Wednesday, January 12, 2011

Mata Lebah @ Mata Lalat

Bila sawan menulis sudah sampai macam macam idea nak keluar. Susah betul kalau empunya blog ni kepala anginkan. Dalam apa jua bidang suka sangat mengaplikasikan kepala angin dalam segala tindak tanduk. Kelancangan mulut pulak susah hendak dikawal. Kalau di pendam merana badan kalau di luah seperti larva. Pepatah "di telan mati emak di luah mati bapak" seperti tidak relevan dengan kehidupan ummi. Kalau hendak di kemam lagi jauh sekali. Tapi ada juga isu isu tertentu yang terpaksa di kemam untuk menjaga hati banyak pihak.

Ceramah pagi tadi di IKIM memberi inspirasi untuk ummi menulis tentang tajuk di atas. Pada awalnya terfikir jugak mengapa isu Mata Lebah dan Mata Lalat ni disamakan dengan kehidupan kita. Akhirnya ilham datang ketika melewati kawasan perkuburan. Rasanya untuk mendapatkan idea yang banyak ketika menulis kita perlu berada di kawasan perkuburan agaknya.. (tersenyum sinis)


Mata lebah.. Jadilah kita seperti mata lebah, cuma melihat dan memilih yang baik-baik. Walaupun lalu di tempat pembuangan sampah atau tempat yang kotor dia tetap mencari yang baik dan cantik. Maka, janganlah kita cepat sangat memberi label. Cari dan kaji pasti ada kebaikan dalam setiap kejadian. Oleh kerana itu apa yang dihasilkan lebah adalah ubat segala penyakit kerana bijak memilih. Berfikir secara positif, mengambil tindakan secara positif maka hasilnya juga positif. (tapi ingat lebah kalau sengat bisa tau)


Mata Lalat.. mata seperti ini cuma melihat yang buruk dan busuk sahaja. Yang baik dan wangi adalah musuh utamanya. Bangkai dan tempat tempat kotor adalah tempat tinggal yang sungguh selesa bagi mereka. Cuba fikirkan, lebah kalau hinggap pada bunga menghasilkan madu. Lalat kalau hinggap pada makanan ... dia tinggalakn najis ataupun pun lebih sinonim kita sebut "kentut lalat". Bila termakan makanan yang dihinggapi lalat kitaboleh sakit. Ini yang dikatakan bila suka melihat sesuatu yang negatif tindakan kita juga negatif dan hasil yang kita dapat juga negatif. (Lalat mana ada gigit orang tapi kalau dia dah jadi langau.. sakit telinga ni... ngenggg ngeenggg)

P/s susah betul nak jadi cam mata lebah ni kalau sampah sarap penuh kat depan mata. Jom kita usaha jadi bunga... tak nak lah jadi sampah...

6 comments:

Hjh Noralenna Abbas said...

Ummi,
Macam mana mata lalat boleh berderet di leher baju kurung?

~mIsS_p00h~ said...

Heeee....

Saya suka dengan k0men Kak Nora aka Nek Lang~ =D Macam mana ummi? Hehehe~

Akak, sangat suka juga entry ini! I 1000tahun LOIKE!~ :)

ummi said...

Haha Nek lang ngan Adindaku Pooh pengomen setia kat sini...

Nek Lang tu bukan mata lalat yg buat tak senonoh... dia ada tulang belud yang mengawal tindak tanduk dia... haha.. tu tulang belud mata lalat la nek lang..kak li pandai jahit..

ummi said...

Adindaku Pooh.. ilham datang bukan nya boleh tentu... ikut tahap iman jugak rasanya.... :p

Hjh Noralenna Abbas said...

Aleh...orang selalu kata "jahit mata lalat", tak cakap pun "jahit tulang belud mata lalat"! Mata Kak Li macam mata lebah bila menjahit.Kah, kah, kah...

ummi said...

haha...nek lang dah pandai cakap eleh... haha.... best best..Nek Lang memang best..nasib baik nek lang tak de FB ummi..kalu tak lagi nangis tau...