Thursday, April 18, 2013

Tali Hanafiah

Ya Allah terima kasih kurniakan kami si debab kenit ngan abg dia naqib yg selalu control machoo..

pagi ni meleleh2 air mata ummi...bukan menangis tapi ketawakan dia...

ceritanya begini...

hari ni dia ada ujian tara... dgn muka comel dia kata..."alamak ummi adik tak boleh lari ni karang...."

"asal lak..." tanya ummi

"tali seluar track adik ni dah putus..ari tu ummi ikat kuat sgt..adik tak boleh bukak...adik gunting jek...nanti ummi ganti dgn tali HANAFIAH boleh..." kata adik dgn muka paling comel sekali ...

"hanafiah mana adik nak... nanti ummi carikan kat pesbuk...." sakat ummi

"ala tali yg selalu umi buat ikat ikat tu...." adik meyakinkan ummi...

"tu bukan tali HANAFIAH... tu tali rafia dol.....aduhaiiiii..." ummi jeling adik...

berderai ketawa kat umah pepagi buta ari ni... adik adikkkkk kaulah satu dalam seribu

Tuesday, April 2, 2013

Teh Tarik Session with Ummi...

Hari tu ummi dengan abg aji...dok sembang sembang santai.. abg aji kata, ceramah yang berkesan bila penceramahnya cakap pekara yang dia buat. Kalau dia cakap tak serupa bikin..ceramahnya umpama angin lalu je.

Semalam balik dari pejabat, ummi hampir pengsan bila lihat keadaan rumah  yg kemas seperti ada bibik yang datang mengemas rumah ummi. Kat ampaian, baju sekolah dah siap bersidai, lantai "porch" dah siap sapu.. dalam rumah dah siap mop..semua dalam keadaan tersusun..

Ummi nampak adik baru lepas sidai mop...

Ya Allah..sedihnya hati ummi....... "kenapa ni...kenapa ni..." hati ummi tertanya-tanya...

Tiba-tiba, ummi teringat tazkirah pendek yang ummi sampaikan pada adik semalam...Alhamdulillah meninggalkan kesan. Sesungguhnya yang baik itu dari Allah, dan yang buruk itu dari diri kita sendiri.

Ceritanya begini, masa ummi balik keje petang semalam.. ummi tgk rumah ummi dah macam tongkang pecah, si abang ada sekolah petang maka tinggallah si adik sorang sorang kat rumah. Tapi apa yang dia lakukan?

Rupanya seharian dari balik sekolah hingga ke petang, dia mengadap komputer main game. Baju sekolah tidak bertukar, solat ke mana apa ke mana dia tak hirau apa pun...

Muka ummi pun jadi merah hijau merah hijau... darah ni tak usah di sukat... memang mendidih je bunyinya. Apa lagi..siren pun berbunyi ler macam siren bomba....

" Eh dek... ko jgn buat apa-apa...ko pegi amek lilin kat dapur kau letak kat tepi komputer tu...amek 2 batang bawak sini...." ummi dah marah sangat ni

" Kau jangan solat... kalau solat dah hujung hujung waktu ni tak de maknanya... kau nak apa.. Allah bagi... lapau Allah bagi rezeki...megantuk Allah bagi tido...Tak tahu baca, Allah bagi akal...sampai masa solat kau main mainkan eh... ko jgn solat...ko pegi sembah komputer tu...amek lilin...pegi pasangggg...mintak apa pun kau nak mintak dgn komputer..." memang ummi geram betul lah...tak makan tak apa..jangan tak solat

ummi sambung lagi tazkirah ummi..." ko tahu tak dek..malaikat yang sebelah kanan...menangis sampai putih badan-badan dia...dek basah sebab air matanya yang terlalu sedih tgk umat Muhammad ..hamba Allah yg tak taat perintah rasul dan tak ikut perintah Allah... syaitan yg dok sebelah kiri berdekah-dekah dia ketawakan Malaikat sebelah kiri yang penat mencatit kejahatan kita meninggalkan perintah Allah....dia ketawa sampai muka dia hitam dan matanya merah tau tak..."

" adik buat lerrrr..biaukan malam karang adik tido...dia datang dengan muka dia berdarah darah dgn api neraka yg menyala nyala... adik tak sedih ke...Malaikat sebelah kanan tertunggu tunggu apa amalan baik yang adik buat yang dia boleh catit dalam buku amalan adikkkk..." berdas das ummi lepaskan ledakan.

