Pagi tadi, masa ummi tengah bersiap-siap nak keluar rumah, kak no (alar yang group cik bedah ummi tu...) datang rumah beritahu jangan guna laluan utama nak ke sekolah sebab ada accident katanya. Kereta dengan motor, jalan ke Melaka Raya jem katanya.
Sambil bersiap-siap, pening kepala ummi memikirkan laluan mana ummi nak ambil. Jam dah pukul 7:05 pagi. Kalau nak ikut laluan alternatif yang lain, kesian anak-anak kena jalan jauh.
Keluar rumah ummi baca doa keluar rumah, doa tawakal dan doa naik kenderaan... dengan lafaz Bismillahirahmanirahimm ummi pun jalan. Dalam hati ummi berdoa sangat moga dipermudahhkan urusan ummi dan anak-anak.
Alhamdulillah.. dari trafik light depan rumah ummi, ummi dah nampak sinar kebahagiaan sebab jalan dah mula lancar. Terima kasih ya Allah kerana telah melancarkan perjalan ini. Ummi nampaklah kesan-kesan kemalangan. Rasanya yang accident tu budak sekolah aqib sebab kami nampak ada cikgu sekolah mereka di tempat kemalangan.
Yang ummi nak cerita ni... hehe pasal kebaikan hati budi kak bedah 2 orang tu. Kak No dengan Salwa. Mereka ini sangat perihatin dengan hal-hal kebajikan ummi. Sebab tu di hujung nyawa suami, beria-ia dia minta kak no dengan Salwa jaga ummi kalau dia tiada nanti...
Kak No & Salwa hantar anak awal pagi. Jam 6.30-6.45am mereka sudah keluar rumah...tapi anak-anak ummi baru nak pecah mata. Maka secara tidak langsung dia orang boleh jadi ummi punya "info trafik" lar...
Nak jadi cerita... masa kak no dgn salwa hantar mesej kat wassup ummi tak sempat baca. Tadi, lepas hantar anak-anak barulah ummi jumpa jalan jem sikit depan Buit Cina. Bila ummi tengok jalan jem ummi pun bukalah hanpon nak baca pesanan-pesanan penaja kat wassup. Setiap pagi wassup ummi pun jem dengan pelbagai pesanan penaja dari macam-macam group.
Sedang ummi ralit membaca...ummi tak perasan tak de keta langsung depan ummi. ...
Ya Allah... jantung ummi terus berhenti berdenyut...tersirap darah seluruh badan..mata menjadi kabur... sebab depan ummi abang polis trafik tengah tiup wisel... Adoyai... inilah kesannya bersemangat baca info trafik dari Cik Bedah... perghhh peluh jantan semua keluar ... abang polis yang tadi hensem dah maca A. Galak dah ummi tengok misai dia...
Nasib baik ada satu aset ummi yang boleh buat misai abang polis ni luruh ...hehe...ummi senyum sweet sweet... sambil angkat tangan kat abang polis trafik tu... fuhhh!!! seb baik abg polis tak mintak sign autograph... sebab main tepon semasa memandu... huhu
Maaf ya bang lain kali tak buat lagi.....
No comments:
Post a Comment