan nafas terakhir buah hati meninggalkan kami. Ketika doktor tutup skrin dan tinggalkan ummi bersama jenazah si buah hati...ummi peluk dia erat erat... ummi katakan padanya... "duhai buah hati... habis sudah permainan duniawi..sakit yang abang derita telah jumpa ubatnya... tenanglah abg kembali kepada yang Maha Esa.. ummi redho ini ketetapan Illahi..kerana satu hari nanti ummi juga akan pergi...selagi ada hayat dan nyawa ummi, ummi nak besarkan anak2 supaya mereka menjadi mukmin sejati...inshaa Allah..  bila masanya tiba kita akan berjumpa.. tidurlah abg dengan lena seperti tidurnya permaisuri, Setelah 10 tahun abang tabah menghadapi ujian Illahi dengan penyakit kanser ini. Allah dah janji siapa yg sabar dengan kesakitan yang Aku beri maka akan aku letakkan dia di tempat yang tinggi. Jangan risau jangan gusar janji Allah itu pasti..."

setelah ummi usap wajahnya berkali-kali... ummi tinggalakan buah hati kerana nak menghadap Illahi... solat zhor ummi sempurnakan tanpa setitis air mata kerana ummi tahu hanya pada Mu ya Rabbi kami semua akan kembali. Kata-kata azimat buah hati... rajin-rajinlah ucap inalillahiwainailaihirajiuuun memang betul-betul pengubat hati...

usai solat zohor.... ummi doa moga segala urusan dipermudahkan... Alhamdulillah segala urusan pengurusan jenazah berjalan dengan lancar... sebelum kafan ditutup..wajah buat hati dapat di tatap terakhir kali...ummi katakan pada buah hati... bukan niat ummi segerakan urusan kerana ummi benci...tapi ummi yakin tempat abang di sana ada syurga yang menanti....

saat menguruskan jenazah buah hati... dari hospital..hingga ketika nak mandii....

bersambunggggg



1 comment:

NADZIRAH said...

Al Fatihah untuk abg aji... ;) insya Allah syurga tempatnya..