Wednesday, June 25, 2014

Abang dah dapat Bidadari...abang lupa ummi ehhh...

https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRs0TEbWkn8byE5azk07_4ojDt-X5qnfp1NzOaXnY9HiMb-PACt 

Assalamualaikum wrh.,

Dah lama blog ni ummi biarkan sepi...sebab ummi dah sibuk kat FB..ari tu lama FB ummi biarkan sepi. Pada blogger yg baik budi yang selalu follow ummi, kalau nak add ummi kat FB.. sila lah..FB ummi .."Kak Ina".. jgn salah kak ina ya....  : )

Dah lali rasanya telinga ni dengar orang kata... "Bad dah dapat bidadari mana nak ingat kau....."
Aduh...pedih betul ayat ni menikan sukma menikam hati.... tapi ummi tak pernah ambil pusing dan tak pernah ummi ambil peduli. Pada ummi kata-kata manusia ni ibarat air lalu...biarkan aja dia singgah ..tapi jgn kita biarkan ia jadi tempat air bertakung...nanti datang penyakit...itulah dia penyakit hati.

Kita yakin saja dengan kata-kata Allah..kata-kata Allah itu pasti...dan semua dari Allah itu amat menyenang dan menenangkan hati. Malahan ummi berdoa lagi..."Ya Allah kau berilah dia sebaik-baik bidadari berkat kesabaran dia menempuh hidup ini dengan pelbagai ujian yang kau beri." Tidak cukupkah 10 tahun dia menanggung siksa melawan penyakit ini. Sudah masa abang berehat bersama bidadari.. apalah sangat jika dibandingkan dengan ummi.

Sepekara lagi...walaupun ummi buruk di mata kalian, tapi tidak di mata buah hati. Cukup marah jika disakat dia suka perempuan lain. Boleh jadi bergaduh, katanya ummi dah tak sayang dia lagi. Hina rasa diri ini bila cemburu dia melebihi dari cemburu ummi pada dia. Dia seorang suami yg setia..katanya dia tak mahu kasihnya berbelah bagi. Katanya abang tak seperti ummi...kasih ummi byk nak bagi hehe...tapi kasih abang hanya buat mak...ummi..anak2 kami dan keluarga kami. Tapi hormat dia pada orang sekeliling buat diri dia sangat disayangi. Pandai abang membahagi kasih hingga tiada siapa pun rasa sakit hati. Bila abang tak nak berenggang dengan ummi...lebih-lebih lagi hari abang dah nak pegi...ummi yakin ummi melekat kat abang punya hati.

Meh kita tgk gambar...biar gambar saja bicara... yg penting gambar kami tak pernah jauh..mesti melekat macam kena gam..huhu




















Sayang abang sampai syurga......

Thursday, May 15, 2014

Hari Mak Mak


https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRs0TEbWkn8byE5azk07_4ojDt-X5qnfp1NzOaXnY9HiMb-PACt

Assalamualaikum wrh.,

Rata-rata dalam dunia ni sibuk sambut Hari Ibu. Wassup ummi pulak..berdedai dedai..bertalu-talu  soalan orang hantar kat ummi minta pendapat mengenai sambutan hari ibu. Allah penat pula ummi nak berhujah. Hehe...tambahan lagi ummi ni daif lagi hina. 

Kalau nak picisan pendapat bolehlah, kalau nak tahu hukum, minta maaf jauh panggang dari api. Ummi tidak secerdik itu. Antara persoalannya.. apa pendapat ummi mengenai isu, kalau kita celebrate hari ibu boleh terpesong akidah. 

Masya Allah jika sampai ke situ hukumnya, lagilar ummi tak boleh nak jawab. Tapi sekadar nak minta pendapat ummi, bolehlah.Ummi selalu ambil jalan mudah..kalau benda yang kita buat tu benda yang baik, tanpa ada apa-apa niat selain hanya kerana Allah teruskan. Kalau kita buat dengan perasaan yang was-was..tingggalkan. Itu tanda nak dakyah orang senang,,,nak dakwah tu yang susah.

Kita orang tak sambut mothers day... kita orang sambut hari mak mak jek.. kita orang sambut pun bukan pada hari berkenaan...kita orang pegi hari keesokannya...hahahah..kan senang..janji kami menghargai kawan-kawan kami yg mak mak ni... ada kerjaya tapi mampu mengalas tanggungjawab sebagai mak yg power...tak yah pening-pening.

Anak-anak nak beri hadiah pun ummi kata tak payah...hadiah yang paling bermakna dalam hidup ummi, bila korang mampu jadi anak soleh... aminnnn.

Jom cuci mata... kak bedah outing ....

Yang paling seronok..memandangkan kami ni suka sangat selfie... bila nak gambar bertiga terpaksa minta pekerja restoran tu tolong klik klik kan... yg syokya bila dia nak klik..ternampak muka dia sendiri..dengan loghat negerinya..terus dia cakap mcm ni..." Ehh..ni gambar kito..."
hehehe berderai cik bedah semua ketawa....


Cantikkan .... pemandangan tu..cer teka kat mana..kat mesia ker..kat obersi ke ... kat mana?


 Cam seposen tak muka kita orang...yang penting cik bedah enjoy...kannnn

itulah hari mak mak kami... tunggukan hari kak nam kami pulak...


Friday, May 9, 2014

Ulang Tahun Perkahwinan Kami....

https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRs0TEbWkn8byE5azk07_4ojDt-X5qnfp1NzOaXnY9HiMb-PACt

Assalamualaikum wrh.,

Kalau abang masih ada.... tahun ni hari ulangtahun perkahwinan kita yang ke 16. Kalau abang ada...tentu ummi dapat macam-macam hadiah sebab esok juga hari ibu hehe...setiap tahun ada jek hadiah hari ibu abang bagi...sebab abang nak cakap terima kasih sebab jadi ummi pada anak-anak abang...tak pe kita kumpul kat dunia ni sebab ummi nak ambil hadiah ketua bidadari yang Allah janji...hehe insha Allah. Moga Allah pelihara ummi untuk jadi kuat dan tabahkan hati ummi nak jaga amanah abang ni... (2 debab amanah terindah...)


