Entri kali ini Umi coretkan dengan satu perasaan yang bercampur baur. Rasa marah , geram dan terkilan datang bersilih ganti yang mana ianya menuntut Umi menggunakan anugarah kurniaan Allah iaitu "IMAN" dan "AKAL"dengan sesungguh-sungguhnya! dan yang paling penting mengingatkan Umi agar tidak mudah terjentik dengan hal-hal yang remeh temeh begini!
Bagi Umi, keluarga adalah segala-segalanya. Perselisihan dalam hubungan kekeluargaan memang tidak dapat dielakan. Sedangkan lidah lagi tergigit apalagi kita adik beradik. Begitu juga dengan anak-anak buah Umi. Umi sayangkan mereka seperti mana anak- anak Umi sendiri. Tidak pernah Umi membeza-bezakan antara mereka kerana pada merekalah tempat Umi menumpang kasih di hari tua nanti. (yg membezakan layanan mak cu... bila kau pun layan mak cu mcm orgg... so what u giv you get backkkk....)
"mak cu no matter how solehah ur blog is..."............. seronok bila ayat ni dikeluarkan oleh seorang anak saudara graduan dari Jepun dan masih bekerja di Jepun. Tapi dia bukan anak sedara lagi kot... sebab dia adik beradik dah hantar notis putuskan hubungan kekeluargaan ni secara official semalam.... rasanya biar ummi bahasakan dia sebagai pompan jepun itu lebih manis rasanya. kalau nak tahu ....teruskan membaca apa yang ummi maksudkan mereka putusakan hubungan kekeluargaan ini secara official.
kepada followers ummi yang selalu bertandang ke sini, terima kasih yang tidak terhingga dan maaf hari ini bahasa ummi tidak semanis sebelumnya. Blog ini tempat ummi mencurah segala apa yang terlintas di kotak fikiran ummi. Yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu dari diri ummi yang hina.
Entri ini bukan umum...memang ummi tujukan untuk dua beradik yg besau kepala ni... kalau kau baca Alhamdullilah....Manusia penuh ego. Hari ni ummi nak curahkan segalanya disini... supaya selepas ni tiada apa yang terpendam lagi. Andai aku mati pun selepas ni... lega rasa bila segala yang terpendam telah ku curahkan kat blog ni.
Kisah bermula.. suatu hari ketika kami anak beranak bergolek-golek nak tunggu mata terpejam, naqib minta ummi garukkan dia.. ummi pun ckp, masa kau kecik kau suruh garuk ummi garukkan...besok ummi dah tua umi sakit kaki, suruh kau urut...kau boleh urutkan... mcm mcm lagi lah yang umi compare masa dia kecik dan masa ummi tua nanti....
esokknya bila ilham datang mencurah-curah ummi pun tulis di FB dan di blog...
entry yang ini ..
Bila anak menangis masa kecik kecik dalam buaian, mak bapak nyanyi untuk tidurkan
nanti bila mak bapak nangis... kau buat tak reti...kau perlekehkan
Bila anak demam... mak bapak pakat pakat amek cuti ....
nanti bila mak bapak demam.... anak sibuk ada meeting tk leh cuti
selebihnya....baca entry ummi tajuk Beza anak dengan mak bapak...
tiada terniat nak mengata sesiapa..sekadar mencurahklan ilham untuk blog ni. Jadi terpulang kepada yang membacanya. Rasa kalau terkena pada kita sedau sedaulah diri... kalau kita ada mak bapak jangan lah buat macam tu...ramai jugak yang komen kata terasa dengan tulisan ummi. Tapi mereka ucap terima kasih kerana dengan teguran ummi di blog dan mereka berubah...
Tidak seperti dua graduan ni.... (agaknya dia rasa dia dah pandai benau lah..apa lah sama dengan taraf pemikiran aku kerani cabuk ni) terus melenting lenting... hantau mesej kat anak saudara yang seorang lagi...dan memutuskan hubungan kami secara officialy. (dia cakap org putih maklum le graduannnn) habis satu keluarga kami dibuangnya...apa ni? Asal kau terasa... kalau kau terasa betul le memang tu korang...
begini bunyi mesejnya...
ni yang adik pompan jepun tu hantar ... Oh yeah do tell dem, Mieza dat everone is officially out of my life, thank you very much...u wanted respect i've given it before... but not anymore..... bla bla have fun messing up with otha families just not mine...." ada lagi,dia dah dapat pengesahan kakak dia, " pompan jepun totally agreed... bla bla bla " bapak dia (abang ummi )tengah terlantar kat hospital tahu ke tak dia putuskan hubungan ni ...astaghfirullahalazhimmmm... senang budak budak sekarang memutuskan hubungan kekeluargaan. Dia ingat senang nak bina balik selepas ni....
Anak-anak buah yang lain punya hangin.... terus tulis kat FB aku pasal ketidak puasan hati dia org... biarkan mereka luahkan, mungkin mereka tengah marah.... tapi itu yang korang mahu kan...seperti mesej adik pompan jepun ni tadi...
