Wednesday, September 22, 2010

Cekodok Geragau


Meh kita masak lagi..... kat Melaka sekarang ni musim geragau... hari tu teragak sangat nak makan cekodok. Masa abg keluar ngan anak anak cari mainan ummi pun pesan....

"Bang, baik nanti eli geragau ye.... "

Sampai ke klebang abang aji carik..... Sampai jek umah anak beranak semua dah kelaparan...apa lagi ummi pun buatlah cekodok geragau ni...sedap sangat sebab geragau baru turun agaknya.... manis dan lembut... jom kita share resepi ni.... kalau tak sedap jgn marah ye... apa salah kita mencuba...

Cekodok Geragau

Bahan-bahan

Semangkok Geragau
1/2 Kilo Tepung Gandum
Sebiji Bawang Besar
3 Sudu Cili Mesin
Sehelai Daun Kunyit
1 Telur
Pati Ikan Bilis
Garam secukup rasa
Minyak untk mengoreng

Campurkan kesemua bahan gaul dan masukkan air garam. Gaul Rata hingga adunan menjadi lembut. Goreng dengan minyak yg panas. Dah siap.... hidangkan untuk keluarga dan kan ketika ia masih panas.... dicicah dengan kuah cili ibu mertua....nyum nyummmmmm


Kuah cili pencicah ibu mertuaku


Jemput makannnn.....

Kek Marble


Bila sawan blog dah sampai...hari hari ada jek benda nak dimasukkan...
kalau penyakit malas datang... buka blog jek nak tido..... tadi ummi ada update FB .. gambar kek marble... ada lak rakan fb ni berminat nak buat kek tu... jadi jom kita kongsi sama sama....
kalau ada idea idea yang lebih bernas utk wat kek lagi sedap ni jom kita kongsi sama sama ye...

Kek Marble

Bahan-bahan

1 1/2 cawan Planta
1 1/2 cawa gula halus
2 tutup esen vannila
6 biji telur
3 cawan tepung kek
2 sudu susu pekat manis
Koko

pukul planta, gula halus dan esen vanilla hingga kembang pastu masuk telur sebiji demi sebiji... pukul hingga kembang dan ringan kemudian masukkan tepung kek sedikit demi sedikit dah sebati masukkan susu pekat dan pukul lagi.

Bila dah serata bahagikan kepada 2 bahagian
satu warna coklat dan satu lagi yang asli. Untuk yg coklat masukkan koko powder (van houten) ..ikut le byk mana nak ye.. kalau nak coklat dia pekat tambah lebih sket coklat dia. Akhir sekali ...masa masukkan aduan tadi dalam loyang ..masukkkan selang seli.. mulakan dengan yg asli pastu yg coklat...ulangi samapi adunan tadi habis


Buat cam ni ye.....


Bakar selama 45 minit ke 1 jam bila dah siap...amek gambar pos kat blog atau FB ye
nanti tunjukkan kat ummi hasilnyaaaaaaaaa..... : )



Jgn lupa bekalkan suami dan anak anak ye......

Tuesday, September 21, 2010

Riang Ria di Hari Raya


Mula -mula gambar tuan rumah dulu ye...
anak anak tak de dlm gambar sibuk g beraya
Cantik tak? So suweet kann

Tetamu yg pertama hadir pada tahun ni
Jiran terdekat...Vincent n family

Sedang menjamu selera

Kumpulan kedua yg hadir....
Dah kenyang baru boleh senyum

Mambang mambang kuat beragan...
Sebenarnya hamper tu Vincent yg bagi tau...

Malamnya pulak hari bersama keluarga...

Seronok bila berkumpul beramai ramai
abg aji paling seronok dapat memberikan yg terbaik pada malam tu...
... sian abg aji penat sangat.....
Tima kasih abg...... semoga mendapat penilaian yg sebaik baik dari Illahi..Amin

Jejak Kasih ngan Linda
Setelah 10 tahun tak jumpa... dah beso beso anak dara Linda
Rinduuuuu ..... Linda maintain jek.. masih seperti dulu

Napa kita org putih melepak eh...?
Cahaya keimanan ke cahaya matahari kat luar tu....

Geng Mamabng Vol 2 lak dtg beraya..
Nad, Cinda, Shila ngan Amah

Bergambar kenangan di Taman Tasik Alina Utama....

Ari tu masa pegi umah kak Jimmy nampak dia macam org kemboja...
bila kak jimmy dtg umah ummi...nampak cam kemboja yg dah kaya...yg dah lama duduk mesia...hehe (kak Jimmy dtg dgn anak-anaknya... Kak In n family & dek tit ngan tunang..Inspektor Sahab )

Turn berjalan raya lak.....
ni kat umah kak "owh"

Bersama Ahli mesyuarat tingkap J4
Beraya di rumah Tini

Beraya kat rumah kak Tim
Kak Tim berjaya atau tidak.... Hanya Allah yang mampu membalas budi baik Kak Tim
semoga kak Tim dikurniakan kesihatan yang baik... ilmu yg bermanafaat dan rezekiyang halal...
Salam Sayang buat Kak Tim dari kami sekeluarga

Kat rumah kak tim lagi

Ha.... ni kita org kat umah kak jimmy.....