Tarikh hari ini juga pada tahun lepas...kita sambut di 2 hospital. Abang dibenarkan keluar dari Hospital Pantai pada tarikh tersebut dan dimasukkan pula ke Hospital Besar Melaka pada malam harinya.

Seronok rasa bila doktor benarkan abang pulang...walaupun soalan abang pada ummi buat hati ummi hancur. Teringat lagi kata-kata abang..."ummi.. kenapa doktor kasi balik.. abang rasa abg tak ok lagi ni...ke umi ada sorok sesuatu dari abang...". Sebenarnya abang dinasihat pulang kerana tiada apa-apa yang boleh dilakukan lagi ke atas abang.

Hancur luluh hati ini hanya tuhan yang tahu. Ya bang..ummi sorok sesuatu dari abang.. ummi tahu abang akan pergi meninggalkan ummi tapi ummi selalu berdoa dan berharap ada satu keajaiban dari Allah.. mana tahu abang boleh sembuh seperti sediakala. Ujian MRI yang dilakukan jelas menunjukkan kanser yang ada dalam badan abang telah merebak ke seluruh badan.

Puas ummi dan doktor berpakat...tak mahu abang hilang semangat..  kami beri keyakinan dalam masa yang sama kami beri kata-kata motivasi buat abang bersedia menghadapai sebarang kemungkinan yang kita semua takuti. Ummi ingat lagi abang dakap ummi abang peluk ummi di katil hospital... abang kata abang redho kat ummi abang sayang ummi dan abang akan pergi tinggalkan ummi. 

Tapi bagai di kunci mulut abang dan mulut ummi... abang tahu abang akan pergi...ummi juga tahu abang nak pergi... kami diam seribu bahasa cuma hati kami yang banyak berbicara bersam-sama. Setiap kali abang kata..abang ada benda nak cakap...tapi abang tidak teruskan bicara...setiap kali itu juga ummi tahu apa abang nak kata. 

Sudah dikatakan tiada siapa boleh buka rahsia matinya bila... maka hanya bila mata bertentang mata... hati kita sering berbicara. Malam 09/05... satu malam yang tidak dapat ummi lupa sampai bila-bila. 16 tahun lalu...malam 09/05 adalah malam yang paling membahagiakan apabila cinta kita disatukan. tetapi malam 09/05 tahun lepas adalah satu malam yang juga tak akan ummi lupakan sampai bila bila. 

Ketika keluar dari hospital pantai, kami di hantar oleh ramai kakitangan hospital pantai yang berhati mulia. Ramai yang hantar dan ramai yang menunggu juga ...Jambangan bunga besar dari mambang2 utk ucapan selamat ulangtahun perkahwinan di muka pintu Hospital Pantai cukup mengharu kan. Tidak sangka air mata ummi berjurai-jurai ketika memandu bawa abang pulang ke rumah pada hari tu.

Ku sangka panas hingga petang, rupanya hujan ditengahari. Hanya sejam dua je abang dapat balik rumah. Daripada abang sampai rumah kita tidak berhenti-henti tetamu yang datang. Maghrib itu penuh tetamu di rumah kita, Bacaan yassin dari teman-teman surau memenuhi ruang rumah..bertambah sayu hati melihat kebaikan insan-insan yang dikirim Allah kepada keluarga kami.

Sakit abang betambah teruk... abang mengerang-ngerang kesakitan. Semua orang buntu..atas nasihat keluarga abang dan keluarga ummi, mereka minta abang di hantar ke hospital besar. Saat itu abang genggam tangan ummi..abang merayu tak nak pergi...abang kata.."ummi abang tak nak pergi sebab nanti kita pergi naik kereta, balik nanti abang naik van jenazah..." subhanallah... tak tahu dari mana datang kekuatan..tiada setitik air mata ummi tumpah.

Ummi peluk abang ummi pujuk abang.. "Sysshhh...jangan cakap macam tu bang, tiada siapa yang tahu matinya bila, selagi ada nyawa selagi itu kita berjuang.. Berjuang untuk sihat berjuang  untuk nak baik kerana Allah juga di kira Fisabilillah sayang. Ummi sentiasa di sisi abang.. kita harung sama-sama...supaya kita jumpa Allah nanti sebagai orang yg sedang berjuang bukan orang yang berputus asa..."

Malam itu sehingga jam 3 pagi baru urusan dimasukkan abag ke dalam wad selesai. Selepas diberi mofin keadaan abang agak stabil. Abang dapat melelapkan mata sekejap. Ummi, kak pati dan naqib bermalam di hospital. 

7 hari abang di hospital besar Melaka... Kami dilayan dengan baik oleh pihak hospital. Abang nak makan macam-macam. Abg mintak ummi masakkan masak asam. Masa abang sihat, setiap kali abang makan masak asam ummi, abang mesti cakap tak de siapa boleh challenge masak asam ummi. Pada hari itu, ummi masak dan berdoa bersungguh-sungguh pada Allah...andai kata ini masak asam terakhir aku buat suami, Ya Allah Kau izinkan masak asam ini adalah masak asam yang paling sedap di dunia ini aku nak hidang untuk suami. Berselera abang makan.