"Ingat dek...kita mati tak de apa yang boleh selamatkan kita dari api neraka kecuali solat.. dan amalan amalan baik. Salah ke balik sekolah adik kemas barang sekolah.. buat home work ...solat dah siap semua nak main...main ler.. adik tak kesian ummi ngan abah penat pegi keje semata mata nak senangkan hidup adik ngan aqib... kalau ummi ngan abah malas..dah lama adik ngan aqib pegi mintak sedekah tau..." ha...lepas geram ummi

Adik termenung panjang..mungkin sedang mentafsir satu persatu ayat tazkirah ummi... Alhamdulillah adik lakukan perubahan keesokan harinya...

Persoalannya? sampai bila?

Harap-harap tidak seperti taik ayam..hangatnya sementara... tapi iman ni ibarat tanah yg gersang...perlu selalu di siram dan di baja...maka selalu lah ummi kena bagi ceramah atau dakwah kat rumah ni...

Naqib tanya "ummi ni apa kes lak ni... abis satu umah dah siap kemas..baju baju sekolah semua dah basuh..."

"tu ler Qib.... ummi dengar citer...setan yg ketawa berdekah-dekah semalam hari ni nangis sampai putih badan dia... dah hensap agaknyaaaa.... kau berhajat nak dengar ceramah ummi Qib..." tanya ummi..

"tak pe...tak pe mi... urat sarap Aqib yg kejang ari tu ponnn blom longgar lagi..."..jawab aqib

hahaha... itulah namanya mak... kalau dah berleter susah nak berhenti...tapi kalau mak berhenti berleter...kau akan tercari cari....

Wednesday, January 30, 2013

Bahasa Jiwa Bangsa

Aduhai anak -anak zaman sekarang.. tak pandai berbahasa betul. Budi bahasa pun semakin kurang.. macamana nak bina jati diri. Kecanggihan teknologi zaman ini secara tidak langsung telah menghanyutkan dan melalaikan anak-anak ini dari mengangungkan bahasa sendiri. 

Kisah terjadi pada anak-anak ummi sendiri. Kalau dulu masa kita kecil-kecil..pantang mak kita jeling kita dah tahu apa kita perlu buat. Bila mak berbahasa atau perli dengn pantas kita tersentap. Begitu mudah mak-mak zaman dahulu mendidik anak. Mereka cuma perlu pandai bermain bahasa, meraka boleh berjaya membina jati diri anak-anak mereka.

Zaman sekarang jangan kata jelingkan mata, hampir terkeluar biji mata haram tidak diendahkannya. Sebaliknya boleh pulak mereka bertanya kenapa kita membesarkan mata. Itulah yang terjadi pada bujang ummi yang palin kenit, Si adik.

Pada hari minggu yang lalu, ketika ummi dengan abah sedang sibuk mengemas dan melakukan macam-macam pekara si anak yang hensem 2 orang ni sedang leka menonton tv. Mungkin ada rasa tidak selesa bila kami sibuk dengan tugasan, maka si adik pun buat-buat sibuk nak tolong. 

Dengan muka selamba ummi pun cakap, "tak pe dek..tak pe... duduk nak duduk... tak payah susah susah.. ummi dengan abah boleh buat.." ummi rasa itulah bahasa perli yang manis sekali ummi ucapkan. Dengan rasa tidak berdosa, si adik boleh jawab " ish apa pulak tak payah tolong... meh adik tolong...bukan susah pun.."

nak kata apa....?

Tuesday, January 29, 2013

Datang & Pergi..

Lama rasanya laman ini ditinggal sepi. Pelbagai kisah suka duka datang dan pergi. 2012 berlalu meninggalkan kami datang pula 2013 sebagai ganti. Kenangan manis mencuit hati, yg sedih juga tidak dilupai semua itu kita simpan sebagai memori.

Ada kisah yang ummi teringin sangat untuk berkongsi, sebahagian ummi simpan sebagai memori sebahagian lagi ummi nak kongsi manalah tahu pengalaman ini boleh diteladani. Banyak-banyak pengalaman dalam tahun 2012, pengalaman yang satu ini sangat menyentuh hati.