Sahabat Karib dari buaian sampai dah tua... dan hingga akhir hayat ..insyallah
Suriana Mohamed..nama glamer Ana...
Saudagar Nasi Lemak terkenal kat Melaka.... ckp jek Nasi Lemak Ujong Pasir semua org Melaka tahu.... Sampai dah kawin pun kami duduk dekat dekat...nasib baik tak sebelah menyebelah... kalau tak mahu pecah dinding buat pintu...hehe

Sebenarnya ada byk gambar lagi...nanti nanti la ya...
Rajin nanti ummi upload lagi k...


Wednesday, September 8, 2010

Selamat Hari Raya....

Mulut ni ... kalau tak suka terus meggomel... mata ni kalau tak suka terus menjeling..hati ni kalau tak suka terus mengutuk... kaki ni kalau tak suka terus rasa nak terajang...benci bila datang...terus rasa nak mengumpat... dosa yg dilakukan macam tak tak de dosa... sempena dengan hari raya yg menjelang tiba... buat SEMUA yang mengenali diri ini.. kawan ,sahabat, jiran sedara mara, musuh yg nyata mahupun tersembunyi ..... ampun dan maaf ye andai sepanjang hubungan terjalin ada rasa tidak puas hati di mana mana ya.... SAlam Aidilfitri

Tuesday, September 7, 2010

Terjumpa...

Ari tu...dok merayau-rayau kat alam cyber ni... tetiba terjumpa gambar ni....
Kenangan bersama adik adik usrah utk program KKB. (Tahun tak ingat la..hehe)Karnival Keluarga Bahagia. Kalau tak salah gambar ni diambil masa malam program Ceramah Perdana oleh Ustazah Hayati.Seronok sangat masa tu dapat bekerjasama dengan adik adik ni....

Kini semuanya tinggal kenangannnnn.....



Monday, September 6, 2010

Menunggu Jemputan


Hensem tak? Ini lah abg aji pujaaaaan hatiku...
Gambar ni diambil selepas selesai majlis khatam Quran di surau kami malam tadi

Menunggu jemputannn......
Ya Allah mudahkan urusan kami....


Seorang macam pengacara ...yg sorang lagi macam calon imam muda...
sesi soal jawab....
soalan.. " Imam Muda Bakhtiar... awak ni hensem... tak takut ke kalau dah terkenal nanti... ramai gadis gadis mintak no talipon...."
Imam Muda Bakhtiar jawab... "Tak takut sebab semua pangilan tepon, isteri saya jawab... sebab isteri saya kuat bercakap.... "
"Boleh kami berkenalan dengan isteri imam muda....."


Imam Muda Bakhtiar... "Ni la isteri saya... yg sebelah dia tu PA dia...sama 2X5...
Kalau peminat jumpa mereka berdua.... memang HENSAP la......"

Wednesday, September 1, 2010

Tasbih, Tahmid dan Takbir

Pengisian selepas isyak sebelum solat tarawikh di surau ... seronok mendengar tazkirah ustaz. Sedikit perkongsian buat kita bersama..

Zikir ini asalnya, masa Allah menciptakan dunia ini.. disuruhnya malaikat memegang arasy ini. Para malaikat tidak sanggup kerana beratnya dunia ini. Lalu Allah menyuruh malaikat menyebut "Subhanallah".. apabila malaikat menyebut zikir tersebut arasy itu menjadi ringan. maka malaikat terus berzikir...subhanallah..subhanallah...tanpa henti

Kemudian apabila Allah menciptakan Nabi Adam as... Nabi Adam as memohon untuk bersin. Allah mengizinkannya. Sejurus selepas bersin terus terpacul perkataan "Alhamdulillah" dari mulut Nabi Adam. Lalu disambut oleh Allah dengan perkataan "Yarhamkullah"..Apabila malaikat mendengar perkataan itu maka dia pun menyambung zikirnya menjadi.."Subhanallah, Alhamdullilah..." hingga ke zaman nabi Ibrahim.

Pada zaman Nabi Ibrahim as pula ditunjukkan kebesaran Allah ke atas orang orang yang bersabar. Apabila Allah meminta Nabi Ibrahim as untuk menyembelih anaknya, syaiton tidak henti henti datang mengoda. Digodanya Siti Hajar dan Nabi Ismail. Malangnya usaha syaiton itu sia-sia. Saat ingin menyembelih Nabi Ismail pisau yang begitu tajam tidak berjaya menyembelih leher Nabi Ismail. Spontan terpacul perkataan "Allahu Akhbar" dari mulut Nabi Ibrahim as.

Malaikat yang mendengar zikir tersebut, terus menyambung ziriknya menjadi tasbih, tahmid dan takbir... "Subhanallah, Alhamdullilah, Allahu Akhbar.."..wallahualam