Tapi perubahan diri abang sangat ketara... kesihatan abang makin hari makin merosot. Badan abang makin hari makin kurus. Apa yang ummi baca tentang tanda-tanda kematian semua jelas diperlihatkan Allah. Abang mengidam nak makan kari kepala ikan juga ummi sempat masakan. abang kata abang nampak mak cau ngan pek tam datang tapi tak masuk rumah..sebenarnya kedua2 mak saudara dan bapa saudara abang dah lama meninggal... bila CD mengaji berhenti abang suruh ummi pasang cepat..abang kata, "ummi buka ngaji cepat, rimas abang syaitan ni..bukan main gamai..." tanda-tanda itu semua buat ummi kuat semangat. Tiap-tiap hari ummi pujuk hati... Allah dah nak ambil suami ummi...

Tiada kederat abang nak jalan, tapi abang gagahi juga nak  siapakan juadah berbuka untuk ummi sekalipun menghidangkan air suam dan kurma. Bila ummi marah tak kasi abang bangun..abang kata: "ummi bagilah peluang abang buat pahala sekalipun sudah berada di hujung nyawa. .."

Banyak perangai  abang yang pelik-pelik. Lagi 5 hari abang nak pergi...abang suruh ummi jumpa doktor..suruh tanya abang boleh hidup berapa lama. Ummi tahu abang nak ummi tahu abang dah nak pergi. Tapi mulut abang Allah kunci. Abang dah nampak malaikat datang berkali-kali... ada suatu hari abang kejut ummi pukul 3 pagi... abang nak cerita abang jumpa siapa tadi...tapi mulut abang Allah kunci. 

Allah sayang ummi, abang..Allah dah beritahu ummi..ummi kau akan ditinggal pergi.. ummi dah bersedia sayang..sebab ummi tahu dalam dunia ini tiada yang abadi. Tiada satu pun milik ummi. Ummi ckp dekat abang.."abang tak payah tanya doktor..doktor sendiri pun tak tahu ajal dia bila. Kalau doktor kata ohh encik dah nak mati...kita pun putus asa..tapi rupanya umur kita panjang lagi...atau doktor kata..encik boleh hidup lagi ni...semua ok..top top kejap lagi mati... ha tak yah susah-susah tanya doktor ya bang...yang penting kita bersedia je menghadapIllahi. Semua orang akan pergi semua orang akan mati...ummi pun akan mati juga... dah tak yah susah hati..." ummi peluk abang lagi sebab ummi tahu apa yang tersirat kat hati abang...

Hari ini...hari ulangtahun perkahwinan kita bang... doakan ummi kuat dan tabah membesarkan anak-anak abang. Ummi dan anak-anak akan teruskan segala kebaikan yang abang ajarkan dan abang tinggalkan. Tenanglah abang disana sebab hari tu kita dah janji...ummi redho dengan ketentuan ini...abang rehat dari dunia yang fana ini...dunia ni tempat persinggahan dunia ni penuh permainan...ummi nak besarkan anak-anak... ummi juga akak menyusul abang nanti....


Thursday, May 8, 2014

Belahan Jiwa...

https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRs0TEbWkn8byE5azk07_4ojDt-X5qnfp1NzOaXnY9HiMb-PACt 
 Assalamualaikum wrh.,



 Ni lah buah hati belahan jiwa ummi..seb baik 2 orang. Bolehlah ummi belah 2 bagi  sorang sebelah.

Tiada harta yang lebih hebat yang suami ummi tiggalkan melainkan zuriat dia yang encem-encem ni. 2 Debab abah, buah hati ummi. Kalau tgh baik... kuku kikik kuku kikik kami tiga beranak... tapi kalau ummi tgh hangin... la-nina pun tak kencang mcm ummi punyi peluru tabur....

Alhamdulillah, terima kasih ya Allah, kurniakan ummi hadiah terindah...hadiah yang paling hebat... anak yatim yang baik dan senang berunding ni. Kami dah terbiasa sejak abah dia ada dulu, nak buat apa kami buat berjemaah. Hingga kini pun kami dah terbiasa. Ummi masak adik tolong kupas bawang, aqib tolong basuh pinggan dah siap masak dua-dua tolong hidang lauk ...dah siap makan mereka tolong kemas adik tolong mop aqib basuh pinggan. 

Ummi selalu pesan, dulu abah ada, ummi tak beban sangat sebab abah rajin..semua benda abah buat dengan ummi, sekarang abah dah tak der...korang tak bolehlah buat ummi macam amah...nanti ummi boleh hidup seribu tahun ..tapi bila penat sorang-sorang ummi boleh hidup sehari je. Ummi lagi suka, lagi cepat mati lagi cepat ummi jumpa abah... hehe adik paling takut ummi gertak macam ni...nanti tiba-tiba dia sakit kepala.

Ramai orang tanya, anak-anak macamana? dia sedih lagi tak...dia ok tak ..dia boleh terima tak...

Alhamdulillah, anak-anak ummi senang berunding, mungkin berkat abahnya seorang anak yang taat pada emaknya. Ummi mohon juga dengan Allah jadikanlah anak-anak ummi anak yg soleh anak yang baik macam abah dia. Setakat hari ini dikurniakan Allah, Alhamdulillah mereka anak yang baik. Nakal tu biasa sebab semua orang pernah melalui saat-saat remaja mcm ni. Cuma ummi perlu pandai main tarik tali dengan mereka. 

Ada juga orang yang kata, bagus anak-anak ummi...tabah je. Alhamdulillah di luar nampak tabah, tapi sesekali bila rindu itu datang menerpa kecundang juga. Sesekali mengalir juga air mata macho mereka. Ummi lar tisu basah yang sentiasa setia dan berada disisi untuk mengeringkannya. Cewahh... tapi ummi belum nampak lagi dia orang menangis depan ummi...mungkin mereka nak tunjuk mereka kuat, mereka boleh jaga ummi. Cuma ada sekali adik cerita, tiba-tiba air mata dia mengalir sebab teringat abah.

