Thursday, February 20, 2014

Cikgu ohhhh Cikgu....

Sedih, Marah, Malu, Geram...semua ada. Duhai cikgu...tahukah kalian tugas sebagai seorang guru itu adalah tiket untuk kalian mudah masuk syurga. Sekali anda bergelar cikgu hingga mati anda akan di gelar cikgu. Makin hari makin menjadi-jadi cerita cikgu-cikgu buat pekara yang ummi sendiri malu nak sebut.

Bagaimana kita nak mendidik anak bangsa kalau kita sendiri tunjuk contoh yang tidak baik. Malu bila di dada akhbar dipaparkan kisah guru ditangkap khalwat di tepi lebuhraya... guru rakam video lucah..guru lakukan gigitan cinta pada pelajar.. masyaAllah...

Cikgu ohhh cikgu...walaupun ummi pernah menjadi guru sandaran...roh sebagai cikgu itu sangat menebal di dalam jiwa ummi. Walapun hanya sebagai kerani di MMU ni... ummi tetap cuba sedaya upaya mendidik anak-anak ini kerana darah sebagai seorang guru itu pernah mengalir dalam diri ummi.

Masih ada juga pelajar MMU ni yang memanggil ummi cikgu walaupun ummi hanya kerani di bahagian Hal Ehwal pelajar. Ummi sayang adik-adik ni...ummi tak anggap mereka sebagai pelajar dengan pekerja. Ummi sayang mereka seperti adik sendiri...dan kini sudah sampai masa untuk ummi sayang mereka sebagai anak... (faktor umur) hehe...

2 tahun sebagai guru sandaran... terasa sayang dengan amanah yang diberi. Sekali kita di gelar cikgu sehingga mati kita di akan di gelar begitu. Masih ada bekas-bekas pelajar ummi, yang kalau ummi terjumpa...masih memanggil ummi dengan panggilan cikgu. 

Duhai cikgu cikgu yang dikasihi cuba hayati bait-bait lagu "kami guru malaysia"

Kami Guru Malaysia Lirik
 
Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

...kerana segelintir yang buat perangai begini habis terpalit sama cikgu-cikgu yang tidak berdosa. Sudah resam dunia, yang baik yang berjasa tidak pula dicanang-canang...tapi seorang dua yang bawak umpur habis semua terpalit sama. Duhai cikgu...andai tak mampu menjadi cikgu... lucutkan saja gelaran itu supaya tidak menjejaskan nama baik institusi perguruan ini.

Saya sayang cikgu-cikgu saya...mereka mendidik  dari hati..mereka mendidik kami dengan nilai nilai murni...Ya Allah rahmatilah guru-guru kami...

No comments: