Wednesday, January 30, 2013

Bahasa Jiwa Bangsa

Aduhai anak -anak zaman sekarang.. tak pandai berbahasa betul. Budi bahasa pun semakin kurang.. macamana nak bina jati diri. Kecanggihan teknologi zaman ini secara tidak langsung telah menghanyutkan dan melalaikan anak-anak ini dari mengangungkan bahasa sendiri. 

Kisah terjadi pada anak-anak ummi sendiri. Kalau dulu masa kita kecil-kecil..pantang mak kita jeling kita dah tahu apa kita perlu buat. Bila mak berbahasa atau perli dengn pantas kita tersentap. Begitu mudah mak-mak zaman dahulu mendidik anak. Mereka cuma perlu pandai bermain bahasa, meraka boleh berjaya membina jati diri anak-anak mereka.

Zaman sekarang jangan kata jelingkan mata, hampir terkeluar biji mata haram tidak diendahkannya. Sebaliknya boleh pulak mereka bertanya kenapa kita membesarkan mata. Itulah yang terjadi pada bujang ummi yang palin kenit, Si adik.

Pada hari minggu yang lalu, ketika ummi dengan abah sedang sibuk mengemas dan melakukan macam-macam pekara si anak yang hensem 2 orang ni sedang leka menonton tv. Mungkin ada rasa tidak selesa bila kami sibuk dengan tugasan, maka si adik pun buat-buat sibuk nak tolong. 

Dengan muka selamba ummi pun cakap, "tak pe dek..tak pe... duduk nak duduk... tak payah susah susah.. ummi dengan abah boleh buat.." ummi rasa itulah bahasa perli yang manis sekali ummi ucapkan. Dengan rasa tidak berdosa, si adik boleh jawab " ish apa pulak tak payah tolong... meh adik tolong...bukan susah pun.."

nak kata apa....?

Tuesday, January 29, 2013

Datang & Pergi..

Lama rasanya laman ini ditinggal sepi. Pelbagai kisah suka duka datang dan pergi. 2012 berlalu meninggalkan kami datang pula 2013 sebagai ganti. Kenangan manis mencuit hati, yg sedih juga tidak dilupai semua itu kita simpan sebagai memori.

Ada kisah yang ummi teringin sangat untuk berkongsi, sebahagian ummi simpan sebagai memori sebahagian lagi ummi nak kongsi manalah tahu pengalaman ini boleh diteladani. Banyak-banyak pengalaman dalam tahun 2012, pengalaman yang satu ini sangat menyentuh hati.

November 2012, merupakan detik paling manis bagi kami sekeluarga, baik di pihak ummi mahupun di pihak suami. Saat paling gembira bila ummi dikhabarkan dengan kehadiran orang baru dalam keluarga kami. Tapi sayangnya, sesuai dengan tajuk entri ummi kali ini...dia datang dan dia pergi...

Pada suatu malam jumaat yang indah pada penghujung November 2012, ummi mengajak suami ke klinik kerana perjalanan haid ummi agak terganggu. Tidak seperti biasa, sangkaan ummi mungkin kami baru balik dari Kelantan, Perjalanan yang jauh mungkin menganggu perjalanan haid ummi. Setelah di scan oleh doktor, doktor menyuruh ummi melakukan ujian air kencing. Menurut kata dr, kelihatan rahim sedikit bengkak. Tiba-tiba wajah Doktor berubah ceria, dan menyorokkan "pregnancy test" daripada ummi. "Ina tak boleh tgk..nak tunjuk Bard dulu".. kata Doktor.

 

Dalam keadaan termangu-mangu tapi ummi sudah boleh tangkap apa yang berlaku. "Tahniah Bard..yang ditunggu-tunggu sudah tiba... hah! komperm ina mengandung..."...kata Dr. lagi. ya Allah tidak dapat kami gambarkan saat itu, bagaimana lajunya jantung ummi dan suami ketika itu. Maklumlah dah 12 tahun kami menanti..

Edisi sebagai permaisuri pun bermula.. usai keluar dari klinik, semua ahli keluarga disuruh taliponya oleh abang aji. Sedikit sedih, masa tu anak-anak semua di kampung. Kami telefon mak.. dan anak-anak. Aduhai gembirnya mereka. Pada ketika itu, bahagianya kami seperti dunia ni kami yang punya. Malam tu kami tidur dengan wajah yang berseri-seri.

Setiap hari, internet yang abang aji layari berkisar tentang pemakanan yg baik untuk ibu dan bayi. Segala apa yang dibaca semua dia beli. Layanan abang aji ngan anak-anak memang ummi rasa macam permaisuri.

Tetapi ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Pengalaman mengandung dan keguguran 5 tahun lepas berulang kembali. Kejadian yang sama juga..ketika usia kandungan menjangkau 8 minggu darah mula keluar. ketika melihat darah keluar ...aduhai hancurnya hati Allah saja yang tahu.

Kami gagahi juga detik-detik ini, kami tidak berputus asa...dapatkan nasihat orang tua-tua, nasihat doktor dan layari juga laman-laman yang berkaitan dengan pendarahan ketika mengandung. Lapang dada kami bila berjumpa doktor, doktor scan dan dapati kantung bayi kami cantik. Sepanjang bercuti, ummi banyak berehat dan berehat, tetapi darah tetap keluar tidak berhenti-henti seperti orang datang haid. 

Sudah takdir tiada rezeki kami, tanggal 26 Disember 2012, perut ummi memulas-mulas seperti sengugut dan pinggang ummi bukan main sakit seperti orang hendak bersalin. Perancangan Allah itu Maha cantik, jika kita berdoa Allah tidak pernah lalai, Doa ummi di terima Allah. Ummi selalu berdoa, andai tiada rezeki ummi untuk mengandung janganlah dia gugur di tandas-tandas awam, gugurlah ditempat yang bersih dan tempat yang ummi selesa dan moga Allah permudahkan segala urusan ummi. Alhamdulillah pagi itu, dia gugur di pejabat ummi. Seperti orang bersalin, selepas keluar semuanya isi bercampur darah berketul-ketul kesakitan yang ditanggung tadi, semuanya reda.

Setelah mengambil janin itu ummi cuci dan masukkan ke dalam mangkuk. Sebak hati bila janin itu sudah mempunyai bintik hitam di kiri dan kanan, mungkin matanya ummi rasa dan janin berada dalam keadaan yg baik bulat dan tidak pecah. Ummi dan suami terus pergi ke hospital dan doktor mengesahkan semuanya sudah bersih dan tak perlu D&C. Itulah doa ummi yg ummi tak mahu di D&C. Terima kasih ya Allah kerana memakbulkan doa ummi.

Adiklah orang yang paling kecewa sekali kerana dialah orang yang paling mengambil berat tentang ummi sepanjang tempoh ummi mengandung. Yang melucukan bila adik kata " adik dah jaga baik-baik pun dia gugur jugak..." untuk menyedapkan hati adik, ummi pun mencelah " macamana nak dapat adik, muka adik ni comel macam baby baby.. cukuplah adik jek jadi baby ummi..."

Apa pun terima kasih Allah kerana meminjamkan kami sekeluarga detik indah ini walau hanya untuk 2 bulan. Satu yang ummi pegang, kita merancang dengan cita-cita, Allah pula merancang dengan cinta, Kalau kita syukur Allah tambah nikmat, kalau kita kufur Allah tarik pula nikmatnya. ada hikmah disebalik segalanya. Itulah sebuah kehidupan...dia datang dan dia pergi... pada Allah kita datang pada Allah jua kita dikembali.

Monday, October 1, 2012

Dosa Mengumpat

Gambar hiasan.. dari Mr Google

Ada org tanya akak soalan cepumas ni..

SP: Si Polan & KI : Kak Ina

SP: kak.. akak takut tak kalau org ngumapt akak

KI: tak arr.. akak takut Allah jek (jawab dgn eksyen..cer hantu sergah.. hijau tak hijau bibir)

SP: kalau dia ngumpat tu benda tak betul..akak tak marah?

KI:..kalau dia ngumpat akak benda betul..maknanya tu memang akaklahhh..buat apa akak nak marah, tapi kalau dia ngumpat tu benda tak betul.. tak mengapa, kita ucap je lah terima kasih ..sebab dia naikkan darjat kita di sisi Allah..sebab doa org kena fitnah, kena aniaya tidak terhijab tau.. minta lah apa saja...insyallah pasti dimakbulkan.


SP: tak caya lar.. akak kan kepala hangin..


KI: akak memang kepala hangin..kalau benda tu Allah suka, akak tak kepala hangin..tapi kalau benda tu Allah tak suka..apa pun tak suka ler..tapi akak manusia biasa..Allah kalau tak suka, dia sayang lagi kat korang..tapi akak kalau tak suka.. haa tu yg angin ribut sume naik...


SP: akak wat macamane tak nak sakit ati?


KI: wat camani.. 

1. cari kawan org baik2..org tak betul jgn kawan nanti kita pun tak betul..kalau org tak betul tak nak kawan kita lagi baik..di alu alukan..kurang dosa hati nak melayan
2. Doakan Allah ampunkan dosa mereka yg ngumpat kita... memang kita rasa susah nak doakan kan.. tapi...sambung lagi doa kita macam ni.."Ya Allah kau ampun dosa dosa mereka yang mengumpat aku, kau berilah dia hidayah mu.. tapi telah engkau janjikan setiap perbuatan ada balasan..jangan kau balas dia dengan neraka Mu.. aku mohon pada mu kau ampunkan dosanya dan andai ada rezeki dia yg merimpah ruah kau kurniakan kepadaku dan andai kata ada kesusahan ku atau kesakitan yang akan Kau timpakan kepada ku berilah kepada dia sebagai penebus dosaaaa...aminnn ya Allah"..


SP: boleh ke kak?

KI: apa lak tak bolehhh..sebab dosa ngumpat ni, tak kan terampun selagi kita tak cerita kat org yg kita umpat tu, apa yg kita cakap...berani ke nak pegi mintak mahap & lepas tu nak cerita balik apa kita cakap kan...  tentu tak mampu lakukan kannnn..ha!! so jgn ngumpat orang

SP:...owwwhhh patut muka akak selamba jekkk


Moral of the story.. tak payah la susah payah nak cerita hal orang..sekali kita cakap org jahat..sebenarnya kita lagi jahat... nak jadi baik..buat la benda baik baik, cakap pekara baik baik... jadi baik susahhh..nak jadi jahat senang... Ingat peristiwa israk dan mikraj.. Kumpulan manusia mencakar-cakar muka dan dada dengan kuku yang tajam. Itulah balasan bagi orang yang suka mengumpat.

Sepekara lagi..jgn sekali kali cakap orang jahat kita baik... ingat!! orang gila pun tak kata dia gila

Wednesday, September 19, 2012

Kepit...


Sabtu lepas, dalam perjalanan pulang dari kampung..kami ternampak sekumpulan anak-anak remaja sedang konvoi basikal beramai-ramai mungkin dari pantai Tanjung Bidara agaknya. Dari cara mereka, nampak gaya macam baru lepas mandi laut. 

Dalam kumpulan remaja lelaki itu terseit seorang dua remaja perempuan. Lalu ummi pun sound anak-anak.." ha, kalau cari isteri esok ummi tak nak yang macam ni ya.. lasak lasak kayuh basikal sana kayuh basikal sini ..cari yang jalan kepit punya tau.."

Seperti biasa si debab ummi yang banyak mulut ni bertanya " asal lak ... tak boleh ke yang lasak-lasak...baru ler bestt...power tau"..

"Owhhh tak boleh dek..ummi nak adik cari yg pakai stokin tangan , pakai stokin kaki... nanti senang keje adik..senang jugak keje ummi.. kalau perempuan tu ada agama senang cerita dek..dia nak buat apa pun dia takut Allah.. kalau dia tak amalkan agama dengan sebaiknya, panjang ceritanya dek.. " tambah ummi lagi.

"Tapi ummi..adik bukan tak nak yang jalan kepit macam ummi.. "..

Apa pulak dia komen ummi lagi ni. Adik ni kalau tak komen ummi sehari sakit perut dia agaknya.

"Apasal lak..." tanya ummi dengan penuh debaran

" ...sebab ummi jalan kepit ler...ummi ngan abah asyik berkepit jekkk...."

Panggg!! bagai disambar halilintar jawapan adik ni.... (dalam hati..macam mana ummi nak kenakan balik si debab ni....)

"Eh sebab ummi cantik ler abah kepit ummi tau... elehhhhh" ejek ummi sambil jeling si debab ni..

Nak di jadikan cerita.. masa kami pergi konvoi open hpuse baru-baru ni... kawan2 umi semua pergi sendiri tanpa suami..kecuali ummi yang tetap setia ke mana pun dgn anak-beranak ni semua ...

Dengan selambanya si adik sound..." cuba tengok kawan-kawan ummi...gamble jek jalan tak de suami..ummi jek nak suruh abah bawakkkk...."

"alo.. ummi ni cantik..mana leh pegi sowang sowang nanti org jahat kidnap camanerrr....sebab tu abah takut tinggalakan ummi sorang sorang... kan abahhhhh" sambil ummi lentokan kepala kat bahu abah...kasik adik berbulu..huhu


Adik nanti adik dah kawin baru adik tahu..... kepit ke tak kepit dikk.

Tuesday, September 18, 2012

"Wahai hanjing hanjing sekalian..."


Astagfirullahalazhimmmmm.... Mengucap panjang ummi dan suami masa kami sama-sama sedang menuruni bukit sekolah adik khamis lepas.

Semasa adik menduduki peperiksaan UPSR minggu lepas.. kami suami isteri bercuti selama 3 hari untuk memberi sokongan pada adik.Macam-macam gelagat anak-anak sekolah yang mencuit hati, tidak kurang juga yang membuat hati kami jadi kecut melihatkan keberanian anak-anak zaman sekarang.

Selepas adik masuk ke dalam dewan peperiksaan, kami akan keluar sebentar dari kawasan sekolah. Semasa kami menuju ke kereta, terdapat ssekumpulan anak-anak lelaki berlari-lari di tepi padang sekolah. Mereka bermain dengan gembira tanpa menghiraukan orang-orang di sekeliling mereka. ibarat dunia ini mereka yang punya.

Tiba-tiba datang seorang anak lelaki (darjah 1 rasanya) yang ketinggalan dari kelompok yang berlari-lari tadi menjerit dengan kuat... "wahai hanjing-hanjing sekalian..." ...haaaaa!! terperanjat kami mendengarnya..hendak ditegur, laju pulak larinya. Kami tersenyum sambil memandang satu sama lain.

Dalam hati berkata.."Ya Allah, kami yang dah tua bangka ni pun takut nak cakap macam ni..." Mengapa jadi begini... ? Adakah ibubapa mereka tahu perangai anak-anak mereka ini.? Kadang-kadang anak-anak depan kita lain belakang kita lain pula. Risau memikirkan adakah anak anak aku juga begini ketika berada di luar jagaan kami...

Pengaruh mana yang mereka dapat ni.. menurut kata seorang teman..cuba kau tengok cerita kat tv.. bila cerita yang melibatkan cerita gengster-gengster ni..cuba kita perhatikan dialog dialog yang mereka gunakan. Bukankah anak-anak ini cepat mengikut....

Risaunya... ke mana lah hala tuju anak-anak ini nanti..

Monday, August 6, 2012

Rindu Mak Abah

Kenapa tiba tiba hati ku sayu ya Allah...aku teringat arwah mak, aku teringat arwah abah...aku teringat saat aku membesar bersama abang abang dan kakak kakak ku..

Ya Allah kau ambil mak di saat aku masih berlari lari mengejar kasih syg mak..di saat aku perlukan pelukan mak yang memeluk ku ketika malam aku dalam ketakutan.. Di saat aku sedang lapar menikmati masakan mak....ya Allah ketika itu aku hanya tahu mak dah tiada, mak dah ditanam di dalam tanah..dan mak tak kan balik lagi....itu peristiwa 30 tahun yg lalu

Aku tidak sedih ketika itu kerana aku belum mempunyai perasaan. tapi semakin usia menganjak dari satu angka ke satu angka rindu ku kepada mak semakin tebal. Sungguh cantik aturan mu ya Allah..kita selalu terpikir apabila perginya seorang ibu dan meninggalakn anaknya yang masih kecil, anak kecilnya pasti terabai...tidak sebenarnya, Allah itu Maha Cantik perancangannya.

Allah beri ganti abah yg sayang aku sgt2..tidak pernah kasut sekolah aku basuh sehingga tingkatan 5..abah pasti penuhkan air dalam besen untuk aku mandi sebab abah tak mau aku cedok air dari perigi....setiap kali selepas makan abah pasti tinggalkan aku air di dalam bekas minumam abah..tiap2 hari abah belikan sarapan takut aku kelaparan..sakit aku abah jaga dgn penuh kasih syg..pekara yang tak dpat aku lupakan bila dalam pantang, aku duduk di rumah ibu mertua ku, setiap hari abah akak talipon..tanya dah makan ke belom, makan ikan apa..abah risau kalau aku makan ikan tak sama macam abah selalu beli......Sepjg hayat abah aku tak jumpa anak2 ikan..ikan parang ikan tenggiri abah hidangkan..walaupun abah terpaksa berhutang..janji aku makan ikan yg baik2. Setiap kali abah talipon pasti suara aku tersekat-sekat menahan sebak. Walaupun aku sudah bergelar istri org..abah tetap tumpang memberi kasih syg yg secukupnya utk aku. Saat abah hendak kembali menghadap Illahi, di mulut abah masih tetap memanggilku walaupun aku tidak dpt melihat abah pergi....

Kini abah tiada lagi mak tiada lagi..terkdg jiwa aku sepi... Tak sabar rasanya untuk aku berjumpa dengan mereka di satu alam yg kekal abadi.

Allah kurniakan aku adik beradik yg tinggi pekerti yang memberi kasih syg kepada ku melimpah ruah. Walaupun dah tua begini dah ada suami..makan pakai apa saja keperluanku mereka penuhi. Kakak2 ku walaupun seorg suri tidak bergaji...sanggup membeli kan mcm2 brg untuk diri aku yg hina ini. Seorg abang Allah kirim pada kami umpama malaikat di rumah ini. Susah adik adik akan buat nafasnnya tersekat..suka adik adik juga buat hidupnya penuh nikmat. Kami tiada saudara lelaki yang tinggal hanya seorang "malaikat" ini... Yg lain telah kembali menemui Illahi...Anjung. ..andai dicincang badan ini seribu tak kan terbalas kami jasa mu...

Ah..kenapa di petang ini aku terlalu emosi.... Emosi kerana syg aku pada keluargaku tak kan dapat di cari ganti...

"Ya Allah aku mohon pada mu...temukan kami bersama sama seperti di dunia ini bila kami tiada lagi..... Jumpakan kami di alam yg abadi nanti..."

Alfatiha..buat mak abah dan abg2 ku yg lain...amin

Wednesday, July 4, 2012

Mak, boleh ummi tumpang kasih...

 Gambar hiasan pinjam dari Mr Google..

Balik kg ari tu..sambil duduk minum petang dengan mak (ibu mertuaku)... ummi pun berborak sakan dengan mak. Memang itulah rutin kami setiap minggu.. terkadang malu dan sedih pun ada..  masa kami jaga mak tu boleh dikira dengan jari berbanding adik beradik lain yg duduk berhampiran dengan rumah mak.. mereka mempunyai ruang yang luas untuk mengumpul pahala mencurah kasih sayang pada mak.

Jadi masa sehari yang kami ada dalam seminggu ni..kami gunakan sebaik baiknya untuk jaga mak. ya Allah kalau ditimbang di akhirat nanti malu rasanya kami dengan Allah bila kami tak mampu memberi mak yang terbaik Syukur Alhamdullilah abg aji seorang anak yang baik sangat, sayang dengan mak.... 

Ummi pun bukalah cerita.."mak, kita ni kan pantang anak-anak masuk persembahan ke pertandingan ke.. mesti sebak kan mak. Hari tu si Naqib  main gendang dalam bot, dia iring Gabenor Melaka naik bot... Nor (nama manja ummi dgn mak..hehe) boleh bergenag genang air mata. Macam anak tu menang apa... padahal budak tu pukul gendang jek.... pastu nor pun cerita ngan kak ti, anjung... kak ti kata dia pun sama... ari tu anak dia pegang bendera untuk hari sukan... tapi dia kata, dia punya sebak macam anak dapat 20A periksa SPM.

" betul mak cu... " kadang -kadang mak panggil nor, kadang kadang mak panggil mak cu.. tapi yang mak cu ni lagi byk mak panggil dari nor.. 

sambung mak lagi " dulu mak pun macam tu..".sambil cerita bergenang-genang air mata mak... tapi mak mampu senyum lagi. hancur hati ku bila melihat air mata bercucuran. "Dulu masa pek tam masuk askar tengok dia berbaris pun mak boleh nangis. Masa ucu (abg aji) kecik kecik pun, bila ucu menang bagi ceramah bukan main lagi hati mak. Kembang hati mak, bila speaker sekolah bergema satu kg dengar ucu berceramah. Sekarang apa yang tinggal lagi mak cuuu..."

 Mak seorang wanita yang kental ..selama 15 tahun berkahwin dengan abg aji, ummi tak pernah lihat mak mengalirkan air mata, kecuali semasa abang mak meninggal. Kepayahan dan kesusahan hidup yang mak lalui membuatkan jiwa mak jadi kuat dan kental. Mak juga orang yang disanjung di kampung kami. Mak sangat tegas, maklumlah ibu tunggal yang terpaksa membesarkan anak seramai 8 orang dengan pendapatan cuma menoreh getah dan menanam padi. 

Abg aji selalu cerita, masa kecik kecik dulu, tiap-tiap malam kalau dia tersedar selalu nampak mak termenung.  Bila dah tua, dah anak, baru kami rasa macam mana mak rasa bila tak cukup duit nak membesarkan anak-anak. Kata abg aji mak sanggup sewa kereta pergi mana mana tempat anak dia tinggal. Masa pek tam jadi askar, mak selalu pergi hantar mee goreng, sambal goreng dan pelbagai makanan lagi untuk pastikan anaknya tidak kelaparan. Padahal kalau dah jadi askar tentu cukup makan minumnya kan. Macam tu juga mak layan anak anaknya yang dah kawin. Bila mak datang rumah anak-anak, seperti anak cucu tak cukup makan pakai, macam macam mak bawak. Ya Allah kau balaslah budi baik mak dengan sebaik baik ganjaran.

Kini... hidup mak sepi.. mak dah tak de apa-apa lagi. Mak kata setiap hari mak menanti mati. Mak kata mak dah tak boleh buat apa apa lagi. Nak angkat tangan tinggi-tinggi pun mak tak berdaya. Mak dah tak boleh lagi berdiri ..tongkat mak jadi peneman sejati. Kadang-kadang bila mak dengar kami nak balik, mak gagahkan diri untuk memasak nak pastikan bila kami buka tudung saji... tudung saji tu tak sepi.

Ummi selalu marah bila mak tinggal pesan yang macam macam yang ummi tak boleh nak terima lagi.. mak pesan kalau mak mati sarung bantal ada kat sini, tikar pun mak letak sini, cari khairat mati.. letak mak macam tu macam ni.. kemas kan mak ya bila mak mati... Ya Allah mana tak hancur rasanya hati. Mak layan ummi macam anak sendiri. 

Mak ni masa dia sihat, cakap je nak makan apa, Pantang balik mak masak ayam. Jangan kita tanya resipi, bila kita balik..makanan dah tersedia bawah tudung saji. Kebiasaan anak-anak mak, masuk jek rumah mak pasti akan buka tudung saji. Kadang-kadang kalau kami sedang menikmati hidangan di rumah, tiba tiba abg aji jadi sebak dan air mata mengalir sepi. Bila ditanya kenapa, kata abg aji apa yang mak makan hari ni?... setiap kali kami talipon mak tanya mak makan apa.. mak kata rebus sayur ngan ikan bakar jek. Mak takut nak makan macam macam takut dia semput nanti. Nasib baik biras-biras yang baik hati rajin hantar lauk kat mak. Terima kasih banyak-banyak hanya Allah saja yang mampu membalas budi baik kalian.

Setiap malam mak merayau talipon sana talipon sini nak cari peneman tidur di malam yang sunyi. Terima kasih busu, adik mak yang hari hari menjadi teman mak yang sejati. Terima kasih addin dan min yg sanggup berkorban untuk nenek. Walaupun esok pagi pagi perlu bangun untuk ke sekolah, mereka sudi menemai nenek. Semoga Allah membalasnya dengan sebaik-baik balasan ya addin dan min.

Mak, sebenarnya kami malu sendiri, bila mak sibuk menghitung hari bila kami balik teman mak, kami kat sini sedang sibuk mengira alasan untuk menghilangkan diri. Kadang terasa beban untuk berkorban, tapi bila difikir anak mak yang mak cu dapat bukan free. Mak besarkan dia dengan penuh kasih sayang dengan baik sekali. Tidak nor kahwini abg aji dalam keadaan abg aji cacat sana sini. Penat jerih titik peluh mak membesarkan anak mak dengan rezeki yang halal sehingga ummi dapat suami sesoleh ini... ya Allah rasa malu pula dalam diri sendiri.

Anak mak kami tiduri, kami sayangi kami buat sesuka hati, tapi mak nya kami tolak tepi tepi. Seperti apa yang kami dapat ni free. Kami kaburi mata anak mak dengan mcm mcm aksi biar anak mak melekat dengan kami. Kesian mak..tiap tiap hari...mak dok ternanti nanti.

Ya Allah kau peliharalah kami kau lindungi kami, izinkan kami dapat mencurah bakti dan menyangyangi mak sepenuh hati. Kami yakin janji Allah itu pasti. Kalau hati mak kita senangi kita syangi mudah perjalanan hidup kita hari hari. Lapang dada bila mak tersnyum puas hati tapi sedih datang lagi bila kami terpaksa mengundur diri.

Mak izinkan nor tumpang kasih mak kerana mak sendiri telah lama pergi....