Ummi cakap dekat adik, adik tak boleh sedih ..adik kena kuat, nanti abah pun sedih kat sana, kalau kita tenang kat sini, kita redho kita tempuh hidup ini walau pelbagai rintangan dan dugaan..abah pasti tenang kat sana. Bangga abah tengok kita hidup bahagia mcm ni. Adik ngan aqib 14-15 tahun Allah pinjamkan abah..Rasulullah saw..dalam perut lagi dah tak der abah.. sebab tu Rasulullah sayang anak yatim. Anak yatim adalah anugerah terindah dari Allah buat aqib dengan adik.Ummi dulu lagi lar pulak..umur 11 tahun Allah dah ambil mak ummi. Sedih, memang sedih tapi ummi yakin Allah akan ganti balik apa yang Allah ambil, Allah akan ganti yang lebih istimewa kat "sana" nanti. Ummi pasti dapat jumpa mak ummi. Lagi satu ummi terlepas dosa derhaka pada emak.. sebab lagi lama mak kita hidup dengan kita, dalam tak sengaja kita banyak melukakan hati mak kita kan. Maka berlapang dadalah dengan apa jek Allah beri pada kita.

Aqib ni serius sikit. Ciri-ciri sebagai ketua keluarga memang tebal dalam diri aqib. Orangnya serius tak banyak cakap sebijik macam abahnya. Orang pun tak berani bergurau yang merapu-rapu dengan Aqib. Tapi kesian adik, Selalu jadi mangsa orang menyakat tentang status ummi. Mana-mana pegi orang suka permainkan adik dengan soalan  nak kawinkan ummi dia. Kesian adik. Sebenarnya dia tertekan. Dia sayang ummi seluruh jiwa raga dia.

Ummi cakap kat adik, mulut manusia jangan dilayan. Orang mengata ummi, orang nak ejek-ejek ummi kawin adik cakap Alhamdulillah. Bukan setakat kawan2..orang2 dewasa pun rajin sakat adik dengan persoalan yang macam ni. Ummi pesan adik, lain kali kalau ada orang kata nak jalankan ummi ke..nak kawinkan ummi dengan orang ni ke orang tu ke...adik jawab mcm ni..." mak saya kata... bini pakcik nak bermadu ngan mak saya tak... kang malam mak saya datang rumah pakcik...." ha baru dia tahu esok langit dia tinggi rendah.

Tak payah lar orang-orang kat luar sana sibuk-sibuk nak risau pasal jodoh ummi. Anak-anak ummi punya pemikiran lebih baik dari dia orang ni... kata mereka, anak2 bertuah ummi..."jodoh ajal maut di tangan tuhan, tak payah lar nak susah2 nak penat-penatkan otak nak fikir siapa jodoh ummi kita orang. Doa kami...andai kata hidup sebagai balu itu buat ummi kuat membesarkan kami..ya allah bantulah ummi...andai kata, ummi berkahwin itu lebih baik utk mengelak fitnah dan boleh bantu ummi dalam urusan agama dan keluarga..Ya Allah permudahkan...aminn"

Inilah buah hati ummi...belahan jiwa ummi.. teman ketawa teman menangis teman ketika sepi teman ketika berjimba....walapun usia mereka masih mentah, tapi pemikiran mereka sangat matang. Kadang-kadang bila ummi tersasar mereka tegur. Yang seronok mereka tak tegur direct, selalu kena perli jek... contoh, ummi suka sangat ambil gambar dan pos kat wassup...nanti aqib cakap mcm ni...dek orang2 dulu2 nak makan baca doa dulu..orang sekarang nak makan buka kamera tau... ceittt... saja nak kena jeling dengan ummi

ni jam kalau berjalan, penampilan ummi dia orang yang jaga. Sebab mereka ni remaja, abis ummi dia jugak dia remajakan. Dia tak kasi ummi keluar selebet-selebet... dia kata nanti kalau ummi pakai selekeh nanti orang kata, kita orang tak pandai jaga ummi.... ALhamdulillah...macamana abah dia jaga ummi, mamcamana abah dia manjakan ummi... macam tu juga dia rang jaga ummi

Terima kasih ya Allah...terima kaish atas hadiah terindah ini....


Monday, May 5, 2014

Mambang...


https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRs0TEbWkn8byE5azk07_4ojDt-X5qnfp1NzOaXnY9HiMb-PACt

Assalamualaikum wrh.,

Dah lama ummi biarkan blog ni kesepian.  Sejak dua menjak ni memang ummi sibuk sikit. Ada saja programnya. 

Baru-baru ni ummi sibuk dangan rakan-rakan mambang ummi. Ummi ada banyak group... ada group mambang ada diva ada primadona ada cik bedah...ada group gojiak pun ada... nama group semua masuk air..tapi hubungan kami sangat baik. 

Ummi tak kaya harta tapi ummi kaya dengan kawan-kawan . Mereka semua baik hati, mereka membuktikan hubungan kami bukan sekadar teman ketawa teman bermain tapi teman ketika susah dan senang. Ummi selalu peringatkan kepada mereka...mohonlah pada Allah moga hubungan kita bukan sahaja di dunia malahan di akhirat juga... 

Jom ummi cerita pasal mambang...