(adik dia biar ummi gelarkan "lembut plastik" kalau tengok orang nya kita tak sangka ini perangainya...bukan main lemah lembut..) tapi kewarasan fikiran cetek... bila melenting buang sedara.... yang tulis aku, yang tak pasal pasal kau buang semua sedara mara pe kesss...
Allah tu Maha Agung Maha kaya...dia gerakkan tangan ni untuk baca komen pompan jepun kat entry ummi tu...
"ummi soleha" borak ngn kitorg? penah ke amik kisah? sapa yg pilih anak sedara? i dun need ur advice lar. ilmu kemanusiaan kurg? yelar duk dpn muka baik blakang kutuk. ckp agama pandai skit doesnt mean hav da rite nk judge org. yg boleh judge kitorg adik bradik is our parents & Allah. not ummi soleha or mimie or anyone. i dun think dis blog give us ilmu & i totally xkutuk agama sendiri..."manis bahasa graduannnnn.... maklum le keje kat Jepunnn (eh Jepun ni ada tak group group usrah, kesian lah.. rasanya kena adakan ar.. dapat usrah dia org sesikit pun jadi le... bab bab dekat diri dgn Allah, bab aurat kee... bab cara bergaul dengan org tua)...rasanya dia tak paham bahasa melayu... tapi pelik baca entry aku. Memang le tak dapat faedah... cuba kau baca bahasa melayu dengan betul dalam entry aku ni...tentu tak banyak sikit kau dapat faedah... kau kata blog aku tak de pekdah..yg kau sahkan aku boleh ckp sikit tentang agama buat apa... tu lah... gunalah bahasa kebangsaan kita, bila org melayu cakap omputih... dia bukak pekong sendiri...melayu tetap melayu... tak kan melayu hilang di dunia dek nonnnn.... bila melayu byk ckp omputih dalm urusan kekeluargaan ... ish ... loya tekak teman
Kalau tulisan aku ni tak de kena mengena dengan korang, Apasal kau nak terasa kalau itu bukan kau. Kalau korang la... kalau apa yang aku tulis tak de kena mengena dengan kau..kau nak terasa ke? Lagi satu anak sedara lain semua ada dalam list FB aku yang kau tak de dalam list aku kau nak melenting dengan tulisan aku apasal. (aku pernah request nak add friends dia tak nak add...sebab aku kerani cabuk tak sama level ngan dia adik beradikkk....)
Lagi satu sebelum kau nak buang sedara bincang dengan mak bapak korang dulu. Kau buang kita org macam mana pun... bapak kau tetap abang kita oranggg... air di cincang takkan putus. Tapi esok kalau terjadi apa- apa kat bapak kau... kan ke kau nak nak cari sedara jugak...lebih-lebih lagi pak tam malaikat dalam keluarga kami. Jangan ingat bapak kau baru sakit cam tu, senang senang kau nak buang sedara. Kalau boleh sebelum buat keputusan yang bodoh... tolong fikir berbalik balik. Penat mak bapak antau belajar luar negara.
Lagi satu kau jangan kutuk anak buah aku yang lain eh....dia orang tak de kena mengena dalam hal ni... banyakan baca buku agama... jangan baca blog aku ni, kalau kau rasa tak de pengisian. Aku seperti biasa takkan berhenti menulis kerana inilah medan aku untuk berkongsi kebaikan dengan orang lain.
kata pompan jepun ni lagi "yelar duk dpn muka baik blakang kutuk. ckp agama pandai skit doesnt mean hav da rite nk judge org." manis sungguh kata kata seorang budak pada orang tua....kata kata kau tu bagi perangsang kat aku untuk terus menulis. aku tak kuasa nak judge kau...byk keje lagi aku nak buat..nak kemas umah tak abis... kang rumah cam tongkang pecah malu orang tengokkkk...Aku mohon dengan Allah, selepas ini Allah berilah aku lebih banyak ilham lagi untuk aku terus menerus ke arah untuk mengajak orang melakukan kebaikan. Bila orang -orang macam kau ni terasa dengan tulisan aku, aku bangga kerana tulisan aku ni berjaya mengetuk kota akal fikiran korang yang cerdik tu... jangan ingat korang dah cukup baik!!!!... kau tengking bapak kau depan adik beradik bapak kau kita org tak ckp apa pun..... kalau aku bukak salasilah taik korang kang sesia jek...kalau kau kata "i dun think dis blog give us ilmu".... kau carilah blog lain yang boleh menasihati kau ke jalan yang lebih baik. Yang korang singgah kat blog ni buat apa.... ke sekadar nak jaga tepi kain orang.. lain kali masuk blog orang bagi salam yeee.... kalau dulu masih anak sedara ok lagi... ni korang sendiri yang putuskan... malu malu sikit ye nak masuk blog orang....
haaaa.... satu kepuasan bila tulisan aku korang baca.... belajar belajar le hormat orang tua dan saudara mara... jangan org yang tak berdosa pun jadi mangsaa....