November 2012, merupakan detik paling manis bagi kami sekeluarga, baik di pihak ummi mahupun di pihak suami. Saat paling gembira bila ummi dikhabarkan dengan kehadiran orang baru dalam keluarga kami. Tapi sayangnya, sesuai dengan tajuk entri ummi kali ini...dia datang dan dia pergi...

Pada suatu malam jumaat yang indah pada penghujung November 2012, ummi mengajak suami ke klinik kerana perjalanan haid ummi agak terganggu. Tidak seperti biasa, sangkaan ummi mungkin kami baru balik dari Kelantan, Perjalanan yang jauh mungkin menganggu perjalanan haid ummi. Setelah di scan oleh doktor, doktor menyuruh ummi melakukan ujian air kencing. Menurut kata dr, kelihatan rahim sedikit bengkak. Tiba-tiba wajah Doktor berubah ceria, dan menyorokkan "pregnancy test" daripada ummi. "Ina tak boleh tgk..nak tunjuk Bard dulu".. kata Doktor.

 

Dalam keadaan termangu-mangu tapi ummi sudah boleh tangkap apa yang berlaku. "Tahniah Bard..yang ditunggu-tunggu sudah tiba... hah! komperm ina mengandung..."...kata Dr. lagi. ya Allah tidak dapat kami gambarkan saat itu, bagaimana lajunya jantung ummi dan suami ketika itu. Maklumlah dah 12 tahun kami menanti..

Edisi sebagai permaisuri pun bermula.. usai keluar dari klinik, semua ahli keluarga disuruh taliponya oleh abang aji. Sedikit sedih, masa tu anak-anak semua di kampung. Kami telefon mak.. dan anak-anak. Aduhai gembirnya mereka. Pada ketika itu, bahagianya kami seperti dunia ni kami yang punya. Malam tu kami tidur dengan wajah yang berseri-seri.

Setiap hari, internet yang abang aji layari berkisar tentang pemakanan yg baik untuk ibu dan bayi. Segala apa yang dibaca semua dia beli. Layanan abang aji ngan anak-anak memang ummi rasa macam permaisuri.

Tetapi ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Pengalaman mengandung dan keguguran 5 tahun lepas berulang kembali. Kejadian yang sama juga..ketika usia kandungan menjangkau 8 minggu darah mula keluar. ketika melihat darah keluar ...aduhai hancurnya hati Allah saja yang tahu.

Kami gagahi juga detik-detik ini, kami tidak berputus asa...dapatkan nasihat orang tua-tua, nasihat doktor dan layari juga laman-laman yang berkaitan dengan pendarahan ketika mengandung. Lapang dada kami bila berjumpa doktor, doktor scan dan dapati kantung bayi kami cantik. Sepanjang bercuti, ummi banyak berehat dan berehat, tetapi darah tetap keluar tidak berhenti-henti seperti orang datang haid. 

Sudah takdir tiada rezeki kami, tanggal 26 Disember 2012, perut ummi memulas-mulas seperti sengugut dan pinggang ummi bukan main sakit seperti orang hendak bersalin. Perancangan Allah itu Maha cantik, jika kita berdoa Allah tidak pernah lalai, Doa ummi di terima Allah. Ummi selalu berdoa, andai tiada rezeki ummi untuk mengandung janganlah dia gugur di tandas-tandas awam, gugurlah ditempat yang bersih dan tempat yang ummi selesa dan moga Allah permudahkan segala urusan ummi. Alhamdulillah pagi itu, dia gugur di pejabat ummi. Seperti orang bersalin, selepas keluar semuanya isi bercampur darah berketul-ketul kesakitan yang ditanggung tadi, semuanya reda.

Setelah mengambil janin itu ummi cuci dan masukkan ke dalam mangkuk. Sebak hati bila janin itu sudah mempunyai bintik hitam di kiri dan kanan, mungkin matanya ummi rasa dan janin berada dalam keadaan yg baik bulat dan tidak pecah. Ummi dan suami terus pergi ke hospital dan doktor mengesahkan semuanya sudah bersih dan tak perlu D&C. Itulah doa ummi yg ummi tak mahu di D&C. Terima kasih ya Allah kerana memakbulkan doa ummi.

Adiklah orang yang paling kecewa sekali kerana dialah orang yang paling mengambil berat tentang ummi sepanjang tempoh ummi mengandung. Yang melucukan bila adik kata " adik dah jaga baik-baik pun dia gugur jugak..." untuk menyedapkan hati adik, ummi pun mencelah " macamana nak dapat adik, muka adik ni comel macam baby baby.. cukuplah adik jek jadi baby ummi..."