Mambang ni kawan-kawan kerja ummi kat MMU . Hubungan kami bukan baru sehari dua..hubungan yang terjalin sudah berbelas tahun. Jatuh bangun sendu tawa sentiasa bersama. Ketika ummi menghadapi saat-saat getir setiap hari mereka bersama ummi. Bila ummi kuat mereka lepaskan ummi perlahan-lahan. Jangan mereka tahu ummi tgh susah...ummi tak sihat ke begitu juga anak-anak ummi...cepat mereka sampai. Yang satu specialnya tentang kami... kami semua "masuk air"...kalau berjumpa macam tongkang pecah. Kalau cakap 100 ...1 jek serius. Tapi untuk makluman semua, walaupun kami kuat main majoriti ahli kumpulan kami pekerja cemerlang MMU cewahhh... sebab tu ummi kata mereka ini memang istimewa..sebab tu nama kami mambang



Meh ummi kenalkan..pakai nama pentas ehh ..
dari kiri.. mambang merah..tgh mambang suci (suci lar sangat).. sebelah nya mambang biru (yg ni lagi dedau)...belakang sekali ummi, dia org panggil mambang pelangi...sebelah ummi mambang hijau... ada beberapa mambang lagi yang tiada dalam gambar sebab dia org tak masuk air sgt mcm yg ada dalam gambar ni....hehe



kami ni pantang jumpa kamera... selfie..selfie..selfie.. mcm2 gaya ada... yg tudung oren tu dulu...masa anak dara kalau selfie boleh kering air laut...
asal selfie jek muncung..asal muncung jek selfie...apa org kata "duck face"
tapi sejak dah kawin ni byk dia dah hensap...hahahaha
Yang tudung biru tu dia sedara chali chaplin... dalam apa hal..semua laju...orang belum bangun dia dah kejut kita orang kat wassup group..kul 4.30 pagi dah suruh kita orang bangun ler solat ler..buat sarapan ler... kalau cuti..orang baru sarapan dia dah siap masak lauk tengahari... 


Kami ni otai otai MMU. Boleh jadi apa jek... Ajak bersukan boleh, buat kebajikan boleh..kerja kerja keagamaan boleh..apa saja boleh..kerana darah MMU mengalir deras dalam jiwa kami. Tahun ni pasukan Netball Mambang MMU jadi Johan untuk Sukan Masiswa.. lawan universiti universiti swasta satu Malaysia tu... huhuhu kami juara... yess..hidup Mambang!!



Dalam ramai-ramai mambang yg ni sorang yang paling mengada dengan ummi. Tak boleh salah ..mengada ngada taik kuda ... kalau gi kursus ke gi mana ker..kita orang mesti satu bilik sebab level masuk air kita orang tahap kritikal... kalau jumpa dua-dua selfie tak ingat boleh kering bateri henpon. Nama dia shimah..ummi bagi dia nama pentas amah... kalau ummi naik angin..ummi panggil dia amah porengek. Ummi rasa dia sayang ummi samapi nak gila kot... betul tak amah...
(seb baik ko tak leh komen mcm FB...hahahah ummi ketawa cam sarip dol)


Yang ini mambang ijau... yang paling kuat buat lawak...
Apa jek watak dalam citer P Ramlee kasikan dia... orangnya kecik jiwa dia besar...
Kalau kita susah...dia orang pertama yang sampai dulu...
Ummi selalu terharu tgk kebaikan dia..dia baik pada semua orang...tak pilih bulu...
tapi kalau dia garang ummi takut sangat.... rasa nak masuk dalam guni tu jek... 
tgk dia punya kuat...karung baju dia boleh angkat sorang
Yang belakang tu shi.... orang besar (pangkat besar dari kakak2 ni)..tapi suka kawan dgn kakak2 yang kecik2 ni ... Shi ni kalau masuk air dia dah sampai.... boleh lemas ar jugak kita orang...huhu.Shi ni rajin untung siapa dapat...single and available tak tahu plak..shi cer komen sikit.. (hahaha korang tak leh komen sesuka hati..ini blog..Ahmad Albab punya kakak angkat yang punya...hahaha)


Inilah yang ummi nak tunjuk kenapa ummi sibuk sejak dua menjak ni... kami mambang2 sibuk sebab ada Annual Dinner Kelab Mesra MMU...sampai kol 12 malam kami bekerja... menyanyi..mengaruk...tapi semuanya masih dalam batas batas yang diredhoi Allah...

Hidup mambang!!!! hehe

Monday, April 21, 2014

Info Trafik...

https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRs0TEbWkn8byE5azk07_4ojDt-X5qnfp1NzOaXnY9HiMb-PACt 
Assalamualaikum wrh.,

Pagi tadi, masa ummi tengah bersiap-siap nak keluar rumah, kak no (alar yang group cik bedah ummi tu...) datang rumah beritahu jangan guna laluan utama nak ke sekolah sebab ada accident katanya. Kereta dengan motor, jalan ke Melaka Raya jem katanya.

Sambil bersiap-siap, pening kepala ummi memikirkan laluan mana ummi nak ambil. Jam dah pukul 7:05 pagi. Kalau nak ikut laluan alternatif yang lain, kesian anak-anak kena jalan jauh.

Keluar rumah ummi baca doa keluar rumah, doa tawakal dan doa naik kenderaan... dengan lafaz Bismillahirahmanirahimm ummi pun jalan. Dalam hati ummi berdoa sangat moga dipermudahhkan urusan ummi dan anak-anak.

Alhamdulillah.. dari trafik light  depan rumah ummi, ummi dah nampak sinar kebahagiaan sebab jalan dah mula lancar. Terima kasih ya Allah kerana telah melancarkan perjalan ini. Ummi nampaklah kesan-kesan kemalangan. Rasanya yang accident tu budak sekolah aqib sebab kami nampak ada cikgu sekolah mereka di tempat kemalangan.

Yang ummi nak cerita ni... hehe pasal kebaikan hati budi kak bedah 2 orang tu. Kak No dengan Salwa. Mereka ini sangat perihatin dengan hal-hal kebajikan ummi. Sebab tu di hujung nyawa suami, beria-ia dia minta kak no dengan Salwa jaga ummi kalau dia tiada nanti... 

Kak No  & Salwa hantar anak awal pagi. Jam 6.30-6.45am mereka sudah keluar rumah...tapi anak-anak ummi baru nak pecah mata. Maka secara tidak langsung dia orang boleh jadi ummi punya "info trafik"  lar...

Nak jadi cerita... masa kak no dgn salwa hantar mesej kat wassup ummi tak sempat baca. Tadi, lepas hantar anak-anak barulah ummi jumpa jalan jem sikit depan Buit Cina. Bila ummi tengok jalan jem ummi pun bukalah hanpon nak baca pesanan-pesanan penaja kat wassup. Setiap pagi wassup ummi pun jem dengan pelbagai pesanan penaja dari macam-macam group.

Sedang ummi ralit membaca...ummi tak perasan tak de keta langsung depan ummi. ...

Ya Allah... jantung ummi terus berhenti berdenyut...tersirap darah seluruh badan..mata menjadi kabur... sebab depan ummi abang polis trafik tengah tiup wisel... Adoyai... inilah kesannya bersemangat baca info trafik dari Cik Bedah... perghhh peluh jantan semua keluar ... abang polis yang tadi hensem dah maca A. Galak dah ummi tengok misai dia...

Nasib baik  ada satu aset ummi yang boleh buat misai abang polis ni luruh ...hehe...ummi senyum sweet sweet... sambil angkat tangan kat abang polis trafik tu... fuhhh!!! seb baik abg polis tak mintak sign autograph... sebab main tepon semasa memandu... huhu

Maaf ya bang lain kali tak buat lagi.....

Friday, April 18, 2014

Citer Kak Bedah lagi.....

https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRs0TEbWkn8byE5azk07_4ojDt-X5qnfp1NzOaXnY9HiMb-PACt
 Assalamualaikum wrh.,

Kak bedah datang lagi.....

Haha ada banyak benda nak cerita.. gelihati tak abis.. bila memikirkan kak bedah 3 orang ni punya kuat berangan. Moh ler tengok gambar sambil ummi cerita sikit sikit...



Eh eh... pegi melancong naik kapal terbang ker... nak gi mana tu cik kak sampai siap siap naik kapal terbang.....


Ummi suka gambar ni.... kenapa?
Sebab ummi suka candid camera...tak de lar ummi cover cun kannn
Yang penting kasut merah ummi yg boleh buat mata kak nor silau...
Cer nengok kak no sampai tutup mata...huhu


Amboi amboi kak bedah...bukan main cekak pinggang lagi...
Nak masukkan gambau kak bedah tengah sarung baju boleh?
hahaha..yang penting kak bedah tak boleh komen...yeszz yeszz
Pilih blouse kat sini jek makan tawun..pening kakak yg handle kita org ni...
tapi kita orang baik kan kak...bukan difficult customer kan kak...


Dengan izin Allah ummi telah ditemukan dengan classmate ummi masa sekolah menengah dulu
kami terpisah hampir hampir 25 tahun... bila berjumpa...malu malu kucin... 
Maklum ler lama tak jumpa...
Tapi kawan ummi tetap cantik seperti dulu... 
Orang bandar eh.... lilit lilit tudung pun cantik...
kalau kena ummi lilit camtu ... ermmmm sekampung heran.. hehe
TQ marina sudi datang cari saya... bawak buah tangan yg sungguh cantik dan bermakna
Sayang kamu sampai syurga... 
Masa sekolah ... fuhhh!!! boleh beruban le cikgu-cikgu..
tapi bila dah berumur...Alhamdulillah semua semakin cantik dan soleha...
nanti ada perjumpaan rakan sebaya zaman sekolah ummi up cerita ya...



tak tentu arah nak pilih yang mana...sampai gatal telinga gatal kepala....
kak no tengok baju banyak banyak pun sedih....
tengok si debab ummi.... garu kepala yang tak gatal layan karenah ummi



Dah penat meround....kaki dah gigil... emosi bercampur baur...nak makan orang ada...nak pukul orang ada... kami putuskan baik kami berhenti mencari sesuap nasi dulu... sebab lutut pun dah longgau..
Akhirnya... rezeki yang ummi perolehi hari tu sangat memberangsangkan... besau ikan dari pinggan..
Cer nengok kak no makan pun sedih sebab kak no punya ikan tak de kepala...
Tanjat boboi ...kak no ngan ummi berposak cari kepala ikan kak no...seb baik teropong tinggal kat rumah...
hahahahahahaha....


Last but not least...
Chewahhhh... tepat jam 5:30pm kami pun bergerak balik ke bumi Hang Tuah...
Teja mana leh keluar dari Melaka lama-lama...menangis rakyat Melaka... huhu
Sebelum bergerak balik sempat posing lagi...
Inilah hasil tangkapan yang kami dapat...
berkodi kodi...tapi bukan ummi punya
Salwa punya barang niaga.... hehe

Apa pun terima kasih Kak No, Salwa, Bob, Sabrina dan Yana.. menceriakan hari kami...
Kenangan manis Percutian Kak Bedah yang tak dapat dilupakan...
p/s kak no ngan salwa tak yah komen lah ya...senyum jek eh

Thursday, April 17, 2014

Rombongan Cik Bedah ke.........

https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRs0TEbWkn8byE5azk07_4ojDt-X5qnfp1NzOaXnY9HiMb-PACt 

Assalamualaikum wrh..

Selasa lepas Melaka cuti bersempena dengan cuti Melaka Bandaraya Bersejarah... Ummi dan BFF Cik Bedah taman pun pergilah melancong. Percutian yang tidak di rancang...gurau gurau jek rupanya jadi kenyataan. Itulah yang dikatakan hati-hati dengan kata-kata kerana kita tak sangka masa kita cakap tu pintu langit terbuka dan terus jadi kenyataan kannn....