Apa pun terima kasih Allah kerana meminjamkan kami sekeluarga detik indah ini walau hanya untuk 2 bulan. Satu yang ummi pegang, kita merancang dengan cita-cita, Allah pula merancang dengan cinta, Kalau kita syukur Allah tambah nikmat, kalau kita kufur Allah tarik pula nikmatnya. ada hikmah disebalik segalanya. Itulah sebuah kehidupan...dia datang dan dia pergi... pada Allah kita datang pada Allah jua kita dikembali.

Monday, October 1, 2012

Dosa Mengumpat

Gambar hiasan.. dari Mr Google

Ada org tanya akak soalan cepumas ni..

SP: Si Polan & KI : Kak Ina

SP: kak.. akak takut tak kalau org ngumapt akak

KI: tak arr.. akak takut Allah jek (jawab dgn eksyen..cer hantu sergah.. hijau tak hijau bibir)

SP: kalau dia ngumpat tu benda tak betul..akak tak marah?

KI:..kalau dia ngumpat akak benda betul..maknanya tu memang akaklahhh..buat apa akak nak marah, tapi kalau dia ngumpat tu benda tak betul.. tak mengapa, kita ucap je lah terima kasih ..sebab dia naikkan darjat kita di sisi Allah..sebab doa org kena fitnah, kena aniaya tidak terhijab tau.. minta lah apa saja...insyallah pasti dimakbulkan.


SP: tak caya lar.. akak kan kepala hangin..


KI: akak memang kepala hangin..kalau benda tu Allah suka, akak tak kepala hangin..tapi kalau benda tu Allah tak suka..apa pun tak suka ler..tapi akak manusia biasa..Allah kalau tak suka, dia sayang lagi kat korang..tapi akak kalau tak suka.. haa tu yg angin ribut sume naik...


SP: akak wat macamane tak nak sakit ati?


KI: wat camani.. 

1. cari kawan org baik2..org tak betul jgn kawan nanti kita pun tak betul..kalau org tak betul tak nak kawan kita lagi baik..di alu alukan..kurang dosa hati nak melayan
2. Doakan Allah ampunkan dosa mereka yg ngumpat kita... memang kita rasa susah nak doakan kan.. tapi...sambung lagi doa kita macam ni.."Ya Allah kau ampun dosa dosa mereka yang mengumpat aku, kau berilah dia hidayah mu.. tapi telah engkau janjikan setiap perbuatan ada balasan..jangan kau balas dia dengan neraka Mu.. aku mohon pada mu kau ampunkan dosanya dan andai ada rezeki dia yg merimpah ruah kau kurniakan kepadaku dan andai kata ada kesusahan ku atau kesakitan yang akan Kau timpakan kepada ku berilah kepada dia sebagai penebus dosaaaa...aminnn ya Allah"..


SP: boleh ke kak?

KI: apa lak tak bolehhh..sebab dosa ngumpat ni, tak kan terampun selagi kita tak cerita kat org yg kita umpat tu, apa yg kita cakap...berani ke nak pegi mintak mahap & lepas tu nak cerita balik apa kita cakap kan...  tentu tak mampu lakukan kannnn..ha!! so jgn ngumpat orang

SP:...owwwhhh patut muka akak selamba jekkk


Moral of the story.. tak payah la susah payah nak cerita hal orang..sekali kita cakap org jahat..sebenarnya kita lagi jahat... nak jadi baik..buat la benda baik baik, cakap pekara baik baik... jadi baik susahhh..nak jadi jahat senang... Ingat peristiwa israk dan mikraj.. Kumpulan manusia mencakar-cakar muka dan dada dengan kuku yang tajam. Itulah balasan bagi orang yang suka mengumpat.

Sepekara lagi..jgn sekali kali cakap orang jahat kita baik... ingat!! orang gila pun tak kata dia gila

Wednesday, September 19, 2012

Kepit...


Sabtu lepas, dalam perjalanan pulang dari kampung..kami ternampak sekumpulan anak-anak remaja sedang konvoi basikal beramai-ramai mungkin dari pantai Tanjung Bidara agaknya. Dari cara mereka, nampak gaya macam baru lepas mandi laut. 

Dalam kumpulan remaja lelaki itu terseit seorang dua remaja perempuan. Lalu ummi pun sound anak-anak.." ha, kalau cari isteri esok ummi tak nak yang macam ni ya.. lasak lasak kayuh basikal sana kayuh basikal sini ..cari yang jalan kepit punya tau.."

Seperti biasa si debab ummi yang banyak mulut ni bertanya " asal lak ... tak boleh ke yang lasak-lasak...baru ler bestt...power tau"..

"Owhhh tak boleh dek..ummi nak adik cari yg pakai stokin tangan , pakai stokin kaki... nanti senang keje adik..senang jugak keje ummi.. kalau perempuan tu ada agama senang cerita dek..dia nak buat apa pun dia takut Allah.. kalau dia tak amalkan agama dengan sebaiknya, panjang ceritanya dek.. " tambah ummi lagi.

"Tapi ummi..adik bukan tak nak yang jalan kepit macam ummi.. "..

Apa pulak dia komen ummi lagi ni. Adik ni kalau tak komen ummi sehari sakit perut dia agaknya.

"Apasal lak..." tanya ummi dengan penuh debaran

" ...sebab ummi jalan kepit ler...ummi ngan abah asyik berkepit jekkk...."

Panggg!! bagai disambar halilintar jawapan adik ni.... (dalam hati..macam mana ummi nak kenakan balik si debab ni....)

"Eh sebab ummi cantik ler abah kepit ummi tau... elehhhhh" ejek ummi sambil jeling si debab ni..

Nak di jadikan cerita.. masa kami pergi konvoi open hpuse baru-baru ni... kawan2 umi semua pergi sendiri tanpa suami..kecuali ummi yang tetap setia ke mana pun dgn anak-beranak ni semua ...

Dengan selambanya si adik sound..." cuba tengok kawan-kawan ummi...gamble jek jalan tak de suami..ummi jek nak suruh abah bawakkkk...."

"alo.. ummi ni cantik..mana leh pegi sowang sowang nanti org jahat kidnap camanerrr....sebab tu abah takut tinggalakan ummi sorang sorang... kan abahhhhh" sambil ummi lentokan kepala kat bahu abah...kasik adik berbulu..huhu


Adik nanti adik dah kawin baru adik tahu..... kepit ke tak kepit dikk.

Tuesday, September 18, 2012

"Wahai hanjing hanjing sekalian..."


Astagfirullahalazhimmmmm.... Mengucap panjang ummi dan suami masa kami sama-sama sedang menuruni bukit sekolah adik khamis lepas.

Semasa adik menduduki peperiksaan UPSR minggu lepas.. kami suami isteri bercuti selama 3 hari untuk memberi sokongan pada adik.Macam-macam gelagat anak-anak sekolah yang mencuit hati, tidak kurang juga yang membuat hati kami jadi kecut melihatkan keberanian anak-anak zaman sekarang.

Selepas adik masuk ke dalam dewan peperiksaan, kami akan keluar sebentar dari kawasan sekolah. Semasa kami menuju ke kereta, terdapat ssekumpulan anak-anak lelaki berlari-lari di tepi padang sekolah. Mereka bermain dengan gembira tanpa menghiraukan orang-orang di sekeliling mereka. ibarat dunia ini mereka yang punya.

Tiba-tiba datang seorang anak lelaki (darjah 1 rasanya) yang ketinggalan dari kelompok yang berlari-lari tadi menjerit dengan kuat... "wahai hanjing-hanjing sekalian..." ...haaaaa!! terperanjat kami mendengarnya..hendak ditegur, laju pulak larinya. Kami tersenyum sambil memandang satu sama lain.

Dalam hati berkata.."Ya Allah, kami yang dah tua bangka ni pun takut nak cakap macam ni..." Mengapa jadi begini... ? Adakah ibubapa mereka tahu perangai anak-anak mereka ini.? Kadang-kadang anak-anak depan kita lain belakang kita lain pula. Risau memikirkan adakah anak anak aku juga begini ketika berada di luar jagaan kami...

Pengaruh mana yang mereka dapat ni.. menurut kata seorang teman..cuba kau tengok cerita kat tv.. bila cerita yang melibatkan cerita gengster-gengster ni..cuba kita perhatikan dialog dialog yang mereka gunakan. Bukankah anak-anak ini cepat mengikut....

Risaunya... ke mana lah hala tuju anak-anak ini nanti..