Seronok betul percutian kami... dari mula keluar rumah ... hinggalah dah nak sampai umah...pot pet pot pet pot pet..macam tak cukup mulut nak bercakap. Henpon toksah cerita lar..macam lampu raya...lip lap lip lap... prang prung prang prung...masuk wassup masuk FB masuk WeChat... maklum ler rombongan Cik Bedah dapat keluar melancong... 

Meh la cuci mata tengok gambar kami....



Cik Bedah Taman Jaya gi melancong..
BFF ler katakan...dah macam 3 Dara Pinggitan
Dari kiri Wa..Esah..Noi tu nama pena haha
nama sebenar... dari kiri salwa..ummi dan kak no
cam kena je kan nama tu dengan watak dlm 3 dara pinggitan
Rancang acah-acah...tapi jadi kenyataan


Punyalah teruja sangat... sampai terbeli tiket kat kaunter OKU/ Warga Emas.. tapi adik yg jaga kaunter tu baik... dia siap tanya... ada yg OKU ke?...kami jawab...takkk!!!... Warga Emas?... 
dia orang jawab ada... sambil tunjuk jari kat Ummi... 
Cis.. mana adik kaunter tu nak caya kan... ummi kan cam shomel jek dia kata warga emas... hahaha


Kami berlepas ke destinasi jam berikutnya jam10:00am...
Teruja sangat...asal jumpa signboard jek amek gambar..
konon nak beritahulah kami ke mana..haha...



 Tengah sibuk memilih barang..rupanya ada paparazzi snap photo ni...
masa  ni skrip kita org...
"aku amek ni kau tengok ni...aku amek ni kau tengok ni.." hehe

Sebelum kita enjoy...meh kita kira duit dulu...kang ada balik jalan kaki.....
cantik tak kasut merah ummi... huhu

Frust sangat...baru ingat nak beli baju sama sama sedondon... 
senang nak pergi kenduri ke.. umah org meninggal ke..marhaban ke...
kak no yg tengah tu...tinggi benau... bekas ratu kebaya Jasin ler katakan..pewittt
yg tudung pepel tu namanya salwa...eksyen tau sebab baju dia ada size....
apa pun ummi yg best sekali...tudung ijauuuuu..kasut merah mak ngh..menyengau...
keh keh keh..ummi boleh tulis apa ummi suka sebab dia org tak leh komen mcm kat FB...hua hua 


Body Guard tak leh tinggal..kan ummi pernah kata...kat mana ada ummi kat situ ada dia 2 org...
ummi seronok tgk anak-anak gembira... 
yg lagi dia gembira.. ada adik student MMU jadi Tourist Guide kami... Bob
Siap nak buat abg Bob jadi abg angkat... larat ke korang nak angkat abg bob kan Bob.... hehe


Dalam LRT pun sempat posing


Masa nak balik ummi jek dapat duduk... yg lain semua berdiri
Kak no ngan Salwa kata...OKU ngan warga emas jek kena duduk..
tapi asal ummi shy shy cat...
sebab ada pakwe kat sebelah tu... aurat kan..
tapi sebab dah penat ummi duduk jek lar... huhu
seb baik mamat tu tak mintak no tepon...kalau tak komperm ummi bagi...hahaha acah jek

Kalau kita susah....

 https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRs0TEbWkn8byE5azk07_4ojDt-X5qnfp1NzOaXnY9HiMb-PACt


Assalamualaikum wrh.,

Alhamdulillah...pagi ni ummi ditemukan Allah dengan seorang pelajar istimewa. Dia datang kaunter ummi hari ni nak collect vouver buku BB1M. Ketika dia duduk dan ucap selamat pagi pada ummi..hati ummi terdetik...ya Allah apalah sakit adik ni agaknya kerana sebelah dari matanya berbalut..

Teman sepejabat menegur dengan selamba... "dek, mata you kenapa...." 

"Mata saya sakit... tak balance kalau saya tak tutup nanti saya akan mual dan muntah-muntah ..saya baru lepas laser.." jawab adik itu.

Sempat ummi bertanya beberapa soalan kenapa bila macamana bla bla bla... Rupanya kata dia, kecacatan ini, buta sebelah mata sejak kecil lagi.

Ummi seperti biasa...suka meninggalkan sepatah dua kata perangsang untuk adik-adik yang bermasalah supaya mereka terus kuat...dan secara tidak langsung ummi mengharapkan perhubungan kami akan menjadi ingatan dan berkekalan.

"Dek, kalau you rasa susah..you jangan lihat orang yang senang, nanti you akan kecewa dan menyalahkan tuhan... you tengok pada orang yang lebih susah dari kita, dan kita akan bersangka baik dengan tuhan.You beruntung kerana walaupun tuhan beri you satu mata tapi you pandai manfaatkan mata you... you belajar ...ada orang tuhan bagi mata yang sempurna tapi gagal manfaatkan matanya... "pesan ummi pada dia...

Adik itu memang anak baik...dari air muka dia yang lembut kita boleh agak orangnya macamana. 

"Betul kak, mak saya selalu pesan..dalam hidup kita perlu sentiasa bersyukur..." jawab adik tu dengan senyuman manis.

Seperti halilintar ayat adik tu...menerpa ke hati ummi...sentap hati ummi dibuatnya. Kalau yang bercakap tu dari orang yang beragama islam ummi tak berapa terasa..kerana pekataan itu sudah menjadi makanan kita... tapi ini dari seseorang yang bukan beragama islam. Malu dan hina rasa diri ini.

Subhanallah... kerdilnya rasa diri ummi... dan ummi bercita-cita andai dapat ummi berdakwah padanya untuk memeluk islam Subhanallah. Ya Allah mohon permudahkan....

Itulah ya dalam hidup ini... jangan suka komplain Allah...kenapa nasib aku macam ni kenapa aku susah macam ni ...kenapa masalah bertimpa timpa pada aku...kenapa...kenapa ..kenapa.. Stop complaining!!! banyakkan syukur... nak baca susah kita...kita tengok susah orang... pasti kita menjadi insan yang bersyukur...

Teringat ummi kisah menjaga si buah hati saat hujung hujung nyawanya di hospital... kita ingat kita susah... ummi ingat ummi susah..jaga suami kat hospital...anak-anak tinggal kat abang ngan kakak... ada mak cik katil sebelah lagi susah.... suaminya kena potong kaki sebelah.... kat rumah ada mak yang sudah uzur... perjalanan dari hospital ke rumah dalam 45 KM... tunggu motor orang hantar.... ya Allah terus ummi insaf....dan takmo komplain komplain dengan Allah...

Ya Allah sungguh cantik perancangan Mu..memang benarlah janji Mu... kalau kita syukur Allah tambah nikmat dan jika kita kufur sesungguhnya siksaan Allah itu amat pedih. Sepanjang ummi jaga si buah hati, dari sakit...meninggal..hingga ke saat ini... segala urusan ummi dipermudahkan Allah kerana ummi yakin Janji Allah itu benar... Allahu Akhbar..

Jangan mengeluh dengan nasib kita ya kerana...kalau kita susah.... ada lagi orang yang lebih susah hidupnya...


Jom senyum mcm Dhea...
Senyuman syurga..penuh keikhlasan


Thursday, April 10, 2014

Acuan Abah

 


Assalamualaikum wrh.,

Ha.. selalu ummi cerita pasal adik..jarang-jarang ummi cerita pasal si abang. Hari ni ummi nak cerita pasal abang pulak. Si abang ni sebijik acuan abah dia. Dalam mulut ada emas. Baik, pendiam, sayang ummi...cemburu... ha yang ni memang acuan abah dia bulat-bulat.

Naqib kini sedang berusaha untuk menjadi abang...menjadi anak sulong yang bertanggunjawab pada ummi dan adik. Dalam setiap pekara naqib nak ummi bincang sama-sama dengan dia. 

Cer nengok muka dia...muka dia pun banyak abah dia...

 
Ha kannn.... banyak rupa abah dia...

Cemburu dia tok sah cakap... pantang ummi siap-siap jek dia tanya ummi nak pegi mana. Dia dua beradik ni memang body guard ummi paling setia ... ummi sidai baju... 2 - 2 ikut sidai baju....ummi ke depan dia orang ke depan...ummi ke belakang ..dia orang ke belakang... dalam bilik air dengan pegi keje je dia orang tak boleh ikut...


Dalam apa hal..memang ummi terselit kat tengah-tengah... ummi tak boleh lebihkan yang kiri...ummi tak boleh lebihkan yang kanan... kalau terberat sebelah... ermmmmm...

Dua-dua anak syurga ummi ada karektor yang sangat berbeza. Seorang pendiam seorang mak oi ai... maka balancelah rumah ummi. Kalau satu rumah riuh pun tak best gak macam pasar... kalau semua sunyi pun tak best gak macam rumah mayat... hehe

Ramai orang kalau tanya khabar ummi...pasti tanya khabar anak-anak. Semua saudara mara handai taulan ummi sangat perihatin ngan anak syurga ummi. Selalu ummi khabarkan pada mereka jangan bimbang..mereka anak soleh in shaa Allah... ummi selalu pesan kat dia orang kita kena redho kita kena sabar kita kena syukur apa saja yang Allah beri. Jangan komplain kenapa Allah ambil abah... sebab korang beruntung Allah pinjamkan abah sampai umur 14 ..15 tahun. Rasulullah saw dalam perut dah tak der abah. Lagi satu bila Allah dah ambil abah.. korang tak der dosa sebagai anak derhaka. Malahan dapat pangkat instimewa...Anak Yatim...anak yang dikasihi Allah yang di pelihara Allah..dan anak yang disayangi Rasulullah. Kelak di dalam syurga jarak anak yatim ini sangat dekat dengan Rasulullah saw. Alhamdulillah... moga kita dihimpunkan bersama-sama semula dan bahagia di sana nanti.In shaa Allah aminnnnn...

Ummi upah bawak round da world..sebab depa 2 orang ni rajin. Tiap-tiap minggu ada je aktivitnya.

Anak syurga ummi ni dua dua rajin. Ummi pesan sekali je.. sebelum pegi keje ummi dah kemas rumah bersih-bersih balik ummi tak suka tengok rumah bersepah. Ummi latih mereka basuh pinggan lipat baju..sapu dan mop rumah. Boleh harap suruh masak air mesin baju dan sidai baju... ummi selalu cakap..andai ada umur ummi tak apa...kalau tiada umur ummi.. ummi tak mahu mereka menumpang rumah saudara mara... ummi cakap aqib dan adik dah besar dah boleh berdikari duduk rumah sendiri.  Lebih selesa... 

Adik marah kalau ummi cakap ummi nak pegi kat abah.. kalau dia buat hal ummi cakap ummi nak mati... siap ngajuk ngajuk si debab. Tapi dek semua orang kena terima hakikat ini..hidup lawannya mati. Semua orang akan mati cuma cepat lambatnya saja. Apa yang kita ada semuanya pinjaman sahaja. Bukan milik kita..... yang penting selagi ada nyawa jom kita bahagia membahagiakan satu sama lain... kita kumpul bekal kita kumpul amal.. semoga bukan sahaja bahagia di dunia malahan di akhirat jua.... ummi sayang anak ummi...